Support My Blog

Monday, June 14, 2010

KLON BUAH POPULAR


Di Malaysia terdapat banyak industri tanaman buah-buahan yang di majukan untuk bekalan domestik dan ekspot. Terdapat seluas 269,860 hektar tanaman buah-buahan yang diusahakan pada tahun 2009 dengan anggaran kuantiti pengeluaran sebanyak 1.642 juta metrik tan. Tanaman buah Durian (Durio zibethinus) merupakan paling luas diusahakan iaitu 100,615 hektar diikuti Pisang (Musa spp) merupakan jenis buah yang kedua luas diusahakan di Malaysia dengan keluasan 28,640 hektar dan pengeluaran sebanyak 283,220 mterik tan. Rekod Jabatan Pertanian juga menunjukkan tanaman Rambutan (Nephelium lappaceum) tempat ketiga dengan ditanam seluas 24,470 hektar dengan pengeluaran sebanyak 79,540 metrik tan pada tahun 2009. Tempat keempat ialah Buah Nenas (Ananas comosus) dengan keluasan 16,210 hektar dan pengeluaran sebanyak 400,070 metrik tan. Artikel kali ini merupakan tuisan saya yang mendapat kunjungan 'visitor' paling ramai sejak 1 tahun lepas dimana maklumat artikel ini mempunyai 23 jenis buah2an popuar di malaysia. Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan , pemerhatian, kajian dan pengalaman penulis sendiri didalam sektor pertanian selama 30 tahun.

Bagi pasaran domestik terdapat beberapa klon buah-buahan yang di keluarkan secara komersial begitu juga khusus untuk pasaran ekspot seperti Belimbing (Buah Belimbing Muda ke Eropah), Betik Sekaki, Nenas, Tembikai dan sebagainya. Artikel ini akan menceritakan beberapa jenis klon buah-buahan popular dan yang berpotensi untuk dimajukan bagi pasaran domestik dan juga untuk ekspot. Terdapat 30 jenis buah-buahan yang ada dan ditanam oleh petani di seluruh negara untuk pengeluaran hasil komersial yang ditanam sebagai tanaman selingan atau tanaman landskap atau tanaman suka-suka.

1. Belimbing
Tanaman Belimbing (Averrhoa carambola) mempunyai 3 jenis klon yang dikatakan popular iatu Klon B10, Klon B17 dan Klon B2. Hanya Klon B10 dan Klon B17 dikatakan klon yang popular dan sesuai untuk ditanam secara komersil manakala Klon B2 ditanam khusus untuk tujuan pendebungaan selain dari penghasilan buahnya. Keluasan tanaman Belimbing di Malaysia sebanyak 1,340 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 11,370 metrik tan pada tahun 2009. Kawasan utama penanaman Belimbing di Malaysia adalah di Daerah Gombak Selangor (132 ha) diikuti dengan Daerah Seremban Negeri Sembilan (9 ha) dan Daerah Temerloh Pahang (68 ha). Kebanyakan belimbing tersebut adalah untuk pasaran segar dan belum banyak yang ditanam untuk tujuan proses seperti jus, halwa, jem dan sebagainya.Teknologi dan klon baru belimbing perlu dibangunkan bagi industri ini akan terus berkembang.


Artikel : Klon Belimbing (Klik disini)
Artikel : Cashflow Belimbing (Klik disini)
Artikel : Star Fruit (Klik disini)



2. Betik
Bagi Betik Eksotika (Carica papaya) terdapat dua klon yang sedia ada iaitu Betik Eksotika 1 dan Betik Eksotika 2. Betik Eksotika kebanyakan untuk pasaran segar tempatan dan kegunaan domestik. Klon betik paling popular masa kini ilah Klon Betik Sekaki. Betik Sekaki (Betik Hongkong) merupakan klon betik paling luas ditanam di Malaysia kira-kira 65-70% dari jumlah keluasan tanaman betik di Malaysia (2,985 hektar) dan penghasilan sebanyak 47,630 metrik tan pada 2009. Betik Sekaki mempunyai potensi hasil yang tinggi, cepat, agak lebih tahan dari Papaya Dieback, mengeluarkan hasil dan sesuai untuk pasaran ke Hong Kong dan Singapura serta beberapa negara lain. Kawasan utama tanaman betik di Malaysia adalah di Daerah Rompin Pahang (688 ha), Daerah Padang Terap Kedah (296 ha) dan Daerah Muar Johor (182 ha) pada tahun 2009. Terdapat jua beberapa jenis betil lain ditanam seperti Klon Betik Subang, Betik Solo, Betik Hawai dan sebagainya di beberapa lokasi. Tanaman betik di Malaysia mengalami masaalah PSRV dan Papaya Dieback yang perlu diatasi segera.


