Support My Blog

Friday, June 17, 2011

Biak Baka Tumbuhan

Saintis pembiakbaka menjalankan kajian.
Biak Baka Tumbuhan (Plant breeding) adalah satu sains yang menukar genetik tumbuh--tumbuhan untuk kebaikan dan keperluan makanan manusia. Varieti baru tumbuh-tumbuhan di cipta melalui beberapa kaedah saintifik berasaskan kepada ciri-ciri baik yang diperlukan. Penciptaan genetik baru tumbuh-tumbuhan daripada genetik sedia ada yang serupa dijalankan dengan teliti menggunakan beberapa teknik dan teknologi. Aktiviti pembiakbakaan tumbuhan oleh manusia dimulakan semenjak 9,000-12,000 tahun dahulu secara evolusi terutama tanaman makanan. Artikel kali ini saya berbincang mengenai biakbaka tumbuh-tumbuhan berasaskan satu taklimat oleh Mr Marcell Bruins dari International Seed Federation (ISF) berkaitan status pembiakbakaan tumbuhan peringkal global masakini.


Sejarah membuat biakbaka tumbuhan secara saintifik dimulakan dengan penubuhan beberapa syarikat yang khusus dalam tanaman hortikultur pada tahun 1740-1850 lagi. Pada tahun 1850-1900 maka bermulalah pembiakbaka tumbuhan secara moden dengan melibatkan sektor awam dan minat yang tinggi dikalangan petani dan mengambilkira keperluan pengguna (Consumer). Dari tahun 1900-1970 berlaku permodenan dan transformasi sain biakbaka tumbuhan dengan penglibatan sektor awam dan sektor swasta sehingga tertubuhnya ISF pada tahun 1924. Selepas itu barulan peraturan-peraturan mengenai biji benih dilaksanakan diseluruh dunia!... Tahun 1970'an berlaku perubahan mendadak dimana syarikat2 besar yang terlibat dengan industri Kimia dan Industri minyak memasukki industri biakbaka tumbuhan. Pada tahun 1980'an pula teknologi biakbaka memasukki era 'BIOTECHNOLOGY' yang melibatkan Pemilihan Penanda Genetik (Genetic Marker) dan Kejuruteraan Genetik dimulakan. Selepas itu pada tahun 1990'an banyaklah syarikat berasaskan 'Life Science Company' muncul. Akhirnya termerterailah Perjanjian-perjanjian Antarabangsa mengenai benih dan pembiakbakaan tumbuhan dengan ujudnya badan antarabangsa seperti UPOV, CDB, CPB dan IT-PGRFA.


Industri benih global sekarang terus mengembang dengan beberapa syarikat gergaasi menguasainya. Biji Benih "HYBRID" kini telah mendominasi penggunaan biji benih terutama untuk tanaman makanan dan birijin dengan ujudnya komponen-komponen teknologi seperti "Seed Coating". Perniagaan biji benih telah berubah dari aktiviti peringkat domestik kepada perniagaan Antarabangsa dan Global. Oleh itu berlaku perpindahan berjuta bijibenih dari satu negara ke negara yang lain dengan 'Dunia Tanpa Sempadan'. Akibatnya pelbagai PERATURAN DAN 'REGULATION' dicipta untuk melindungi industri ini terutama oleh negara-negara maju yang mempunyai banyak 'advantage'. Kini terdapat 10 syarikat multi-nasional yang monopoli industri benih dan biakbaka didunia seperti Mosanto, Sygenta, Dowpon dan banyak lagi.


Biakbaka tumbuhan dijalankan untuk memberikan menafaat kepada manusia. Sumbangan paling ketara dengan aktiviti biakbaka adalah untuk meningkatkan HASIL PENGELUARAN tumbuhan dan tanaman. Ciri-ciri tahan dan 'tolerance' terhadap musuh dan penyakit juga diperbaiki setiap varieti baru dicipta. Faktur lain dikaji ialah KECEPATAN MEMETIK HASIL (Earlierness) sesuaitu varieti baru. Contohnya kalau dulu padi perlukan 160-170 hari untuk dituai kini cuma perlukan 90-110 hari untuk dituai. Perubahan CITARASA (Taste) juga dikaji dan dicipta dengan benih baru selain daripada faktur KETAHANAN (Shelf-Life) sesuatu produk baru. Faktur SAIZ (Size) dan JENIS TANAMAN (Plant Types) serta KOS BURUH (Labor Costs) diselidiki dan diperbaiki setiap masa. Kadar hasil yang BOLEH DITUAI (Harvestability) dan KUALITI HASIL (Quality) merupakan ciri-ciri yang sentiasa diperbaiki dari semasa kesemasa. Tidak ketinggalan adalah ciri KEPADATAN (Firmness) sesuatu varieti baru yang disyorkan untu di tanam secara komersil.


Hasil tanaman gandum telah meningkat daripada cuma 2.4 metrik tan sehektar pada tahun 1940'an kepada sebanyak 8 metrik tan sehektar pada hari ini selepas proses biakbaka selama 60 tahun. Kajian oleh NIAB yang dijalankan menunjukkan terdapat sebanyak lebih dari 300 jenis gandum, barli dan oats yang telah dikenalpasti sebagai varieti baru setelah mnenjalankan lebih daripada 3,600 kajian melibatkan sebanyak 53,000 data untuk dianalisa dalam masa 3 tahun sahaja. Kos untuk menjalankan kajian biakbaka adalah tinggi melibatkan jutaan USD malahan sampai Billion USD. Kejayaan biakbaka tumbuhan menunjukkan 90% daripada peningkatan hasil bijirin didunia adalah hasil daripada pengenalan varieti2 baru hasil dari kerja-kerja biakbaka tumbuhan. Kajian juga menunjukkan purata peningkatan hasil bijirin dunia telah meningkat dari 2.5 metrik tan sehektar kepada RM 8 metrik tan sehektar. Semua kerja Allah Taala!


BERSAMBUNG LAGI PART 2!


By,
M Anem
Putrajaya
Malaysia         

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...