Support My Blog

Wednesday, March 31, 2010

Pokok Nipah

Pokok Nipah (Nypa fruticans) merupakan tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan bakau dimana ada air pasang surit di Malaysia dan tropika dimana berhaampiran dengan laut. Pokok ini seperti pokok rumbia mempunyai daun yang keras dan merupakan pokok dari Keluarga Arecaceae yang hanya bahagian daun atas tanah dan akaar serta batang tenggelam dalam lumpur atau bawah air bila pasang. Pokok nipah boleh mencapai ketinggian sehingga 9 meter dangan panjang akar serabut sehingga 13 meter dalam tanah berlumpur.

Pokok nipah mempunyai banyak daun seperti kelapa dan berstruktur keras serta lebar antara 4-7 cm dengan bilangan daun mencapai 100 helai setiap dahan. Daun nipah sangat baik digunakan sebagai bahan membuat atap oleh masyarakat tempatan daan tahan sehingga 5-7 tahun. Atap nipah merupakan sejenis atap yang memberikan teduhan yang sejuk pada rumah-rumah tradisional. Dahulu harga sekeping atap cuma RM 1.20 - RM150 (Semasa saya kecil) tetapi kini harga sekeping atap nipah mencecah RM 3.00-RM5.00 bergantung kepada kualiti dan saiz.

Penulis baru-baru ini siasat pokok Nipah di Sg Endau dan Sg Muar. Bunga nipah akan terbit dari ketiak pokok dimana bunga betina dibahagian hujong jambak dan bunga jantan tersusun dalam tangkai pada bahagian bawahnya. Bunga jantan mempunyai saiz sehingga 5 cm panjang. Terdapat aktiviti menyadap bunga nipah untuk mendapatkan hasil nira nipah. Tangkai buah atau bunga nipah yang berumur 3-4 bulan sangat sesuai untuk dapatkan nira nipah dengan penghasilan maksima!.

Musuh tanaman nipah ialah serangan babi, monyet , tupai dan serangan ulat larva Kumbang Artona (menyerang bahangian batang nipah).

Pokok nipah mempunyai pelbagai guna. Daun nipah sangat popular unttuk di buat Atap Nipah yang tahan dan menyejukkan. Lidi daun nipah juga diraut untuk dijadikan bahan Lidi Penyapu yang tahan dan sangat digemari. Kerja-kerja meraut daun nipah untuk dijadikan penyapu sangat mudah. Daun muda nipah juga di proses untuk dijadikan bahan Kulit Rokok Daun yang lembut dan digemari penghisap rokok daun. Pelepah nipah boleh dijadikan bahan bakar atau di mengandungi pulpa yang tinggi untuk dibuat kertas. Terdapat beberapa negara seperti di Filipina gunakan bahan pokok nipah untuk bahan dibuat rumah kediaman sepenohnya.

Ramai rakyat Malaysia tidak menghiraukan keujudan pokok nipah ditepi-tepi sungai dan kajian perlu dibuat bagaimana peranan pokok nipah kerana pokok nipah berperanan sebagai pengimbang EKOSISTEM. Peranan nipah sebagai zon penampan hakisan dan pembiakan hidupan air seperti ikan dan udang perlu di pertahankan.

Buah nipah tumbuh dari pangkal pokok dengan tangkai sepanjang 1-1.5 meter dan mempunyai tangkai yang membentuk buah jenis mesokarp. Buah yang masak berwarna gelap kehitaman dengan purata antara 30-50 biji setiap tangkai. Buah yang berbentuk bulat dan leper ini dilitupi kulit seperti gabus dan buah yang masak akan gugur dan terapung kedalam sunag. Buah tersebut akan membiak dilokasi yang baru apabila cukup matang. Buah nipah boleh di makan dengan mengopek terutama yang belum tua dan rasa yang manis seperti rasa isi kelapa muda. Buah nipah yang tua mempunyai isi agak keras.


BUAH NIPAH...NIRA NIPAH...
ATAP NIPAH...PENYAPU LIDI NIPAH...
ILMU NIPAH... JE NIPAH....
FAHAMILAH... POKOK NIPAH..
By
M Anem
Endau ,Mersing,
Johor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...