Support My Blog

Sunday, October 2, 2011

AKTA DADAH MALAYSIA

MALAYSIA adalah sebuah negara membangun yang menuju kearah negara maju pada tahun 2020. Negara kita merupakan negara perdagangan terbuka yang menjadikan Sektor Industri, Sektor Perkhidmatan dan Sektor Pertanian selain daripada sektor-sektor lain dalam menjana ekonomi negara melibatkan penduduk seramai hampir 28 juta orang. Bagi melaksanakan program pembangunan negara, Malaysia mempunyai pelbagai jenis perundangan dan sistem pentadbiran yang maju berdasarkan kepada perlembagaan negara. Terdapat sebanyak 661 Akta yang disenaraikan oleh Jabatan Peguam Negara (Klik di sini). Akta-akta ini dilaksanakan sistem perjalanannya oleh pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan bagi menentukan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Artikel ini membentangkan beberapa akta-akta berkaitan Akta Dadah Merbahaya 1952 yang sesuai dengan penulisan blog saya untuk rujukan pembaca.


Terdapat 5 Akta berkaitan dadah merbahaya yang di bawah kuasa PEMADAM seperti berikut:




Bil. UNDANG-UNDANG DADAH TUJUAN AKTA


1. AKTA DADAH BERBAHAYA 1952
Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.


2. AKTA PENAGIH DADAH. - (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983 - (PINDAAN) 1998
Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.


3. AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.


4. AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988
Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.


5. AKTA RACUN 1952
Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.




SEKSYEN KESALAHAN/JENIS DADAH HUKUMAN
Silarujuk laman web PEMADAM . (Klik disini)


1)  SEKSYEN 39B
• Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau morfin
• Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah
• Memiliki 40 gm kokain atau lebih
• Memiliki 200 gm atau lebih ganja
• Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih
• Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy HUKUMAN : Mati Mandatori


Daun ketum
2) SEKSYEN 39(A)(2)
• Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin
• Memiliki 250-1000 gm candu
• Memiliki 50-200 gm ganja
• Memiliki lebih 15-40 gm kokain
• Memiliki lebih 750 gm daun koka
• Memiliki 30-50 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
HUKUMAN: Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 rotan sebatan


3) SEKSYEN 39(A)(1)
• Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin
• Memiliki 100-250 gm candu
• Memiliki 20-50 gm ganja
• Memiliki 5-15 gm kokain
• Memiliki 250-750 gm daun koka
• Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
HUKUMAN: Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali
-sama-


4) SEKSYEN 6B
Menanam atau mengusahakan pokok ganja
HUKUMAN : Penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali


5) SEKSYEN 6
Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popi
HUKUMAN : Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00


6) SEKSYEN 9
Memiliki kurang 100 gm candu masak -sama-
HUKUMAN : Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00


7) SEKSYEN 10
Alat-alat menghisap dadah -sama-
HUKUMAN : Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00


Berjenis-jenis pil dadah
8) SEKSYEN 12(2)
• Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin
• Memiliki lain-lain dadah kurang daripada Sek.39(A)(1)
• Pejawat awam yang bertugas di penjara, pusah pemulihan, lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut
HUKUMAN : Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00
Dirotan tidak lebih 3 sebatan


9) SEKSYEN 15(A)
Memasukkan dadah (dadah-dadah yang dijadualkan) ke dalam badan
HUKUMAN : Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00


10) SEKSYEN15(B)
Berada di dalam premis tempat hisap dadah
HUKUMAN : Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00


Bila kita baca dan tahu akan jenis kesalahan yang dilakukan dan hukuman jika sabit kesalahan mengikut akta-akta maka ianya akan memberikan kita kesedaran akan bahaya jika terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan pengedaran dadah. Ada rakyat Malaysia yang jadi 'KELDAI DADAH' kerana mereka tidak tahu akan hukuman yang akan diterima jika sabit kesalahan. Kebanyakan negara di seluroh dunia mempunyai hukuman yang hampir sama jika berkaitan dengan kesalahan pengedaran dan penggunaan dadah. Jadikanlah rakan kita dan saudara mara kita mengetahui akan akta-akta yang berkaitan dengan dadah untuk menjadikan negara kita bebas dari Najis Dadah!


AKTA-AKTA DADAH .....TELAH PUN  ADA.....
DADAH MERBAHAYA....BERAT HUKUMANNYA....
KELDAI DADAH....PERINGKAT ANTARABANGSA....
PERLU DIBENTERAS...MAKMURKAN NEGARA....


Related articles:
1. Pokok Ganja (Klik disini)
2. Opium (Klik disini)
3. Cola (Klik disini)
4. Tembakau (Klik disini)
5. Khasiat Daun Durian Belanda (Klik disini)
6. Petani di Malaysia (Klik disini) 

By,
M Anem
Tepi Kolam
Thistle Port Dickson Resort
Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...