Support My Blog

Tuesday, May 18, 2010

Potensi Mikrob untuk Pertanian



Mikrob dari pelbagai jenis berpotensi diguna dalam pertanian.

Mikrob merupakan satu komponen yang ujud di bumi dengan jumlah yang banyak. Kajian oleh WDCM (World Data Centre of Microbial) oleh pakar-pakar menyatakan terdapat 574 koleksi kultur mikrob daripada 65 buah negara didunia yang telah didaftarkan pada masa ini. Ini termasuk sebanyak 1.537,270 mikrobial yang terdiri dari Bakteria (685,431 jenis), Kulat (490,210 jenis), Virus (15,956 jenis), Sel (11,525 jenis) dan lain-lain pelbagai mikrob (334,085 jenis). Bagaimana pun masih banyak lagi mikrob yang belum disiasat untuk didaftarkan.

Mikrob ujud dalam jenis atau Bentuk Pathogenik dan Non Pathogenik. Jenis Pathogenik mengakibatkan kerosakan kepada tanaman dan mengurangkan pengeluaran hasil kerana merosakan tanaman, makanan ternakan atau kualiti air dsb. Contohnya pathogen seperti Ganoderma spp mampu merosakan sistem akar tanaman kelapa sawit dan koko serta tanaman getah. Fusarium spp pula sangat ditakuti oleh petani kerana merosakan tanaman makanan seperti Tomato, Pisang, Terung dan banyak lagi jenis tanaman dengan menyerang tanaman tersebut sehingga mati.

Jenis mikrob Non pathogenik pula memberikan faedah positif dalam sektor pertanian untuk penghasilan lebih baik. Mikrob jenis Non Pathogenik membantu dalam proses pereputan sisa tanaman dan ternakan untuk dijadikan baja kompos yang memberi kesan menyuburkan tanah dengan menambah nutrien dalam tanah, membaiki tekstur tanah dan menambah humus dalam tanah. Kulat, Bakteria dan Actinomycetes adalah antara mikrob yang berfaedah dalam proses pereputan organik. Mikrob jenis ini juga membantu tanaman dalam membekalkan Nitrogen seperti Rhizobium spp dan Azorhizobium spp yang mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia. Kajian lebih banyak diperlkan dlam bidan ini untuk mencari keberkesanan mikrob jenis baik ini.

Kajian pnggunaan mikrob oleh pakar-pakar pertanian kini banyak ditumpukan kepada mikrob yang ujud dibahagian akar tanaman dimana boleh meningkatkan kecekapan akar dalam pengambilan nutrient. Potensi untuk menggunakan mikob sebagai 'Biofertilizer' dan 'Biopesticides' akan menjadikan sektor pertanian lebih mampan dan lestari. Penggunaan Bacillus thuringenesis merupakan satu contoh biopesticide yang mampu mengawal larva lepidoptera yang menyerang tanaman seperti kobis dan sawi/ kailan. Formulasi Trichoderma dengan Burkhoderia diuji berkesan dalam kawalan biologi serangan pathogen yang menyerang kacang soya dan banyak jenis sayuran. Ada setengah mikrob yang boleh mengawal rumpai seperti bahan aktif dari mikrob Exserohilum longisrosratum yang boleh digunakan sebagai bioherbicides.

Mikrob juga telah digunakan dalam proses penyediaan makanan dan minuman. Proses pembuatan tapai, proses fermentasi serta membuat minuman keras dan sebagainya akan lebih cekap dengan penggunaan mikrob berfaedah. Penggunaan mychoriza yang ada kesan simbiosis dengan tanaman untuk menambahkan unsur makanan kepada tanaman. Kita perlu sedar dan belajar dengan lebih terperinci mengenai penggunaan mikrob dalam sektor pertanian kearah Pertanian yang lebih produktif, sustainable dan pengeluaran produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan oleh manusia.

ADA MIKROB....MACAM-MACAM BENTUKNYA......
ADA MIKROB JAHAT.....KAJI KESANNYA....
ADA MIKROB BAIK.... GUNA KELEBIHANNYA.....
ADA POTENSI.... USAHAWAN MIKROB KAYA....

by
M Anem
Mikrob


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...