Support My Blog

Thursday, April 18, 2024

PENCEMARAN OLEH BAHAN PLASTIK

PRODUK PLASTIK
kini memang sudah di kenali ramai kerana produk ini tahap penggunaanya yang meluas dalam kehidupan manusia. Terdapat terlalu banyak produk yang berasaskan plastik dalam semua lingkungan kehidupan manusia. Apa pun bagi penulis blog mendapati dimana Plastik (Plastic) adalah istilah umum untuk pelbagai jenis bahan pepejal amorf organik sintetik atau semi-sintetik yang sesuai dalam proses pembuatan produk industri. Plastik biasanya polimer dengan berat molekul tinggi dimana ia mungkin mengandungi bahan lain untuk meningkatkan prestasi dan bagi mengurangkan kos. Perkataan Plastik berasal daripada bahasa Yunani (plastikos) yang bermaksud 'sesuai untuk acuan' dan juga dari perkataan 'plastos' yang bermaksud 'acuan'. Pada penulis blog faham dimana ia juga merujuk kepada 'kebolehtempaan' atau pun bermaksud 'keplastikan semasa pembuatan' mana ini bermakna produk plastik ini membolehkannya dibuang, ditekan atau diekstrusi ke dalam pelbagai bentuk yang sangat besar. Bentuk ini selalunya adalah seperti filem, gentian, plat, tiub, botol, kotak dan banyak lagi. Perkataan biasa bagi 'produk plastik' tidak boleh dikelirukan dengan 'plastik' sebagai kata sifat teknikal yang selalu digunakan pada mana-mana bahan yang boleh mengalami perubahan bentuk kekal (ubah bentuk plastik) iaitu apabila tegang melepasi titik tertentu. Berlainan dengan bahan dari Aluminium dimana sebagai contoh produk plastik dalam pengertian ini akan tetapi bahan bukan plastik dalam bahasa biasa dan sebaliknya jika di baca dalam bentuk siapnya maka ada sesetengah plastik akan pecah sebelum berubah bentuk dan perkara ini dikategorikan sebagai 'bahan bukan plastik' dalam erti kata teknikal. Apa pun sebenarnya ada terdapat dua jenis plastik iaitu Termoplastik dan juga jenis Termoset. Termoplastik akan jadi lembut dan ia juga mencair jika kena haba yang mencukupi digunakan dan ia terdiri dari bahan Polietilena, Polistirena dan PTFE. Sementara itu jenis Termoset tidak lembut atau tidak cair sama walau berapa banyak haba yang digunakan seperti bahan Micarta, GPO dan juga G-10. Secara umumnya dimana produk plastik boleh juga ia dikelaskan mengikut struktur kimianya iaitu unit molekul yang membentuk tulang belakang polimer dan rantai sisi. Beberapa kumpulan penting dalam klasifikasi ini ialah termasuk bahan atau produk jenis Akrilik, Poliester, Silikon, Poliuretana dan Plastik Terhalogen. Plastik juga boleh dikelaskan mengikut proses kimia yang digunakan dalam proses sintesisnya dan sebagai contoh adalah Proses Pemeluwapan, Politambah, Pemautan silang dan sebagainya. Pengelasan lain adalah berdasarkan kdpada kualiti yang relevan untuk pembuatan atau reka bentuk produk. Contoh kelas tersebut ialah seperti jenis termoplastik dan termoset, elastomer, struktur, boleh terbiodegradasi, pengalir elektrik dan beberapa jenis lagi. Apa pun plastik juga boleh selalunya disenaraikan mengikut pelbagai sifat fizikal seperti ciri-ciri ketumpatan, ciri kekuatan tegangan, ciri suhu peralihan kaca, ciri rintangan kepada pelbagai produk kimia dan sebagainya. Disebabkan kos membuat plastik adalah agak rendah dimana ada kemudahan pembuatan dan ciri serba boleh dan tahan air maka produk plastik digunakan dalam rangkaian produk yang sangat besar dimana ia terus berkembang sehingga kepada teknologi di kapal angkasa. Para saintis memang telah berjaya memindahkan banyak bahan tradisional termasuk bahan seperti kayu, batu, tanduk dan tulang serta kulit kepada produk plastik. Bahan seperti kertas, logam, kaca dan seramik kini fungsinya sudah boleh digantikan dengan bahan plastik secara berperingkat. Apa pun selalunya penggunaan plastik dikekang terutamanya oleh kimia organiknya dimana secara serius menghadkan tahap kekerasan, ketumpatan dan keupayaannya untuk menahan haba. Selain itu plastik disesuaikan dengan kesan pelarut organik, pengoksidaan dan sinaran mengion. Kebanyakan plastik akan cair atau reput apabila dipanaskan hingga tahap beberapa ratus darjah celsius. Walaupun plastik boleh dibuat secara elektrik konduktif sedikit sebanyak akan tetapi plastik sebenarnya ia masih tiada tandingan untuk logam seperti tembaga atau aluminium. Plastik masih terlalu mahal untuk menggantikan kayu, konkrit dan seramik dalam barang besar seperti bangunan biasa, jambatan, empangan, turapan, hubungan kereta api dan sebagainya sebagai bahan binaan. Artikel pada subuh 5 Syawal 1445H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info bagaimana plastik menjadi punca pencemaran bagi dijadikan bahan rujukkan.


Banyak laporan yang mendakwa dimana pengguna perlu awas akan bahaya plastik kepada kesihatan. Penulis blog percaya k
etika membeli-belah biasanya pengguna akan melihat ramuan pada makanan yang di beli untuk seterusnya mengelakkan ujudnya ramuan bahan yang merbahaya kepada kesihatan dimana ramai kurang tahu akan ancaman daripada bahan plastik. Apa pun kehadiran plastik dalam makanan ada ditemui di mana sahaja sebagai pembungkus makanan atau plastik bekas makanan (pinggan plastik) dimana sering digunakan. Paling ketara adalah botol minuman air mineral yang jelas menggunakan botol plastik walau pun air mineral di dakwa sebagai minuman kesihatan juga. Dilaporkan botol plastik dan pembungkus makanan plastik kini menjadi salah satu punca pencemaran alam sekitar dimana ini menjadikan ekosistem tercemar sama ada didaratan atau di lautan. Isu ini untuk jangkamasa panjang boleh mencemarkan seluruh rantaian makanan. Sebanrnya dilaporkan yang produk bahan plastik tidak hanya terdiri daripada polimer. Ia juga terdiri daripada bahan tambahan yang menguatkan atau memberikan sifat kepada plastik sama ada secara fizikal dan kimia. Sesetengah bahan tambahan ini dilaporkanamat toksik dan mengancam kesihatan manusia dan hidupan lain. Bahan tambahan yang amat membimbangkan dalam pembungkusan makanan dan bukan makanan ini dikenal pasti oleh Forum Pembungkusan Makanan (FPF) adalah Bahan Logam Berbahaya (diharamkan di Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) untuk pembungkusan), bisphenol, ftalat dan bahan kimia PFAS. Hasil dari beberapa kajian menunjukkan bahawa bahan penambah plastik mungkin melarut resap dan berpindah ke dalam makanan memandangkan ia tidak terikat secara kimia kepada kandungan polimer plastik. Bahan penambah ini juga dilaporkan ia mempunyai kesan yang boleh menjejaskan kesihatan memandangkan sesetengahnya bahan ini adalah mengandungi bahan karsinogenik, neurogenik dan komponen pengganggu endokrin yang membawa kepada penyakit kronik, kanser, neurotoksik, necrosis, toksik kepada sistem pembiakan dan lain-lain. Ia juga berterusan kekal dalam alam sekitar dan boleh berkumpul dalam rantaian makanan. Apa pun selain daripada bahan penambah plastik berlaku situasi kemerosotan plastik kepada 'plastik mikro' dan 'plastik nano' dimana ia boleh mendedahkan ancaman kesihatan kepada manusia. Saintis menyatakan kemungkinan penghadaman dan penyedutan plastik boleh menyebabkan radang (dikaitkan dengan kanser), penyakit jantung, penyakit radang usus, reumatoid, artritis, ketoksikan sel dan lain-lain.


