KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, February 27, 2013

MAS COTEK - PANDUAN ASAS (1)

MAS COTEK atau EMAS COTEK (Ficus deltoidea) dari keluarga Moraceae merupakan sejenis tumbuhan natif di Asia Tenggara yang kini digunakan untuk dijadikan bahan makanan kesihatan. Tumbuhan ini juga dipanggil sebagai Serapat, Sempit-sempit dan Agoluran (Sabah) dan telah dikategorikan sebagai tumbuhan ubatan. Tumbuhan ini dulu tumbuh liar dikawasan belukar dan kini telah dikomersilkan merupakan tumbuhan epifit (Ephyphyte) yang hidup menumpang pada tumbuhan lain asalnya. Kini ia telah ditanam diatas tanah secara komersil dan dijaga rapi untuk menghasilkan pelbagai produk mas cotek apabila ianya diproses.  Tanaman mas cotek boleh mencapai ketinggian sehingga 2 - 3 meter dan mempunyai banyak ranting, dahan dan daun. Bentuk daun mas cotek agak unik kerana ada berbentuk bulat, bentuk bujur telur , berbentuk lonjong atau pun tidak menentu bentuknya . Permukaan atas daun berwarna hijau berkilat sementara dipermukaan bawah berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam diantara urat daun terutama yang bercabang. Artikel malam ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai panduan menanam mas cotek berdasarkan risalah Jabatan Pertanian dan pengalaman penulis sendiri yang memberi khidmat nasihat kepada ramai penanam mas cotek disekitar Johor dahulu dan juga ada menanam pokok ini didalam pasu keliling dirumah.


Daun mas cotek lebar
(Daun Betina).
Pokok Mas Cotek mempunyai daun yang sering digunakan sebagai 'Teh Mas Cotek' bersama ranting dan dahan kecil. Bunganya terbentuk dibahagian ketiak tangkai daun sama dimana ianya tunggal (single) atau berpasangan (Paired). Bunganya berwarna hijau muda dan bertukar kepada kuning  atau merah apabila matang.  Ada banyak dakwaan daun mas cotek yang dikatakan jenis betina berbentuk 'BULAT' sementara daun mas cotek yang jenis Jantan mempunyai daun yang 'KECIL dan TIRUS' (Lihat foto disebelah). Saya ada menanam kedua-dua jenis pokok tersebut dalam pasu di rumah selama 4 tahun kini umurnya. Tumbuhan lasak ini sesuai ditanam dikawasan tanah bertekstur ringan serta mempunyai saliran yang baik. Pokok akan rosak jika terendam dalam air akibat banjir.  Taburan hujan bulanan dengan kadar 180 - 200 cm sebulan sesuai untuk penanaman mas cotek. Tanah Bris, Tanah Gambut dan tanah mineral sesuai untuk penanaman mas cotek.


Penanaman mas cotek boleh menggunakan bahan tanaman daripada BIJI BENIH atau KERATAN RANTING atau KERATAN BERPUCUK MUDA. Penggunaan keratan ranting pucuk muda didapati palin popular kerana ianya cepat pertumbuhannya dan menjamin ketulinan baka mas cotek.  Keratan ranting muda sesuai untuk ditanam diladang selepas  7 - 8 minggu dipetak semaian. Laporan menunjukkan benih dihasilkan daripada biji benih perlukan masa lama untuk dialihkan keladan sekitar 12 - 14 minggu didalam nurseri. Penanaman mas cotek diladang  yang ada batas penanaman. Jarak penanaman adalah 1.2 m dalam barisan dan 2 meter diantara barisan batas. Anggaran keperluan anak benih sebanyak 4,200 pokok sehektar.  Jika tanah jenis berpasir (Bris)  atau tanah bekas lombong digalakkan untuk membubuh tandan kelapa sawit reput sebanyak  5 - 7 kg sepokok untuk mengurangkan larutresap dan membekalkanbahan organan kepada tanah tersebut.


Jika ditanam pada tanah pasir, dua jenis baja disyorkan untuk tanaman mas cotek adalah baja organan (tahi ayam) dan baja kimia sebatian. Kadar tahi ayam diberikan sebelum menanam dan setiap 6 bulan dengan kadar 10 metrik tan sehektar.  Kadar baja sebatian kimia seperti NPK 10:10:10 dengan kadar 2,000 kg sehektar boleh digunakan yang diberikan setiap 6 bulan. Dikawasan tanah gambut kadar baja NPK perlu kerana bahan organan dalam tanah banyak (Lihat Foto Sebelah). Pertumbuhan mas cotek sepat pada musim hujan kerana ini memberikan bekalan air  mencukupi untuk pertumbuhannya. Jadual pemeriksaan perosak dan penyekit perlu dijalankan terutama keujudan jelaga hitam terutama jika pokok terlalu rendang dan jarak tanaman terlalu rapat.  

TANAM MAS COTEK.... HERBA KESIHATAN...

BOLEH GUNA BIJI... BAIK LAGI KERATAN....
JARAK TANAMAN... PERLU DISESUAIKAN...
BAJA TAHI AYAM.... DIBUBUH IKUT SASARAN...

By,
M Anem
Kg Sg Balang,
Muar, Johor,
Malaysia
(2 Safar 1434H)

MERATA SAWAH


TANAMAN PADI (Oryza sativa) adalah tanaman penting di Asia Tenggara untuk menghasilkan beras dan dimasak menjadi nasi yang merupakan makan ruji kita. Pada masa ini telah pun terdapat banyak teknologi dan amalan agronomi untuk penanaman padi yang telah diguna pakai bagi kita dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi setiap hektar. Di dalam meningkatkan hasil padi, keadaan tanah sawah memainkan peranan yang sangat penting di dalam aktiviti penanaman padi. Tanah sawah yang baik adalah rata dan mempunyai lapisan tanah keras (hard pan) yang baik disamping ianya mempunyai satu sistem pengairan dan saliran yang sempurna. Aktiviti Merata Sawah (land levelling) dan membentuk pemukaan tanah rata adalah sangat penting. Ini kerana sistem permukaan sawah rata untuk menyokong sistem pengairan sempurna merupakan keadaan terbaik untuk pertumbuhan pokok padi. Ia melibatkan proses dimana kedalaman air yang seragam di dalam lot sawah yang rata akan dapat membantu pengagihan air di dalam sawah lebih cekap dan seragam. Perataan tanah sawah perlu dilakukan hampir setiap musim menanam kerana aktiviti penanaman padi yang intensif dilakukan sepanjang musim dan penggunaan jentera berat semasa menuai hasil mengubah permukaan tanah. Artikel subuh ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai satu amalan mengenai merata sawah padi untuk dikongsi bersama.

Saya dapati terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan dalam aktiviti merata sawah; (1) membuat cerun yang menyokong bekalan air; dan (2) merata tanah supaya menepati keadaan terbaik dengan peralihan tanah yang minimum dan kemudian mengikut paras bekalan air di dalam petak sawah tersebut. Pendekatan kedua lebih baik kerana kaedah ini adalah didapati lebih ekonomik. Merata sawah dapat memperbaiki serta meningkatkan kecekapan air dan tenaga kerja. Apa yang didakwa mengenai kepentingan merata sawah adalah seperti berikut:-

(i) Menguruskan air dengan baik dan cekap;
(ii) Memperbaiki struktur hard pan tanah;
(iii) Pertumbuhan pokok seragam;
(iv) Memudahkan kerja-kerja jentera;
(v) Memudahkan kerja pembajaan, meracun dan kawalan perosak.

