Support My Blog

Saturday, July 20, 2013

VARIETI KELAPA - NATIONAL LIST (Part 2)

KELAPA (Cocos nucifera) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae (dulu dinamakan keluarga Palmae) yang natif dan tumbuh di Malaysia dan dianggap sebagai tanaman penting. Ia juga merupakan satu jenis tanaman atau aktiviti pertanian yang dilaksanakan oleh ramai petani tradisional di Malaysia semenjak berkurun dahulu. Sejarah tanaman kelapa bermula kebanyakannya untuk kegunaan sendiri dimana kawasan utama penanaman adalah dikawasan persisir pantai dan sebagai tanaman keliling rumah. Pada masa ini terdapat seluas 110,000 hektar kawasan tanaman kelapa di Malaysia (Perangkaan Jabatan Pertanian 2011) dengan jumlah pengeluaran sebanyak 527,422 metrik tan kelapa. Keluasan bagi tanaman kelapa ini adalah berkurangan jika dibandingkan dengan keluasan tanaman kelapa pada tahun 2005 iaitu seluas 121,011 hektar, tahun 2007 (119,701 ha) dan menurun lagi kepada tahun 2009 kepada 100,362 hektar. Penurunan luas kawasan penanaman kelapa kerana ramai petani tradisional dikawasan kampong telah menukarkan tanaman kelapa kepada tanaman kelapa sawit yang lebih mudah diuruskan dan menguntungkan. Beberapa estet swasta yang dahulu menanam kelapa seperti di Perak, Melaka dan Johor juga telah menukarkan tanaman kelapa kepada tanaman kelapa sawit. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai info beberapa varieti tanaman kelapa yang baru sahaja didaftarkan dalam 'National Listing' untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Terdapat 16 varieti kelapa yang telah pun didaftarkan dalam sistem pendaftaran pada lamanweb Senarai Varieti Kebangsaan (Dipanggil sebagai National Listing) yang boleh dirujuk dalam lamanweb iaitu pvpbkkt.doa.gov.my. Saya juga dapati yang kebanyakan varieti yang telah didaftarkan adalah dari varieti 'public domain' iaitu varieti yang telah lama berada didalam negara dan telah dikenali ramai. Kecuali kelapa varieti Matag, semua varieti yang lain telah berbelas malahan berpuloh tahun telah ditanam dan dikenali ramai. Dalam program penanaman kelapa masa kini terutama yang dibantu oleh Jabatan Pertanian, hanya dua varieti yang diberikan galakan iaitu varieti Kelapa Matag dan varieti Kelapa Wangi (Kelapa Pandan). Ini adalah kerana kedua-dua varieti ini mempunyai potensi hasil tinggi (Matag) dan mendapat harga pasaran lebih baik (Pandan) untuk meningkatkan pendapatan penanam kelapa.


9. CN 9 - KELAPA TAGNANAN GOLD
Kelapa Tagnanan Gold adalah jenis kelapa tinggi yang ditanam untuk mendapatkan buah dengan nombor daftar CN 9. Pokok ini akan diambil debunganya bagi dikacukkan dengan pokok kelapa renek (MYD/MRD) dalam penyediaan baka Kelapa Matag. Antara ciri pokok ini adalah ia mempunyai Panjang Petiol: 145.16 cm, Lebar Petiole: 11.31 cm, Panjang Rachis: 423.33 cm, Jumlah anak daun: 230 helai, Panjang anak daun 130.5 cm, Lebar anak daun: 4.77 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 41.67 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 89.83 cm.


10. 
CN 10 - KELAPA RENNAL TALL GREEN
Kelapa Rennal Tall Green merupakan kelapa yang telah lama ditanam di Malaysia dengan buahnya berwarna hijau dan kini didaftarkan dengan rujukkan CN 10. Ciri pokoknya adalah mempunyai Panjang Petiol: 144.2 cm, Lebar Petiole: 10.3 cm, Panjang Rachis: 395.16 cm, Jumlah anak daun: 217 helai, Panjang anak daun 124.08 cm, Lebar anak daun: 6.17 cm. Sementara itu ciri bagi warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 38.83 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 106.33 cm.


11.  
CN 11 - KELAPA RENNAL TALL ORANGE
Sama seperti baka varieti CN10, Kelapa Rennal Orange mempunyai buah kelapa berwarna hijau dengan nombor daftar CN11. Buahnya adalah berwarna oren dengan saiz buah sederhana besar. Antara pencirian kelapa ini adalah kerana ia mempunyai Panjang Petiol: 139.66 cm, Lebar Petiole: 9.33 cm, Panjang Rachis: 410 cm, Jumlah anak daun: 218.7 helai, Panjang anak daun 116.25 cm, Lebar anak daun: 5.05 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 137A, Panjang central axis: 42.0 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 90.5 cm


12. CN 12 - KELAPA RENNAL TALL GOLD

Sama seperti baka varieti CN10 dan CN11, Kelapa Rennal Gold ini  mempunyai buah kelapa berwarna 'Gold' atau warna keemasan  dengan nombor daftar CN12. Buahnya adalah berwarna oren gold dengan saiz buah sederhana besar. Antar pencirian mengikut DUS adalah dimana Panjang Petiol: 140.67 cm, Lebar Petiole: 9.61 cm, Panjang Rachis: 419.5 cm, Jumlah anak daun: 230.1 helai, Panjang anak daun 126.44 cm, Lebar anak daun: 4.83 cm. Merujuk kepada daun, warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 137A, Panjang central axis: 39.88 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 111.56 cm.


