Support My Blog

Tuesday, June 24, 2014

DURIAN BELANDA - MEMILIH BENIH

DURIAN BELANDA (Annona muricata) merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Annonaceae sama seperti buah Nona Seri Kaya, Nona Kapri, Atemoya, Cherimoya dan beberapa jenis lagi. Durian belanda ditanam menggunakan bijibenih yang telah disemai dalam polibeg (Sila lihat foto diatas). Tanaman ini dipercayai natif dari kawasan di Amerika Tengah dan tidak banyak yang ditanam secara komersil di Malaysia seperti buah-buahan lain (Sila klik disini - untuk artikel berkaitan durian belanda). Durian belanda memerlukan kawasan tanah yang subur dengan kadar kecerunan antara 0 - 15 darjah, mempunyai sistem saliran baik(ia tidak tahan air banyak) dan pH tanah diantara pH5.0 - 5.5 dengan kedalaman tanah melebihi 1 meter. Dari segi hujan pula saya dapati tahap keperluannya adalah SEDERHANA sepanjang tahun dan hujan berlebihan akan menganggu proses pendebungaan. Pokok durian belanda juga akan terjejas hasilnya jika kurang air atau kemarau agak panjang. Di Malaysia terdapat 3 varieti durian belanda yang telah lama didaftarkan iaitu DB1, DB2 dan DB3. Kesemua varieti ini akan mengeluarkan hasil selepas 3 tahun penanaman pada pokok yang dijaga dengan baik dikebun. Antara isu penting dalam tanaman durian belanda adalah masaalah pendebungaan yang sering menjadi masaalah kepada ramai petani tempatan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi pemilihan anak benih durian belanda berasaskan kepada beberapa pemerhatian yaang dibuat dikebun durian belanda untuk bahan bacaan dan rujukkan.

Dimanakah kita hendak mendapatkan anakbenih durian belanda yang terjamin kualitinya?. Sekiranya anda bercadang untuk menanam durian belanda terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika membuat pemilihan. Pertamanya anda perlu menentukan jenis klon durian belanda yang sesuai untuk ditanam (Sila lihat foto benih durian belanda disebelah). Daripada rekod Jabatan Pertanian saya dapati belum ada varieti durian belanda yang didaftarkan dalam senarai Pendftaran Varieti Tanaman (National variety listing). Varieti yang ada ditanam dinegara kita terdiri daripada varieti tempatan dengan kulit berwarna hijau dan berduri yang lazimnya mempunyai bentuk seperti 'hati'. Memang agak sukar untuk mendapatkan anakbenih durian belanda dinurseri swasta kalau hendak membeli dengan kuantiti yang banyak. Dahulu Jabatan Pertanian ada banyak mengeluarkan anakbenih pokok durian belanda yang dijual dengan harga sekitar RM3.00 sepokok. Selepas itu sudah tentu anda memikirkan bagaimana dan di mana hendak mendapatkan anak benih durian yang bermutu. Adalah penting seorang yang hendak menanam pokok durian belanda secara monokrop mendapatkan khidmat nasehat daripada pihak berkaitan atau membuat lawatan kepada petani yang berjaya menanam pokok durian belanda dan bertanya terus kepada mereka.

Lazimnya memang tempat membeli anakbenih durian belanda yang mudah dicari sama ada di pasar malam atau pasar tani selain daripada nurseri swasta. Kajian penulis mendapati tidak banyak tempat yang ada menjual anak benih durian belanda yang terjamin kualiti dan kuantitinya. Ini kerana durian belanda bukannya tanaman popular seperti buah-buahan tropika yang lain. Kita boleh membeli di mana sahaja yang difikirkan mudah untuk berurusan. Apa yang penting adalah kena memastikan adakah tempat yang kita beli itu menjual anak benih durian belanda yang tulen. Adakah penjual yang menjual benih itu boleh dipercayai atau sebaliknya (atau hanya mementingkan keuntungan semata-mata). Dinasihatkan anda membeli anak benih durian belanda di tapak semaian yang telah lama menceburkan diri dalam perniagaan anak benih. Selain untuk mendapatkan bekalan anak benih daripada mereka lazimnya kita juga boleh tanya dan mendapatkan tunjuk ajar dalam beberapa perkara terutamanya cara menanam durian belanda dan sebagainya. apa nasihat yang sesuai saya berikan adalah sewaktu berada di tapak semaian adalah lebih baik kita meninjau di sekitar tempat itu untuk menentukan anak benih yang dijual adalah anak benih yang dikeluarkan oleh semaian itu sendiri. Ini kerana kadangkala terdapat juga pengusaha tapak semaian menjual anak benih yang dibeli dari tempat lain. Sekiranya perkara seperti ini berlaku, sudah tentulah penjual itu tidak dapat menentukan benih yang dijualnya itu benar-benar tulen. Perhatikan juga anak-anak benih yang terdapat di tapak semaian itu bebas daripada penyakit akar dan lain-lain penyakit yang berbahaya.

