Support My Blog

Thursday, June 10, 2010

Cangkul dan Tajak


Cangkul adalah satu alatan pertanian yang penting semenjak dulukala untuk menggali, menggembur, memotong, mengaut tanah, mengalih tanah dan sebagainya. Artikel ini membentangkan cangkul dari sudut kegunaan dan peranannya pada masa kini. Cangkul terdiri dari dua komponen iaitu Bahagian Besi leper (Mata) dan Bahagian kayu pemegang. Mata Cangkul (Besi ceper) mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada keperluan teknikal. Mata Cangkul tersebut mempunyai bentuk 'U' dan mempunyai lubang untuk disambung dengan kayu pemegang. Kini terdapat cangkul yang diperbuat seluruhnya dari besi dari ceper hingga hulu pemegang.


Hulu cangkul mempunyai pelbagai bentuk dan panjang yang berbeza-beza. Bagi hulu lurus panjangnya antara 3-6 kaki (dipanggil sebagai Cangkul Betul) manakala bagi hulu bengkok lingkungan 2-4 kaki dipanggil sebagai Cangkul Burung. Hulu yang bengkok biasanya sesuai untuk kerja-kerja gali parit kerana mudah mengaut tanah dan mencampakkanya ketepi. Bagi tujuan menaikan batas digunakan cangkul agak besar dan hulu yang panjang.


Petani dan pengguna cangkul perlukan kefahaman dan kudrat kekuatan tenaga jika hendak menggunakan cangkul. Pertama sekali pengguna perlu pastikan mata cangkul dan hulu cangkul dipasang dengan kuat dan kukuh agar tidak tanggal. Jika tertanggal akan merbahaya kepada rakan sebelah dan diri sendiri. Berdiri atau membongkok di hadapan sasaran untuk mencangkul. Hayun dengan hati-hati mengikut keseusuaian sasaran. Jika hayun terlalu kuat diatas tanah keras akan melantun. Jika hayun terlalu perlahan di tanah sederhana keras tak cukup dalam. Bagi kerja menggali lubang pastikan tanah yang dialih tidak mengganggu. Bagi kerja membuat batas pastikan dihancurkan bahagian tengah dan naikan tanah dari tepi batas dikumpulkan ditengah2 batas.


Tajak yang antik untuk dugunakan oleh petani.


Tajak adalah satu lagi jenis alatan pertanian yang digunakan untuk tujuan aktiviti pertanian. Tajak merupakan alatan tradisonal yang lazim digunakan dalam sawah padi. Bentuk tajak agak unik kerana iaya seolah-olah gabungan antara Cangkul dengan Parang. Mata tajak berbentuk suku bulat panjang di sambung dengan hulu yang panjangnya antara 2 -5 kaki bergantung kepada kegunaan. Tajak juga ada yang bersaiz kecil untuk kerja-kerja membuang rumpai.


Cara menggunakan tajak agak berbeza dengan cara menggunakan cangkul. Hulu tajak di pegang dengan dua tangan di tengah dan di hujung untuk menstabilkan hentakan mata tajak yang bengkok. Pegangan perlu kuat kerana jika tidak kuat mata tajak akan serong dan kurang berkesan. Tajak sesuai untuk kerja-kerja membuang rumput rampai dan membuat pembersihan anak2 pokok di keliling rumah, sawah, dusun dan kubur. Pertanian Organik tidak mahu penggunaan kimia dan tajak serta cangkul merupakan satu alatan yang relevan. Terdapat tajak bersaiz kecil yang sesuai untuk golongan wanita.


Cangkul, Tajak dan Sabit merupakan alatan tradisional yang masih relevan sehingga kini. Walau pun pertanian moden menggunakan banyak alatan jentera dan mesin moden tetapi peranan cangkul dan tajak tetap diperlukan.


KALAU ADA CANGKUL....PERLU ADA TAJAK....
KINI PETANI... GUNA TREKTOR PEMBAJAK....
ALATAN LAMA... MASIH TIDAK BERGANJAK....
PERANAN PENTING....JANGAN DITIDAK.....

Related articles:
1. Kuku Kambing (Klik disini)
2. Rotovator (Klik disini)
3. Lastik (Klik disini)
4. Brix Meter (Klik disini)
5. Lukah (Klik disini)

By,
M Anem
Precint 11
Putrajaya
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...