* Artikel : Betik (Klik disini)
* Artikel : Cashflow Betik (Klik disini)


3. Cempedak
Klon Cempedak (Artocarpus chempeden) pula terdiri dari Klon CH30, Klon CH 28 dan Klon CH33. Terdapat seluas 11,050 hektar tanaman Chempedak di Malaysia dengan pengeluaran 53,010 mt pada tahun 2009. Pelbagai jenis chempedak tempatan lain terdapat di Malaysia dengan pelbagai nama diberikan. Kawasan utama tanaman cempedak di Malaysia adalah di Daerah Kuching Sarawak (366 ha) diikuti dengan Daerah Selama Perak (250 ha) dan Daerah Sipitang Sabah (245 ha). Ramai pengguna biasa dengan dengan Cempedak Paya Jaras, Cempedak Temerloh dan sebagainya yang merupakan nama2 tempatan. Cempedak dipasarkan untuk pasaran segar dan di goreng sebagai makanan ringan (Snack) dan belum banyak yang di proses untuk jem, jus dan sebagainya.
 

* Artikel : Cempedak (Klik disini)
* Artikel : Cashflow Cempedak (Klik disini)
* Artikel : Cempedak clones in Malaysia (Klik disini)


4. Ciku
Bagi tanaman Ciku (Manikara sapota) terdapat 5 klon yang popular iaitu Ciku Mega (CM19), Ciku Betawi (C61), Ciku Jantung (C62), Ciku Subang (C63) dan Ciku Kaseroi (Tiada Kod). Tanaman ciku di Malaysia seluas 1,030 hektar dengan penghasilan sebanyak 5,790 metrik tan (2009). Ciku adalah tanaman yang agak lambat mengeluarkan hasil dan perlukan masa yang lama untuk matang. Tanaman ciku adalah untuk kegunaan segar dan belum banyak yang diproses secara komersial. Penghasilan dan pasaran buah ciku jug terhad kerana tidak ramai yang mengetahuinya.



* Artikel : Ciku Mega C19 (Klik disini)
* Artikel : Klon Ciku di Malaysia (Klik disini)
* Artikel : Cashflow Ciku (Klik disini)

5. Durian
Durian (Durio zibethinus) adalah "Raja Segala Buah atau King of the Fruit" di Malaysia. Terdapat seluas 100,615 hektar tanaman durian di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 288,900 mt pada tahun 2009. Kawasan utama tanaman durian di Malaysia adalah Daerah Muar Johor (7,048 ha), Daerah Segamat Johor (6,741 ha) dan Daerah Kuala Krai Kelantan (5,365 ha). Antara klon durian yang popular ialah D24 (Bukit Merah), D99 (Koop Kecil), D158 (Tangkai Panjang), D159 (Bantal Mas), D168/101 (Mas Muar) dan D197 (Kunyit). Banyak lagi klon-klon durian yang didaftarkan tetapi populariti hanya di peringkat tempatan. Antara durian tersebut di panggil Durian Bukit Nina (Melaka), Mas Merah, Bentong dan banyak lagi. Durian Malaysia adalah untuk dimakan segar dan sebahagian diekspot ke Singapura, China (Sejuk beku), Australia dan beberapa negara lain. Durian juga antara buah yang banyak diproses untuk dijadikan lempuk, dodol, jus, jem, chip durian dan sebagainya.


Article: Durian Musang King (Klik disini)

Artikel: Durian KLik disini)
Artikel: Durian D24 (Klik disini)
Artikel: Klon Popular Durian (Klik disini)
Artikel : Klon Durian (Klik disini)

6. Kelapa
Bagi Kelapa (Cocos nucifera) terdapat banyak klon di Malaysia seperti Malaysian Tall, MATAG, Malaysian Dwarf Red (MRD), Malaysian Green Dwarf (MGD),Malaysian Yellow Dwarf (MYD - Foto sebelah), Pandan Wangi, MAWA , African Tall, Rennel, MARREN , MAMA dan pelbagai lagi. Bagaimana pun untuk klon popular masa kini adalah Kelapa MATAG, MAWA dan Pandan Wangi. Terdapat seluas 109,185 hektar kawasan tanaman kelapa di Malaysia dimana paling luas di Sarawak (22,290 ha) diikuti dengan Johor (21,250 ha) dan Sabah (19,140 ha). Kapasiti pengeluaran tahunan kelapa sebanyak 571,400 mt setahun. Kelapa di Malaysia digunakan sebagai kelapa segar untuk santan serta di proses seperti Kelapa Kopra dan lain-lain produk.