Memanag adalah p
erlu diingatkan bahawa kesan kesihatan yang mana perlu dipertimbangkan adalah hanya daripada penggunaan plastik. Kesan plastik kepada kesihatan perlu dilihat dari seluruh kitaran hayatnya iaitu daripada pengeluaran minyak sehingga ke akhir hayatnya. Sebenarnya masih tiada senarai ramuan pada plastik bagi pengguna untuk was-was akan potensi kesannya kepada kesihatan. Kesan kepada pengguna menyebabkan pengguna membeli produk plastik tanpa mengetahui kesan negatif kepada kesihatan. Ancaman bahaya plastik terhadap kehidupan manusia dimana bahan plastik bagai tidak boleh dipisahkan kerana ramai bergantung kepada penggunaan barangan plastik dalam kehidupan harian. Boleh dikatakan setiap rumah pasti mempunyai barangan plastik kerana ada beberapa kelebihannya seperti ia bahan yang tahan lama, kalis air, cantik dan murah menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan masyarakat selain membantu memudahkan banyak urusan harian mereka. Pada penulis blong mendapati dimana memang tidak kurang juga ramai menganggap lambakan penggunaan bahan plastik sebagai isu remeh sehinggakan mereka membuang sampah merata-rata dan bukan di tempat sepatutnya. Memang masih ramai kalangan masyarakat masih tidak menyedari plastik adalah musuh ‘senyap’ kepada manusia dan boleh ‘membunuh’. Beberapa pakar kesihatan ada menyatakan perlunya ada kempen bagi memberi aspek kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya plastik kepada manusia dan alam sekitar. Dilaporkan ada tiga bahan asas dalam membuat plastik iaitu Phthalate, Bisphenol A (BPA) dan kadangkala dicampur juga bahan Polybrominated diphenyl ethers (PBDEs). Bahan Phthalate adalah bahan paling banyak digunakan dan berfungsi melembutkan plastik yang keras. Apa pun dilaporkan yang kedua tertinggi adalah BPA sebagai bahan menjadikan plastik lebih keras, tahan lama dan menghalangnya daripada pudar. Ketiga adalah PBDEs dan bahan ini menjadikan plastik kalis air yang banyak digunakan dalam penghasilan telefon bimbit dan barangan elektrik. Apabila berlaku campuran beberapa bahan lain yang lebih bertoksik seperti pewarna dan bahan pewangi dalam penghasilan plastik bagi meningkatkan kualiti barangan itu secara tidak langsung mendedahkan lagi risiko bahaya kepada manusia. Plastik pada asasnya berbentuk polimer berantai panjang (seperti tasbih) dan apabila terlerai menjadi molekul kecil yang dipanggil monomer. Apabila ia terurai maka terhasillah BPA dan phthalate dalam air atau tanah yang akhirnya masuk ke dalam tubuh manusia serta haiwan. Kemudian hasil kajian mendapati dimana apabila bahan ini (phthalate dan BPA) masuk ke dalam tubuh manusia ia akan tersimpan di dalam lemak dan boleh menyebabkan gangguan sistem badan terutama pada kanak-kanak. Kandungan bahan phthalate yang banyak dalam darah atau badan manusia boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti.


Kajian mendapati dimana 
kesan lain pencemaran plastik adalah gangguan terhadap organ pembiakan terutama kepada kanak-kanak termasuk kelewatan akil baligh. Dilaporkan dimana salah satu perkara amat penting untuk ramai tahu dimana bahan ini didakwa boleh mengganggu proses pembentukan janin dalam kandungan sekiranya ibu banyak terdedah kepada phthalate. Dilaporkan ada beberapa kemungkinan lain yang boleh terjadi seperti kecacatan dan bayi akan mengalami gangguan organ pembiakan apabila dewasa kelak. Ada laporan mengaitkan plastik dengan masalah kesihatan lain termasuk kanser. Bagaimanapun kajian itu menyebut kesan bahaya plastik kepada manusia hanya dapat dilihat selepas 40 tahun. Ada kemungkinan besar peningkatan penyakit kanser yang berlaku mutakhir disebabkan penggunaan plastik secara berleluasa dan berterusan sejak sekian lama. Dalam kajian lain menunjukkan 10 peratus daripada semua plastik yang dikeluarkan di seluruh dunia berakhir di lautan dan kemudian membentuk ‘Pulau Sampah’ di tengah Lautan Pasifik. Plastik yang terurai dalam laut akan menjadi mikroplastik dan nanoplastik. Didakwa yang mikroplastik adalah zarah plastik berukuran antara lima milimeter (mm) dan 0.1 mikrometer (um) manakala nanoplastik pula saiznya lebih kecil daripada mikroplastik iaitu 0.0000000009. Kedua-dua bahan ini akan terkumpul dalam badan hidupan laut iaitu ikan apabila memakan plankton atau tumbuhan laut yang sudah dicemari mikroplastik dan nanoplastik. Ia akan terkumpul dalam badan ikan kerana haiwan ini tidak mampu menghadam dua bahan berkenaan. Pengumpulan bahan ini yang banyak akan menyebabkan kehidupan haiwan ini terganggu atau boleh mengakibatkan kematian jika jumlahnya terlalu tinggi. Kalau manusia yang makan ikan dicemari mikroplastik dan nanoplastik akan menerima kesan yang hampir sama seperti haiwan berkenaan. Kehadiran bahan-bahan itu tidak boleh dirasai manusia kerana mikroplastik dan nanoplastik tidak berbau atau berwarna tetapi bahan kimia berkenaan akan meresap dalam tubuh manusia sehingga memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Ancaman senyap daripada penggunaan barangan plastik membimbangkan banyak pihak. Kesedaran inilah yang menggerakkan sekumpulan penyelidik dari Universiti Lund, Sweden telah menjalankan kajian ke atas nanoplastik. Penyelidik mendapati nanoplastik yang terkumpul dalam tisu otak ikan menyebabkan perubahan tingkah lakunya menjadi seperti tidak aktif. Senario itu menunjukkan betapa bahayanya kesan plastik terhadap alam sekitar, manusia dan hidupan lain. Bahan plastik mengambil masa lama untuk mereput dan tempohnya bergantung kepada di mana bahan itu berada. Dilaporkan apabila bahan ini susah hendak mereput ia akan menambahkan lagi bilangan plastik sedia ada hingga menjadi beban kepada alam sekitar. Masyarakat perlu bekerjasama dan berusaha ke arah mengurangkan penggunaan plastik. Berfikir sebelum menggunakan bahan ini sama ada ia benar-benar perlu atau tidak. Sebagai contoh kehadiran botol plastik beraneka saiz bagi mengisi air mineral atau air minuman untuk jualan adalah satu perbuatan yang menambahkan lagi penggunaan plastik dalam kehidupan harian. Walau pun ada banyak langkah untuk mengurangkan bebanan plastik kepada alam sekitar dan kehidupan, contohnya bertukar kepada penggunaan bekas minuman seperti botol kaca atau bekas yang lebih mesra alam. Jika ini dapat dilakukan, maka sebahagian punca pencemaran dan punca bahaya akan dapat dielakkan. 


Dalam mengurangkan risiko pencemaran plastik bagi kesihatan dimana pengguna boleh mem
inimakan pembelian makanan bungkus dalam plastik kedai. Penjual makanan terutamanya di kedai makan untuk dibawa pulang atau pembelian secara on-line melalui grab food atau panda food juga selalu dihantar didalam bungkusan plastik. Ada juga pelanggan yang membawa bekas dari plastik dari rumah untuk membawa makanan. Amalan terbaik dimana jika membeli makanan masih panas yang di bungkus atau diletakkan didalam bekas plastik periksa dulu agar ia dimasukkan kedalam plastik semasa panas lagi dan jika sudah agak sejuk baru dimasukkan. Kesan haba panas akan menyebabkan plastik ada tindakbalas kimia berlaku.  Apa pun jika membawa bekas dari plastik dari rumah sendiri untuk diisi dengan makanan sebaiknya jangan terus minta bungkus dimana boleh beritahu penjual dan ditunggu yang makanan sudah sejuk maka bolehlah minta dibungkus. Ada banyak dakwaan dimana semua makanan panas yang kena bungkusan plastik selalunya merbahaya sangat. Di Malaysia dimana kedai mamak senang untuk membeli air atau jenis makanan yang memang ia pasti dibungkus dengan bahan pembungkus plastik. Periksa jika penjual di kedi tersebut memasukkan makanan kedalam plastik dengan minuman atau makanan panas. Boleh minum air buah atau air lain yang tidak panas menggunakan cawan atau gelas kaca sahaja. Ada amalan dimana ramai pelanggan akan meminum air panas dengan menggunakan penyedut minuman atau straw. Walau pun agak jarang akan tetapi jika sesiapa yang suka cara ini sebaiknya dihentikan. Minum air menggunakan straw terutama air panas akan memberikan ancaman pencemaran bahan plastik juga. Memanaskan makanan didalam plastik didalam microwave adalah dilarang sama sekali. Ini kerana kaedah ini dilaporkan tidak selamat kerana plastik tersebut mungkin cair atau ada tindakbalas kimia yang memang membahayakan pengguna. Sebaiknya gunakan bekas khusus untuk digunakan didalam microwave. Dimana-mana sahaja penjualan air mineral di Malaysia dan negara lain akan menggunakan botol plastik yang jernih. Botol air mineral atau bekas air plastik jangan suka dan amalkan ditinggal didalam kereta kerana jika kereta di letakkan di tempat panas maka suhu didalamnya juga akan panas dan ini menjadikan ada berlaku tindakbalas antara air mineral dengan botol plastik. Semasa memasak di dapur sebaiknya elakkan daripada menggunakan sudip atau pembancuh plastik sama sekali kerana suhu panas dalam kuali akan menyebabkan berlaku pencemaran bahan plastik dalam makanan. Sebaiknya gunakan sudip yang diperbuat daripada logam, katu atau buluh sahaja. Bagi tujuan menapis air sebaiknya pili jenis penapis air yang stainless steel. Di hotel selalu disediakan cerek atau pemanas air minuman dimana penggunaanya sudah menjadi satu kelaziman. Sebaiknya elakkan menggunakan cerek plastik tersebut untuk menyediakan air minuman panas dalam bilik hotel. Pilih pemanas air yang dibuat daripada bahan kaca atau stainless steel saja dalamnya. Dalam pada itu perhatikan walau pun banyak cerek letrik ini atau jenis pemanas air elektrik stainless steel akan tetapi penutupnya plastik yang juga berikan ancaman kesihatan. Apa pun amalan menyimpan makanan panas dalam plastik kalau diulang-ulang kali atau dilakuak setiap hari akan memberikan pencemaran plastik. Mungkin disebabkan pencemaran plastik ada pesakit kronik yang sudah berubat tetapi tidak juga sembuh mungkin berpunca dari plastik. Pada penulis blog dimana kempen kesedaran akan bahaya pencemaran plastik perlu di teruskan di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PRODUK PLASTIK... DI MANA SAHAJA...
BOTOL PLASTIK...PEMBUNGKUS JUGA...
MENJADI MASAALAH...SELURUH DUNIA...
MEMBACA ARTIKEL...FAHAM FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Syawal 1445H).

