Support My Blog

Tuesday, January 13, 2015

HARGA GETAH JATUH


HARGA GETAH JATUH?. Itu merupakan satu fenomena yang dihadapi penoreh getah di Malaysia dari penghujung 2013 dan sepanjang tahun 2014. Perkara ini sekarang dikongsi bersama dengan harga kelapa sawit yang merudum dipasaran menyebabkan pendapatan pekebun kecil getah dan kelapa sawit sering mengeluh. Masalah kejatuhan harga masih belum menunjukkan tanda pemulihan dimana ada laporan di TV dan media cetak menyatakan kini terdapat ribuan penoreh di Malaysia yang bergantung sepenuhnya daripada hasil getah berdepan 'cabaran' baharu iaitu kedatangan musim tengkujuh yang turut memberi kesan besar terhadap pendapatan mereka. Kejatuhan harga getah ini berlaku sama dengan kejatuhan minyak petrolium sebagai satu pusingan ekonomi dunia yang sentiasa berubah-ubah. Ramai peneroka FELDA dan FELCRA yang bergantung hidup kepada menoreh getah menyatakan pendapatan yang mereka perolehi tidak mencukupi untuk menampung isi keluarga. Seorang penoreh, Rosaidah Sulaiman, 54, di Kampung Tekam, Segamat yang menoreh di kebun ibunya di Felda Chemplak dengan upah RM1 bagi setiap kilogram getah diperoleh mengakui pendapatannya terjejas teruk akibat kejatuhan harga dan kedatangan musim tengkujuh sekarang. Kini setiap kali musim tengkujuh, bilangan hari menoreh semakin berkurangan sehingga adakalanya hanya lima hingga tujuh hari sahaja sebulan berbanding hari biasa antara 10 hingga 12 hari. Artikel malam ini saya menulis semula laporan akhbar dalam "Anim Agro Technology" mengenai kejatuhan harga getah yang menjejaskan ribuan penoeeh getah dalam negara unbtuk renungan bersama.

Jika harga getah tinggi ramai penoreh yang mungkin masih boleh bertahan berbanding situasi sekarang. Ketika ini ada yang hanya dapat kira-kira RM20 sehari dan dengan pendapatan itu mereka hanya mampu menampung kos sewa rumah sebanyak RM200 sebulan, manakala untuk perbelanjaan lain terpaksa mengharap belas kasihan anak yang sudah bekerluarga. Seorang ibu tunggal berkata, sebelum musim tengkujuh, dia boleh menoreh kira-kira 15 hari sebulan dan mampu meraih pendapatan sehingga RM800 kerana ubah dibayar lebih tinggi sehingga mencecah RM2.50 apabila harga getah pada paras RM4 sekilogram. Sementara itu, Adam Said, 75, seorang bekas tentera berharap kerajaan mampu berbuat sesuatu untuk menstabilkan harga getah dengan menubuhkan tabung atau dana tertentu. Menurutnya, dengan dana tersebut kerajaan boleh menampung kejatuhan harga getah dalam pasaran dunia dan menetapkan harga pada kadar RM3.50 sekilogram. Apabila harga pasaran dunia melonjak melebihi harga yang ditetapkan, pekebun masih mendapat harga jualan yang sama dan lebihan hasil perbezaan harga itu boleh dimasukkan semula ke dalam tabung yang mungkin diwujudkan, sekali gus akan menjamin pekebun memperoleh pendapatan yang lebih stabil.

Ramai pekebun kecil pula berpendapat, kerajaan perlu mengambil kira nasib yang menimpa golongan penoreh getah seperti yang dilakukan terhadap nelayan yang diberi wang saraan hidup sebanyak RM200 sebulan selain kemudahan bantuan jaring, enjin bot serta langkah menghapuskan orang tengah. Rata-rata pendapatan penoreh getah ketika ini berada di bawah paras miskin tegar yang telah ditetapkan dan perkara ini tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya memerlukan satu tindakan segera yang mampu melonjakkan semula pendapatan. Kami faham bukan kami sahaja yang berdepan dengan masalah ini, tetapi situasi semasa juga merupakan satu cabaran kepada kerajaan untuk berusaha mencari jalan menstabilkan harga pasaran getah dan dalam masa sama merupakan ke­sempatan terbaik untuk membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat yang selalu dilaungkan oleh kepimpinan negara.

Malaysia pernah menjadi pengeluar getah asli terbesar didunia semenjak beratus-ratus tahun dahulu. Kini Malaysia jatuh di tempat ketiga atau ke empat terbesar pengeluar getah asli dunia dimana penanaman getah semakin berkurangan setiap tahun. Penanaman pokok getah di Malaysia telah menurun dari seluas 1.543 juta hektar pada tahun 1998 kepada seluas 1.271 juta hektar pada tahun 2005 dan cuma seluas 1.021 hektar pada tahun 2010. Luas penanaman getah pada 2010 adalah 1,021,000 hektar dimana seluas 61,000 hektar (6%) berbanding dengan penanaman getah secara perladangan / Estet seluas 960,400 hektar. Keluasan penanaman getah di sebabkan oleh beberapa faktur seperti petani lebih minat tanam kelapa sawit, harga getah tidak menentu dan rendah terlalu lama, kekurangan penoreh getah, masa yang lama untuk menunggu pokok getah untuk ditoreh, tanah diubah syarat kepada tanaman lain dan paling kritikal adalah tawaran pembelian kayu getah yang aktif oleh kilang perabot. Wasallam!.
MENOREH GETAH... ADUH PENATNYA...
GETAH DIJUAL... TURUN HARGANYA...
PENDAPATAN KECIL... MACAMANA...
POHON KERAJAAN... FIKIRKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Getah Keluarga,
Gunung Sari, Pt Bengkkok,
Gersik, Ledang,
Johor, Malaysia.
(21 Safar 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...