Support My Blog

Tuesday, August 20, 2013

SERANGGA - BENTUK SUNGUT (Part 1)

BENTUK SUNGUT SERANGGA (Antennae Insect shape) merupakan satu organ penting untuk membantu serangga terbang dengan cekap dan pantas (Foto diatas). Serangga adalah komuniti yang terdapat disekeliling kita daripada yang bersaiz besar sehingga yang amat halus. Ilmu mengenai serangga telah saya belajar semasa di Universiti dahulu dimana ianya merupakan diantara subjek yang agak susah terutama untuk mengingati banyak nama-nama dan taksonomi serangga yang memang banyak. Serangga ditakrifkan sebagai benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam Kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesis terbanyak didunia. Apa yang kita pasti adalah dimana pada habitat daratan, serangga merupakan haiwan yang paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas haiwan yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran yang telah dibuat oleh saintis ialah dimana terdapat sebanyak lebih dari 20 - 30 juta spesis serangga sehingga ini dan masih banyak lagi yang belum ditemui setiap masa. Aktiviti merekod serangga masih berterusan dengan membuat kajian dan juga buat penyelidikan mengenai serangga-serangga baru. Walau telah pasti ada hampir 1 juta spesis serangga yang lazim kita jumpa, banyak juga spesis serangga yang pupus tanpa ianya sempat untuk direkodkan kerana aktiviti pembangunan dan penebangan hutan dan pemusnahan habitat asal serangga oleh manusia dan faktur semulajadi. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai marfologi dan bentuk sesungut serangga berdasarkan kepada pembacaan beberapa buku dan membuat rujukkan dalam lamanweb.

BERIKUT ADALAH JENIS SUNGUT SERANGGA:-

1. Setaceous


2. Filiform



3. Moniliform




4. Serrate

5. Clavate

Daripada 11 bentuk dan jenis sungut serangga, saya telah paparkan 5 daripadanya mengikut susunan. Memang agak unik sungut serangga yang mempunyai pelbagai rupa. Diharap artikel ini menambah ilmu pengetahuan kita semua dalam alam marfologi serangga. Wasallam!

BERSAMBUNG PADA SESUNGUT PART -2! (Sila Klik disini)

SUNGUT SERANGGA...APA BENTUKNYA...
ADA PANJANG ... BONJOL PUN ADA...
PEPATUNG...SETACEOUS NAMANYA...
JENIS LAIN... BACA SEMDIRI JAWAPNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist

Precint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan,
Malaysia.
(30 Rejab 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...