* Artikel : Minyak Kelapa dara (Klik disini)
* Artikel : Benih Kelapa MATAG (Klik disini)
* Artikel : Kelapa Pandan (Klik disini)
* Artikel : Cashflow Kelapa (Klik disini)
* Artikel : Kopra (Klik disini)

7. Jambu Air
Bagi Jambu Air (Euginia aquea) terdapat beberapa klon popular iaitu Klon E3 (Jambu Air Madu Merah - Foto sebelah ) dan Klon E2 (Jambu Air Madu Hijau). Keluasan tanaman jambu air di Malaysia belum ada catitan rasmi tetapi anggaran penulis lingkungan 50-70 hektar. Kawasan penanaman jambu air seperti di Johor, Perak, Selangor dan Pahang. Di Johor terdapat jambu air berwarna hijau yang di dakwa sebagai Jambu Air Johor yang banyak di tanam di Daerah Muar dan Daerah Kluang.



* Artikel : Jambu Air Merah ( KLIK DISINI)
* Artikel : JAMBU AIR JOHOR (KLIK DISINI)
* Artikel : Cashflow Buah-buahan (KLIK DISINI)


8. Jambu Batu
Tanaman Jambu Batu (Psidium guava) merupakan untuk pasaran segar dan juga di proses. Bagi Klon Jambu batu Tanpa Biji yang popular ialah Klon GU15 walau terdapat beberapa klon lain di jual di nurseri. Untuk Klon Jambu batu Berbiji paling popular ialah Klon GU8, Klon GU9 dan Klon GU 10. Terdapat seluas 1,440 hektar tanaman jambu batu di Malaysia dengan penghasilan sebanyak 18,880 mt pada tahun 2009. Kawasan pengeluaran utama jambu batu di Malaysia adalah di Daerah Muar Johor (213 ha) , Daerah Batang Padang Perak (185 ha) dan Daerah Segamat Johor (68 ha). Pengusaha tanaman tebu perlu berhati-hati dengan masaalah serangan nematod dan lalat buah.


* Artikel : JAMBU AIR GIANT (Klik disini)
* Artikel : Cashflow Jambu Batu (Klik disini)


9. Longan
Tanaman buah Longan (Dimocarpus longan) ada 4 jenis iaitu Edaw, Chompoo, Biew Khiew dan Klon Diamond/Belian dimana yang di tanam di Malaysia tetapi hanya 2 klon yang popular ialah Klon Edaw dan Klon Belian. Tanaman longan di Malaysia merupakan komoditi baru dan Malaysia merupakan negara pengimpot buah longan segar dan longan proses yang terbesar dari Thailand bernilai lebih 7,650 metrik tan dengan nilai lebih RM 12.4 juta pada tahun 2007. Seluas 60 - 80 hektar tanaman longan di tanam di Malaysia terutama di Johor, Melaka, Selangor, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

* Artikel : Longan Technology in Thailand (Klik disini)

* Artikel : Longan in Malaysia (Klik disini)

10. Limau Bali
Bagi tanaman Limau bali atau Pomelo (Citrus grandis) terdapat seluas 1,895 hektar diusahakan dengan pengeluaran sebanyak 8,830 hektar pada 2009. Kawasan utama tanaman limau besar adalah di daerah Segamat Johor (313 ha - Kawasan Jementah) diikuti Daerah Kuala Kangsar Perak (200 ha) dan Daerah Kinta Perak (110 ha). Klon limau bali paling popular ialah PO51 (Isi putih Rompin), Klon PO 52 (Isi Merah Tambun) dan Klon PO 53 (Isi putih Melomas).