Merata sawah melibatkan beberapa komponen kerja seperti membuat perataan secara major (major land levelling) dan perataan secara minor (minor land levelling), membina ban di antara petak sawah, membina parit ladang serta parit tengah dan juga memasang kotak kawalan air. Operasi merata tanah walau bagaimanapun merupakan gangguan yang paling intensif kepada kaedah penanaman. Pengalaman saya membuat perataan sawah di Skim Pengairan Kecil Padi Di Johor menghadapi banyak halangan daripada pesawah yang tidak mahu ketinggalan menanam setiap musim. Oleh itu, beberapa faktor perlu diambil kira sebelum melakukan kerja-kerja perataan tanah. Perubahaan topografi yang besar akan mengurangkan pengeluaran sehinggalah kesuburan tanah pada kawasan tersebut dapat diganti semula. Tanah yang terlalu padat juga mengurangkan kadar resapan air menyebabkan kawasan berkenaan sentiasa ditenggelami air. Bagi sesetengah kawasan yang mempunyai tanah yang terlalu lembut atau tidak mempunyai saliran yang baik pula, jentera berat tidak dapat digunakan. Jadi, sistem saliran yang baik juga perlu diberi perhatian di dalam proses perataan tanah sawah. Perkara ini perlu dibincang dan dikaji dengan teliti oleh banyak pihak terlibat.

Selalunya fasa kejuruteraan sebagai permulaan dimana kita kenalpasti kawasan yang hendak diratakan perlu dikaji dan keseluruhan strategi bagi pengairan dan saliran perlu dikaji. Setelah kajian dibuat, perataan secara skala kecil boleh dibuat. Langkah pertama yang perlu di dalam membuat perataan tanah ialah membuat plan bagi kawasan. Ia melibatkan kerja meletakkan grid rujukan pada kawasan berkenaan, membuat pemerhatian kepada topografi sedia ada dan membuat pengiraan untuk mendapatkan topografi baru dengan mengubah titik pada grid kawasan berkenaan mengikut plan. Ini melibatkan kerjasama dari pihak Pesawah, JPS, Jabatan Pertanian, JKKK, Ketua Blok dan ramai lagi. Setelah rangka plan permukaan tanah selesai dibuat, operasi membuat perataan dimulakan. Secara tipikalnya, ia melibatkan kerja-kerja mengubah dan mengalihkan tanah dan kesamaan pada perataan tanah ini bergantung kepada jentera serta alatan yang digunakan dan yang paling penting kemahiran operator jentera tersebut.

Pemerhatian dan pemetaan kawasan melibatkan penentuan sistem grid yang seragam dan pembentukan topografi kawasan. Bagi kawasan penanaman padi di Sawah Tg Karang dan Sabak Bernam, lot sawah boleh digunakan sebagai asas untuk pemerhatian ini. Bacaan untuk grid boleh diambil dari lokasi struktur bekalan air seperti palong konkrit bagi memudahkan kerja-kerja penentuan untuk merata tanah sawah dan juga pembinaan parit ladang. Kecerunan yang sesuai juga perlu ditentukan mengikut keadaan kawasan dan sistem pengairannya. Alur saliran (drainage basin) perlu dibuat sama mengikut arah pada kawasan. Sempadan lot sawah tidak seharusnya mempunyai sebarang cerun–silang (cross–slope), namun bagi sesetengah kawasan, cerun–silang 2 hingga 3 peratus diperlukan bergantung kepada keadaan tanaman dan tanah. 

Satu kaedah yang biasa digunakan ialah 'plane method' (kaedah perataan permukaan atau topologi) satu kaedah yang agak rasmi bagi mendapatkan paras ketinggian dan kecerunan yang sesuai untuk perataan tanah sawah. Kaedah ini ialah regresi linear (linear regression) untuk mengukur permukaan yang rata pada satu garis lurus dalam dua dimensi (two-dimensional manifold). Perubahan akan dibuat pada bahagian tengah permukaan untuk menepati kadar boleh–ubah ‘potong dan isi’ (variable cut/fill ratios) – iaitu satu kaedah di dalam kejuruteraan dimana jumlah tanah yang dipotong (diambil) sama dengan jumlah tanah yang diperlukan bagi menambak dalam kawasan yang sama. Perataan tanah secara besar-besar (major land levelling) melibatkan kerja-kerja merata menggunakan jentera dan perkakasan yang lengkap dan dilakukan secara berperingkat. Biasanya perataan secara berskala besar ini dilakukan untuk membuka kawasan baru bagi penanaman padi ataupun membuat penyatuan tanah-tanah sawah bagi mendapatkan tanah yang lebih rata dan sempurna. Kepakaran teknikal diperlukan untuk membuat perataan tanah berskala besar dan memerlukan penggunaan pelbagai jenis jentera berat. 

Jika dahulu perataan tanah secara berskala kecil dilakukan dengan bantuan haiwan ternakan, kini pesawah telah menggunakan jentera seperti traktor kecil dan sederhana atau mengupah operator jentera bagi meratakan tanah sawah di dalam lot sawah mereka sendiri. Biasanya selepas musim menuai, pesawah akan membuat penyediaan tanah sawah secara kecil (minor land levelling) untuk musim menanam berikutnya kerana keadaan tanah sawah yang tinggi rendah selepas musim menuai. Ketika penyediaan tanah, pesawah atau operator jentera itu akan mengalihkan tanah dari kawasan yang tinggi kepada kawasan yang rendah bagi membentuk permukaan tanah yang rata. Setelah beberapa tahun, keadaan tanah di dalam sawah akan menjadi stabil dan keadaan ini akan membantu memperbaiki pengairan dalam lot sawah. Kaedah perataan sebegini menjadi amalan di dalam penyediaan tanah bagi setiap musim penanaman padi dan tidak memerlukan kos tambahan kerana tidak melibatkan kerja-kerja perataan yang lebih besar (major land levelling). tanah sawah yang rata menjamin penghasilan tinggi jka amalan agronomi dijalankan mengikut 'Rice Check' dan pengurusan yang sawah yang baik.

MERATA SAWAH... BANYAK FARDAHNYA...
GUNAKAN TREKTeR... LAVELER ADA JUGA...
TANAH TELAH RATA... AIR MUDAH DISELIA...
KOS MERATA... SIAPA HENDAK BIAYA...

By,
M Anem,

Bilik Catelia,
Institut Latihann Pekebun Kecil RISDA,
Kg Awah, Temerloh,
Pahang,

Malaysia
(26 RabiulAkhir 1434H)



Monday, February 25, 2013

RUMPUT SINTETIK

RUMPUT SINTETIK (Synthetic grass) merupakan satu produk berasaskan bahan fiber sintetik untuk dijadikan rumput bagi pelbagai kegunaan terutamanya dalam kegunaan untuk padang sukan. Rumput sintetik juga dipanggil sebagai rumput tiruan (artificial grass), rumput plastik (plastic grass) atau rumput turf sintetik (Synthetic Turf Grass). Kaedah pembuatan rumput ini mempunyai teknologi untuk menghasilkan rumput sintetik yang murah sehingga yang berharga mahal. Rumput sintetik bukan satu jenis rumput sebenar (natural grass) tetapi ianya telah dihasilkan dikilang yang membuat rumput tiruan. Kita di Malaysia sudah tidak asing lagi dengan penggunaan rumput ini terutama untuk padang hoki, padang bola, padang lawn tennis, kawasan padang golf dan sebagainya. Kini rumput sintetik ini telah popular digunakan didalam kerja-kerja lanskap dikawasan taman keliling rumah, pejabat atau kompleks perniagaan sebagai satu keperluan. Artikel malam Ahad ini sambil menonton perlawanan bolasepak pada di TV Astro (Saluran 801) saya suka menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan dengan rumput sintetik untuk dibuat rujukkan dan bacaan semua.