Wednesday, April 17, 2024

LEMBU KASI GALAK SAHAJA, TAK MELAWAN

Menarik peribahasa yang penulis blog jarang dengar iaitu 'LAKSANA LEMBU KASI GALAK SAHAJA TAK MELAWAN' untuk dibincangkan dalam artikel kali ini. Menarik sungguh akan peribahasa ini yang libatkan lembu jantan yang selalunya garang akan tetapi sebenarnya ia penakut sahaja dan tidak berani melawan. Apa pun dua perkataan berkaitan dengan sektor ternakan disini adalah 'lembu' dan juga 'kasi yang memang ada dalam peribahasa ini. Dalam mencari maksud atau makna peribahasa ini di katakan maksudnya adalah 'Orang yang berbadan besar tetapi penakut'. Penulis blog sebenarnya bukan jenis ini kerana berbadan kecil akan tetapi pemberani dala menulis artike dalam blog lebih 15 tahun dengan membuat posting satu artikel setiap hari sehingga ada lebih dari 7,700 artikel sahaja macam peribahasa 'kecil-kecil cili api'. Pada penulis blog mungkin kena akan haiwan lembu (cattle atau cow) akan tetapi mungkin agak jarang atau tidak pernah mendengar perkataan 'Kasi' yang bukan maknanya 'memberi'. Merujuk kepada beberapa istilah teknikal dimana '
Takrif Kasi' kepada haiwan sama lembu atau kambing atau haiwan lain adalah cara menghilangkan alat jantannya atau tidak ada sifat jantannya lagi setelah dibuang melalui satu proses pembedahan. Perbuatan mengasi haiwan bermaksud menghilangkan alat jantannya sehingga kemudian akan hilang kemampuannya untuk tujuan pembiakan secara semulajadi. Apa pun di kampong penulis blog di Muar, Johor perkataan lain yang memiliki maksud yang hampir sama ialah 'Kembiri' yang pernah dilakukan di kampong kepada kambing ternakan dahulu. Ia juga bermaksud tidak ada jantannya atau sifat kejantanannya atau sudah dihilangkan jantannya. Mengembiri merupakan perbuatan seseorang menghilangkan (membuang) alat jantannya. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil sebagai melakukan 'castrate' iaitu istilah perubatan ialah merujuk kepada perbuatan membuang testis. Dalam pada itu menurut Wikipedia pula cara pengembirian atau pengasian (castration) adalah tindakan bedah dan atau menggunakan bahan kimia yang bertujuan untuk menghilangkan fungsi testis pada jantan atau fungsi ovarium pada betina. Pengembirian selalu dapat dilakukan baik pada haiwan ataupun manusia. Artikel pada petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai kaitan teknikal antara lembu yang di kasi dengan sifat kejantanannya yang hilang untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Aktiviti Kasi atau 
Kembiri (castrate) haiwan jantan seperti lembu, kambing, kerbau dan haiwan liar lain adalah satu proses dimana testis kambing jantan dibuang untuk menjadikan kambing tersebut sesuai menjadi kambing pedaging. Bagaimana pun bukan semua orang boleh melakukannya kerana ia melibatkan aktiviti pembedahan yang agak rumit dimana jika tersalah lakukannya boleh menyebabkan kecederaan yang membahayakan haiwan ternakan tersebut. Ini kerana perlu ada peralatan dan bahan kimia khas yang sesuai digunakan dan dilakukan dengan profesional. Bagaimana pun bagi penulis blog tidak hairan kerana masa dulu di kampung banyak kali membantu keluarga melakukan kasi terhadap banyak ekor kambing jantan dan belajar juga secara amali semasa belajar di universiti tahun 1980'an dahulu. Kesannya dimana bagi haiwan yang dikasi menyababkan apabila testis pada zakar haiwan jantan ini dibuang maka haiwan jantan tersebut  tersebut tidak dapat mengawan di mana ianya akan menjadi lebih cepat gemuk atau lebih cepat membesar untuk disembelih atau dijual akibat kurang aktif untuk mengawan. Dalam mengkasi haiwan ini ada banyak tujuan antaranya seperti dinyatakan bagi membolehkan haiwan tersebut lebih cepat membesar untuk di jual dimana ia akan menguntungkan penternak juga. Tujuan lain selalunya bagi menjinakkan haiwan tersebut (seperti lembu) agar sesuai digunakan sebagai haiwan untuk kegunnan pengangkutan (kereta lembu), membajak tanah di kebun, menarik treller hasil tanaman (kelapa sawit satu masa dulu), menarik alat proses bijirin (menarik alat penggiling gandum atau mengepam air dari kolam dalam) dan sebagainya. Lazimnya lembu jantan yang di kasi ini sudah 'tidak garang' untuk mengawan lagi berbanding dengan lembu jantan normal datang biang untuk mengawan dengan lembu betina yang sedang 'heat'. Cuba bayangkan kalau sedang tarik kereta lembu dan kemudian ia 'mengamuk' untuk mengejar lembu betina yang sedang 'heat' untuk mengawan tentulah huru-hara jadinya. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dimana dilaporkan pada asasnya, para ulama’ mazhab Syafi’e membolehkan mengasi haiwan yang halal dimakan ketika haiwan tersebut masih kecil, dan juga mengharamkannya ketika haiwan tersebut sudah besar. Imam Nawawi menukilkan pendapat Imam Baghawi yang menyebut: “Haram mengasi semua haiwan yang tidak boleh dimakan. Adapun haiwan yang boleh dimakan maka boleh mengasinya ketika masih kecil, dan haram ketika sudah besar. Ulama’ Hanabilah membolehkan pengembirian binatang ternakan kerana ia akan mengelokkan (menggemukkan) dagingnya, dan memakruhkan mengasi binatang yang tidak halal kerana tidak ada manfaatnya dan menyakiti mereka. Begitu juga para ulama’ Hanafiyyah dan Malikiyyah juga membolehkan pengembirian pada haiwan ternakan yang halal dimakan.  


Menternak Lembu Pedaging kini merupakan salah satu aktiviti yang mendapat perhatian kerajaan Malaysia. Kita di Malaysia merupakan negara pengimport daging dari beberapa negara untuk kegunaan tempatn kerana kadar pengeluaran daging segar tempatan jauh daripada mencapai kadar kecukupan saradiri (Self sufficient level). Ini termasuk juga kekurangan pengeluaran susu lembu yang teraksa diimport untuk kegunaan industri dan kanak-kanak. Dalam pada itu terdapat banyak skim penternakan lembu yang ujud dinegara ini. Antarannya adalah PINTAR. Pendekatan konsep PINTAR ini atau singkatan kepada Projek Integrasi Ternakan Ruminan dengan tanaman kekal seperti getah atau kelapa sawit.Ia merupakan satu bidang usaha berinput rendah (low input). Ternakan lembu pedaging dibawa masuk untuk menggunakan rumput yang terdapat dengan banyak di dalam sesuatu ladang dimana ini bermakna jumlah stok adalah bergantung kepada kuantiti rumpai yang sedia ada. Sila baca artikel penuh tulisan saya dalam blog ini dengan pautan (Sila Klik Disini). Sehubungan itu apabila kuantiti rumpai berkurangan (apabila getah atau kelapa sawit meningkat tua), stok ternakan perlulah dikurangkan sehingga cukup untuk meragut rumpai yang ada saja. Ianya memberi maksud mana-mana kawasan perladangan yang tiada rumpai yang mungkin berpunca dari aktiviti meracun rumpai tersebut, tidak boleh atau tidak sesuai menjalankan projek pintar.Apabila sumber makanan berkurangqn lazimnya pengusaha terpaksa memberi makanan tambahan PKC (Palm Kernel Cake) atau PKE (Palm Kernel Expeller) atau pelepah sawit yang dirincih untuk mencukupkan keperluan makanan yang diperlukan. Ia juga bukan merupakan konsep Pintar kerana menyebabkan kos pengurusan meningkat. Input lain yang menjadi pelengkap kepada keperluan asas ini hanyalah ubat-ubatan, garam galian, sumber air, peralatan pengenalan ternakan termasuklah kandang yang sesuai dan system pagar elektrik. Satu ciri yang terdapat pada Pintar ialah sistem ragutan berpusingan mengikut amalan yang telah ditetapkan. Misalnya kawasan seluas 400 hektar selesai diragut sepenuhnya dalam tempoh 90 hari atau 3 bulan. Ianya hanya boleh dilaksanakan dengan menggunakan system pagar elektrik. Dari sudut ekonomi keuntungan boleh didapati dalaam kedua dua bidang iaitu penghasilan sawi atau getah dan penternakan lembu pedaging. Keperluan daging lembu sebagai sumber protin masih jauh daripada mencukupi.


