Support My Blog

Thursday, June 16, 2011

HARGA BENIH SAYUR (Part 2)

Kebun fertigasi tomato
Benih sayuran adalah sangat penting di ketahui punca yang sesuai untuk mempastikan penghasilan tinggi. Penentuan varieti sayur hendaklah di pastikan lebuh awal berdasarkan kepada permintaan pasaran, keadaan cuaca, trend permintaan dan tahan kepad serangan penyakit dan perosak. Artikel ini mengupas maklumat harga runcit 6 jenis sayuran terpilih pada bulan Mei 2011 di 18 premis jualan benih dibeberapa negeri. Maklumat ini boleh digunakan sebagai rujukkan dalam menyediakan pelan bisnes tanaman sayuran. 


1)    BAYAM


Bayam merah
Bayam ditanam seluas 4,260 hektar dengan penghasilan sebanyak 46,680 metrik tan yang bernilai RM 89.03 juta pada tahun 2010. Kajian yang saya jalankan pada Mei 2010 mendapati purata harga runcit benih bayam di 18 premis jualan adalah sebanyak RM 1,136.40 satu kilogram. Terdapat 6-8 jenis bayam yang dijual dipasaran tetapi umumnya cuma 2 jenis iaitu Bayam Hijau dan Bayam Merah. Perbezaan benih bayam yang dijual bergantung kepada bentuk daun, tempoh masa tanaman, syarikat pengedar dan sama ada benih impot atau benih tempatan ( sedikit sahaja).  Di Johor benih bayam dijual dengan harga RM 2.20 / 10 gram dan RM 38.00/500 gram. Di Kangar Perlis benih bayam dijual RM 38.00/1,000 gram (benih siam kot) dan di Alor Setar Kedah pada harga RM 18.00/500 gram sementara di Pulau Pinang pada harga RM 20.00/500 gram. Di Perak benih bayam dijual pada harga RM 18/500 gram dan RM 36.00/500 gram (Jenis lain - merah). Di Kelantan benih bayam hijau  dijual pada RM 26.00/500 gram dan bayam merah pada RM 30.00/500 gram. Syarikat Sin Sin Huat (SSH) di Kuala Lumpur menjual benih bayam mengikut jenis iaitu Bayam 801 (RM 18/500 gram), Bayam 802 (RM 24/500 gram), Bayam 803 (RM 25/500 gram), Bayam 805 (RM 27/500 gram) dan Bayam 806 (RM 24/500 gram). Syarikat LecKat Kuala Lumpur menjual Bayam Hijau 388 pada harga RM 26.00/500 gram dan Bayam Merah 788 pada harga RM 30.00/500 gram.    




2)   SAWI


Sawi Bunga
Sawi ditanam seluas 8,230 hektar dengan hasil sebanyak 120,260 metrik tan yang bernilai RM 350.52 juta pada tahun 2010. Kajian saya mendapata purata harga runcit benih sawi adalah RM 82.93 satu kilogram. Kebanyakan benih sawi adalah diimpot dan mudah didapati dengan pelbagai jenis sawi seperti Sawi Hijau, Sawi Bunga, Sawi Pahit, Sawi Putih dan berbagai lagi. Benih sawi di Johor dijual dengan harga RM 20.00/600 gram (Jenama Chiap Huat) dan RM 2.20/10 gram (Jenama LecKat). Di Perlis benih sawi dijual RM 38.00/1,000 gram sementara di Kedah RM 16.00/500 gram dan di Pulau Pinang RM 20.00/500 gram. Di Kelantan sawi hijau dijual dengan harga RM 15.00/500 gram, Sawi 135 (RM 28.00/500 gram) dan Sawi JB777 (RM 38.00/500 gram). Di Kuala Lumpur Syarikat SSH menjual benih sawi 881A pada harga RM 13.00/500 gram, Sawi 888 (RM 15.00/500 gram), Sawi 889 (RM 16.00/500 gram) sementara Syarikat LecKat Sawi JB 777 (RM 20.00/500 gram). 




3)   KANGKONG


Kangkong
Kangkung adalah sayur daun yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia dengan keluasan tanaman sebanyak 4,720 hektar yang mengeluarkan 42,010 metrik tan yang bernilai RM 76.16 juta. Kajian menunjukkan purata harga runcit kangkong adalah RM 28.40 satu kilogram. Saya dapati benih sayur kangkong adalah antara yang termurah dipasaran berbanding dengan 11 jenis sayuran popular di Malaysia (Harga paling mahal adalah benih Tomato sebanyak RM 4,206.00 satu kilogram).  Di Johor harga benih kangkong adalah RM 15.00/1,000 gram (Keluaran LecKat) dan di Perlis dijual RM 12.00/1 kg semantara di Kedah sebanyak RM 8.00/1 kg (Amboi...murahnya, kot-kot kangkong air tak). Di Kelantan benih kangkong biasa (RM 7.80/ 1 kg), Kangkong Jenis Bamboo Leaf K-88 (RM 15.00/1kg), Kangkong Jenis Hijau (RM 15.00/1 kg). Di Kuala Lumpur benih kangkong yang dijual LecKat adalah RM Benih Kangkong Bamboo K-88 (RM 15.00/1 kg) dan Syarikat SSH menjual Kangkong 250 (RM 8.00/500 gram) dan kangkong GE 251 (RM 530.00/50 kg satu beg).    




