Support My Blog

Friday, September 3, 2010

SIFIR PERTANIAN

SIFIR PERTANIAN adalah penting dalam sektor pertania. Kita perlu tahu beberapa sifir yang boleh membantu kita dalam menjalankan pengiraan. Antara sifir tersebut ialah seperti sifir tentang mengira keluasan, panjang, lebar dan sebagainya. Kali ini penulis nak berkongsi sedikit sahaja tentang SIFIR PERTANIAN. Pengalaman penulis selaki AO Daerah selama 16 tahun dan sering memberikan ceramah pertanian memang memerlukan kepakaran khas dalam sifir pertanian. Kini penulis akan berikan maklumat asas tersebut dalam "Anim Agro Technology" kepada pembaca.

SIFIR KELUASAN STANDARD:
1 hektar = 2.471 ekar
1 hektar = 10,000 meter persegi
1 ekar = 0.407 hektar
1 ekar = 43,560 kaki persegi


SIFIR KELUASAN ROD DAN POL KE HEKTAR

1 pol = 0.0025 Hektar
1 rod = 40 pol = 0.1012 hektar
1 ekar = 4 rod = 0.407 hektar



SIFIR KELUASAN RELONG (PULAU PINANG)

1 relong = 1.3223 ekar = 0.5351 hektar
0.5 relong = 0.6612 ekar = 0.2676 hektar


SIFIR KELUASAN RELONG (KEDAH)
1 relong = 0.71 ekar = 0.2880 hektar
0.5 relong = 0.3550 ekar = 0.1440 hektar


Sifir diatas menunjukkan untuk mengira keluasan kawasan kebun pun banyak jenis cara kiraan. Antara cara kiraan yang saya paling selalu gunakan ialah menukar keluasan dari ekar kepada hektar atau sebaliknya. Dari sifir tersebut kita boleh kira bilangan pokok atau anakbenih yang perlu di gunakan dalam perancangan sebelum menanam. Dengan mengetahui jarak tanaman maka kita boleh mengira jumlah pokok. Daripada jumlah pokok kita boleh mengira anggaran hasil setiap pokok untuk mengira anggaran hasil setiap hektar tanaman.

Saya telah mengira bersama-sama beberapa pakar pertanian mengenai kepadatan tanaman dalam satu kebun. Kajian saya mendapati bagi tanaman saka atau tanaman makanan (food crop) seperti sayur-sayuran dan kontan didapati hanya kira-kira 64 - 75 % sahaja kawasan yanag sebenarnya boleh ditanam dalam satu kawasan kebun. Ini berlaku setelah di tolak kawasan infrastruktur ladang seperti jalan ladang, sistem perparitan, kolam, pokdok, pusat pengumpulan hasil, laluan antara batas dan sebagainya. Oleh itu dalam pengiraan keperluan benih tanaman atau mengira hasil tidak menggunakan formula 100% kepadatan tanaman kecuali beberapa kaedah tanaman seperti padi, keledek dan sebagainya yang memang 100% ditanam secara meluas dan kawasan infastruktur asas di khususkan dikawasan khas.


Sifir pertanian perlu difahami oleh petugas-petugas pertanian khususnya oleh pegawai-pegawai pertanian di lapangan. Kemahiran ini dan sifir perlu dihafal dan akan digunakan dengan cara kiraan congak sahaja. Saya pun selalu menira dengan kaedah mencongak sahaja untuk dapatkan jawapan yang cepat dan hampir-hampir tepat. Sifir pertanian juga terdapat dalam buku kecil yang perlu dicatit supaya tidak lupa. Bolehkah pembaca membuat perkiraan menggunakan sifir pertanian yang saya berikan ?.

SIFIR PERTANIAN....TIDAK DITUKAR....
NAK TUKAR EKAR....KEPADA HEKTAR...
NAK TUKAR HEKTAR ...MENJADI EKAR...
RELONG KACAU....MENJADI SUKAR....


By,
M Anem
Senior Agronomist
Pusat Pertanian Parit Botak,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(Kemaskini 23 Okt 2014)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...