Support My Blog

Tuesday, May 29, 2012

RAWATAN DURIAN UNTUK EKSPOT

Buah Durian (Durio zibethinus) merupakan komoditi penting dan di gelar sebagai Raja Buah. Saya mempaparkan teknologi rawatan proses pengekspotan buah durian di Thailand untuk dikongsi bersama. Buah durian untuk ekspot di Thailand adalah di petik daripada pokok dan bukan buah yang gugur sendiri. Foto diatas menunjukkan bagaimana buah durian di petik menggunakan tangga buloh dan dipotong tangkai dengan pisau tajam. Buah akan digred di ladang atau pusat pengumpulan hasil mengikut kualiti. 

Buah durian yang dihantar ke pusat ekspot akan dihantar menggunakan kenderaan pick-up dan diubahsuai dengan dinding pick-up ditinggikan. Buah ditutup dengan kanvas didalam perjalanan. Buah diturunkan setiap biji dengan mencampak dari atas pick-up dan disambut oleh dua oreng pemeriksa. Pemeriksa akan meneliti kualiti buah dengan mengetuk-ketuk buah dan memeriksa rupabentuk. Buah dimasukan ke 3 bakul iaitu bakul untuk ekspot, bakul tidak sesuai untuk ekspot (jualan domestik) dan bakul untuk buah 'reject'. 

Alat Khas Mengesan Buah Matang digunakan (Foto diatas) bagi pemeriksa yang masih belim mahir. Alat ini diketuk pada kulit buah durian yang memang dipetik dari pokok. Jika bunyinya 'kosong' bermakna buah adalah masak untuk pasaran tempatan. Alat ini berharga RM 1.00 sahaja dan digunakan oleh peruncit buah durian.

Buah yang sesuai untuk diekspot dimasukkan dalam bakul plastik yang saya lihat bentuk dan saiznya seragam. Buah ini masih segar dan disusun untuk proses berikutnya iaitu rawatan buah durian.

Rawatan merendam buah durian dalam 'Larutan Kuning' selama 10 minit dibuat bagi setiap buah untuk diekspot. Larutan kuning ini sebenarnya mengandungi Kunyit (Turmeric) dan bahan-bahan lain yang tidak diberitahu kepada saya. Larutan ini didakwa mampu memberikan warna kulit buah durian lebih kuning dan kilat, membunuh segala pathogen pada kulit buah, mempastikan buah akan masak apabika tiba kepada konsemer dan memberikan ketahanan kepad buah

Buah yang direndam tadi disusun diatas para kayu atau plastik dengan bentuk 6-7 lapisan sehingga betul-betul kering secara semulajadi. Lazimnya buah akan kering selepas 3-5 jam selepas direndam. Jika ada sisa larutan masih melekat akan di letakan kipas angin agar dapat dikeringkan sepenohnya.

Buah durian yang telah dirawat ini di timbang didalam bakul plastik untuk mendapatkan berat 20 kg bagi satu kotak pembungkusan. Perlu ada kepakaran untuk memilih buah yang besar dengan buah sederhana bagi mengenapkan satu set buah seberat 20 kg yang lazimnya sebanyak 3 biji sahaja.  

Buah yang telah sesuai dikumpulkan sebanyak 20 kg akan di potong bahagian atas tangkai buah beberapa cm (untuk meratakan pangkal tangkai buah) dan disapu dengan bahan bagi menghalang kerosakan cedera potongan. Label Akreditasi berwarna kuning di lekatkan pada setiap biji durian pada tangkai buah yang mengandungi maklumat akreditasi yang disahkan oleh Jabatan Pertanian Thailand.  


Buah disusun dalam kotak dengan jumlah 3 biji (90% buah adalah 3 biji) atau ada yang 4 biji setiap kotak. Setiap buah di lapikkan dengan kertas tebal untuk mengelakan kecederan pada kulit buah. Kotak ini di tutup rapat dan di seal dibahagian atas dengan tape yang kuat. Setiap kotak mempunyai banyak lubang untuk pengudaraan.

Kotak yang siap di isikan dengan buah akan disusun mengikut kumpulan dan ditandakan. Kotak-kotak ini disusun dimana dibahagian tengah akan dikosongkan (Lihat foto diatas) bagi tujuan pengudaraan. Buah yang siap ini sedia untuk di ekspot.  


Buah durian segar ini akan dimasukan kedalam kontena yang berhawa dingin dan akan terus dihantar ke lapangan terbang bagi dihantar terus kenegara pengimpot. Saya difahamkan konsaimen kali ini banyak dihantar ke Hong Kong, China dan Jepun. Buah ini akan masak apabila tiba kepada pengguna dengan bau dan kesegaran seperti kita makan buah durian di negara kita.

Foto diatas menunjukkan buah durian Chanee yang di hidangkan kepada kami dan memang rasanya tidaklah begitu manis seperti durian kita yang gugur apabila masak diatas pokok. Saya hanya mampu makan 2 ulan sahaja kerana memang isinya tebal dan bijinya kesep. Walau pun buah ini memang dipetik atas pokok, rasa dan baunya juga sesuai untuk dimakan.

Banyaknya buah durian pada musim kali ini memang tidak dapat dinafikan. Lebih dari 10,000 biji buah telah dikumpulkan disini dan pekerja dibahagikan syif untuk memproses buah durian bagi pasaran ekspot selama 24 jam. Kejayaan buah durian yang diekspot oleh Thailand amat membanggakan kerana kita juga menerima durian dari negara tersebut setiap musim. Negara lain seperti Indonesia, Malaysia mungkin boleh menggunakan teknologi ini dengan meningkatkan lagi R&D dan memperkenalkan varieti tempatan sesuai lain untuk pasaran ekspot. Wasaalam.

By,
M Anem
Room 1609, Ipoh City Hotel,
Ipoh, Perak,
Malaysia
(8 Rejab 1433H)







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...