Pembuatan rumput sintetik adalah dari bahan asas yang dinamakan sebagai polyprophylene atau polyethylene dalam bentuk asas butiran (granules) yang diwarnakan dengan pewarna yang sesuai untuk warna rumput (Lihat foto sebelah). Lazimnya warna hijau dipilih untuk menghasilkan rumput tiruan ini walau pun tahap warna hijau ini banyak jenis dari yang hijau cair sehingga hijau gelap. Bahan ini akan dicairkan dan ditambah dengan bahan pewarna dan bahan campuran khas 'UV Resistance' bagi mempastikan rumput yang dihasilkan akan tahan daripada kerosakan akibat sinaran matahari. Setelah bahan ini cair dibawah tekanan tinggi dikilang, dua bentuk helaian jenis rumput tiruan akan dihasilkan iaitu kepingan jenis halus (monofilament) dan kepingan jenis kasar (fabrillated tape yarn). Rumput tiruan sebenarnya dibuat melibatkan proses anyaman berlapis-lapis daripada lapisan tapak asas dan seterus disusun rumput tiruan diatasnya. Penyusunan helaian rumput ini bergantung kepada jenis runput tiruan yang hendak dihasilkan sama ada ianya untuk kegunaan sebagai turf, untuk padang bola, untuk kawasan taman dan sebagainya.


Kilang pembuat rumput tiruan lazimnya akan menggunakan bahan yang tahan lasak untuk dijadikan lantai dan gam yang sangat kuat (Lihat foto sebelah). Berapakah harganya rumput tiruan yang dijual di Malaysia?. Kajian yang saya buat daripada beberapa pengedar rumput sintetik disekitar Lembah Kelang, rumput sintetik ini dipasarkan pada harga diantara RM 30.00 - RM 60.00 satu kaki persegi. Contohnya, rumput sintetik impot buatan Australia untuk laman rumah dijual dengan harga RM 48.00 satu kaki persegi. Harga ini memang jauh lebih mahal daripada harga rumput asli (cow grass) yang dijual di Johor Bahru dan pasaran Singapura yang saya tinjau dengan harga pasaran sekitar RM 1.00 - RM 5.00 satu kaki persegi sahaja. Jika dibandingkan harga rumput sintetik, perbezaan harga adalah hampir 10 kali ganda mahal daripada harga rumput asli untuk ditanam dipadang bola (Lihat foto rumput asli yang dijual di bawah sekali). Hanya mereka yang mempunyai modal dan kemampuan sahaja yang akan memilih rumput sintetik bagi pelbagai tujuan.


Kenapa perlu memilih rumput sintetik untuk digunakan walau pun kos dan harganya mahal?. Diantara kebaikan mengenai rumput sintetik ini adalah kerana ketahanannya yang lama, kemas, penyelenggaraan yang mudah dn tidak perlukan pengawasan agronomi seperti kerja penjagaan rumput asli. Bagi kegunaan padang permainan, ianya akan mempastikan memberikan keadaan padang terbaik untuk ahli sukan beraksi dengan keadaan rumput yang baik. Bagaimana pun jika di tanam dikawasn rumah, kita tidak perlu risau untuk menjaga halaman rumah dari masaalah rumpai semulajadi yang perlukan penyelenggaraan. Kos pemasangan padang yang menggunakan rumput sintetik memang mahal tetapi ia berbaloi untuk pelaburan jangkapanjang (Lihat foto pemasangan rumput sintetik diatas). Rumput sintetik akan kelihatan sentiasa segar walau pun diletakkan tanpa cahaya matahari, dibawah lindungan, di padang pasir yang tiada air, pada suhu sejuk beku dan dalam semua keadaan. Kaedah pemasangan rumput sntetik yang betul mengikut peaturan akan menghasilkan padang yang cantuk dan lebih tahan lama.


Beberapa kelemahan mengenai rumput sintetik tetap ada. Paling asas adalah kos untuk membelinya yang memang mahal. Bayangkan jika ingin memasang rumput sintetik satu padang bola, kira sendirilah berapa banyak atau luas rumput sintetik diperlukan kalau harga pasaran sebanyak RM 50.00 sekaki persegi. Terdapat laporan yang rumput sintetik juga akan menyebabkan luka atau kerosakan pada kulit akibat geseran dengan bahan plastik yang mana keadaan ini adalah kurang risiko dibandingkan dengan rumput asli. Ada laporan saintifik yang menyatakan rumput yang disimpan lama juga menyebabkan ada bakteria atau patogen merbahaya boleh membiak dan menjejaskan kesihatan kita. Kajian mengenai suhu permukaan (Surface Temperature) di atas permukaan padang rumput sintetik adalah tinggi berbanding dengan rumput asli. Kandungan bahan sintetik juga mungkin mengandungi bahan logam berat atau bahan kimia yang merbahaya kepada kesihatan. Penggunaan rumput sintetik lazim di kawasan yang benar-benar memerlukannya, jika tidak saya lebih suka tanam dan gunakan rumput asli yang dijual dipasaran. Wallahualam!


Rumput Asli dipotong 1 kaki persegi.

RUMPUT SINTETIK... JUGA RUMPUT TIRUAN...
MUDAH DIJAGA... BAGI PADANG PERMAINAN...
BERWARNA HIJAU... CANTIK PANDANGAN...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT PENGETAHUAN...

By,
M Anem
Precint 11,
Putrajaya
Malaysaia
(5 RabiulAkhir 1434H).

Sunday, February 24, 2013

SIPUT GONDANG EMAS : KAWALAN

SIPUT GONDANG EMAS (Pomacea canaliculata dan Pomacea incularum) merupakan sejenis siput yang merosakkan tanaman padi di Malaysia yang teruk jika tidak dikawal. Siput Gondang Emas (SGE) merosakan anak benih padi yang bari ditanam kurang daripada 21 hari dimana serangan teruk akab berlaku jika paras air disawah melebihi 1 cm atau dikawasan air yang dalam.  Tanda-tanda serangan agak mudah dilihat dimana akan kelihatan kehilangan rumpun-rumpun padi dan kelihatan daun padi terapong di permukaan paras air.  Serangan SGE lazimnya sangat aktif pada malam hari dan sewaktu fajar dimana dan agak kurang pada waktu sianghari. Kerosakan akibat serangan SGE ini amat merugikan pesawah jika berlaku pada kadar yang teruk. Walau SGE ini pada peringkat awal dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan hiasan dalam akuarium tetapi kini merupakan musuh utama didalam industri tanaman padi negara. Artikel pagi sabtu ini sambil berehat di rumah Melaka, saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' kaedah kawalan Siput Gondang Emas yang diyorkan oleh Jabatan Pertanian memalui risalah pertanian yang saya baca dengan nombor rujukkan IT67/08.07/15R(2) dan digabung pengalaman penulis sendiri. 


