Support My Blog

Sunday, December 21, 2014

KOPI ROBUSTA - VARIETI MKR


TANAMAN KOPI (Coffea liberica) di Malaysia merupakan tanaman industri yang masih di jalankan oleh petani terutama di Sabah dan Johor. Seluas 3,474 hektar tanaman kopi dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2013 berbanding seluas 14,500 hektar pada tahun 1980'an. Kemerosotan tanaman kopi di Malaysia adalah disebabkan oleh banyak faktor diantaranya petani kurang berminat, pendapatan dari hasil kopi yang rendah, harga biji kopi yang rendah dan tidak menentu, serangan perosak dan penyakit dan yang paling signifikan adalah penukaran tanaman kopi kepada kelapa sawit. Pengeluaran buah kopi tahun 2013 sebanyak 14,740 mt bernilai sekitar RM 11.791 juta. Negeri lain dilaporkan tiada lagi menanam kopi atau keluasan yang tidak signifikan dalam penanaman kopi. Maknanya dalam 35 tahun (1979-2014) seluas 11,090 hektar tanaman kopi telah pupus atau purata kepupusan 317 hektar setahun. Mengambil kira kira fakta diatas saya fikir industri tanaman kopi adalah boleh di kategorikan sebagai 'sunset industry' di Malaysia. Pada masa sama negara mengimpot sebanyak 106,555 metrik tan kopi setahun bernilai RM 972.3 juta daripada Indonesia (47%), Vietnam (33%) dan Brazil (5%) untuk kegunaan domestik dan diproses untuk ekspot semula (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia 2013). Nilai ekspot kopi pada tahun tersebut adalah sebanyak RM1,299 juta menunjukkan hanya sebahagian kopi untuk kegunaan domestik. Perkara ini menunjukkan bahawa sumbangan pengeluaran kopi tempatan adalah masih lagi signifikan. Bagaimana pun artikel malam Sabtu ini sambil menonton TV Astro Maharaja Lawak saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang perbezaan ciri-ciri kopi jenis baru MKL terdiri dari MKR 2, MKR3, MKR 4 dan MKR 5 untuk rujukkan anda. Artikel ini saya merujuk kepada Risalah terbitan Jabatan Pertanian dicetak pada tahun 1997 (Pengeluaran purata hasil kopi tempatan dan hibrid berbeza dengan terbitan tahun 1995).


1. KOPI LIBERICA BIASA
Kopi biasa yang ditanam mampu memberikan potensi hasil kopi jambu sebanyak 2.2 - 4.2 metrik tan sehektar. Ianya akan menghasilkan potensi hasil kopi beras sebanyak 0.4 - 0.8 tan sehektar. Berat bagi setiap 100 buah kopi jambu adalah 98 - 109 gram. Berat bagi 100 biji kopi beras adalah 11.0 - 12.4 gram. Umur pokok mula berbuah adalah 15 - 21 bulan sementara umur bagi penuaian pertama adalah 26 - 30 bulan.


2. KOPI POLIHIBRID
Kopi POLIHIBRID yang ditanam mampu memberikan potensi hasil kopi jambu sebanyak 3.9 - 4.8 metrik tan sehektar. Ianya akan menghasilkan potensi hasil kopi beras sebanyak 0.8 - 1.0 tan sehektar. Berat bagi setiap 100 buah kopi jambu adalah 132 - 152 gram. Berat bagi 100 biji kopi beras adalah 14.1 - 16.2 gram. Umur pokok mula berbuah adalah 12 - 16 bulan sementara umur bagi penuaian pertama adalah 23 - 27 bulan.


3. KOPI MKR 2 
KOPI Varieti MKR 2 adalah singkatan kepada Varieti MARDI KOPI ROBUSTA nombor 2 yang dihasilkan oleh MARDI. Kopi MKR 2  yang ditanam mampu memberikan potensi hasil kopi jambu sebanyak 6.7 - 8.9 metrik tan sehektar. Ianya akan menghasilkan potensi hasil kopi beras sebanyak 1.4 - 2.0 tan sehektar. Berat bagi setiap 100 buah kopi jambu adalah 143 - 149 gram. Berat bagi 100 biji kopi beras adalah 16.8 - 17.4 gram. Umur pokok mula berbuah adalah 7 - 9 bulan sementara umur bagi penuaian pertama adalah 18 - 20 bulan.