4)  KACANG PANJANG


Kacang panjang
Kacang Panjang (Vigna spp) ditanam seluas 3,020 hektar menghasilkan sebanyak 41,680 metrik tan yang menilai 102.115 juta.  Kajian mendapati purata harga runcit benih kacang panjang adalah RM 116.00 satu kilogram. Benih kacang panjang yang popular adalah dikatakan kacang panjang biji hitam dan biji putih. Harga benih kacang panjang di Johor adalah RM 25.00/200 gram, di Negeri Sembilan (RM 28.00/200 gram), di Perlis (RM 20.00/200 gram) dan di Pulau Pinang berharga RM 25.00/200 gram.  di Kelatan pula Harga benih Kacang Panjang Tempatan (RM 20.00/200 gram), Kacang Panjang Jenis Tali 288 (RM 27.00/200 gram), Jenis Black 1388 (RM 28.00/200 gram) dan Jenis White 380 (RM 28.00/200 gram). Di Kuala Lumpur syarikat SSH menjual benih Kacang Panjang330 (RM 46.00 / 500gram), Kacang panjang Hijau Gelap 331 (RM 46.00 / 500 gram) sementara Syarikat Benih Leckat edarkan kacang Panjang Jenis Black 1388 (RM 28.00/200 gram) dan Jenis White 380 (RM 28.00/ 200 gram).     




5)   KACANG BUNCIS

Kacang Buncis
Kacang Buncis di tanam seluas 990 hektar dengan hasil sebanyak 11,480 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 49.93 juta pada tahun 2010. Kajian menunjukkan purata harga runcit benih Kacang Buncis adalah RM 79.40 satu kilogram. Harga jualan benih kacang buncis di Johor adalah RM 20.00/600 gram, di Perlis (RM 18.00/300 gram), di Kedah (RM 15.00/200 gram) di Pulau Pinang (RM 13.00/500 gram dan RM 18.00/300 gram) semantara di Negeri Sembilan RM 35.00/500 gram. Di Kelantan harga benih kacang buncis tempatan berharga RM 15.00/300 gram dan Kacang Buncis Jenis E-530 pada RM 24.00/200 kg atau RM 36.00/500 gram. Di Kuala Lumpur Syarikat SSH jual benih K Buncis Bunga Merah 942 (RM 30.00/500 gram) dan Bunga Putih (RM 30.00/500 gram) sementara Benih Kacang Buncis LecKat E350 dijual pada harga RM 35.00/500 gram.




6)   TOMATO


Tomato fertigasi
Tanaman tomato adalah tanaman popular di kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan di Kundasang walau pun kini telah banyak di tanam dalan Struktur Pelindung Hujan (SPH) secara Fertigasi. Keluasan tanaman tomato pada 2010 seluas 1,160 hektar menghasilkan 29,790 metrik tan dan bernilai RM 65.53 juta. Kajian menunjukkan benih tomato merupakan benih yang paling MAHAL dijual di Malaysia dengan harga RM 4,206 satu kilogram. Kesemua benih tomato hibrid adalah diimpot. Harga runcit benih tomato di Perak adalah RM 35.00/20 gram , di Perlis (RM 90.00/20 gram), di Pulau Pinang (RM 18.00/20 gram) dan di Negeri Sembilan RM 50.00/10 gram. Harga Benih tomato di Kelantan adalah mengikut jenis dimana benih tomato tempatan (RM 85.00/1,000 biji/packet, Tomato jenis F1 Emas King 309 (RM 55.00/10 gram), Tomato F1 Hibrid 552 (RM 60.00/10 gram), Tomato 309 (RM 50.00/10 gram)  dan Tomato Baccarat 322 (RM250/5 gram).

Di Kuala Lumpur Syyarikat LecKat menjual benih tomato Hibrid f1 -309 dengan harga RM 50.00/ 10 gram dan Benih Tomato Hibrid F1 Bacarrat 332 dengan harga RM 250.00/ 5 gram...Mahal tu!. Syarikat SSH mengedarkan Benih Tomato Pearl 102 pada harga RM 4,500/ 1 kg atau RM 54.00 / 10 gram (1 gram mengandungi 290 biji benih) dan Benih Cherry Tomato Ruby Red 103 pada harga runcit RM 8,250.00/ 1 kg atau RM 88.00 / 10 gram atau setelah dalam peket RM 3.00/30 biji sahaja (Maknanya 1 biji 10 sen je). 


Benih sayuran tomato memang mahal kerana kualiti dan kos pengeluarannya juga tiggi bagi mendapatkan benih hibrid. Kemungkinan negara kita boleh hasilkan benih tomato tropika yang berkualiti sama atau lebih baik daripada tomato temperate dengan menjalankan banyak penyelidikan pembiakbakaan secara profesional.


BELI BENIH...KENA BERANI....
KALAU TAK ELOK...BANYAK MATI...
BELI TUNAI...ATAU DENGAN KREDIT...
YANG PENTING....BENIH DI PEROLEHI...


By,
M Anem
Air Hitam
Batu Pahat
Johor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...