Support My Blog

Sunday, February 14, 2010

LABU AIR - SAYUR BUAH


Tanaman Labu Air di Projek PB Komersial Sayuran Parit Sagil, Tangkak, Johor.


Labu Air (Lagenaria siceraria) darri keluarga Cucurbitaceae sama seperti tanaman timun merupakan sejenis sayuran buah yang kurang popular di kalangan Masyarakat Melayu tetapi aia sejenis sayu buah yang popular dikalangan kaum Cina. Labu Air atau calabash (English), Pinyin (Chinese), Upo (Philipines) dan sebagainya merupakan sejenis sayuran buah berwarna hijau yang bersaiz besar dengan warna kulit yang hijau muda (Sila lihat foto diatas). Saiz buah adalah besar dan bulat lonjong sehingga mencapai lebih 2 kg sebiji. Buah ini mempunyai isi yang lembut dan bergabus (spongy) dengan mempunyai biji lembut bagi buah muda. Pokok labu air hidup subur dalam iklim tropika dan subtropika yang mempunyai cahaya matahari yang banyak dan hujan mencukupi. Labu Air merupakan tanaman menjalar yang ditanam atas tanah atau menggunakan para. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan penanaman labu air di Malaysia tetapi rujukkan penulis dari beberapa sumber mendapati keluasan tanaman ini sekitar 180 hektar pada tahun 2015. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Labu Air iaitu sejenis sayur buah yang boleh menyejukkan badan siapa memakannya.

Di Malaysia Labu Air di tanam secara komersial terutama di Negeri Johor, Perak dan Pahang. Dilaporkan pada tahun 2009 seluas 29 hektar ditanam terutama di Daerah Kota Tinggi (18 ha), Daerah Mersing (11 ha) dan daerah Johor Bahru (7 ha). Kebanyakkanya di tanam dalam kawasan sayuran komersial kelolaan Jabatan Pertanian Johor. Benih di masukkan kedalam lubang penanaman diatas batas yang telah di lapik dengan plastik silvershine dan diberikan baja asas. Buat penyiraman dua kali sehari kecuali hari hujan. Jarak tanaman disyorkan ialan 1 m dalam barisan (1 baris ) atau 3 segi. Pembajaan dengan NPK 15:15:15 dengan kadar 20 gm/pokok pada peringkat awal dan ketika hampir berbuah bubuh baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 20 -30 gram/pokok.

Kawal perosak dan penyakit yang ada dengan cara manual atau semburan racun serangga atau racun kulat. Antara perosak yang menyerang labu air adalah seperti Lalat Buah (Bactocera spp), Ulat Pengorek Batang, Ulat Makan Daun dan Kutu Thrips. Buah yang matang dituai dengan pisau tajam dan dibersihkan serta di gred mengikut saiz dan kualiti. Sehektar lambu air mampu menghasiklan sekitar 25,000 - 28,000 kg labu air. Harga ladang diantara RM 0.60 hingga RM 1.10 bergantung kepada harga pasaran. Penanaman labu air boleh juga dijalankan dikawasan keliling rumah sama ada dalam pasu atau atas tanah. Selain boleh mendapatkan buahnya, daun pucuk muda labu air juga boleh dijadikan sayur kepada sesiapa yang berminat. Semuga anda dapat info yang boleh dimenafaatkan. Wasallam!


LABU AIR... HIJAU WARNANYA...
BULAT LONJONG... PUTIH ISINYA....
JENIS MENJALAR...BUAT PARA....
SEJUKKAN BADAN...KHASIATNYA...


By
M Anem
Senior Agronomist,
Jalan Kamariah, 
Muar, Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 16 Januari 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...