Support My Blog

Monday, December 1, 2014

ARTIKEL KE 3,001

ARTIKEL KE 3,001 telah ditulis dan dipostkan pada 1 Disember 2014 (Bersamaan 8 Safar 1436H) iaiatu setelah artikel pertama kali ditulis pada Jun 2006 dan berterusan sehingga hari ini. Blog "Anim Agro Technology" telah berusia lebih 6 tahun dalam dunia penulisan mengenai teknologi pertanian dan perkara berkaitan dengan aktiviti pertanian. Artikel ke 3,001 ini ditulis pada pagi Isnin (Penulis Cuti Rehat) sebagai satu sumbangan kepada sektor pertanian dan pengunjung terdiri dari mereka yang terlibat dalam pertanian terutama di Malaysia dan luar negara. Sebanyak 1,776 artikel telah dipostkan semenjak awal penulisan dan penulis ada sebanyak 1,226 artikel yang menunggu untuk dibuat posting dengan kapasiti satu hari sebanyak satu artikel. Dalam 4 tahun berturutan ini, penulis tidak pernah 'miss' untuk membuat posting setiap hari.  Jika dikira secara teori, jumlah artikel yang ada dalam simpanan kini memerlukan masa selama 3 tahun untuk dibaca oleh anda jika dibuat posting 'satu hari satu artikel'. Bagaimana pun domain blogspot.com akan ditamatkan pada Julai 2015 iaitu tinggal 245 hari 14 jam daripada masa artikel ini ditulis. Apa akan terjadi selepas tarik tersebut kita tidak tahu. Kini domain blogspot.com telah berumur 14 tahun 123 hari. Bagaimana pun semua artikel asal masih ada pada simpanan penulis sendiri untuk dirujuk.



Dalam website http://www.statscrop.com/ www/ animhosnan. blogspot.com ada dinyatakan bahawa blog ini mendudukki tangga ke 403,222 iaitu ranking penggunaan dalam statistik (Sila rujuk rajah diatas). Berikut kenyataan diberikan "Animhosnan.blogspot.com it is ranked #403,222 in the world, a low rank means that this website gets lots of visitors. This site has a good Pagernk(2/10), Its seo score is 63.3%. IP address is 173.194.112.236, and its server is hosted atMountain View, United States". Ranking Alexa di Malaysia menunjukkan blog Anim Agro Technology pada kedudukan ke 3,813 iaitu satu kedudukan yang dikira popular dengan capaian pageviews bulanan melebihi 200,000 orang sebulan. Bagaimana pun ia berkurangan semasa cuti sekolah dan pada hari Sabtu dan Ahad. Rajah dibawah menunjukkan sehingga 1 Disember 2014 seramai 4,136,746 telah mengunjungi blog ini dengan capaian bulanan sekitar 8,000 orang setiap hari.




Diantara beberapa artikel yang diterbitkan didapati artikel bertajuk 'Racun Rumpai' mendapat kunjungan tertinggi dengan sebanyak 15,919 diikuti dengan artikel bertajuk 'Cili Padi - Senang Tanamnya" dan yang ketiga adalah artikel bertajuk 'Tanam Tebu Kuning' (Sila lihat foto dibawah). Untuk lihat 10 artikel paling banyak dibaca sila anda rujuk rajah dibawah. Penulis juga menerima sebanyak 1,411 komen daripada pembaca yang cuba mendapatkan penerangan lanjut atau dijadikan forum perbincangan dikalangan pembaca.  Ada sebahagian komen dijawab oleh penulis secara profesional dan ada juga yang tidak memerlukan maklumbalas.



Didalam dunia, blog Anim Agro Technology ini terletak sekitar kedudukan 403,222 dengan penulis daripada Iran hd4.Ir berada diatasnya pada kedudukan 403,223 dan blog pada kedudukan 403,220 daripada USA iaitu makari.com (Sila lihat foto dibawah). Ini bermakna ia dikategorikan dalam kategori blog lingkungan 403,000 terpopular didunia. Bagaimana pun kedudukan blog ini di Malaysia adalah pada kedudukan 3,813 iaitu dikira sangat baik semasa artikel ini diterbitkan.



Penulis akan masih meneruskan penulisan mengenai teknologi pertanian selagi mampu dan sihat. Kini ramai dikalangan pembaca yang pernah berjumpa dan kenal siapa penulis sebenarnya. Mereka terkejut bila berjumpa dan kenal penulis "Anim Agro Technology" rupanya rakan mereka sendiri. Penulisan dalam "Anim Agriculture Technology" dan "Anim Hosnan Website" akan diteruskan mengikut masa dan kemampuan dimasa akan datang. Sebanyak 4 URL saya akan diteruskan selagi mampu menulis. Artikel ke 3,001 ini merupakan satu kepuasan dalam penulisan blog sebagai sumbangan saya untuk dunia dan akhirat. Wasallam!...

Semasa berada di Paris pun sempat 'up-load' dengan handphone.
MENULIS BLOG... MINAT ADA...
SETIAP HARI...TERBITKAN DIA...
RUJUKKAN...RAMAI PEMBACA...
LEBIH 200,000...SEBULAN ADA...
KONGSI INFO... DAPAT PAHALA...
ARTIKEL KE 3,001... INILAH DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(8 Safar 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...