Article: Limau Bali (Klik disini)
Article:  Kursus Pengeluaran Benih(Klik disini) 

11. Limau Manis
Bagi tanaman limau manis atau Limau Langkat (Citrus suhuensis) tidak banyak pilihan klon yang popular cuma Klon M32 sahaja. Klon2 tempatan yang lain popular diperingkat tempatan sahaja. Keluasan tanaman limau manis di Malaysia cuma 3,940 hektar dengan hasil sebanyak 17,970 metrik tan pada 2009. bagi klon limau madu cuma Klon M33 yang popular. Daerah Asajaya di Sarawak merpakan kawasan utaman tanaman limau langkat di Malaysia dengan keluasan 294 hektar pada tahun 2009 diikuti dengan Daerah Simunjan Sarawak (288 ha) dan daerah Beaufort Saabah (230 ha).

Article: Dusun Kg Dingin (Klik disini)
Article: Limau Purut (Klik disini)
Article: Limau Gedang (Klik disini)
Article: Limau Mandarin (Klik disini)
Article: Limau Lemon (Klik disini)
Article: Limau Nipis (Klik disini)
Article : Limau Kasturi (Klik disini)

12. Manggis
Tanaman Manggis (Garcinia mangostana) belum ada klon popular dikenalpasti dan kebanyakkannya adalah Klon-klon Tempatan dan tidaak ada nombor daftar. Di Negeri Pahang terdapat sejenis manggis yang di panggil dengan Mesta terutama di kawasan Pahang Barat dan Pahang Tengah. Mesta dipercayai lebih cepat berhasil dan kualliti buah lebih sedap daripada manggis walaupun saiznya agak kecil sedikit. Keluasan tanaman manggis di Malaysia sebanyak 7,685 hektar pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 29,520 metrik tan. Rekod menunjukkan Daerah Batang Padang Perak merupakan kawasan paling luas menanam manggis (340 ha) diikuti Daerah Hulu Langat Selangor (300 ha) dan Daerah Segamat Johor (288ha).


Artikel : Manggis (Klik disini)

13. Mangga
Tanaman Mangga (Magnifera indica) terdapat banyak klon-klon yang di tanam di Malaysia. Klon paling popular masa kini ialah Klon MA224 (Chok Anan) yang ditanam dengan luas di Perak, Melaka, Selangor dan beberapa negeri lain. Di Malaysia seluas 9,375 hektar tanaman mangga ditanam pada tahun 2009 dengan penghasilan sebanyak 24,510 metrik tan. Kawasan utama tanaman mangga ialah di Daerah Jasin Melaka (463 ha) diikuti Daerah Alor Gajah Melaka (419 ha) dan daerah Kuching Sarawak (271 ha). Klon-klon mangga lain yang popular ialah Klon MA 128 (Harum Manis), MA 162 (Foo Fatt / Golek), MA 165 (MAHA), MA 204 (Melele) dan MA 223 (Nam Dok Mai). Selain itu pada awal 1980'an klon Mangga Apple sangat popular di tanam keliling rumah. Klon Mangga Pauh juga ada yang popular seperti Mangga Telur.



Article: Mangga MA 224 (Klik disini)
Article: Mangga dalam pot (Klik disini)
Article: Mangga dan Cuaca (Klik disini)
Article: Mango Clones in Malaysia (Click here)


14. Nenas
Tanaman Nenas (Ananas cosmosus) terdapat beberapa varieti yang popular di tanam di Malaysia. Paling popular ialah Nenas Morris dan Nenas Gandul (N36). Jenis nenas lain masa kini yang popular ialah Nenas Cayene, Nenas Spanish, Nenas Queen dan nenas MD2. Terdapat seluas 16,850 hektar tanaman nenas akan ditanam pada tahun 2010 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 416,070 metrik tan. Negeri johor merupakan nageri paling luas dengan tanaman nenas terutama di daerah Pontian (3,686 ha), Daerah Kluang (2,950 ha) dan Daerah Muar (1,266 ha) secara komersial dan pekebun kecil.

Articles: Nenas (Klik disini)
Articles: Nenas Organik (Klik disini)
Articles: Pasaran nenas Dunia (Klik disini)
Articles: Nenas MD2 (Klik disini)
Articles: Nenas Pada Sarawak (Klik disini)
Articles: Nenas Morris Kedah (Klik disini)

15. Nangka
Tanaman Nangka (Artocarpus heterophyllus) terdapat banyak klon tetapi yang paling popular ialah Klon J29, Klon J31, Klon Tekam Yellow, Klon Mastura dan juga tidak ketinggalan Klon J33 (Nangka Madu), Klon Mantin, Klon Uncle Hong dan Klon Kristal (PPK). Terdapat seluas 3,640 kawasan tanaman nangka di Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 28,970 mt pada tahun 2010. Kawasan pengeluaran utama nangka ialah di daerah Temerloh Pahang (207 ha), Kota Tinggi Johor (192 ha) dan daerah Segamat Johor (136 ha).

