Support My Blog

Saturday, October 20, 2012

ALAT PEMISAH BENIH

ALAT PEMISAH BIJIBENIH (Seed Separator) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk mengasingkan bijibenih dari jenis biji Crucifer seperti biji sawi, biji kailan, biji kobis dan sebagainya. Alat tersebut (Foto diatas) merupakan sejenis alat yang mudah digunakan dan kini hanya terdapat beberapa unit di Malaysia terutama oleh pembekal bijibenih sayuran. Alat yang diimpot dari negara China ini mempunyai sistem graviti dengan mempunyai beberapa lapisan lantai 'spiral' berlapis-lapis didalamnya untuk memisahkan antara bijibenih yang berbentuk bulat dengan bahan kotoran lain seperti biji lenggai (pod beans) dan sampah seperti daun. Alat ini saya dapati sedang digunakan oleh Syarikat GWG di Batu Arang, Rawang, Selangor yang saya buat tinjauan teknologi bersama pasukan dari MOA. Artikel pagi Sabtu ini saya berkongsi maklumat mengenai alat tersebut dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama pembaca semua.


Bijibenih Kailan (Belum proses)
Alat Pemisah BijiBenih ini diperbuat daripada bahan Zink Spiral dengan ketinggian 7 kaki dimana dibahagian atas sekali adalah corong berbentuk kon untuk memasukkan bijibenih yang belum diproses (Lihat foto sebelah). Biji kailan ini mengambil masa selama 6 bulan sebelum cukup matang di ladang yang ditaman dikebun terkawal di Cameroon Highland sebelum dikutip dan dikeringkan. Biji kailan dalam 'pod bean' akan dikutip dan dikeringkan dibawah sinaran matahari sehingga kering sebelum dibawa kepusat memproses dan akan menggunakan Alat Pemisah untuk proses pemisahan biji kailan dengan kotoran lain. Biji ini dimasukkan kedalam corong kon dibahagian atas dengan berhati-hati untuk mengelakkan tersumbat. Buka pintu corong dan dikawal agar pengeluaran 'raw seed material' tidak terlalu banyak pada satu masa.


Bahan yang keluar dari corong kon akan jatuh melalui 'spiral layer' dan turun kebawah (Lihat foto sebelah) dengan tekanan graviti. Biji benih sawi atau kailan yang berbentuk bulat akan terpisah dengan daripada bahan-bahan kotoran lain seperti daun, kulit bijibenih dan akan masuk didalam bekas berlainan. Faktor graviti dan bentuk bulat menyebabkan bijibenih masuk dalam bekas benih sementara yang lain masuk dalam bekas untuk kekotoran. Kadang-kadang perlu digegarkan sedikit atau digoyangkan alat pemisah ini untuk mempastikan kekotoran yang tersangkut ini bergerak turun. Terdapat juga biji yang akan jatuh kedalam bekas sampah dan ianya akan kutip semula dimana kemudian masukan kedalam corong kon beberapa kali sehingga semua biji dapat dipisahkan dengan sempurna. 


Aktiviti memisahkan biji kailan dengan kekotoran ini amat mudah dan sangat praktikal dengan alat yang nampak biasa. Walau pun alat ini sangat 'simple' dan agak mudah teknologi pembinaannya, ianya perlukan satu teknik peengiraan yang tepat untuk mengasingkan sampah dengan bijibenih. Konsep dan rekabentuk ini dicipta oleh saintis dari Negara China dan banyak digunakan di negara tersbut. Malaysia banyak mengimpot banyak bijibenih sayuran dari luar negara kerana kemampuan negara untuk mengeluarkan benih sayuran terutama benih hybrid atau benih OP masih rendah.  Diharapkan industri pengeluaran benih di Malaysia akan lebih rancak dengan penglibatan lebih ramai usahawan yang terlibat dalam industri ini pada masa akan datang. Wasallam!


Biji Kailan yang telah diproses.
ALAT PEMISAH... MUDAH DIGUNAKAN...
BIJI KAILAN DAN SAWI...DISARANKAN...
BENIH TERPISAH... SAMPAH DIASINGKAN...
ALAT SESUAI... DIMANA HENDAK BELIKAN...

By,
M Anem
GWG , Batu Arang,
Selangor, Malaysia.
(4 Zulhijjah 1433H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...