Menarik kisah dala
hmetro.com bertajuk 'Tak kisah dianggap gila kerana lembu' iaitu kisah dari Marang, Terengganu untuk dikongsikan. kata mereka dimana apabila sudah minat maka duit bukan masalah dan tidak kisah jika orang menganggap kami gila kerana membeli lembu baka dengan harga puluhan ribu ringgit dakwa Nor Faizi Mamat dan dua abangnya yang menjadi penternak di Kampung Bukit Parit yang sanggup untuk mereka menghabiskan lebih RM200,000 untuk membeli lembu baka pelbagai jenis termasuk Limosin, Charolais Blonde dan Belgium Blue sejak 2014. Tiga beradik itu tular di media sosial selepas membeli seekor lembu betina baka Charolais Blonde bersama seekor anak berusia empat bulan di Kelantan dengan harga RM50,000 pada April lalu. Meraka kini gembira terbabit dalam bidang penternakan itu kerana minat yang asalnya hanya suka-suka sahaja tetapi tidak sangka apabila bidang penternakan itu memberi pulangan keuntungan yang lumayan. Mereka sepakat mengumpul modal dan membeli beberapa ekor lembu baka yang terbaik sebelum membiaknya di tanah seluas 2.5 hektar peninggalan arwah bapa. Setakat ini dia bersama abangnya sudah menjual lebih 40 ekor lembu baka sejak 2016 sehingga sekarang.  Lembu baka itu dijual mengikut jantina dan gred. Biasanya lembu betina jauh lebih mahal berbanding lembu jantan dimana harga setiap lembu mengikut harga pasaran tetapi fleksibel bergantung kepada jenis baka iaitu RM15,000 ke atas. Dakwa mereka paling mahal dan terbaru kami menjual lembu baka Charolais dengan harga RM35,000 seekor pada awal tahun lalu. Mereka tidak bimbang untuk membeli lembu pada harga mahal kerana permintaan terhadap ternakan itu sentiasa tinggi. Biasanya anak lembu betina berusia beberapa bulan sudah ditempah malah ada yang menawarkan harga sehingga RM25,000 seekor. Sebab itu mereka tidak peduli apabila segelintir penduduk menyindir dan mentertawakan kami kerana membeli lembu dengan harga mahal kerana yakin dengan potensi bidang penternakan itu. Cara untuk mereka menguruskan semua lembu bakanya itu seawal 8 hingga 11 pagi dan 4.30 petang hingga 6.30 petang pada setiap hari. Kos makanan untuk semua lembu yang diternak ialah RM3,000 sebulan selain pemberian makanan alternatif lain seperti rumput napier. Mereka berterima kasih kepada semua pihak yang membimbing dan membantunya dalam menjalankan kegiatan penternakan itu. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu antara yang banyak membantu mengembangkan kegiatan penternakan yang dijalankan termasuk pemberian sumbangan kandang lembu yang lebih baik/ Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!..
LEMBU KASI... MENJADI BESAR BADANNYA...
NAMPAK GARANG... DIA PENAKUT KATANYA...
ORANG BERBADAN BESAR... PENAKUT DIA...
ADA PERIBAHASA... MEMALUKAN SAHAJA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Rabiulakhir 1445H).  

Tuesday, April 16, 2024

APAKAH DIA KREDIT KARBON?

KREDIT KARBON (carbon credit) merupakan satu istilah dan merupakan sejenisi instrumen ekonomi yang dipertimbangkan dalam persetujuan Protokol Kyoto dan yang membantu mengawal pelepasan karbon dioksida oleh negara-negara yang termasuk dalam protokol tersebut. Boleh dikatakan bahawa mereka adalah hak negara untuk mengeluarkan gas rumah hijau ini. Setiap kredit karbon setara dengan satu tan karbon dioksida yang tidak lagi dipancarkan ke atmosfera berkat pengurangan gas-gas ini semasa pengeluaran atau kerana pengenalan teknologi baru. Apa pun teknologi ini maju sedemikian rupa sehingga mengoptimumkan pengeluaran dengan bagaimana mengeluarkan gas pencemaran yang semakin sedikit ke atmosfera. Walau bagaimanapun memang tidak dapat dielakkan dimana untuk mencapai tahap pelepasan sifar tanpa kehadiran tenaga yang boleh diperbaharui. Bila-bila masa sahaja ia digunakan bahan api fosil akan ada pelepasan gas rumah hijau Kyoto dimana ia boleh dilaksanakan pada skala nasional mahupun antarabangsa sejauh mana hak-hak rundingan dan pertukaran yang sama dapat diperuntukkan kepada semua pelaku pasaran yang terlibat. DIsini ada istilah pihak 'Pembeli' di maksudkan dengan pemilik industri yang mengeluarkan karbon ke udara. Mereka berkewajiban untuk tujuan bagi menyeimbangkan pembebasan karbon ke udara melalui mekanisma sekuestrasi karbon. Dalam bahasa mudah setiap molekul karbon yang mereka hasilkan ke udara haruslah ia diimbangi dengan karbon yang mampu diserap dan disimpan agar tidak berlakunya pemanasan global (global warming). Ada pula istilah pihak 'Penjual' iaitu pemilik yang mengelola hutan atau tanah pertanian yang boleh menyimpan (accumulate) karbon yang terdapat dalam pokok-pokok di hutan atau tanah mereka. Ini mungkin juga termasuk industri pengelola yang mampu mengurangkan berlakunya proses pelepasan karbon atau di mana pengurangan pelepasan karbon ini boleh dijual kepada pihak lain. Dalam satu contoh dimana negara seperti Indonesia dibawah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah menandatangani MOU dengan kerajaan Norway pada bulan Mei 2011 iaitu untuk melakukan Moratorium terhadap 74 juta hektar kawasan hutan dan gambut dengan keluasan tiga kali saiz United Kingdom. Apa pun di dalam kawasan ini akan dilarang aktiviti penebangan hutan atau cubaan mengolah mana-mana fauna dan flora termasuk tanahnya sekali untuk tujuan pertanian, komersil dan lain-lain. Dalam ertikata lain dimana kawasan hutan ini yang seluas tiga kali United Kingdom ini dilindungi dan dijadikan kawasan konservasi selama 2 tahun. Sebagai imbalannya dalam perjanjian ini maka negara Norway akan memberikan wang sebenar US1 billion (RM4.69 billion) sebagai tukaran 'Carbon Credit'. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan maklumat mengenai apakah dia kredit karbon dan kepentingannya kepada negara untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Perkara berkaitan dengan kredit karbon ini boleh dilakukan di Malaysia dengan dsaar, regulatory dan kaedah yang betul untuk dilaksanakan. Beberapa negari yang mempunyai banyak hutan seperti di Pahang, Kelantan, Sarawak, Sabah dan lain-lainnya dijangka boleh menceburkan  diri dalam skim 'Carbon Credit' ini yang mana ia akan memberikan keuntungan kepada setiap negeri dan Malaysia umumnya. Ia berkait juga dengan keuntungan langsung dan tidak langsung di segenap lapisan masyarakat terutamanya mereka yang hidupnya bergantung kepada hutan dan mengurangkan pencemaran sungai dan sebagainya akan menerima faedah. Apa yang terkandung didalam skim ini adalah dimana hutan-hutan yang digazetkan akan dilindungi, dipelihara dan dilestarikan sebaik mungkin mengikut piawaian. Keuntungan adalah kepada imbalannya dimana akan ada tukaran karbon (CO2) yang akan diserap oleh hutan tropika dengan bayaran wang kepada kerajaan yang memounyai hutan oleh pihak yang sanggup melakukan rundingan membeli skim ini terutama dinegara-negara maju atau negara industri yang  mengeluarkan karbon. Pada zaman ni dimana pada kebiasaanya kalangan negara pembeli adalah dari negara-negara yang mempunyai industri-industri besar atau negara maju seperti negara-negara Eropah yang mana jumlah karbon yang mereka bebaskan ke udara tidak dapat diimbangi dengan karbon yang diserap hasil dari kurangnya hutan-hutan besar di negara mereka. Oleh itu adalah diharapkan negara-negara yang masih mempuyai simpanan atau kawasan hutan dapat memainkan peranan bersama didalam mengimbangi pelepasan karbon ke udara dan mengurangkan keadaan pemanasan global. Ada banyak laporan media dimana isu pencemaran udara adalah masalah persekitaran pada skala global. Negara maju adalah negara yang paling banyak mengeluarkan gas rumah hijau kedalam atmosfera setiap tahun. Jumlah gas ini menyebabkan berlaku pengekalan haba yang lebih besar di atmosfera dimana ini akan menyebabkan peningkatan suhu purata global. Kesan daripada pelepasan gas rumah hijau terbesar dipancarkan ke atmosfera ini adalah karbon dioksida dimana sudah pun diperkenalkan satu instrumen ekonomi yang dikenali sebagai kredit karbon.