Articles: Jackfruit (Klik disini)
Articles: Nangka (Klik disini)
Articles: Klon Nangka di Malaysia (Klik disini)
 
16. Pisang
Pisang (Musa spp) merupakan tanaman buah-buahan yang diusahakan sebanyak 29,790 hektar pada tahun 2010 dengan kapasiti pengeluaran dianggarkan sebanyak 295,630 metrik tan. Terdapat berbagai varieti pisang di tanam di Malaysia tetapi yang paling Popular ialah Pisang Mas, Pisang Rastali, Pisang Cavendish dan Pisang Berangan. Kawasan utama tanaman pisang di Malaysia ialah Daerah Batu Pahat Johor (1,660 ha), Daerah Pontian Johor (1,653 ha) dan daerah Muar Johor (1,532 ha).

Artikel: Pisang (Klik disini)
Artikel: Banana in Malaysia (Klik disini)
Artikel: Proses Jantung Pisang (Klik disini)
Artikel: Balut Tandan Pisang (Klik disini)
17. Pitaya
Bagi buah Pitaya (Hylocereus undatus) terdapat dua klon popular iaitu Klon Isi Merah dan Klon Isi Putih. Di Malaysia terdapat seluas 2,510 hektar tanaman pitaya direkodkan pada tahun 2010 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 9,790 metrik tan. Industri tanaman pitaya sedang mengalami masallah serangan penyakit serious masa kini dan keluasan terun menurun setiap bulan. Kawasan utama tanaman pitaya di daerah Kluang Johor (206 ha), Daerah Mersing Johor (156 ha) dan daerah Jelebu N Sembilan (155 ha).



18. Pulasan
Buah Pulasan (Nephelium mutabile) terdapat seluas 1,410 hektar dengan anggaran penghasilan sebanyak 4,930 metrik tan pada tahun 2010. Antara klon pulasan yang popular tidak lain tidak bukan ialah Klon Ah Hock (Hock 94). Klon lain ialah seperti Klon P28 (Pulasan Temerloh). Kawasan utama pengeluaran pulasan di Malaysia ialah Daerah Hulu Langat Selangor ( 314 ha), Daerah Dungun Terengganu (242 ha) dan Daerah Muar Johor (146 ha).



19. Rambutan
Rambutan (Nephelium lappaceum) merupakan antara pokok buah yang luas ditanam di Mlaysia sama ada secara monocrop atau campuran. Keluasan direkodkan pada tahun 2010 ialah 25,460 hektar dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 82,740 metrik tan. Antara kawasan penanaman utama rambutan di Malaysia ialah di Daerah Selama Perak (846 ha), Daerah Kuala Krai Kelantan (654 ha) dan daerah Dungun Terengganu (473 ha). Banyak klon-klon rambutan di Malaysia tetapi yang popular ialah Klon R134 (Rambutan Singapore), Klon R 156 (Gading Muar), Klon R 179 (Deli Cheng), R 191 (Anak Sekolah ) dan Klon R 193 (Deli Baling). Tanaman rambutan adalah untuk kegunaan dan pasaran segar. Rambutan boleh di proses untu dibuat jem dan di tinkan.


Rambutan (Klik disini)
Rambutan Gading Muar (Klik disini)
Klon Rambutan di Malaysia (Klik disini)


20. Salak
Bagi tanaman Salak (Salacca glabrecens) terdapat seluas 1,190 hektar direkodkan tahun 2010 dengan potensi hasil sebanyak 4,550 metrik tan. Salak banyak di tanam di Daerah Kuala Krai Kelantan (329 ha), Daerah Dungun Terengganu (256 ha) dan Daerah Tumpat Kelantan (233 ha). salak mempunyai beberapa klon tetapi yang popular ialah Klon SJ15, Klon SJ 17, Klon SJ 34, Klon SJ 36, Klon SJ 39, Klon SJ 40 dan yang terkini petani mencuba Salak Pondoh (Indonesia). Di pasaran terdapat salak impot dari seberang yang agak popular iaitu Salak Medan. Buah salak kebanyak untuk pasaran segar tetapi ada yang dijerukan dan dijual dalam bekas khas.

