Support My Blog

Tuesday, November 20, 2012

CENDAWAN - APA KHASIATNYA?

CENDAWAN atau KULAT merupakan sejenis hidupan yang tumbuh atau boleh diusahakan daripada kumpulan 'Fungi'. Saya pasti ramai diantara kita yang suka makan makan cendawan atau pun makanan yang berasaskan cendawan seperti sup, cendawan goreng dan sebagainya. Mungkin ada diantara kita yang masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau batang kayu atau media penanamannya (jerami, habuk kayu, kapas dan sebagainya) sebagai sumber nutriennya. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan Cendawan kini telah pun turut diiktiraf sebagai kumpulan herba yang berguna kepada manusia terutama untuk dijadikan produk kesihatan atau makanan kesihatan.Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' khasit yang ada dari beberapa jenis cendawan untuk pengetahuan bersama.


Terdapat beberapa laporan dari kajian yang mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun. Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.Antara jenis-jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi spesis (sekadar menyebut beberapa nama). Di negara kita cendawan tiram kelabu adalah yang paling banyak dikomersilkan.
Cendawan yang boleh dimakan (Edible mushroom) boleh di masak atau diproses untuk mendapatkan khasiatnya. Selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat tumbuhan ini terutama dari segi perubatan. Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya dan laporan jurnal dari luar negara, cendawan ini dilaporkan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan.  Berikut adalah beberapa khasiat yang didakwa secara klinikal mengenai khasiat perubatan dan boleh kita jadikan panduan.


1) Cendawan Tiram (Pleurotus sajor-caju)
Cendawan tiram pula iaitu Abalome terdapat beberapa spesis yang popular diusahakan. Diantara jenis cendawan Tiram adalah seperti Cendawan Tiram Merah Jambu atau nama  Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju ( tiram kelabu). Jenis cendawan ini didakwa berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida. Cendawan Tiram Kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. 


2) Cendawan Ling zhi  (Ganoderma lucidium). 
Cendawan Ling Zhi adalah sejenis cendawan dinamakan dalam bahasa Cina atau dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun merupakan sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan nilai perubatannya yang tinggi. Pada zaman dulu, cendawan Ling zhi asalnya tumbuh secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Pada masa sekarang cendawan ini telah ditanam secara komersil dengan teknologi moden dan mampu dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit. Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung. 


3) Cendawan Kukur (Schizophyllun commune)
Cendawan Kukur atau dipanggil juga Kulat Sisik atau Kulat Sisir atau Jamur Gerigir merupakan jenis cendawan klasik yang saya selalu ditemui di kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Cendawan ini berbentuk kulit kerang berwarna coklat kelabu gelap dan keluar selepas waktu hujan untuk kita mudah memetiknya. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.  Para saintis mendapati cendawan kukur mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.

4) Cendawan Jarum Emas (Hericum erinaceum)
Cendawan Jarum Emas atau cendawan Bunga Kobis dikatakan dapat membantu merangsang factor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan juga peyakit Alzheimer, membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta membantu meningkatkan system imuniti. Cendawan ini dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.


5) Cendawan Butang 
Cendawan Butang dengan vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori. Sama seperti epal dan ubi kentang, cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit tau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya. 

6) Cendawan Shiitake 
Cendawan Shiitake  atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Cendawan Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin. Kajian mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain. Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel tumor dan toksin.
Begitulah hebatnya khasiat cendawan yang dijadikan oleh Allah Taala untuk manusia. Wallahualam!

KHASIT CENDAWAN.... AMBOI HEBATNYA...
BERBAGAI JENIS... MANA PILIHANNYA...
TELAH LAMA DIGUNAKAN... DI CHINA...
TANAM SENDIRI... CARA BAGAIMANA...

By,
M Anem
Lawat Syarikat C & C Mushroom Sdn Bhd
Pekan Gersik,
Ledang, Johor,
Malaysia.
( 6 Muhharam 1434H)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...