Berbalik kepada isu asas dimana kredit karbon adalah sejenis instrumen ekonomi yang dipertimbangkan dalam persetujuan Protokol Kyoto dan yang membantu mengawal pelepasan karbon dioksida oleh negara-negara yang termasuk dalam protokol tersebut. Boleh dikatakan bahawa mereka adalah hak negara untuk mengeluarkan gas rumah hijau ini. Setiap kredit karbon setara dengan satu tan karbon dioksida yang tidak lagi dipancarkan ke atmosfer berkat pengurangan gas-gas ini semasa pengeluaran atau kerana pengenalan teknologi baru. Memang ia benda bariu di Malaysia dimana semua kena memahami bagaimana Kredit Karbon berfungsi. Apa pun sudah ada mekanism yang dibuat dalam protokol Kyoto memiliki prosedur ketika digunakan. Selalu ia ddirujuk kepada unit untuk mengurangkan pelepasan gas-gas ini ke atmosfera dimana setiap unit setara dengan satu tan karbon dioksida yang tidak lagi dipancarkan ke atmosfera berkat pelancaran projek aplikasi bersama antara negara. Ia dapat dibuat antara satu atau beberapa negara untuk melaksanakan dasar pengurangan pencemaran alam sekitar. Istilah seperti CER, Pengurangan Pelepasan Bertauliah (CDM) atau RCE akan digunakan. Ia dikaitkan dengan pengurangan pelepasan yang diperakui dan mewakili satu tan karbon dioksida yang tidak lagi dipancarkan dan yang telah dihasilkan dan disahkan berkat penggunaan skema yang merangkumi mekanisme pembangunan yang bersih. Di sinilah pelbagai alat digunakan untuk mengurangkan pencemaran berkat penggabungan teknologi baru. Antaranya adalah RMU atau Unit Pemindahan (Penghutanan & Perhutanan) atau UDA yang mengambil kira unit penyerapan karbon dioksida mengikut zon. Cara kira dalam ekosistem menyerap karbon dioksida adalah melalui fotosintesis. Selalunya bagi meningkatkan kadar fotosintesis tempatan dimana proses penghutanan semula atau aktiviti penanaman semula hutan dilakukan. Salah satu cara untuk mengurangkan jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan ke atmosfera adalah dengan mengurangkan penebangan hutan. Apa pun memang perlu diingat bahawa semakin sedikit jumlah tanaman atau pokok di suatu kawasan ar-tau hutan atau perkenunan maka akan semakin rendah kadar berlakunya proses fotosintesis. Proses fotosintesis merupakan proses pengukaran Karbon dioksida dan mengelukan gas Oksijen kedalam udara. Sila baca penjelasannya dalam tulisan saya dengan pautan berikut (Sila klik disini). Cara tidak langsung untuk mengurangkan jumlah gas rumah hijau yang selalu ia keluarkan adalah dengan mempromosikan jumlah tanaman yang dapat menyerap karbon dioksida.


Persoalan bagaimana penggunaan mekanisme pengurangan pencemaran dimana apa yang dilakukan oleh skim kredit karbon ini dengan cara asas adalah mewujudkan asas yang lebih sederhana untuk dapat mengira jumlah gas yang dilepaskan ke udara dan bagaimana mengimbangi pelepasannya. Kredit karbon ini telah dimasukkan ke dalam rancangan antarabangsa untuk meningkatkan usaha mengurangkan pemanasan global dan semua kesan negatifnya terhadap ekosistem semula jadi dan manusia. Beberapa negara membangun dilaporkan agak tenggelam dalam salah satu masalah persekitaran pada skala global yang boleh ianya menyebabkan lebih banyak masalah kepada manusia. Ada kala di media barat melaporkan isu penebangan hutan dan aktiviti penanaman kelapa sawit secara meluas dikaitkan dengan kempen pengharaman eksport minyak sawit di beberapa negara maju (Sila lihat foto disebelah). Isu-isu perubahan iklim adalah fenomena yang dapat mengubah kehidupan manusia seperti sekiranya suhu global purata meningkat di atas 2 darjah Celsius maka kesannya adlah dimana semua ekosistem akan mengalami pengubahsuaian yang hampir tidak dapat dipulihkan. Dilaporkan pada hari ini dimana fenomena kenaikan suhu ini sudah berlaku. Atas sebab ini maka adalah sangat penting untuk menetapkan dasar-dasar persekitaran untuk mengurangkan pencemaran melalui pengenalan tenaga boleh diperbaharui dan kaedah mekanisme teknologi yang lebih canggih. Ap pun dalam kredit karbon dimana ia juga secara tidak langsung memasukkan garis panduan yang harus diambil kira berkenaan dengan kecekapan tenaga. Kedua-dua industri dan bandar besar yang mempunyai kecekapan tenaga yang baik akan dapat bantu mengurangkan pencemaran melalui pelepasannya. Dengan kredit karbon maka segala usaha dilakukan untuk tujuan ia menyamakan jumlah jumlah pelepasan yang mereka boleh dikeluarkan oleh syarikat atau perniagaan pada skala yang lebih tempatan. Ini bermaksud bahawa jumlah semua syarikat dan perniagaan di suatu negara maju mesti mengurangkan pelepasan ini agar mereka mendapat hasil global dengan cara memperkenalkan konsep globalisasi.


Isu kadar pelepasan karbon yang lebih tinggi dimana apa yang mesti dielakkan dengan segala cara adalah terdapat lebihan jumlah gas yang kita pancarkan melebihi yang bumi akan dapat menyerap. Apa pun sebenarnya ada terdapat pelbagai cara atau mekanisme boleh dilakukan seperti penghutanan semula dan penanaman semula hutan untuk meningkatkan kadar proses penyerapan CO2 ini. Cara lain sesuai dilakukan adalah dengan mengurangkan pelepasan gas ini iaitu dengan cara  pengenalan kecekapan tenaga di dalam semua sektor. Ini adalah bagaimana semua akan dapat capai dengan teknologi yang lebih besar demi mengurangkan pencemaran tetapi semua tidak berhenti menikmati teknologi dan keselesaan. Dalam isu ini akan terdapat nilai wang yang diberikan untuk lebihan pelepasan ini dimana ia sebenaynya boleh diperdagangkan. Apa pun pada asasnya dimaka kalangan  mereka yang memasuki projek seperti ini dengan bertujuan untuk mengimbangi pencemaran. Ini bermaksud bahawa karbon dioksida yang dipancarkan ke atmosfera akan dapat diperbaharui terutama projek-projek ini mempunyai objektif utama penghutanan semula di tempat-tempat yang sangat miskin atau di negara-negara membangun. umum tahu dimana seperti yang berlaku dan dilihat dimana pencemaran dan kesan rumah hijau boleh menjadi cara untuk mewujudkan perdagangan antarabangsa. Walau bagaimanapun perlu difahami dimana objektif utamanya adalah untuk mengelakkan kesan negatif dari perubahan iklim.  Semuga artikel ini dapat memberi pencerahan tentang apakah dia kredit karbon dan kaitannya dengan Malaysia kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KARBON KREDIT... APA BENDANYA...
PELEPASAN KARBON...ANCAM DUNIA...
KAWASAN HUTAN... SEIMBANGKAN DIA...
PERDAGANGAN GAS...LESTARI CUACA...


By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Raiulawal 1445H).

Monday, April 15, 2024

PLASTIK DALAM PERTANIAN - BAGAIMANA!