Antara kaedah kawalan adalah dengan aktiviti Meratakan Tanah Sawah di kawasan sawah padi (Lihat foto sebelah). Aktiviti merata tanah sawah dijalankan menggunakan teknologi laser dan trektor agar mendapat permukaan tanah sawah yang rata dan ini akan memudahkan kawalan air. Kawasan permukaan tanah yang berlopak dan tidak rata membenarkan serangan SGE berlaku dikawasan tersebut. Jika permukaan tanah sawah dapat diratakan akan memudahkan kita mengawal air seterusnya boleh dijadikan satu kaedah untuk mengawal SGE.  Kaedah lain adalah dengan sentiasa mengairkan tanah sawah keparas kurang dari 1 cm ketika umur padi kurang dari 6 minggu. Kaedah ini membantu mengurangan kadar serangan SGE dari memakan anak benih padi tersebut. 


Kaedah Kawalan Perosak Bersepadu (IPM) boleh dijalankan dengan memelihara dan melepaskan Itek Jawa atau Itek Campbell atau Itek Mallard atau Ayam di kawasan sawah selepas aktiviti menuai. Haiwan tersebut akan memakan anak-anak siput yang berada dalam sawah sehingga mengurangkan populasinya dengan signifikan.  Bagi melepaskan ayam dalam sawah pastikan permukaan tanah sawah agak kering. Kaedah lain adalah dengan mengutip dan memerangkap telur SGE sepanjang masa secara mengumpan dan memerangkap siput.    Kaedah memerangkap boleh dijalankan menggunakan perangkap khusus pada lokasi dimana berlaku arus air dalam sawah. Bahan untuk memerangkap SGE seperti Kangkung, kulit nangka, daun ubi kayu, daun keledek dan sebagainya. Musnahkan telur dan SGE dewasa yang terperangkap tersebut sehingga mati dengan pelbagai cara.


Kaedah cara kawalan kimia paling popular adalah dengan menggunakan racun kimia jenis Bayluscide.  Cara guna racun adalah dimana keadaan paras air dalam sawah boleh dikawal dengan sempurna. Kadar dan cara gunakan racun ini seperti yang dinyatakan pada label. Terkini pesawah telah boleh mengawal populasi SGE dengan menjalankan aktiviti mambajak kering atau menabur benih kering bagi kawasan yang mana tyerdapat siput SGE.  Kaedah ini amat praktikal jika permukaan tanah sawah rata dan kawalan air dapat diuruskan dengan baik.  Kita tahu bahawa jentera pembajak dan Jentuai Padi sentiasa bergerak dan berpindah dari satu lokasi kelokasi yang lain. Mesin ini merupakan 'pembawa' kepada populasi SGE dan mesti dibersihkan dahulu sebagai langkah menghalang penyebaran SGE kekawasan lain. Ada juga teknologi mudah dengan memasang perangkap-perangkap seperti jaring di pintu air keluar dan masuk bagi mengawak pergarakan SGE kekawasan lain. Apa yang perlu bagi pesawah adalah sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan kehadiran pelbagai penyakit, perosak dan SGE dalam sawah padi bagi menjamin produktiviti.
Padi musnah diserang SGE.
SIPUT GONDANG ... EMAS (SGE) NAMANYA...
MEROSAKAN PADI... PKT ANAK SUKANYA....
PELBAGAI CARA.. TEKNIK KAWALANNYA...
SERANGAN TERUK... ALANGKAHI RUGINYA

By,
M Anem

Jalan Istana, Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka
Malaysia.
(15 Dec 2012)

Saturday, February 23, 2013

DURIAN - PRODUK DURIAN 4

PRODUK DURIAN (Durio zibethinus) merupakan segala jenis produk yang berasaskan kepada buah durian dan bahagian lain dari pokok durian. Banyak buah durian yang terhasil setiap tahun di Malaysia, Thailand dan Indonesia apabila musimnya sampai. Kebanyakan buah ini adalah untuk pasaran segar domestik dimana buah durian memang tidak tahan lama. Bergantung kepada varieti dan pengurusan lepas tuai, buah ini tidak boleh disimpan lebih dari 2-3 hari sebelum merekah dan kualiti isinya akan menurun. Banyak kajian telah dijalankan untuk menghasilkan pelbagai produk durian berasaskan isibuah durian. Pembangunan untuk Produk Nilai Tambah (value added) durian dan perlanjutan tempoh penyimpanan buah matang diantara usaha yang dijalankan. Selain itu usaha juga dibuat untuk memanjangkan tempoh pemasaran (tempoh musim durian), mengurangkan bau yang kuat (untuk pasaran luar negara melalui udara), mengurangkan kos pengangkutan dan meningkatkan amalan agronomi pertanian kearah yang lebih baik. Pelbagai produk berasaskan durian telah dicipta untuk tujuan ini bagi tujuan pemasaran dan penggunaan hasil durian yang optima. Artikel malam ini saya menulis satu lagi artikel mengenai durian dalam "Anim Agro Technology" mengenai pelbagai produk durian dalam Part 1, Part 2, Part 3  dan Part 4 untuk bacaan dan rujukkan pembaca blog saya.


16.   TEMPURA DURIAN
Tempura Durian merupakan produk baru yang mula diminati oleh ramai orang. Tempura durian disediakan secara komeril oleh mereka yang pakar dalam menyediakan produk tempura ini. Tempura durian disediakan dengan membalut isi durian yang telah diadun dan dibalut dengan kulit (selalunya sejenis tepong) dan disimpan dalam sejukbeku. Tempura mentah ini perlu digoreng dengan minyak masak (Lihat foto sebelah) atau menggunakan microwave sehingga panas dan masak dan sedia untuk dimakan. Pek bungkusan tempura durian boleh dibeli daripada pasaraya besar yang dijual didalam peti sejuk. Harga tempura durian agak berpatutan dari banyak syarikat pengeluar tempatan. Kalau menginap di Hotel New York, Johor bahru dan mengambil jamuan makan makan bulan Ramadan, sering dihidangkan tempura durian goreng yang merupakan satu daya penarik hotel tersebut. paling seronok kalau dapat makan free dihotel tersebut.


17.  CREPE DURIAN
Crepe Durian ini merupakan produk berasaskan durian yang terkini dan mula diminati oleh ramai penggemar produk berasaskan durian. Mulanya saya sangka ianya adalah 'Kerepek Durian" kalau mereka yang menyebutnya kurang jelas. Sebenarnya crepe durian ini adalah 'Lempeng berintikan durian' yang digulong seperti bentuk bantal (Lihat foto disebelah). Kalau mereka banyak duit boleh beli di pasaraya sahaja dengan harga lingkungan RM10.00 satu pek dan bawa balik rumah untuk dipanaskan dan dimakan. Rasanya ramai diantara kita boleh buat crepe durian sendiri kerana sangat mudah disediakan dan boleh rujuk buku resepi atau buka dalam internet sahaja untk mencari resepi. Mudahnya hidup sekarang! Senang cari ilmu.


