Support My Blog

Monday, April 19, 2010

BETIK SEKAKI (Papaya)


Betik (Carica papaya) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang popular di Malaysia. Betik juga dipanggil sebagai Papaya, Gandul dan pelbagai nama diseluroh dunia. Pada tahun 2010 dianggarkan seluas 3,125 hektar tanaman betik di usahakan di Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 49,500 mt. Antara kawasan utama tanaman betik ialah di Pahang (Daerah Rompin seluas 688 ha), Negeri Kedah (Daerah Padang Terap - 395 ha) dan Daerah Muar , Johor (182 ha) pada tahun 2009. Dengan jarak penanaman betik disyorkan pada 1.8 meter x 2.7 meter (Eksotika dan Subang memberikan sebanyak 2,000 pokok sehektar. Anggaran hasil pula antara 8 mt/ha (Tahun ke 2 dan Ke 3) dan 32 mt/ha (pada tahun ke 4-5).

Betik Sekaki (dikenali juga sebagai Betik Hong Kong) merupakan sejenis betik yang sangat popular ditanam oleh petani komersial. Nama Betik Sekaki diberi atas alasan panjang betik sehingga mencapai 1 kaki dan pasaran utamanya adalah Negara Hong Kong. Ada yang mengatakan disebut sekaki kerana pokok yang rendah dan mampu berbuah sekaki dari aras tanah. Penanaman betik sekaki bermula tahun 1990-1991 di Batang Padang Perak dan terus merebak keseluroh negara.

Pokok Betik Sekaki mempunyai ciri2 tumbesaran yang cergas serta mampu mengeluarkan hasil yang konsisten dan tinggi hasilnya. Ruas pokok adalah pendek dan buah akan mula terbentuk pada ketinggian 45 - 60 cm. Pokok betik ini tegap dan mampu memberikan hasil lumayan jika amalan agronomi dan GAP (Good Agriculture Practices) diikuti terutaman mempunyai sistem pengairan dan pembajaan sempurna. Bunga betik sekaki keluar seawal 3-4 bulan selepas ditanam di ladang. Peratusan bunga yang mandul (Steril) adalah sederhana (Kajian mendapati lingkungan 21% sahaja pada tahun pertama. Biasanya terdapat 3 jenis bunga pada pokok betik sekaki iaitu Bunga Jantan, Bunga Betina dan Bunga Hemaprodit dengan nisbah 4:1 (4 hemaprodit:1 betina). Pokok Hemaprodit mengeluarkan kedua2 bunga jantan dan bunga Hemaprodit dari jenis Tangkai Pendek dan Jenis Tangkai Panjang.

Buah Betik Sekaki berbeza antara Buah Betina dan Buah Hemaprodit berpandukan kepada bentuk buah. Buah Betina di kenali kerana bentuk bulat dan gemuk serta mempunyai isi yang agak nipis sementara Buah Hemaprodit berbentuk panjang daripada pangkal buah ke hujungnya. Pembentukan buan betik sekaki adalah sangat sensitif dengan faktor alam sekitar seperti hujan , kemarau dan status kesuburan pokok. Buah betik ini mengambil masa 20 minggu daripada kecil untuk masak. Betik ini juga pada keseluruhannya kurang 10% buku buah berbuah menyangga lebih dari satu biji buah.

Kulit Buah Betik Sekaki adlah licin dan bebas dari bintik-bintik atau lebam jika dijaga dengan baik. Buah muda berwarna hijau dan akan kekuningan apabila masak (Indek kematangan 5). isi buah berwarna oren kemerahan dan agak pudar sedikit berhampiran dengan lapisan kulit buah. Petani di pagoh mendapati purata berat buah lingkungan 1.5 - 2.4 kg sebiji. Paling sesuai dimakan buah betik sekaki ini bila telah cukup manis adalah pada index 6 iaitu masak ranum. Kajian mendapati kandungan gula pada tahap 11-12 % Brix (Sangat manis). potensi penghasilan betik sekaki antara 100-150 mt/ha.

Kajian penulis di Pagoh , Muar, Johor mendapati pengeluaran hasil tahun kedua mencecah 12 mt/ha dimana keadaan buah mudah untuk dipasarkan. Buah yang matang di petik pada insex 3 atau 4 bergantung kepada lokasi pasaran sama ada Export ke Hong Kong atau negara lain. Buah yang di kutip di masukkan kedalam bakul sebelum di buat grading di pusat-pusat pengumpulan kepunyaan syarikat-syarikat pengekspot. Dalam lawatan saya ke Ladang Ming Plantation di Bekoh Segamat yang menanam seluas 220 hektar betik mendapati penjadualan mengutip hasil dijalankan dengan terancang. Penggunaan baja organik (tahi ayam proses) selaind daripada pembajaan buah (NPK 12:12:17:2 TE) dan sistem pengairan memberikan hasil yang lumayan. kajian juga mendapati kadar serangan PSRV dan Papaya Dieback di Kebun agak terkawal kerana pengusaha menjalankan Amalan ladang baik Malaysia (GAP).

NAMA GELARANNYA ... BETIK SEKAKI...
PANJANG BUAH ... UKURAN SEKAKI...
POKOK MUDA... BUAH TINGGI SEKAKI....
BANYAK HASIL...MACAM SUDAH PASTI....
NAMUN JAGA2... MUSUH DIEBACK DAN PSRV....
HARGA SETABIL...UNTUNG MACAM PASTI...
MARILAH KITA ...BERUSAHA BERDIKARI....

* Artikel : Cashflow Betik (Klik disini)

* Artikel : Betik Sekaki (Klik disini)


By
M Anem
Johor

Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...