21. Tembikai
Bagi tanaman Tembikai (Citrullus lunatus) terdapat seluas 11,750 hektar ditanam 2010 dengan anggaran hasil sebanyak 239,050 metrik tan dan merupakan komoditi ekspot utama buah-buahan Malaysia. Kawasan utama tanaman tembikai ialah di Daerah Rompin Pahang (2,543 ha), Daerah Kluang Johor (1,119 ha) dan Daerah Mersing Johor (828 ha). Antara varieti tembikai yang popular berasaskan kepada Benih Hibrid seperti New Dragon, Emperor, Flower Dragon, Hitam Manis (S108), Black Gold iaitu dari jenis berbiji. Varieti popular tembikai tanpa biji pula seperti Fengshan No 1, Ming Hwa, Gold Rush 1663, Felicity Orchid Sweet, Sin Foon, Quality, seedless No 1 dan Seedless Superstar. Tembikai adalah untuk pasaran segar dan ekspot. 


Article: Tembikai (Klik disini)


22. Durian Belanda
Tanaman Durian Belanda (Annona muricata) ditanam menggunakan klon tempatan dan belum ada yang dikatakan klon popular. Keluasan tanaman ini juga tidak ada maklumat sahih dan merupakan tanaman yang masih berpotensi untuk dimajukan. Penulis menganggarkan keluasan tanaman durian belanda sekitar 120-200 hektar di Malaysia. Antara negeri yang menanam durian belanda adalah Johor, Selangor, Pahang, Sabah dan Negeri Sembilan. Durian belanda dipasarkan untuk pasaran segar.

23. Dokong
Bagi tanaman Dokong (Lansium domesticum Jack) terdapat seluas 16,130 hektar CHE direkodkan di Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 32,420 metrik tan. Kawasan utama tanaman dokong di Malaysia di Daerah Gua Musang Kelantan (2,040 ha) diikuti dengan Daerah Kuala Krai Kelantan (1,950 ha) dan Daerah Jeli Kelantan (1,748 ha). Belum ada kepastian mengenai klon tanaman dokong tetapi yang popular ditanam ialah Klon Dokong Kering. Bagaimana pun agak sukar untuk membezakan anakbenih dokong kering berbanding dengan Klon Dokong Biji atau Klon Dokong Basah. Buah dokong dipasarkan untuk kegunaan segar dengan harga lingkungan RM 4.00 - RM 8.00 sekilogram.



Article : Dokong - Part 1, Part 2, Part 3 (Klik disini)


Klon buah-buahan yang popular di Malaysia bergantung kepada banyak faktur. Selain daripada faktur permintaan pasaran, Kesesuaian Tanaman, Kesukaran mendapatkan anak benih, Kesukaran untuk menentukan ketulinan dan untuk pasaran segar atau proses beberapa perkara seperti minat petani dan kesediaan pakej teknologi perlu diambil kira. Langkah kerajaan untuk menggantikan klon-klon lama dan klon-klon tradisional melalui Program Pemulihan Dusun oleh Jabatan Pertanian wajar diteruskan secara tersusun dan berterusan. Klon-klon baru juga perlu dikenalpasti dan di syorkan untuk pengeluaran buah segar dan juga untuk tujuan pengeluaran bahan mentah untuk aktiviti prosesan. Penulis percaya industri buah-buahan akan terus berkembang pada masa akan datang dengan pengesyoran klon-klon popular.

NAK BELI BUAH... KLON POPULAR DIPILIH.....
NAMA KLON DIBERI.... JANGAN BERTINDIH....

NAK CARI BENIH.....PASTIKAN YANG ASLI....
UNTUK EKSPOT.....DOMESTIK JUGA DI KASI...
PILIH KLON..... BELAJAR SPESIFIKASI.....
HATI PUAS ...RASA PUN TAK RUGI....

Related articles:

1.   Petani di Malaysia (Klik disini)
2.   Cashflow Buah-buahan (Klik disini)
3.   Buah Nadir di Malaysia (Klik disini)
4.   Daftar klon buah-buahan di Malaysia (Klik disini)
5.   Banana in Malaysia (Klik disini)


By
M Anem
Muar
Johor

Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...