18.   PERABOT KAYU DURIAN
Perabot Kayu Durian banyak disediakan dari pokok kayu durian yang keras jenis kayunya. Antara perabot berasaskan kayu durian yang sering dijual dipasaran adalah seperti Set Meja dan Kerusi Makan, Almari, Gerobok simpanan baju, Meja Ruang Tamu, Katil, Bingkai Cermin, Kerusi setti dan sebagainya. Kayu durian yang mempunyai warna cerah amat cantik dijadikan perabot kerana ianya tahan lasak dan menarik. Walau pun kayu durian agak jarang diperolehi dipasaran, namun jika ada penebamgan pokok tua yang besar dan banyak maka nilai kayunya juga boleh memberikan pendapatan tambahan kepada pemilik pokokk durian. 


19.  BIJI DURIAN 
Biji Durian boleh digunakan untuk beberapa produk lagi. Bagi produk makanan, saya memang suka rebus biji durian dan dimakan sebagai makanan berkhasiat. Biji durian rebus yang masih panas boleh dipotong dua dan ia kelihatan melekit (sticky) didalam bahagian isinya didalam yang berwarna krim (Lihat foto sebelah). Rasanya lemak tetapi jangan makan bahagian tunas kerana rasanya memang agak pahit dan tidak sedap. Sesuai dihidang semasa suam panas dan dimakan begitu sahaja atau dicecah dengan perasa lain. Makanan berkhasiat ini belum dikomersilkan direstoran-restoran jika ada permintaan sebagai satu produk makanan berkhasiat. Biji durian banyak dihasilkan setiap musim buah durian dan harganya tentu murah kalau diborong dilokasi jualan durian segar.


20.  KOMPOS KULIT DURIAN
Kompos Kulit Durian merupakan satu lagi produk yang boleh disediakan. Kulit durian merupakan komponen yang terbanyak dari buah durian yang boleh dikumpulkan dan diproses sebagai bahan asas untuk dijadikan baja kompos. Kulit ini perlu dikujmpulkan dan dicampor dengan bahan asas kompos yang lain seperti tahi ayam, sekam padi, rumput, sisa tanaman lain dan diproses menggunakan bahan mikrob berfaedah (beneficial microorganism) sehingga menjadi kompos. Kompos dari kulit durian boleh digunakan semula kepada pokok durian untuk meningkatkan kesuburan dan menambahkan nutrien dalam tanah.

Begitulah empat episod berkaitan dengan produk berasaskan durian yang saya dapat kumpulkan kali ini. Dalam buku yang saya baca, di Thailand terdapat sebanyak 32 jenis produk makanan berasaskan buah durian yang telah dikomersilkan. Produk-produk tersebut banyak yang telah mencapai kepada tahap produk pasaran ekspot keseluruh dunia. Malaysia juga harus mempertingkatkan 'commercialization' produk yang berasaskan durian. Semuga srtikel-artikel tersebut memberikn ilmu pengetahuan tambahan kepada anda semua. Wasallam!



MACAM-MACAM ... HASIL DARI DURIAN....
KEBANYAKANNYA... UNTUK DIMAKAN...
KULIT DURIAN .... PERLU DI GUNAKAN...
SIAPA PANDAI ... DUIT BOLEH DI JADIKAN...

By,
M Anem
Room 310, Hotel Jelai,
Bandar Raub,
Pahang,
Malaysia.
(17 Safar 1434H)

Friday, February 22, 2013

DURIAN - SISTEM PENGAIRAN 2

DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang penting didalam menghasilkan nilai pengeluaran buah-buahan di Thailand, Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Penanaman durian dilaksanakan sama ada secara monokrop atau dusun campuran dalam bentuk ladang komersil atau sebagai tanaman selingan. Tanaman durian seperti tanaman lain memerlukan amalan agronomi yang perlu dilaksanakan oleh petani untuk menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti. Selain daripada pembaja, kawalan musuh dan perosak, kawalan rumpai, cantasan pokok didapati faktur PENGAIRAN POKOK DURIAN (Irrigation) untuk durian perlu kita ketahui. Terdapat banyak pokok durian yang ditanam tidak memerlukan sistem pengairan khusus kerana mempunyai taburan hujan dan air dalam tanah yang mencukupi dilokasi tertentu. Cuaca di Thailand, Malaysia dan Indonesia memang mempunyai hujan mencukupi untuk tanaman durian tumbuh subur sepanjang tahun. Artikel pagi sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi pengairan untuk tanaman pokok durian berdasarkan buku "Durian - King of Tropical Fruits" karangan Suranant Subhadrabandu (2001) dan pengalaman penulis sendiri dalam bidang pertanian.


Terdapat banyak teknik sistem pengairan untuk pokok durian yang kita boleh pilih bergantung kepada banyak perkara termasuk kos pemasangan, keberkesanan sistem, kekerapan, kesesuaian dan juga kemahiran petani. Pemerhatian saya didusun durian sekitar Chantaburi dan Rayong di Thailand mendapati, ramai petani dusun durian memasang sistem pengairan untuk mempastikan kualiti buah mampu mencapai gred untuk pasaran ekspot. Menurut Dr Suranant, di Thailand terdapat beberapa sistem pengairan yang boleh digunakan untuk pengairan pokok durian seperti Pengairan Basin (Basin irrigation), Pengairan Sprinkler (Sprinkler irrigation), Pengairan Titis (Drip irrigation) dan Pengairan Mini-sprinkler (Mini sprinkler irrigation). Pemerhatian saya di Malaysia pula mendapati kesemua sistem tersebut memang ada digunakan sejak lama dulu dibeberapa dusun durian komersil dan di-Stesyen-stesyen Pertanian. Beberapa projek Dusun Nukleus dan Dusun Berkelompok Jabatan Pertanian juga memasang sistem pengairan projek durian dengan sistem pengairan titis dan 'micro-jet system'. Petani komersil durian memilih sistem pengairan titis kerana kos yang murah, operasi pengairan yang minimum dan penjimatan air serta efektif. 

Teknik Pengairan Basin ini dilakukan dengan menggali parit (shallow trench) dikeliling setiap pokok durian menggunakan jentera atau secara manual dengan jarak jauh yang sesuai dari pangkal pokok. Kaedah tradisional ini diamalkan dibanyak lokasi di Thailand dimana air akan dipam masuk kedalam parit tadi menggunakan paip dari sumber (Lihat contoh disebelah). Cara ini perlu disesuaikan dengan saiz pokok, jenis tanah dan topograpi tanah. Kaedah ini mempastikan paras air dalam tanah sentiasa pada paras yang optima. Kelemahan sistem ini adalah kemungkinan akan kesan mendapan garam terutama dikawasan hampir laut. Kaedah ini amat sesuai untuk sistem pengairan bagi jangkamasa panjang. 

Teknik Pengairaan Sprinkler paling sesuai digunakan dikawasan dimana ada banyak terdapat sumber air seperti anak sungai dan kolam dimana ini amat banyak digunakan Thailand. Air daripada sungai, kolam, air dalam tanah dipam dengan tekanan tinggi kepada kepala sprinkler yang berputar menghantar air melalui paip (Lihat foto sebelah). Pam air yang mempunyai tekanan tinggi akan digunakan bagi menghantar air kepada nozel. Ketinggian pemasangan nozel bergantung kepada umur pokok dan kombinasi dengan tanaman lain disekelilingnya. Bilangan pemasangan sprinkler disyorkan adalah sebanyak 2 nozel setiap satu pokok durian. Paling penting adalah air akan dihantar sehingga sampai kepada zon akar durian yang aktif. Walau pun sistem ini kurang popular untuk tanaman durian, beberapa petani memilihnya kerana kepastian untuk membekaalkan air adalah amat pasti. 

