Support My Blog

Friday, August 6, 2010

SUNGKUPAN


SUNGKUPAN (Mulching) merupakan aktiviti penting dalam bidang agronomi tanaman. Ramai petani mempraktiskan sungkupan dalam aktiviti pertanian mereka untuk mendapatkan hasil yang optima. Sungkupan adalah aktiviti meletakkan media diatas batas atau tanah untuk beberapa tujuan dalam Amalan Pertanian Ladang Baik (APB atau Inggerisnya Good Agriculture Practices -GAP). Antara media atau bahan untuk dijadikan sungkupan adalah jerami padi, rumput kering, guni terpakai, lalang kering, kompos dan yang paling populat masa kini menggunakan plastik lutsinar (Silvershine plastic). Saya sering mengesyorkan petani untuk membuat sungkupan ketika menjalankan aktiviti beberapa pengembangan pertanian di lapangan. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai keperluan sungkupan dan kepentingannya dalam aktiviti agronomi tanaman bagi bacaan dan rukukan anda. 

Tanaman sayuran dan buah-buahan perlukan sungkupan seperti penanaman cili, tembikai, terung, bendi, kacang panjang, peria, petola, timun dan banyak lagi. Penggunaan sungkupan bermula semenjak aktiviti menyemai benih tanaman. Benih-benih yang di tabur dalam kotak atau kawasan nurseri atau tapak semaian perlukan sungkupan uuntuk melindungi benih dari serangan perosak, lindungi dari matahari dan kerosakan akibatan air siraman. Setelah anak benih mula keluar sungkupan dikurangkan secara berperingkat untuk proses pengerasan atau 'hardening ' anak benih sebeluh di ubah ke ladang. Pemasangan sungkupan diatas batas atau tanah lazimnya bermula sebelum atau selepas aktiviti menanam. Bahan sungkupan jerami padi atau rumput kering dibubuh selepas menanam bagi tanaman bawang merah yang saya jalankan di TRP Teluk sari Mersing. Jangan bubuh sungkupan jerami terlalu tebal atau terlalu nipis. Bahan sungkupan Plastik Silvershine pula dipasang mengikut kesesuaian iaitu selepas siap buat batas dengan merentangkan secara manual atau alat perentang gunakan trekter. Kelebihan plastik silvershine adalah mudah untuk di koyakkan atau dibuat lubang penanaman aatau lubang pembajaan. Pastikan bahagian yang terang ibahagian atas dan yang gelap dibahagian bawah.


Antara kebaikan pemasangan sungkupan ialah seperti berikut:

1. Melindungi benih dari kerosakan serangga perosak dan percikan air siraman.
2. Memberikan kelembapan yang sempurna pada tanah.
3. Memberikan pantulan cahaya dan haba pada tanaman (Terutama plastik silvershine ) yng membantu mengurangkan serangan hama.
4. Mengurangkan kadar hakisan pada batas dan tanah.
5. Mengurangkan kadar pengwapan air tanah (Evapotranspiration)
6. Menjadi baja organik (Kes jerami dan rumput) apabila terurai dan berlaku pereputan.
7. Memaksimakan penggunaan bahan sungkupan terpakai (Jerami dan rumpai).
8. Meningkatkan hasil tanaman.
9. Mengurangkan pertumbuhan rumpai diatas batas atau tanah.
10. Mengikuti konsep Amalan Pertanian Ladang Baik (APB).

Aktiviti Pertanian di sektor perladangan pula menggunakan sungkupan jenis Rumpai Kekacang seperti Kacang Penutup Buni (Campuran 3 jenis kekacang seperti Centrosema pubecens dan 2 jenis lagi). Pihak pengurusan Estet di Malaysia membelanjakan sebanyak RM 10 - RM 15 juta setiap tahun untuuk penanaman sungkupan penutup bumi di ladang-ladang kelapa sawit dan ladang getah. Kaedah ini mesti dilakukan untuk mempastikan tanaman kelapa sawit dan getah tidak berlawan dengan kadar pertumbuhan rumpai yang lebih cepat. Penggunaan racun dan bertambahnya kanopi tanaman secara perlahan-lahan akan mengurangkan kepadatan tanaman sungkupan penutup bumi diladang sawit dan getah.

Semasa menjalankan temuduga pengambilan pegawai-pegawai baru sering saya tanyakan apakah itu SUNGKUPAN dan apakah itu CANTASAN dan apakah itu HAKISAN.Tahukan anda apabila berada di dalam situasi temuduga, calon-calon sering keliru dalam menerangkan makna dan fungsi ketiga-tiga perkara tersebut. Ada yang kata Hakisan ialah memotong dahan-dahan pokok yang tidak berguna dan Cantasan ialah kerja buat perlindungan pada tebing tanah!...Nasib le calon-calon yang Gabra!. Inilah artikel saya kali ini berkenaan dengan apa dia Sungkupan semuga memberikan sedikit ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi pertanian..

PENUTUP BATAS...IA SUNGKUPAN...
JERAMI PADI...DIJADIKAN BAHAN...
PLASTIK SILVERSHINE...JADI PILIHAN...
TANAMAN SUBUR...HASILNYA LUMAYAN...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Projek PB Sayuran Batu 19,
Sengkang, Bukit Gambir,
Muar, Johor
Malaysia.
(12 Ogos 2010)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...