PENGGUNAAN PLASTIK
dalam sektor pertanian adalah suatu perkara yang penting dimana amat sering di jadikan sebagai penutup batas, dinding dan bumbung Rumah Struktur Pelindung Hujan, Peralatan Pertanian dan banyak lagi. Apa pun kepentingan bahan plastik memang sangat perlu didalam sektor hiliran juga dimana tanpanya sektor pertanian akan terjejas produktivitinya. Pada penulis blog mendapati dimana bahan
Plastik atau 'plastic' ini sebenarnya adalah bahan yang dijumpai pada berbagai tahap kehidupan manusia termasuk bidang pertanian, perindustrian, perubatan, aeroangkasa dan kegunaan rumahtangga. Penggunaan plastik dalam pertanian sudah menjadi keperluan dan amat sukar dielakkan sebab ia dimanfaatkan dalam berbagai bentuk bersama teknologi dan amalan agronomi tanaman. Plastik di sektor pertanian dapat di beli untuk digunakan sebagai bahan untuk kemasan, alat membungkus media tanam dan paling ketara juga sebagai alat-alatan pertanian seperti penutup batas ataupun bahan dalam kawalan perosak iaitu menjadi penghalang kepada kemasukkan serangga perosak. Dilaporkan dimana ada sekitar 10 juta metrik tan bahan plastik digunakan pada sektor pertanian setiap tahunnya seperti didakwa oleh saintis yang bernama Richard Thompson iaitu pakar plastik di FAO pada tahun 2023. DInyatakan dimana penggunaan plastik dalam sektor pertanian memang tidak dapat dihindari akan tetapi untuk jangkamasa panjang maka ia memberi kesan kepada kesan kelestarian alam sekitar. Hasil penyelidikan yang telah dijalankan di University of Vienna banyak mengungkap fakta-fakta kesan penggunaan plastik dalam pertanian yang memang sudah menjadi amalan pertanian dalam ianya akan menghasilkan bahan makanan, Dilaporkan penggunaan plastik ini dilihat lebih banyak kesan nagatif berbanding dengan kesan positif terutama terhadap kesan sisabaki dalam tanag dan ancaman kepada kesuburan tanah. Ini kerana bahan plastik adalah bukan organik yang susah atau lama untuk dapat di uraikan dalam alam sekitar. Apabila berada dalam tanah untuk suatu jangkamasa lama, maka plastik dalam tanah tersebut menyebabkan kejadian 'tanah mati' atau menjadi tidak subur dan pengurangan hasil tanaman yang amat ketara. Saya ada menulis artikel mengenai isu ini dalam artikel sebelum ini untuk dirujuk (Sila Klik Disini). Tumpukkan plastik dalam tanah memberikan kesan buruk kerana plastik sangat sulit untuk terurai dan dapat menumpuk dalam tanah dimana kemudian kesan buruk yang biasa terjadi akibat penggunaan plastik pada pertanian adalah penurunan aspek kesuburan tanah dan hasil tuaian serta potensi gangguan kesihatan dari impak toksik beracun pada plastik yang masuk ke dalam rantai makanan. Apa pun disyorkan dalam isu ini memang penulis blog berpendapat perlu ada strategi utama yang harus dilakukan sebagai rasionalisasi pengunaan plastik sehingga penggunaannya dapat efisien dan lebih selamat. Cara terbaik dengan meminimakankan kesan pencemaran akibat dari penggunaan bahan plastik. Kajian oleh saintis bernama Thilo Hoffmann dalam laporan jurnal Nature of the Communications Earth and Environments nyatakan dimana bahan plastik harus dipastikan dapat terurai secara biologi (biodegradable) dan syorkan bahan berbahaya dan beracun dalam plastik harus diganti dengan bahan alternatif yang lebih selamat. Bahan tersebut bagaimana pun hasru sehebat dengan bahan plastik dari aspek teknikalnya dimana diantara parameter penggunaan plastik dalam pertanian dapat disesuaikan dengan inisiatif global seperti Perjanjian Plastik PBB (UNEA 5.2).  Penulis blog setuju dengan isu dimana tidak mustahil penggunaan plastik di sektor pertanian menjadi lebih ramah lingkungan. Dalam blog "Anim Agro Technology" pada Hari Raya Aidilfitri 3 Syawal 1445H ini saya sukacita untuk membincangkan akan kepentingan produk plastik dalam sektor pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Sejak lama dimana teknologi dan amalan pe
nggunaan plastik di sektor pertanian yang dilihat ia telah membantu industri pertanian untuk mampu meningkatkan pengeluaran hasil tanaman, membantu dalam memperbaiki kualiti bahan makanan dan mengurangkan isu jejak karbon. Kehadiran bahan plastik pada industri pertanian bukan hanya memungkinkan tanaman mampu untuk tumbuh dalam pelbagai ancaman cuaca tetapi juga membantu menghasilkan hasila tanaman yang klebih terjamin kualitinya dan konsisten. Namun isu bagaimana penggunaan bahan plastik dalam industri pertanian dilihat akan memberi kesan negatif kepada kelestarian alam sekitar dalam jangkamasa panjang. Mengkaji akan sejarah didalam cara penggunaan plastik pada sektor pertanian dimana ia mula berlaku apabila produk ini pertama kali ditemukan pada abad ke-19. Penelitin mendapati dimana bahan
 plastik baru digunakan pada sektor pertanian pada tahun 1940-an semasa E.M. Emmert iaitu seorang holtikulturis dari University of Kentucky menjumpai bahawa penggunaan bahan 'plastik film' dapat melindungi tanaman diusahakan dimana mampu dalam menghasilkan hasil dengan yang lebih baik semasa tuaian. Apa pun pada awalnya dimana bahan plastik pertanian ini hanya ia digunakan sebagai bahan pengganti kaca pada rumah kaca (greenhouse) disebabkan aspek harganya yang lebih murah dan lebih tahan lama juga. Penggunaan plastik ini memungkinkan pembaharuan rekabentuk rumah kaca yang dulu bersegi kepada rekebentuk rumah kaca yang lebih cekap dan efektif dalam menghantarkan cahaya matahari kepada tanaman didalamnya. Bahan plastik ini boleh disesuaikan kepada bentuk separa bulat, berkelok dan ia dilihat mampu menjaga tanaman di dalamnya. Bahan lapisan plastik dalam pertanian ini memang sesuai ia digunakan sebagai panel rumah kaca sehingga kini dimana di Malaysia sudah menjadi kelazimnya ia di jadikan bumbung Rumah Kalis Serangga (RKS) atau Rumah Pelindung Hujan (SPH) dimana dijual dalam berbagai kualiti dan harga berlainan. Bahan plastik ini meluas di gunakan di kawasan pertanian tanah tinggi seperti di Cameroon Highland untuk tanaman pelbagai jenis sayuran termasuk jenis sayuran temperate dan bunga-bungaan dengan skala komersial. Malahan banyak jenis tanaman yang sesuai di tanam walau pun pada musim hujan (sayuran akan rosak jika di tanam di kawasan tanah terbuka) apabila kena hujan yang deras. Pemilik kebun dengan sistem SPH dilihat mudah bekerja di bawah SPH yang bumbungnya adalah bahan plastik sama waktu hujan atau panas tengahari. Kini perancangan pengeluaran hasil tanaman dapat di progrmkan kerana kurang gangguan masaalah cuaca.


Penggunaan bahan plastik dalam industri pertanian yang popular adalah sebagai Penutup Batas dan juga Bumbung atau Dinding Rumah Kaca (Struktur Pelindung Hujan). Dalam kes ini dilihat dimana fu
ngsi rumah kaca dapat diibsratkan sebagai ruang ICU bagi tanaman. Rumah kaca berguna untuk membantu tanaman mendapatkan cahaya yang cukup selain. Rumah kaca juga ditujukan membantu menciptakan keadaan dan persekitaran yang ideal bagi tanaman di dalamnya untuk dapat tumbuh optima dimana ia melindungi tanaman daripada kesan cuaca ekstrim atau ancaman serangga perosak. Di kawasan pertanian tanah tinggi Cameroon Highland dilihat amat banyak struktur ini yang menggunakan plastik dilihat dari kejauhan (Sila lihat foto disebelah). Struktur berbentuk 'Poly-Tunnel Structure' bersusun di beberapa lokasi di kawasan lereng bukit dimana sudah menjadi kelaziman. Semasa penulis blog bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang ada membuat kajian akan penggunaan struktur SPH dimana ia mencecah lebih 40% daripada kawasan dibuat kajian penanaman sayuran dan bunga-bungaan di Cameroon Highland pada tahun 2016 atau sekitar 580 hektar. Ada berbagai jenis bentuk rumah SPH daripada yang berbentuk moden dan berbentuk konvensional. Dikawasn tanah rendah juga ada di pasang bangunan plastih SPH untuk penanaman beberapa jenis tanaman bernilai tinggi seperti melon, halia, cili, timun jepun, herba dan sebagainya. Salah satu yang ada penulis blog lihat adalah struktur 'Low Tunnels' dimana ia ada diamalkan petani dan struktur low tunnels memiliki fungsi yang kurang lebih serupa dengan rumah kaca. Ada beberapa jenis tanaman yang biasanya sesuai ditanam dalam low tunnel antara lain seperti tanaman asparagus, tembikai, strowberi, dan banyak jenis lagi. Beberapa tahun lalu di laporkan dalam media dimana akibat dari isu pekebun membina 'Plastic Rain-Shelter' di beberapa kawasan berbukit yang ditarah untuk mereka memperluaskan kawasan penanaman sayur antara faktor merangsang kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands, Pahang yang menyebabkan kejadian maut. Apa pun bagi penulis blog dimana di samping masalah kerakusan pencerobohan tanah di Cameron Highlands ada kes seperti pemasangan struktur pelindung hujan Plastic Rain-Shelter (rumah plastik) yang tidak sesuai oleh pekebun juga antara faktor merangsang kejadian banjir lumpur. Pemasangan akan struktur Plastic Rain-Shelter oleh pekebun dalam skala besar tanpa reka bentuk yang sesuai ter­utamanya di lereng bukit, dikatakan menyebabkan air hujan yang mengalir ke sungai menjadi lebih deras dan banyak serta menyebabkan hakisan. Isu ini turut dipersetujui oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui media dimana pakar penyelidik alam sekitar dan pekebun sendiri bahawa pemasangan Plastic Rain-Shelter perlu mempunyai sistem reka bentuk yang sesuai di kawasan lereng bukit. Struktur ini atau lebih dikenali sebagai rumah plastik yang mempunyai reka bentuk hampir sama dengan rumah hijau berfungsi untuk mengurangkan kadar kelembapan hasil tanaman dan menghasilkan produk tanaman yang lebih berkualiti. Kajian dilaksanakan oleh MARDI dan Jabatan Pertanian dengan laporan yang memang menyatakan kadar aliran air meningkat di kebun yang menggunakan Plastic Rain-Shelter. Dilaporkan juga hasil kajian berjudul 'Sustaina­bility of Current Agricultural Practices in the Cameron Highlands' atau 'Kemampanan Amalan Pertanian Masa Kini Di Cameron Highlands' pada 2005 itu mendapati berlakunya kes-kes peningkatan aliran air yang terkumpul di ladang kebun bunga yang menggunakan yang telah pun gunakan Plastic Rain-Shelter berbanding ladang sayur yang tidak menggunakannya. Jika berlaku hujan lebat berlaku akibatnya SPH kebun bunga dilihat menyumbangkan banjir lumpur berbanding ladang kebun sayur.