13. CN 13 - KELAPA MATAG GREEN
Kelapa MATAG mempunyai banyak variasi hasil kacukan antara kelapa renek (MYD/MRD) dengan pokok Tagnanan (Ada 3 varieti) yang menghasilkan banyak jenis anak benih. Bagi kelapa Matag Green ia menghasilkan buah kelapa Matag berwarna hijau dan diberikan kod pendaftaran CN 13. Diantara ciri yang telah direkodkan menggunakan kaedah DUS adalah dimana Panjang Petiol: 130.4 cm, Lebar Petiole: 9.35 cm, Panjang Rachis: 395.7 cm, Jumlah anak daun: 224 helai, Panjang anak daun 125.8 cm, Lebar anak daun: 4.05 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 37.4 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 96.9 cm.


14. CN 14 - KELAPA MATAG ORANGE

Kelapa MATAG mempunyai banyak variasi hasil kacukan antara kelapa renek (MYD/MRD) dengan pokok Tagnanan (Ada 3 varieti) yang menghasilkan banyak jenis anak benih. Bagi kelapa Matag Orange ia menghasilkan buah kelapa Matag berwarna oren dan diberikan kod pendaftaran CN 14. Diantara ciri yang telah direkodkan menggunakan kaedah DUS adalah dimana Panjang Petiol: 125.0 cm, Lebar Petiole: 10.0 cm, Panjang Rachis: 387.1 cm, Jumlah anak daun: 222 helai, Panjang anak daun 136 cm, Lebar anak daun: 4.0 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 136A, Panjang central axis: 39.0 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 95.0 cm.


15. CN 15 - KELAPA MATAG GOLD

Kelapa MATAG mempunyai banyak variasi hasil kacukan antara kelapa renek (MYD/MRD) dengan pokok Tagnanan (Ada 3 varieti) yang menghasilkan banyak jenis anak benih. Bagi kelapa Matag Gold ia menghasilkan buah kelapa Matag berwarna keemasan (gold) dan diberikan kod pendaftaran CN 14. Diantara ciri yang telah direkodkan menggunakan kaedah DUS adalah dimana Panjang Petiol: 140.3 cm, Lebar Petiole: 10.0 cm, Panjang Rachis: 420.95 cm, Jumlah anak daun: 219 helai, Panjang anak daun 138 cm, Lebar anak daun: 5.0 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 136A, Panjang central axis: 36.0 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 113.0 cm.


16. CN 16 - KELAPA SGG 

Kelapa SGG ini adalah singkatan kepada nama Sungai Gulang-Gulang (di Batu Pahat, Johor) iaitu merupakan varieti kelapa dengan kod daftar CN 16. Diantara ciri kelapa ini adalah bilamana ia mempunyai Panjang Petiol: 98 cm, Lebar Petiole: 8.0 cm, Panjang Rachis: 330.3 cm, Jumlah anak daun: 206 helai, Panjang anak daun 115.0 cm, Lebar anak daun: 4.0 cm, Warna bahagian atas lai daun: Yellow Green Group 147A, Panjang central axis: 27 cm, Diameter tangkai bunga pada bahagian tengah: 83 cm. Juga dikenali dengan nama Sungai Gulang-Gulang.

Demikian adalah 16 varieti kelapa yang telah didaftarkan dengan Senarai National Listing yang boleh dijadikan bahan rujukan. Masih terdapat banyak lagi vrieti kelapa di Malaysia terutama di Sarawak dan Sabah yang masih belum didaftarkan dengan National Listing Jabatan Pertanian Malaysia. Kepada individu, syarikat, Jabatan, Agensi yang memiliki varieti kelapa boleh mendaftarkan dengan Bahagian Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian untuk diperiksa dan daftarkan setelah dluluskan. Pendaftaran varieti tanaman menggunakan boreng DK-1 yang boleh dimuatturun daripada lamanweb yang dinyatakan. Wasallam! 

VARIETI KELAPA.... 16 SEMUANYA...
IA DIDAFTAR.... KITA SEMAK NAMANYA...
KELAPA MATAG...ADA 3 JENISNYA...
JANGAN KELIRU ... SEMUANYA SAMA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Stesyen Kelapa Parit Botak
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 Jun 2013)







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...