4. KOPI MKR 3
KOPI Varieti MKR 3 adalah singkatan kepada Varieti MARDI KOPI ROBUSTA nombor 3 yang dihasilkan oleh MARDI. Kopi MKR 3  yang ditanam mampu memberikan potensi hasil kopi jambu sebanyak 5.4 - 8.2 metrik tan sehektar. Ianya akan menghasilkan potensi hasil kopi beras sebanyak 1.2 - 1.8 tan sehektar. Berat bagi setiap 100 buah kopi jambu adalah 955 - 105 gram. Berat bagi 100 biji kopi beras adalah 12.2 - 12.6 gram. Umur pokok mula berbuah adalah 7 - 9 bulan sementara umur bagi penuaian pertama adalah 18 - 20 bulan.

5. KOPI MKR 4
KOPI Varieti MKR 4 adalah singkatan kepada Varieti MARDI KOPI ROBUSTA nombor 4 yang dihasilkan oleh MARDI. Kopi MKR 4  yang ditanam mampu memberikan potensi hasil kopi jambu sebanyak 6.5 - 8.7 metrik tan sehektar. Ianya akan menghasilkan potensi hasil kopi beras sebanyak 1.5 - 1.8 tan sehektar. Berat bagi setiap 100 buah kopi jambu adalah 109 - 115 gram. Berat bagi 100 biji kopi beras adalah 12.8 - 13.9 gram. Umur pokok mula berbuah adalah 7 - 9 bulan sementara umur bagi penuaian pertama adalah 18 - 20 bulan.

6. KOPI MKR 5
KOPI Varieti MKR 5 adalah singkatan kepada Varieti MARDI KOPI ROBUSTA nombor 5 yang dihasilkan oleh MARDI. Kopi MKR 5 yang ditanam mampu memberikan potensi hasil kopi jambu sebanyak 6.6 - 7.8 metrik tan sehektar. Ianya akan menghasilkan potensi hasil kopi beras sebanyak 1.5 - 1.8 tan sehektar. Berat bagi setiap 100 buah kopi jambu adalah 118 - 125 gram. Berat bagi 100 biji kopi beras adalah 14.1 - 15.8 gram. Umur pokok mula berbuah adalah 7 - 9 bulan sementara umur bagi penuaian pertama adalah 18 - 20 bulan. 

Diantara kelebihan klon kopi terpilih (MKR dan Polihibrid) adalah mengenai potensi hasil yang lebih tinggi dan akan memberi pulangan pendapatan yang lebih baik serta penurunan kos pengeluaran kopi bagi petani sama ada menanam secara monokrop atau sebagai tanaman selingan dengan tanaman lain. Benih klon baru ini juga memberikan saiz kopi jambu dan kopi beras yang lebih besar dan akan meningkatkan mutu serta mempercepatkan kerja memetik buah. Kopi klon ini juga mempunyai tempoh matang lebih cepat. Baka bagi klon ini juga boleh digunakan untuk membaikpulih pokok yang kurang berhasil melalui proses CANTUMAN DEWASA. Walau pun proses untuk cantuman dewasa ini perlukan kemahiran untuk membuatnya, ia kan menjanjikan pokok yang baik dan produktif. Mutu dan citarasa minuman kopi dapat dikekalkan dengan [enanaman kopi klon varieti MKL dan Polihibrid ini.  Purata pendapatan bersih tahunan tanaman tunggal daripada penjualan kopi jambu dan kopi beras dalam tempoh 26 tahun (Risalah saya baca merujuk tahun 1997) adalah rendah iaitu dianggarkan sebanyak RM 914  (RM76.15/bulan) dan RM 2,544 (RM212/ bulan) setahun berbanding cuma pendapatan sebanyak RM 325 (RM25.25/bulan) bagi baka tempatan dan RM 1,143 (RM95.25) bagi baka Polihibrid. Kajian diatas mnenunjukkan bahawa tanaman kopi memberikan pendapatan yang rendah. Klon baru MKR ini adalah disyorkan untuk ditanam sama ada untuk penanaman baru, sulaman atau pemulihan pokok-pokok dewasa. Pembiakan boleh dilakukan dengan cara cantuman menggunakaan sion sulur air dan dahan, cara cantuman baji digunakan untuk pokok penanti anak benih dan sulur air pokok dewasa dan cara cantuman tempel atau cantuman dewasa. Wallahualam!.  



MENANAM KOPI ... VARIETI APA...
KLON TERPILIH... MKR NAMANYA...
HASIL TINGGI...CEPAT TUAINYA...
MENCARI BENIH... DARI MANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist
Pusat Pertanian Parit Botak,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 Safar 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...