Support My Blog

Wednesday, September 9, 2009

Industri Asas Tani Muar


Projek Industri Asas Tani (IAT) Jabatan Pertanian Johor bagi Daerah Muar terdiri daripada pelbagai kluster Produk iaitu Produk Makanan Ringan, Produk Hasilan Kelapa, Produk Jus, Produk Hasilan Soya, Produk Kerepek, Produk Kuih Tradisional, Produk Pes, Produk Hasilan Laut, Produk Kek dan Bakeri, Produk Makanan Sejukbeku dan sebagainya. Usahawan yang aktif sentiasa diberikan khidmat pengembangan melalui pegawai-pegawai IAT/PKT Daerah dan Kursus-kursus Teknikal secara berjadual. Selain daripada bantuan peralatan dan mesin usahawan juga di bantu dari segi peningkatan kualiti produk dan promosi produk serta pencaarian luang pasaran. Aspek-aspek Good Manufacturing Practice (GMP) dan HACCP serta persijilan HALAL MALAYSIA menjadi sasaran setiap usahawan. Mereka diberikan pengetahuan tentang Analisa Untung Rugi Projek serta membuat anaalisa sensitivity pprojek.

Terdapat seramai 128 usahawan di Daerah Muar/Ledang yang telah berdaftar dengan Pejabat Pertanian Muar sehingga Tahun 2008 dengan jumlah nilai pengeluaran sebanyak RM 7.85 juta setahun. Mereka dipantau aktiviti pengeluaran oleh Pegawai2 IAT Jabatan Pertanian dengan menggunakan Borang SKU 1 hingga SKU 7 yang mencatitkan segala produktiiviti setiap usahawan yang di bimbing. Antara peserta yang berjaya mencapai pengeluaran melebihi RM100,00 sebulan adalah seperti Aini Ayub (Panchor - makanan sejuk Beku), JT Sinaran Bukit Gambir - Pes Makanan), UNS Enterprise (Sg Sudah- Mas Cotek), Nasuha Enterprise (Herba), Tudin Enterprise (Kundang Ulu -Sos Cili Cendawan) dan En Alip Samsuddin (Produk Hasilan Laut). Produk mereka merupakan produk yang berkualiti, Pembungkusan yang menarik serta melepasi ' sensery Test' Jabatan Pertanian Malaysia.

Mereka juga berdaftar dengan Portal Agribazaar (http://www.agribazaar.com.my/) untuk memudahkan peluang pemasaran melaui internet. Pembeli, pengedar dan peminat boleh berhubung dengan Pejabat Pertanian Muar/Ledang untuk keterangan lanjut senarai pengusaha IAT di alamat :

Pejabat Pertanian Muar
314, Jalan Kamariah,
84000, Muar, Johor.
(Tel: 09-9522845)


Membuat kuih cakar ayam dan Produk mee siput simbol IAT Muar


Berminat nak melawat?
Contact DOA Muar 07-9522845

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...