Teknik Pengairan Titis paling popular digunakan di dalam kawasan dusun durian yang mana sumber air agak kurang dan kawasan berbukit. Air akan dipam naik kedalam tangki melalui tapis (filtered) dibahagian tinggi dan disambung dengan hos pita keseluruh pokok durian. Pasangkan 2 - 4 'emitter' pada setiap pokok durian dimana air akan menitis kedalam kawasan zon akar durian (Lihat foto sebelah). Pemeriksaan terhadap setiap emitter perlu dibuat untuk pastikan ianya tidak tersumbat akibat kekotoran yang menyekat pengaliran air. Teknik ini amat popular dikalangan penanam durian komersil di Malaysia. Kos pemasangan sistem ini adalah sederhana dan ia agak tahan. Beberapa projek tanaman durian Jabatan Pertanian seperti di Dusun Nukleus dahulu menggunakan sistem pengairan titis sebagai pilihan. 

Teknik Pengairan Mini-Sprinkler atau juga dipanggil sebagai Microjet Sprinkler merupakan cara terbaru yang semakin popular. Cara ini menggunakan nozel sprinker mini setinggi 1 - 2 kaki yang di pasang dibawah pokok durian sebanyak 2 - 4 unit sepokok (Lihat foto sebelah). Saya dapati teknologi ini amat praktikal kerana perlukan pam dengan tekanan sederhana, menjimatkan air, tidak ada masaalah tersumbat dan kos penyelenggaraan yang tidak terlalu mahal. Petani di Thailand dan Malaysia banyak menggunakan sistem ini yang bahannya di keluarkan oleh kilang tempatan atau yang diimpot dari luar negara. Kos untuk sistem ini adalah sederhana dan mampu dibeli oleh penanam durian serta penyelenggaraan yang agak mudah berbanding dengan sistem pengairan titis. 


Pengairan terhadap pokok durian perlu dilaksanakan apabila kawasan tanaman memeang perlukan sistem pengairan. Musim pengeluaran buah durian boleh disesuaikan dengan kalendar pengeluaran bunga dan juga musim berbuah jika ladang durian dibekalkan dengan sistem pengairan yang lengkap. Jika berlaku masa pembungaan awal atau lewat, air keladang boleh dibekalkan dimana ini akan membolehkan kita dapat menguruskan bekalan air pada masa kritikal. Kawasan durian dari tanah berpasir jika ada sistem pengairan dilaporkan akan menghasilkan buah untuk lebih cepat matang berbanding dengan kawasan yang tiada sistem pengairan. Pengeluaran bunga juga boleh di percepatkan (flower induced) dikawasan tanah berpasir jika ada sistem pengairan di Thailand terutama varieti durian Chanee dan Kradum Thong, Kob dan Kan Yao. Didapati teknologi pengairan berjaya di manipulasikan dalam industri penanaman durian untuk menghasilkan buah durian yang lebih berkualiti dan musim pengubahsuaian musim pengeluaran buah. Wallahualam!

POKOK DURIAN ... BEKALAN AIR DIPERLUKAN...
PENGAIRAN BASIN ... TRADISIONAL BUKAN...
PENGAIRAN SPRINKLER.. DISESUAIKAN... 
PITA TITIS... SUMBAT PERLU PERIKSAKAN...
MICRO JET ... TEKNOLOGI DIPOPULARKAN..

By,
M Anem
Chantaburi Durian Farm,
Pattaya, Thailand.
- Visit with Agro-challange Group May 2012
(30 Disember 2012)

Thursday, February 21, 2013

DURIAN - SISTEM PENGAIRAN (1)

DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang penting didalam menghasilkan nilai pengeluaran buah-buahan di Thailand, Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Penanaman durian dilaksanakan sama ada secara monokrop atau dusun campuran dalam bentuk ladang komersil atau sebagai tanaman selingan. Tanaman durian seperti tanaman lain memerlukan amalan agronomi yang perlu dilaksanakan oleh petani untuk menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti. Selain daripada pembajaa, kawalan musuh dan perosak, kawalan rumpai, cantasan pokok didapati faktur PENGAIRAN (Irrigation) untuk durian perlu diketahui. Terdapat banyak pokok durian yang ditanam tidak memerlukan sistem pengairan khusus kerana mempunyai taburan hujan dan air dalam tanah yang mencukupi dilokasi tertentu. Cuaca di Thailand, Malaysia dan Indonesia mempunyai hujan mencukupi untuk tanaman durian tumbuh subur sepanjang tahun. Artikel pagi sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi pengairan untuk pokok durian berdasarkan buku "Durian - King of Tropical Fruits" karangan Suranant Subhadrabandu (2001) dan pengalaman penulis sendiri dalam bidang pertanian.


Pengairan pokok durian banyak bergantung kepada lokasi, umur pokok, musim, kaedah pengurusan dan juga jenis tanah. Bergantung kepada faktur diatas, anggaran keperluan air pokok durian diantara 20 - 40 liter sepokok. Di kawasan pengeluaran utama durian di Chantaburi, Thailand yang saya lawati menunjukkan yang dikira adalah sebanyak 38.3 liter sepokok dengan formula keperluan air harian = WR x a iaitu nilai 3.83 kadar penggunaan air (WR - water rate) didharabkan dengan 10 meter persegi luas kawasan (a - area). Kajian juga menunjukkan kedalaman air dalam tanah yang efektif bagi pokok durian sekitar 20 - 30 cm. Ia merupakan kedalaman paling cetek jika hendak dibandingkan dengan keperluan buah-buahan lain seperti pokok Rambutan (30 - 60 cm), Manggis (90 - 120 cm), Citrus (120 -150 cm) dan pokok buah-buahan tropika lain (100 - 200 cm). Akar pokok durian yang aktif banyak berada pada bahagian atas permukaan tanah. Pengalaman saya memeriksa akar durian dibanyak lokasi menunjukkan mudah untuk menjumpai akar rambur durian dengan menggali beberapa centimeter tanah atas. Itu sebabnya pokok durian sangat sensitif dengan aktiviti meracun, membaja dan memberikan air ketika pertingkat berbunga atau pembentukkan buah.


Faktur Tanaman Durian (Plants factor) merupakan perkara yang perlu kita faham untuk mengetaui keperluan pengairan pokok durian. Pokok yang perlu pengairan yang kerap (frequent) adalah pokok berakar cetek dengan jumlah akar sedikit terutama dikawasan mudah kena kemarau. Pokok yang kurang keperluan air dimana ia mempunyai akar yang dalam dan tersebar luas yang berada dilokasi jarang kena kemarau dan keadaan tanah sentiasa lembab basah. Banyak tanaman durian di keliling rumah di Malaysia adalah berada dikawasan sepanjang sungai sepanjang kampong yang saya dapati memang sentiasa lembab. Faktor Tanah (Soil factor) pula berkait dimana kawasan yang perlukan sistem pengairan  diloksai yang tanah atasnya adalah cetek, larutresap air lambat dipermukaan tanah, tanah berteksktur kasar, paras air tanah yang jauh dalam dimana akar tidak sampai dan tanah dengan kelembapan rendah.  Tanah yang tidak perlukan pengairan untuk durian dimana tanah atas dalam (deep topsoil), tanah bertekstur halus, air mudah larutresap, paras air tanah mudah akar untuk sampai dan tanah lembab.


