Support My Blog

Wednesday, January 14, 2015

PITAYA - PENYEDIAAN BENIH

PITAYA (Hylocereus undatus) adalah sejenis tanaman dari keluarga Cactaceae yang popular di Malaysia sebagai tanaman buah-buahan penting satu masa dulu. Buah ini juga dipanggil dengan nama 'pitahaya', ‘dragon fruit’ atau 'buah naga' adalah dari sejenis pokok kaktus yang dikenali sebagai ‘nightblooming cactus’. Kajian pembacaan yang saya buat menunjukkan , pokok ini berasal dari Amerika Selatan yang dibawa masuk oleh penjajah kenegara Asia Tenggara. Tanaman ini semakin hari semakin popular dibeberapa negara di Asia termasuk Malaysia. Terdapat pelbagai jenis atau varieti pitaya yang dikenalpasti dan boleh ditanam diantaranya yang buah berkulit merah dan isi berwarna putih, buah berkulit merah dan isi berwarna merah dan buah berkulit kuning dan isi berwarna putih. Bagaimana pun kajian saya mendapati jenis yang mula popular di negara kita dibawa dari Kemboja dan isinya berwarna putih walau pun kini jenis isi berwarna merah telah menarik minat pengusaha untuk ditanam kerana rasanya lebih manis dari jenis isi berwarna putih. Jenis ini telah juga dikatakan hibrid dari Taiwan. Varieti yang mana kulitnya berwarna kuning masih belum lagi ditanam secara komersial. Artikel malam Selasa ini sambik meninton TV1 Musabaqah Al-Quraan yang diadakan di Kota Bharu  saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kaedah penyediaan benih tanaman pitaya berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan rujukkan dari buku teknikal.

Dalam mencari makluumat mengenai keluasan tanaman pitaya di Malaysia saya dapati pada masa ini keluasan tanaman sekitar 550 hektar sahaja (2013) walau pun bbeberapa tahun dulu ia mencecah sehingga 1,850 hektar diseluruh negara.  Pada masa ini penanaman pitaya hanya banyak ditanam di Selangor, Pahang, Perak, Melaka dan Johor walau pun dahulu Johor merupakan negeri paling luas menanam pitaya sebelum diserang masaalah penyakit reput batang. Penanaman pitaya mendapat penglibatan dari pihak swasta dan juga individu yang ditanam secara monokrop (Lihat foto sebelah). Buah pitaya boleh dimakan segar dan diproses menjadi pelbagai produk. Selain dari buah, bunga serta tunas muda boleh juga dimakan dan mempunyai khasiat dan kegunaannya
tersendiri. Buah pitaya boleh diproses kepada jus, tepung, teh dan sebagainya. Pati buah boleh digunakan sebagai asas pengeluaran produk perubatan, makanan dan minuman. Bijinya juga boleh dijadikan bahan campuran kepada biskut.

Bahan tanaman untuk tanaman pokok pitaya lazimnya adalah diambil dari keratan dahan pokok digunakan untuk pembiakkan kerana ia lebih cepat matang dan berbuah serta mengekalkan ciri pokok yang dipilih jika dibandingkan dengan bijibenih. Keratan dahan dipotong dengan setiap keratan sepanjang 15–22 cm. Dahan yang cukup matang dan telah mengeluarkan buah dan terasnya bersaiz lebih kurang sebesar batang pensel digunakan untuk pembiakan. Keratan diletak ditempat kering selama seminggu untuk membolehkan hujung keratan kering dan pulih dan untuk menggalakkan pengeluaran akar. Pengeringan hujung keratan juga dapat mengurangkan risiko dari jangkitan dan pereputan. Keratan boleh disemai ke dalam semaian pasir atau ke dalam polibeg bersaiz 12.5cm x 17.5cm yang mempunyai saliran yang baik dan diletak di bawah lindungan. Media yang digunakan dalam polibeg ialah satu bahagian pasir dan satu bahagian tanah.

Keratan disiram sedikit sahaja untuk menggalakkan pengeluaran akar. Apabila akar telah terbentuk keratan boleh didedah kepada cahaya yang lebih dan diberi sedikit baja foliar supaya tunas keluar. Keratan yang telah berakar boleh dialih ke polibeg atau ditanam terus ke ladang. Bagi keratan yang disemai ke dalam polibeg ia boleh dialih ke ladang apabila mempunyai tunas sepanjang 10cm (dalam masa 4-6 minggu). Keratan yang baik boleh mengeluarkan buah seawal 7-8 bulan dan kebanyakan keratan boleh mengeluarkan buah dalam tempoh 1 tahun. Benih keratan  berakar sesuai untuk ditanam diladang dengan membuat lubang tanaman sedalam 5cm digali.  Bagi anak pokok didalam polibeg maka lubang sebesar polibeg digali dan kemudian anakbenih pokok ditanam ke dalam lubang dan tanah dipadatkan. Tiga per empat keratan atau anak benih ditanam keliling setiap tiang junjung. Keratan dan tunas pokok diikat ke tiang supaya ia memanjat tiang tersebut dan tumbuh menegak dan memasuki ke dalam para yang disediakan. Dahan yang keluar dari bahagian atas para dibiarkan melempai di atas para tersebut. Sungkupan dari jerami padi, sabut kelapa sawit dan sebagainya diletakkan disekeliling pokok supaya pertumbuhan rumpai dipangkal pokok dapat dikawal. Pemberian sungkupan juga dapat mengawal kelembapan disekeliling pangkal pokok. Wasallam!


BENIH PITAYA... MUDAH DISEDIA...
KERATAN BATANG... POTONG SAJA...
MASUKKAN POLIBEG... TERUS DIJAGA...
BENIH DITANAM.... HASIL IKUT CARA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room F-8-2, Glory Beach Resort,
Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(2 Syaaban 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...