Support My Blog

Wednesday, July 11, 2012

SIFIR PERTANIAN 3

BAGAIMANA kita hendak mengira jumlah kepadatan tanaman dalam satu keluasan ladang? Mungkin kita tidak pasti bilangan anak benih pokok yang di perlukan atau anggaran kepadatan tanaman dalam satu hektar kawasan kebun. Kalau dahulu kita menggunakan Unit British dalam pengiraan seperti Luas (Ekar ; Rod ; Pol) , Panjang dalam unit Kaki, Ela, Rantai dan lain-lain unit keluasan kini kita telah tukar kepada Unit Metrik menggunakan unit ukuran seperti Hektar, Meter Persegi (m2)dan Centimeter Persegi (cm2) dalam pengkiraan.  Jarak tanaman akan menentukan bilangan pokok dalam kebun dimana lazimnya jika jarak antara barisan dan jarak dalam barisan yang jauh akan memberikan bilangan kepadatan pokok yang kurang sebaliknya jika jarak tanaman berdekatan akan memberikan bilangan pokok yang tinggi. Dalam beberapa artikel saya ada membuat penerangan mengenai Sistem Penanaman Kepadatan Tinggi untuk beberapa jenis tanaman seperti tanaman nenas, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Artikel petang ini sambil melihat beberapa orang main golf di Pulai spring Resort, Johor saya akan membincang beberapa kaedah sifir  pengiraan mengira bilangan batas dan kepadatan tanaman untuk pengatahuan bersama dalam Anim Agro Technology.


Kira Batas dalam Sistem British:


Keluasan Tanah Kebun = 1 Ekar = 43,56o kaki persegi
Keluasan Batas Standard Sayuran = 4 kaki x 25 kaki = 100 kaki persegi
Jarak antara batas di ambil kira , ukuran batas = 6 kaki x 27 kaki = 162 kaki persegi
Satu ekar = 43,560/167 = 268 batas satu ekar
Oleh itu , 1 hektar ada = 268 batas x 2.47  = 664 batas


Kepadatan Tanaman sistem Metrik


Keluasan Tanah 1 hektar = 10,000 meter persegi
Jarak Batas Tanaman = 1.2 meter x 7.6 meter
Jarak antara batas diambilkira = 1.8 m x 8.2 meter = 14.7 meter persegi
Bilangan batas dalam 1 hektar = 10,000/14.7 = 680 batas sehektar


Pengkiraan bilangan batas dalam sistem penanaman sayuran penting dalam menentukan kepadatan tanaman. Jumlah benih yang di gunakana bergantung kepada bilangan pokok yang akan di tanam. Lazimnya kita akan tolak 20 - 25% kawasan kebun dalam pengiraan kepadatan tanaman untuk kawasan infrastruktur dan utiliti ladang seperti Jalan Ladang, Perparitan Ladang, Kolam , Rumah Setor, Pusat Pengumpulan, Sempadan dan pelbagai perkara lain. Jika pengiraan kepadatan pokok sehektar ialah 1,000 pokok sebelum ditolak, maka setelah ditolak kawasan infrastruktur kepadatan bilangan pokok menjadi 750 pokok atau 800 pokok sehektar sahaja. Jika di tambah dengan 10% untuk tujuan sulaman maka keperluan anak pokok adalah 825 pokok (750 + 75) atau 880 pokok (800 + 80 pokok). Kita mungkin boleh ambil 100% kepadatan tanaman jika jenis tanaman tersebut merupakan tanaman yang tidak memerlukan prasarana terutama penanaman di kawasan ladang yang sangat luas. Pengiraan ini hanya panduan sahaja dan banyak faktur-faktur lain yang perlu diambilkira dalam kaedah pengiraan di ladang yang sebenar.
Wassalam,


BACA SIFIR 3 ... MACAM BOLEH DI FAHAMI...
PELBAGAI CARA...KEPADATAN DI PEROLEHI...
SUKAR NAK FAHAM .... PERLU DIPELAJARI....
TIDAK FAHAM JUGA...JANGAN PEDULI...


By,
M Anem
Room 430, Pulai Spring Resort,
Johor, Malaysia.
(19 Syaaban 1433)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...