Faktur Cuaca (Climatic factor) pula mempengaruhi keperluan air untuk tanaman durian. Pengairan durian perlu jika keadaan suhu sangat panas, kelembapan rendah, angin bertiup kuat, panas terik dengan matahari bersinar dan hujan yang sedikit atau sangat kurang. Kawasan durian di utara Semenanjung Malaysia sering mengalami cuaca seperti ini berbanding dengan kawasan selatan. Cuaca dimana pengairan kurang perlu dimana keadaan suhu rendah, kelembapan tinggi, mendung dengan taburan hujan antara 1,500 - 3,000 mm setahun. Faktur Pengurusan Dusun (Orchard management factors) pula apa yang saya tahu perlukan air kerap apabila terlalu banyak buah dipokok (ini kalau tidak dibuat penjarangan buah - di Thailand mereka membuang buan untuk penjarangan), pemberian baja pada pokok, penanaman cetek atau diatas batas, tidak ada sungkupan dan kurang bahan penyerapan air di permukaan tanah. Ladang durian yang kurang perlu air diberikan adalah bila bilangan buah di pokok sedikit akibat penjarangan (Fruit thinning), pembajaan dibawah permukaan tanah atau spotted, penanaman yang dalam, ada sungkupan pada bawah pokok dan terdapat bahan penyerap air dalam tanah.
BERSAMBUNG...



POKOK DURIAN .... AIR DIPERLUKAN ....

KEMARAU PANJANG ... PERLU SIRAMKAN...
TANAH KERING ... TAMBAH SUNGKUPAN...
BANYAK BUAH ... AIR PERLU DI BEKALKAN...

By,
M Anem
Ladang Durian Jementah
Segamat, Johor,
Malaysia
(30 Disember 2012)
   

Wednesday, February 20, 2013

DURIAN - PRODUK DURIAN 3


PRODUK DURIAN (Durio zibethinus) merupakan segala jenis produk yang berasaskan kepada buah durian dan bahagian lain dari pokok durian. Banyak buah durian yang terhasil setiap tahun di Malaysia, Thailand dan Indonesia apabila musimnya sampai. Kebanyakan buah ini adalah untuk pasaran segar domestik dimana buah durian memang tidak tahan lama. Bergantung kepada varieti dan pengurusan lepas tuai, buah ini tidak boleh disimpan lebih dari 2-3 hari sebelum merekah dan kualiti isinya akan menurun. Banyak kajian telah dijalankan untuk menghasilkan pelbagai produk durian berasaskan isibuah durian. Pembangunan untuk Produk Nilai Tambah (value added) durian dan perlanjutan tempoh penyimpanan buah matang diantara usaha yang dijalankan. Selain itu usaha juga dibuat untuk memanjangkan tempoh pemasaran (tempoh musim durian), mengurangkan bau yang kuat (untuk pasaran luar negara melalui udara), mengurangkan kos pengangkutan dan meningkatkan amalan agronomi pertanian kearah yang lebih baik. Pelbagai produk berasaskan durian telah dicipta untuk tujuan ini bagi tujuan pemasaran dan penggunaan hasil durian yang optima. Artikel malam ini saya menulis satu lagi artikel mengenai durian dalam "Anim Agro Technology" mengenai pelbagai produk durian dalam Part 1, Part 2 , Part 3 dan Part 4 untuk bacaan dan rujukkan pembaca blog saya.


11.  CANDY DURIAN 
Candy Durian adalah manisan yang diperbuat daripada hasil durian yang mempunyai rasa dan aroma durian. Candy Durian atau kita suka panggil sebagai gula-gula durian disediakan menggunakan bahan asas seperti isi durian, gula, susu, tepong dan sebagainya yang dibalut dengan plastik atau kertas yang sesuai. Candy durian mudah didapatii dimana-mana kedai atau supermarket dengan harga amat murah. Gulongan kanak-kanak merupakan mereka yang suka akan candy durian. Kalau kita singgah di Swarnabumi International Airport di Bangkok, kita akan jumpa banyak candy atau gula-gula berasaskan durian dijual dikedai dalam Aiiport. Sesetengahnya dibungkus semacam candy tradisional durian tradisional sahaja. Candy durian sesuai dimakan semasa memandu kereta uuntuk menghilangkan rasa mengantuk akibat keletihan.


12.  COKLAT DURIAN

Coklat durian merupakan satu kombinasi produk koko dengan durian yang kini semakin popular dikalangan peminat coklat. Coklat berperisa durian ini disediakn menggunakan bahan coklat bermutu dimana diadun dengan tepong durian atau pes durian sehingga sebati dan dimasak sebelum di bungkus dalam pek yang sangat menarik. Kebanyakan coklat durian adalah lapisan coklat di bahagian luar kulit dan intinya yang berwarna kekuningan mengandungi isi dan perasa durian. Apabila kita mengigitnya, akan terdapat perisa koko dengan perisa durian yang lemak dan juga aroma durian. Sesuai dimakan semasa 'travelling' dan memberikan tenaga yang banyak serta seakan kenyang yang agak lama kerana kandungan tenaga dari gula yang tinggi. Di lapangan terbang, harga coklat durian ini saya dapati memang agak mahal.


13.  JEM DURIAN
Jem Durian antara produk popular yang dihasilkan dari isi durian. Jem durian dihasilkan melalui proses mengadun isi durian dan dimasak bersama bahan campuran lain sehingga menjadi jem dan dibotolkan dalam botol kaca yang menarik. Jem ini sesuai untuk disapu pada roti sebagai perasa durian yang manis, lemak dan mempunyai aroma durian. Produk jem durian mudah dibeli dari pasaraya ternama dengan harga yang sederhana dan berpatutan. Permintaan produk jem durian sama seperti jem nenas, jem strawberry, jem oren dan sebagainya. Jem durian juga sesuai dijadikan inti untuk makan biskut.


14.  DODOL DURIAN
Dodol durian merupakan produk tradisional yang popular di Malaysia semenjak dulu kala. Penyediaan dodol duriam sama seperti penyediaan dodol biasa cuma dimasukkan isi durian ketika proses menggaul semasa memasak durian. Dodol durian pada masa dulu hanya disediakan untuk hidangan hari raya dimana terdapat buah durian dikampong yang disediakan untuk tetamu yang berkunjung semasa harii raya puasa. Kini dodol durian kini telah dikomersilkan dengan pembungkusan yang menarik dan lebuh tahan lama disimpan berbanding dengan kaedah konvensional. Dodol durian sesuai dimakan pada bila-bila masa dan memang enak kerana ianya manis, ada perisa dan aroma durian.


15.  BUBUR KACANG DURIAN
Bubur Durian merupakan produk makanan berasaskan bubur paling tradidional dikalangan masyarakat kita di Malaysia. Rasanya ramai rakyat Malaysia yang minat dan suka akan bubur durian kerana memang mudah menyediakannya dan rasanya yang enak dan berkhasiat. Bubur durian disediakan dengan merebus kacang hijau sehingga lembut, masukkan biji dan ulas durian, gula melaka, santan kelapa, sedikit garam dan ramuan lain seperti halia mengikut kegemaran. Apabila sudah sebati, tutup api dan sejukkan dan sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan untuk hidangan minum petang dalam keadaan suam panas. Semasa makan bubur kacang ada yang masukkan roti atau 'biskut mayat' didalam bubur kacang sebagai gaya makan bubur kacang durian. Saya juga dapati ramai yang suka makan bubur kacang yang sejuk daripada peti ais. 
Wasallam!


