Support My Blog

Tuesday, August 28, 2012

PEROSAK MANGGA

MANGGA (Mangifera indica) merupakan tanaman buah yang mempunyai banyak serangga perosak. Mangga adalah jenis buah-buahan bermusim yang saya tahu sesuai ditanam di kawasan tropika atau sub-tropika. Keluasan tanaman mangga di Malaysia pada tahun 2011 yang saya rujuk kepada buku statistik Jabatan Pertanian adalah 9,786 hektar dengan pengeluaran hasil mangga sebanyak  25,558 metrik tan. Mangga adalah jenis tumbuhan yang perlukan sdikit 'stress' atau cuaca panas kering untuk ianyanya mengeluarkan bunga bagi sesetangah varieti tertentu seperti varieti Harumanis.  Pengalaman yang saya ada  mendapati beberapa jenis varieti yag popular di Malaysia adalah seperti Chak Anan (MA 224), Harum Manis (MA 128), Golek (MA 162), Mas Muda (MA 204) dan Nam Dok Mai (MA 223). mengga varieti tradisional seperti Bacang, Kuini, Mempelam Pauh atau Mempelam Telor dan Sala juga banyak di tanam untuk tujuan khusus. Pada masa ini penanaman varieti Chok Anan merupakan paling banyak di minati petani kerana kapasiti pengeluaran hasil yang cepat dan potensi pengeluaran hasil yang tinggi sekitar 15 - 20 mt/ha. Pada petang ini saya akan menulis berkaitan beberapa jenis perosak tanaman mangga dalam 'Anim Agro Technology' untuk di baca bagi menerangkan masaalah tersebut.


Kumbang Belangkas
Perosak tanaman mangga boleh di bahagikan kepada 5 jenis atau kategori iaitu Perosak Pucuk dan Daun Muda, Perosak Daun Matang, Perosak Bunga, Perosak Putik dan Bunga dan Perosak Dahan/ Batang/ Akar.  Mangga memang di ketahui mempunyai banyak jenis perosak yang akan menyeriang pada semua peringkat penanaman terutama kepada varieti baru seperti Chok Anan. Terdapat 10 jenis perosak pada pucuk dan daun muda yang menyerang. Perosak tersebut adalah Kumbang Belangkas (Hypomeces squamosus) , Kumbang Pengerat Daun (Deporaus manginatus), Pengorek Pucuk (Chlumetia transversa), Lelompat Daun (Idioscpus mitidulus), Trip (Haplothrip pictipes), Ulat Pemakan Daun (Bombotclia jocosatrix) , Kumbang Milktis (Mictis longocornis) , Puru Daun (Procantaria malteina) , Kumbang Koboi (Anormala cupripes)  dan Belalang (Valangga nigriconis). Kebanyakan serangga tersebut memakan daun daun muda atau pucuk muda dengan memakan, mengerat dan mengorek bahagian tersebut sehingga rosak.  Daun yang diserang akan menjadi kering dan gugur atau ada yang akan mati.  Kawalan serangga perosak dengan menggunakan konsep Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) dan juga semburan racun serangga mengikut spesifikasi racun tersebut. Jenis racun serangga seperti profenofos, diaznon, malathion, deltamethrin, endosulfan, chlori-fos, cypermethrin, carbaryl dan dimethoate boleh digunakan.


Kumbang Koboi
Perosak daun matang ada 2 jenis iaitu Ulat Pembuat Sawang (Orthaga icarusalis) dan Hamama (Tetranyunchus cinnabarinus). Ulat atau larva serangga Ulat Pembuat Sarang tersebut akan berlindung didalam sawang daun jika jumlah populasinya banyak. Daun-daun mangga akan dilekatkan menggunakan benang sari yang keluar dari larva. Kemudian larva tersebut akan makan permukaan daun dan akibantnya daun akan menjadi kering dan akhirnya  mati. Kawalan adalah serangga ini dengan mencantas kawasan yang diserang dan musnahkannya. Hamama pula menghisap cairan sel dibawah permukaan daun terutama ketika musim kering dimana kadar serangan adalah tinggi. Kawalan hamama disyorkan dengan menggunakan racun dicotol, amitraz atau propargite. 


Bunga mangga yang mekar. 
Bunga Mangga diserang oleh 4 jenis serangga perosak iaitu Trips, Lelompat, Ulat Pemakan Daun dan Ulat Bulu. Trips (Haplothrips picitipes) juga merupakan serangga yang menghisap perukaan bunga dan tangkai bunga kemudian akan menghsiap cairan sel dimana akibatnya bunga akan kering dan gugur. Kawalan dengan kaedah semburan racun sepeti semburan bendiocarb, methiocarb dan acetamipirid. Lelompat (Idiocerus mtidubus) diperingkat dewasa dan nimfa menghisap cairan sel bunga menyebabkan bunga akan kering dan kemudian gugur. Kulat kulapuk yang saya nampak berwarna hitam akan tumbuh menutupi bunga sepenohnya. Penggunaan racun acetamiprid, diazinon, endosulfan dan chlopyrifos boleh  mengawal masaalah ini. Ulat Pemakan Daun (Bombotelia josatrix) juga menyerang bunga dan menyebabkan kerosakan pada unga. Kawalan untuk serangga ini dengan menyembur racun malathion, deltamethrin dan jenithrotthion. Ulat Bulu (Porthesia scinfillans) pula sering menyerang diperingkat larva akan makan daun dan bunga mangga. Ulat bulu boleh dikawal dengan permethrin, deltamethrin dan cyliuthrin fenvelerate. Perosak mangga perlu dikawal untuk mempastikan hasil mangga dapat di tuai dengan kualiti terbaik dan pokok mangga sentiasa sihat dan subur.


Buah mangga telah rosak.

PEROSAK MANGGA...MEMANG BANYAKNYA....
MENYERANG SEMUA PERINGKAT..TERUKNYA...
MEMANG SUSAH.. CARA KAWALANNYA...
SERANGAN TERUK...TIDAK DAPAT HASILNYA...

By,
M Anem
kg Tehel, Air Panas, Jasin,
Melaka, Malaysia.
(29 Ramadan 1433H).        

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...