Penggunaan bahan plastik penutup batas bagi tujuan kawalan rumpai juga sering dilakukan. Penutup bumi atau 'Mulsa' ini dilihat merupakan bahan penutup tanaman makanan dimaksudkan untuk menjaga kelembapan tanah serta menekan berlakunya proses untuk pertumbuhan rumpai yang boleh menjadi punca serangan penyakit dan perosak tanaman. Penggunaan bahan plastil penutup batas jenis 'Silvershine' ini merupakan amalan agronomi bagi penanaman seperti sayur-sayuran, tembikai, melon, tomato, nanas dan banyak jenis lagi. Cara pemasangan plastik penutup batas ini boleh dilakukan secara manual atau menggunakan jenteria khas yang mampu mempercepatkan proses bagi kawasan luas dan komersial (Sila lihat foto disebelah). Apa pun tujuan penggunaan bahan ini dilihat ia dapat
 menjaga keadaan suhu tanah yang ideal bagi pertumbuhan akar tanaman juga mencegah rumput tumbuh atas batas atau tanah tertentu agar rumpai ini tidak mengambil nutrisi dan air serta perumah kepada patogen perosak. 
Paling signifikan penggunaan bahan plastik dalam sektor pertanian adalah didapal pemasangan sistem pengairan tanaman di ladang. Sistem pengairan penting dalam menentukan air dpat di bekalkan kepada tanaman dengan tahap kecekapan terbaik. Keperluan air kepada tanaman akan membolehkan tumbesaran tanaman mengikut program disusun sehingga penuaian hasil dapat dilakukan bagi menghasilkan hasil yang produktif serta banyak dengan ada jaminan kualiti serta selamat dimakan. Air dapat disimpan di kolam pengairan atau tangki sementara simpanan air yang menggunakan bahan plastik untuk menghindari kebocoran dan diedarkan melalui paip utama atau paip secondary (Gunakan bahan HDPE), PVC, tiub pengairan titis atau menggunakan 'sprinkler gun' dalam mempastikan bekalan air dapat di hantar kepada tanaman. Dalam pertanian dimana bahan plastik ini termasuk pelbagai jensi plastik seperti jenis Polikarbonat (PC) yang biasa digunakan untuk atap rumah kaca, jenis Polipropilena (PP) iaitu plastik tahan air yang biasa digunakan untuk menampung hasil pertanian serta jenis Polivinil Klorida (PVC) iaitu plastik yang sering digunakan untuk perpipaan sistem irigasi dan hidroponik. Bakul Tuaian Hasil selalunya diperbuat daripada bahan plastik dimana ia akan disusun diatas kenderaan secara sistematik untuk perjalanan yang jauh.Semuga artikel ini mmemberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology HAri Raya Aidilfitri 1445H kali ini. Wasallam!!!..
.
BAHAN PLASTIK... IA BANYAK GUNA...
SEKTOR PERTANIAN... TERSEDIA DIA...
PENUTUP BATAS... BUMBUNG SPH JUA...
MEMBACA ARTIKEL...WOI MENARIKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(3 Syawal 1445H).
SELAMAT HARI RAYA 2024!...

Sunday, April 14, 2024

ISU KEJADIAN 'TANAH MATI' TANAH TINGGI

TANAH MATI dikiaskan sebagai jenis tanah yang sudah tidak subur atau terbiar begitu sahaja. Di Malaysia agak kurang dibicarakan isu 'tanah mati' akan tetapi banyak di laporkan kewujudan tanah terbiar. Definisi 'Tanah Terbiar' adalah jenis tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas sama ada bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut. Pada penulis blog faham dimana tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada bahan mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi kerana tanah adalah lapisan yang mampu mendukung kehidupan tumbuhan-tumbuhan diatasnya dimana ia menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain bergantung kepada banyak sebab. Dari segi ilmu sains tanah dilaporkan yang tanah yang terdiri dari lapisan Pedosfera iaitu bahagian yang terletak di antara muka litosfera dengan biosfera, atmosfera dan hidrosfera. Pembentukan tanah ini di kenali sebagai atau pedogenesis iaitu proses yang juga merupakan kesan gabungan proses fizikal, kimia, biologi dan antropogen pada bahan asal geologi yang menghasilkan lapisan tanah. Sebanrnya tanah adalah asas penting dalam pertanian untuk menjalankan penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain. Tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk dimuka bumi yang mempunyai pelbagai cir-ciri untuk dipelajari. Pakar Sains Tanah telah membuat pelbagai pengkelasan mengenai tanah untuk dijadikan panduan kepada semua pihak bagaimana cara menguruskan tanah tersebut bagi memberikan pulangan optima dalam aktiviti penanaman. Pada penulis blog dimana istilah 'Tanah Mati' mungkin sesuai di namakan juga sebgaai 'TanahYang Terbengkalai'[ atau 'abandones land fimna ia adalah tanah yang telah rosak teruk akibat ekstraktif atau proses industri atau mana-mana bentuk pembangunan perbandaran yang menyebabkan masa untuk pemulihannya memakan masa yang lama dan boleh menjadi gangguan awam sementara ia dipulihkan (Sila lihat foto diatas). Apa pun di kupas akan beberapa ciri-ciri mengenai tanah mati yang boleh untuk ia di rujuk. Terdapat beberapa ciri-ciri tanah terbengkalai termasuk ciri dimana keadaan topografi yang kompleks atau tidak normal seperti ada terdapat lubang besar pada tanah setelah lokasi tersebut pernah dijadikan tapak sisa buangan sampah atau bahan merbahaya lain. Tanah ini juga selalunya ada beberapa tahap berbeza untuk menjadikannya ia berlaku kes keadaan tidak stabil disebabkan oleh sisa yang terkumpul, terdedah, tanah terdedah atau kejadian tanah yang kemudian tenggelam atau pun menjadi tanah hakisan. Pastinya tanah akan mati jika terdapat sisa buangan yang Toksik. Toksik ini juga berpunca oleh kejadian semulajadi atau disebbkan oleh perbuatan manusia. Tanah mati dikaitkan juga dengan keadaan sistem saliran air yang terganggu dimana ia boleh menyebabkan banjir tanpa di duga walaupun hanya hujan yang sedikit atau kenaikan paras air laut. Ada juga yang mendakwa kejadian tanah terbengkalai selalu berkait dengan ketiadaan atau atau ketidakhadiran pemilik tanah tersebut yang menyebabkan ia tidak terurus. Apa pun berkemungkinan dimana di dalam lingkungan kawasan akses terhad dengan ketiadaan kemudahan infrastruktur normal seperti ketiadaan akses jalan masuk atau keadan rupabumi yang kurang baik. Ada kes tanah mati yang berpunca dari akibat berlakunya runtuhan bangunan yang boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang menghampirinya. Selalunya ada keadaan dimana akibat dari bangunan runtuh akan mana ia menjadikan isu tanah sekelilingnya menjadi kosong dan terbiar. Tanah mati juga berkait dengan situasi dimana tanah tersebut sudah tidak subur disebabkan ia berada dikawasan sekelilingnya berada dalam keadaan terik (di kawasan gurun) atau di kawasan yang ada rumah setinggan serta keadaan tanah bermasaalah lain. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa fakta mengenai apakah dia 'Tanah Mati' sebagai salah satu bahan rujukkan pembaca semua.


Be
berapa laporan media ada menyatakan dimana kes dan isu 'Kejadian Tanah Mati mengancam sektor pertanian di Cameroon Highland' wajar di kupas laporannya. Isu bagaimana dengan penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan aktiviti pembajaan secara berlebihan tanpa kawalan menyebabkan tanah di sekitar Cameron Highlands, Pahang agak berisiko menjadi tanah mati. Laporan tersebut menyatakan dimana berlaku isu kejadian dimana tanah di sekitar Cameron Highlands berisiko menjadi tanah mati apabila pengusaha ladang dikesan berterusan menggunakan baja secara berlebihan tanpa kawalan. Apa yang di kesan dimana ada kawasan seluas 3,500 hektar di tanah tinggi itu diusahakan dengan aktiviti pertanian termasuk hampir 800 hektar ditanam dengan tanaman bunga-bungaan. Isu bagaimana kejadian 'tanah mati' atau 'tanah miskin’ yang dikategorikan sebagai tanah bermasalah boleh menggugat ekonomi petani dan pengusaha ladang di kawasan tanah tinggi itu. Penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) yang meluas di kawasan tanaman di kawasan itu juga antara punca utama tanah di situ cenderung menjadi ‘miskin’ dan mati. Apa pun dilaporkan dimana sebahagian besar kawasan tanah atau dianggarkan 70% daripada 200 pengusaha ladang bunga di Cameron Highlands menggunakan SPH. Isu tanah mati di Cameron Highlands pernah menjadi ancaman buat petani pada dekad lalu. Akibat dari aktiviti pembukaan ladang sayur secara meluas dan terkawal di lereng-lereng bukit di kawasan ini memang ia boleh menganggu ekosistem alam sekitar. Kini isu kejadian tanah mati didakwa menjadi lebih serius iaitu khususnya di kawasan tanaman bunga secara besar-besaran di bawah SPH termasuk tanaman bunga kekwa. Dalam masa sama dimana kuantiti baja yang terlalu tinggi memberi kesan terhadap tumbesaran bunga kekwa dan mengganggu tekstur tanah terbabit. Kalangan saintis mendapati dimana tumbuhan yang ditanam di bawah SPH tertumpu pada bunga-bungaan bernilai tinggi seperti kekwa dan ros. Keadaan ini kerana kedua-duanya sensitif kepada kelembapan selain tidak sesuai ditanam di kawasan terbuka sehingga menyebabkan pokok mudah terjebak dengan serangan penyakit akibat air hujan. Berlaku keadaan dimana air hujan yang jatuh keatas atap bumbung plastik akan 'cepat lari' atau cepat memasukki perparitan dan terus meluncur kekawasan takungan tanpa meresap kedalam tanah. Ini menyebabkan berlaku kes hakisan tanah dan juga boleh nenyebabkan kejadian banjir disebabkan air yang terlalu cepat turun dari lereng kawasan SPH. Kini cra bertanam didalam SPH pun sudah tidak menggunakan media tanah sebaliknya dengan sistem fertigasi yang menggunakan mesia cocopeat (dari sabut kelapa yang di proses).