PRODUK DURIAN .... LAMA SEJARAHNYA...
DI BUAT DODOL... BEREBUT MEMBELINYA...
BUBUR KACANG... BUBUR DURIAN NAMANYA...
BILA DIMANISKAN... GULA @ CANDY JADINYA...

By,
M Anem
Room 310, Hotel Jelai,
Bandar Raub,
Pahang,
Malaysia.
(18 Safar 1434H)

Tuesday, February 19, 2013

DURIAN - PRODUK DURIAN 2

PRODUK DURIAN (Durio zibethinus) merupakan segala jenis produk yang berasaskan kepada buah durian dan bahagian lain dari pokok durian. Banyak buah durian yang terhasil setiap tahun di Malaysia, Thailand dan Indonesia apabila musimnya sampai. Kebanyakan buah ini adalah untuk pasaran segar domestik dimana buah durian memang tidak tahan lama. Bergantung kepada varieti dan pengurusan lepas tuai, buah ini tidak boleh disimpan lebih dari 2-3 hari sebelum merekah dan kualiti isinya akan menurun. Banyak kajian telah dijalankan untuk menghasilkan pelbagai produk durian berasaskan isi buah durian. Pembangunan untuk Produk Nilai Tambah (value added) durian dan perlanjutan tempoh penyimpanan buah matang diantara usaha yang dijalankan. Selain itu usaha juga dibuat untuk kita dapat memanjangkan tempoh pemasaran (tempoh musim durian), mengurangkan bau yang kuat (untuk pasaran luar negara melalui udara), mengurangkan kos pengangkutan dan meningkatkan amalan agronomi pertanian kearah yang lebih baik. Pelbagai produk berasaskan durian telah dicipta untuk tujuan ini bagi tujuan pemasaran dan penggunaan hasil durian yang optima. Artikel malam ini saya menulis satu lagi artikel mengenai durian dalam "Anim Agro Technology" iaitu mengenai pelbagai produk berasaskan durian dalam Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk bacaan dan rujukkan bagi pembaca blog saya.


6.  AISKRIM DURIAN
Aiskrim Durian (Durian icecream) merupakan satu produk aiskrim berasaskan perisa buah durian dari segi aroma dan rasanya. Aiskrim durian merupakan satu produk popular di Malaysia, Thailand, Indonesia malahan ia laku sehingga pasaran antarabangsa yang lain. Aiskrim ini telah dihasilkan oleh beberapa syarikat besar seperti Magnolia, Nestle, Wall's, Kings dan sebagainya. Aiskrim ini dijual dalam bentuk bekas khas, cup dan juga aiskrim batang. Hidangan aiskrim durian ini sering dihidangkan di restoran-restoran antarabangsa, hotel, cafe dan pelbagai outlet lagi. Kebanyakan aiskrim durian memang diberikan warna sama seperti buah durian untuk menarik pembeli. Saya memang sangat suka akan aiskrim perisa durian kerana harganya berpatutan, sedap, aroma yang sesuai dan berkhasiat. Adakah anda berminat dengan aiskrim durian?


7.  LEMPUK DURIAN
Lempuk Durian (Durian paste) juga merupakan satu jenis produk berasaskan durian yang telah pun diusahakan secara turun temurun oleh datuk nenek kita. Lempuk durian dibuat dengan mengambil isi durian yang telah masak dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Isi durian daripada pelbagai varieti durian dikumpulkan dan dimasak sehingga pekat dengan api yang perlahan. Kaedah memasak dan menyediakan lempuk ini bergantung kepada jenis buah dan kuantiti yang hendak disediakan. Apabika sudah pekat ianya disejukkan dan akan dibungkus sebelum dipasarkan atau disimpan sendiri (Lihat foto diatas). Lempuk yang disediakan dengan baik tahan beberapa bulan dan akan lebih lama didalam suhu sejuk.


8.  PULUT DURIAN
Pulut Durian adalah makanan yang berasaskan durian yang sangat sedap. Saya suka makan pulut durian di Pataya , Thailand pertengahan tahun 2012 yang disediakan di restoran muslim dengan durian jenis Chanee dan pulut yang dimasak dengan santan (ada sedikit garam) bersama rombongan. Terdapat pelbagai kombinasi rasa makanan ini iaitu Manis (isi durian), Masin (pulut), Lemak (Pulut dan isi durian) dan aroma durian segar yang dihidangkan. Kita di Malaysia pula suka makan pulut durian dengan kuah durian yang dipanggil sebagai 'Serawa Durian'. Cara buat serawa durian ini juga sangat mudah dengan memasak isi durian bersama santan, gula melaka, daun pandan, sedikit garam sehingga pekat.  Tuang kuah serawa kedalam mangkuk yang mengandungi pulut yang telah dikukus... Sedapnya...


9. BISKUT DURIAN
Biskut Durian (Durian biscuit) adalah satu produk berasaskan buah durian yang paling mudah kita beli dimana-mana kedai. Biskut durian ini disediakan dalam bentuk biskut berlapis biasa atau dalam bentuk 'Wafer Durian'. Ada perasa durian yang dimasukkan terus didalam kepingan biskut tetapi banyak biskut durian yang dibuat dalam dua lapisan dimana diantara lapisan di lapik dengan krim perisa durian. Apa yang pasti mengenai biskut durian adlah ujudnya perisa durian dalam biskut tersebut tetapi yang penting aroma durian dapat dikekalkan didalam biskut tersebut. Harga biskut durian juga murah berbanding dengan produk biskut berasaskan buah-buah tropika lain yang ada dipasaran. Paling mengejutkan apabila saya berada di Mesir pada tahun 2005, saya beli biskut perasa durian diperbuat di Alor Gajah di Kaherah dengan harga yang murah dan masih segar dari kedai didepan hotel. 


10.  KEK  DURIAN
Kek Durian (Durian Cake) mungkin agak kurang diperkatakan diantara produk makanan berasaskan durian. Ini kerana saya tidak minat makan kek walau apa juga perasa kek tersebut. Didalam kedai kek pun, jarang-jarang ada dijual kek durian. Mungkin kita di Malaysia lebih suka makan isi buah durian segar berbanding dengan makan kek berasaskan durian. Pasaran kek durian adalah untuk 'Mat Saleh' yang mungkin kata bau durian itu 'busuk'. Maka dengan kita menyediakan kek durian setidak-tidaknya dia tidak kata bau kek itu busuk. Kek durian ini sering disediakan untuk hidangan Hari Raya (Jika kena dengan musim durian), Kek Durian Hari Jadi (Sah, memang kaki durian) dan Kek Durian Hantaran Perkahwinan dan sebagainya. 
Wallahualam!   

BAU DURIAN ... ADUH MEMANG KUATNYA...
LORI DURIAN ... LAJU PERGERAKANNYA...
PRODUK DURIAN... MACAM2 NAMANYA...
ADA NILAI TAMBAH ... MENGUNTUNGKANNYA...

By,
M Anem
Kg Tras,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(19 Safar 1434H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...