Kajian penulis dibeberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia mendapati iaitu kebanyakan anak benih durian belanda dijual di dalam polibeg. Bila dikaji didapati anakbenih durian belanda tersebut kebanyakannya dari semaian biji benih dan amat jarang benih yang dibuat cantuman anak benih. Biji-biji durian belanda berwarna hitam daripada buah durian belanda matang disemai dalam polibeg sehingga ia sesuai untuk dijual atau dibuat cantuman (Jika perlu). Anakbenih durian belanda yang berada di dalam polibeg akan diberi penjagaan yang sempurna selama beberapa munggu atau bulan sebelum boleh dibuat cantuman atau terus untuk jualan. Anak benih durian belanda yang telah dicantum hendaklah dijaga dengan baik selama 3 bulan atau lebih sebelum boleh dijual kepada pembeli. Lazimnya teknik pembiakan anak benih durian belanda boleh dilakukan dalam dua keadaan iaitu di kawasan terbuka dan di bawah naungan. Kebanyakan pengusaha tapak semaian lebih berminat membuat pembiakan anak benih di bawah naungan kerana penjagaannya tidak rumit berbanding dengan keadaan di kawasan terbuka. Anak benih durian yang disediakan di kawasan terbuka didapati daunnya lebih kecil dan berwarna hijau pekat. Fizikal pokoknya kelihatan lebih tegap dan tumbuh menegak. Pembeli anak benih durian belanda adalah selalu disyorkan supaya memilih anak-anak durian yang dibiakkan di kawasan terbuka kerana pertumbuhan anak benih ini agak lasak dan mudah menyesuaikan diri apabila ditanam di ladang.  

Teknik memilih anak benih durian belanda bergantung kepada tahap kesuburan anakbenih pokok. Sewaktu memilih anak benih durian belanda perlu dipastikan memilih anak benih yang subur. Cara yang mudah untuk mengenali anak benih yang subur adalah dengan kita memerhatikan jarak antara daun hendaklah jauh iaitu antara 1.5 hingga 2 inci (Sila lihat foto disebelah). Pokok yang tidak subur dan pertumbuhannya terbantut mempunyai jarak daun yang rapat. Pokok yang subur terdapat banyak pucuk baru walaupun daun-daun dibawahnya ada yang masih muda berbanding dengan pokok yang tidak subur di mana kerana pokoknya kurang mengeluarkan pucuk baru dan daun yang terdapat di bawahnya telahpun tua. Jangan memilih anak benih yang berdaun kuning, ada kemungkinan anak pokok ini tidak cukup menerima nutrien atau anak benih ini mempunyai masalah penyakit akar. Sewaktu memilih anak benih pilihlah anak benih yang tingginya melebihi satu kaki, mempunyai batang pokok penanti yang lurus, besar dan tegak. Begitu juga batang cantuman hendaklah besar (kecil sedikit daripada batang pokok penanti), lurus dan tegak. Pastikan anak benih yang dipilih tidak mempunyai tanda-tanda serangan penyakit terutama penyakit akar dan kulat. Tanda-tanda boleh dikesan daripada pemerhatian fizikal pokok. Semuga anda dapat memahami teknik pemilihan anakbenih durian belanda selepas membaca dan memahami artikel kali ini. Wasallam!.

SUKA TANAM...DURIAN BELANDA...
MENCARI BENIH... ADA DIMANA...
CIRI BAIK... YANG BAGAIMANA...
BACA ARTIKEL... TAHU CARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Durian Belanda,
Kg Air Baloi, Pontian,
Johor, Malaysia.
(18 Syaaban 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...