Kejadian bagaimana berlaku aktiviti p
engumpulan baja berlebihan di kawasan pertanian tanah tinggi Cameroon Highland juga perlu di analisa. Biasanya bagi kawasan pertanian biasa secara konvensional yang diamalkan secara terbuka kes atau masalah akumulasi garam (pengumpulan) dari baja dalam tanah kurang serius kerana adanya hujan yang dapat melarutkan kandungan garam dalam tanah melalui larutresap atau saliran. Kes berlainan bagaimanapun memang ia berbeza di kawasan pertanian di Cameroon Highland dimana kebanyakan tanaman di lakukan dibawah SPH berikutan tanah yang ditanam bunga tidak terdedah kepada cahaya matahari dan air hujan secara semula jadi. Ini memjadikan kejadian 'Tanah mati' mudah berlaku akibat akumulasi (pengumpulan) baja berlebihan dalam tekstur tanah. Penggunaan baja dalam kuantiti yang banyak untuk jangka panjang akhirnya ia akan meresap dalam tanah. Semakin lama di lakukan amalan ini kemudian kandungan baja semakin tinggi di dalam tanah sehingga ia kemudian boleh menyebabkan tanah itu mati dan tidak lagi sesuai untuk penanaman bunga-bungaan mahupun sayur-sayuran. Apa pun secara saintifik dimana sekiranya tanah tersebut terus digunakan secara rakus sehingga mengabaikan proses 'rehat dan rawat' maka kesannya akan ada kemungkinan tanah ini akan tidak lagi sesuai untuk penanaman bunga-bungaan atau sayur-sayuran tanah tinggi. Kajian menunjukkan dimana kejadian mengenai kesan SPH terhadap tanah dimana jika masalah tanah yang mengandungi kepekatan baja yang tinggi dapat dikurangkan melalui dua kaedah. Penulis blog difahamkan dimana langkah pertama adalah dengan kaedah membuka bumbung plastik SPH sedia ada agar air hujan dapat melarutkan kandungan baja yang terkumpul dalam tanah bermasalah yang sudah lama tiada menerika air hujan. Kemudian langkah kedua pula bolej juga tanah itu perlu direhatkan daripada sebarang aktiviti pertanian buat satu jangka masa bagi mengembalikan kesuburan tanah. Ini sesuai dilakukan dengan jadual dan masa yang tepat dimana kalau membuka bumbung SPH di lakukan pada musim kemarau atau tiada hujan maka ia kurang sesuai juga. Dalam pada itu disyorkan agar masa yang diperlukan untuk pemulihan tanah bermasalah mungkin mengambil masa satu hingga tiga musim penanaman iaitu antara tempoh tiga bulan hingga setahun dimana semua ini juga memang tertakluk kepada tahap keseriusan kejadian atau status tanah mati itu. Kajian ada mendapati dimana memang tanah mati adalah sukar untuk pulih sepenuhnya seperti asal kerana tanah bermasaalah tersebut memerlukan tempoh rehat yang panjang untuk kembali normal. Perlu awas dimana apabila tanah telah teroka dan penggunaan sepenuhnya sumber daripada tanah dengan amat aktif maka kemungkinan kejadian tanah mati atau keadaan tanah menjadi tidak subur adalah mudah berlaku.


Penulis blog pernah berkunjung ke kawasan tanah tinggi di Cameroon Highland banyak kali semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Pahang. Ia dilakukan bagi meman
tau bagaimana aktiviti pertanian Cameron Highlands dapat di lestarikan sekitar tahun 2015-2017. Sejak masa itu sehingga kini dilaporkan sering sekali di dengar isu berkaitan Cameron Highlands seperti penerokaan haram, pencerobohan tanah, monopoli pekerja asing serta pelbagai masalah alam sekitar. Kini isu tanah di sekitar kawasan pelancongan itu berisiko menjadi ‘tanah mati’ pula timbul. Masalah yang telah membelenggu kawasan pelancongan tanah tinggi itu dimana ia perlu diberi perhatian serius khususnya bagi memastikan kelangsungan sektor pertanian. Di percayai dimana kawalan ketat harus diambil supaya pengeluaran sayur-sayuran yang menjadi industri penting Cameron Highlands tidak lenyap. Pihak berkuasa perlu sentiasa lakukan pemantauan ke atas pembukaan tanah yang berleluasa agar aktiviti sektor eko- pelancongan tidak terjejas. Sebarang tindakan atau amalan berisiko menjejaskan sektor pertanian tidak boleh dikompromi dengan mengambil kira Cameron Highlands sebagai salah satu pembekal utama sayur-sayuran untuk pasaran tempatan dan pasaran eksport. Seperti dilaporkan dimana penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) yang meluas di kawasan tanaman antara punca utama tanah di situ cenderung menjadi ‘miskin’ dan mati. Sebahagian besar iaitu dianggarkan 70 peratus pengusaha ladang bunga di Cameron Highlands menggunakan SPH. Media pernah laporkan dimana bidang penguatkuasaan sering terdedah risiko rasuah lebih-lebih lagi jika agensi itu terbabit secara langsung dengan urusan berkaitan lesen dan penguatkuasaan. Ada dakwaan dimana tanah di Cameron Highlands tidak lagi sesuai untuk aktiviti pertanian pernah ia dinafikan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang terus meneroka tanah secara haram untuk keuntungan dan merisikokan penduduk sekitar dengan ancaman banjir lumpur dan tanah runtuh. Menurut Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH) R. Ramakrishnan dia memberi amaran iaitu tidak mustahil korban nyawa akibat banjir dan tanah runtuh akan meningkat gara-gara sikap pihak berkuasa yang menutup mata dan memekakkan telinga dengan penerokaan haram ini. Laporan banjir lumpur dan tanah runtuh yang pernah media laporkan berlaku di Lembah Bertam dakwanya hanya satu permulaan kecil kepada bencana yang lebih besar. Tanah di Cameron Highlands tiada lagi yang sesuai untuk pertanian kerana mengikut Jabatan Pertanian hanya jenis tanah yang  di bawah 25 darjah (kecerunan) boleh dimakujan sebalikna jika melebihi tahap tersebut atau lebih tinggi dari itu memang tidak sesuai. Ini kerana tanah di Cameron Highlands ini tidak cukup batu untuk kurangkan hakisan dimana pada masa ini paras hakisan adalah 200 tan sehektar setahun. Isu seperti aktiviti penerokaan berterusan khususnya di tanah rizab sungai menyumbang peningkatan sampah ke Empangan Sultan Abu Bakar seperti kes hampir kesemua tanah rizab di tepi tebing sungai sudah pun ia diteroka dengan aktiviti pertanian. Apa pun dilaporkan di bawah garis panduan tertentu mengambil contoh kelebaran sungai 10 meter dimana kawasan 10 meter tebing kiri dan kanan adalah diwarta tanah rizab sungai dimana sebarang aktiviti menebang pokok adalah ia tidak dibenarkan dilakukan di kawasan tersebut. Bagaimana pun dilaporkan hampir kesemua tanah rizab di ceroboh dan hanya tinggal sekangkang kera akibat dari ketamakan pihak yang mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar. Media laporkan dimana berlaku kebimbangan apabila kealpaan pihak berkuasa ini akan menyumbang risiko lebih besar. Sudah ada banyak kampung terdedah kepada risiko empangan pecah akibat tidak dapat menampung kapasiti air dan sampah yang akan mengorbankan nyawa yang lebih tinggi. Kejadian tanah mati dan pengurusan sistem pertanian dikawasan tanah tinggi Cameroon Highland perlu di lakukan dengan lebih sistematik agar lebih lestari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAH MATI...ISUNYA BAGAIMANA...
DI TANAH TINGGI... DI LAPOR MEDIA...
ADA SPH LUAS... MENGANCAM DIA...
MEMBACA ARTIKEL... INGATAN SEMUA..

By,
M Anem,
Senior AGronoomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Syawal 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...