Support My Blog

Thursday, February 26, 2015

DURIAN - VARIETI KOP KECIL (D99)

DURIAN VARIETI KOP KECIL - D24 (Durio zibethinus Linn ) merupakan satu varieti atau klon durian yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk ditanam secara komersial. Klon Durian D99 juga dikenali sebagai 'DURIAN KOP KECIL' yang mana didaftarkan pada 17 Jun 1970 (Sudah hampir 45 tahun lalu) yang berasal dari Thailand. Makna 'Kop' dalam bahasa Thailand adalah 'Katak' atau 'Frog' dalam bahasa Inggeris. Di negara asal Thailand terdapat 8 varieti Durian KOB ini iaitu Kob Champ, Kob Hemaraj, Kob KKum. Kob Lab, Kob Mae Too, Kob Pang, Kop Picum dan Kob Takhom. Bagaimana pun di Malaysia hanya dua jenis kob sahaja yang telah dipopularkan berdasarkan kepada kesesuaian dan juga permintaan iaitu Kon Kecil dan Kob Besar. Kob Kecil mempunyai berat buah sekitar 1.0 - 2.5 kg sebiji semantara Kob Besar saiz buahnya adalah sekitar 3.0 - 7.0 kg sebiji. Ramai generasi sekrang tidak kenal akan durian D99 yang ada dijual pada musim buah-buahan kerana tidak tahu akan pencirian sifat buah tersebut. Dikalangan petani, peraih, pegawai pengembangan (yang baru kerja) mungkin juga kurang kenal akan buah durian 'King of the Fruit' varieti ini yang sangat terkenal semanjak 45 tahun dulu. Artikel kali ini saya cuba menjelaskan ciri-ciri Durian D99 dengan ada gambarnya sekali agar menjadi panduan kepada pembaca. Maklumat ini merujuk kepada maklumat pencirian buah durian dilaman web di Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel subuh Isnin ini sempena cuti rehat Tahun Baru Cina saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ciri-ciri durian varieti Kop Kecil (Katak Kecil) atau D99 untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

Klon Durian D29 ditanam menggunakan abakbenih yang telah disahkan dan mengambil masa lama untuk mula menghasilkan buah bergantung kepada pengurusan kebun. Jangkamasa dari waktu berbunga sehingga buah masak dan gugur adalah selama 105-115 hari. Pokok durian D29 adalah rimbun dan mempunyai dahan yang banyak untuk menghasilkan bunga dan buah. Cantasan pembentukan sangat penting di peringkat awal penanaman. Harga durian klon D99 adalah tinggi setanding dengan klon popular lain seperti Klon Durian D197 ( Raja Kunyit/Musang King), Klon Durian D24, Klon Durian 123 (Chanee), Durian 175 (Udang Merah) dan sebagainya. Tahun 2015 dijangka harga durian diparas paling tinggi apabila pengeluaran durian sangat kurang (dianggarkan cuma 40-60% sahaja dari tahun sebelumnya) pada musim utama. Jenis buah ini berasal dari Thailand dimana buahnya sederhana besar dan berbentuk bulat tetapi dempak ditangkai dan dihujung (Sila lihat foto disebelah). Warna kulitnya hijau gangsa. Durinya halus dan tajam. Isinya berwarna kuning dan sederhana tebal. Rasanya manis. Ira isinya halus dan agak lembek.

Biji Durian D99 berwarna coklat dan bersaiz sederhana (Lihat foto sebelah). Bijinya padat dengan kadar ulas yang mengandungi biji penoh adalah pada kadar sebanyak 80% dan ulas yang mengandungi biji tidak penoh 20%. Klon Durian D99 jarang mempunyai biji yang kesep. Purata bilangan ulas dalam satu pangsa ada 2 - 4 Ulas. Bagaimana pun pokok durian D99 yang telah berumur melebihi 20 tahun kadang-kadang ada terdapat kejadian biji kesep dan bilangan biji yang agak berkurangan berbanding dengan pokok muda. Biji durian D99 boleh disemai untuk dijadikan 'root stock' bagi penyediaan anak benih cantuman.

Bentuk buah D99 adalah bulat dengan warna kulit buah yang kehijauan serta mempunyai duri tajam. Panjang buah adalah sederhana dengan purata panjangnya 21 - 22 cm dan garispusat buah juga sederhana iaitu purata 19 - 21 cm. Kajian pakar juga menyatakan kadar panjang kepada lebar buah adalah pada ukuran 1.07:1. Klon durian D99 juga mempunyai bentuk buah yang mudah dikenali oleh pakar-pakar buah durian dan peraih yang mahir kerana ia mempunyai lekukan dibahagian bawah buah dengan ketara (Lihat foto sebelah). sahaja apabila beberapa jenis klon di kumpulkan bersama. Paling baik jika anda hendak mengetahui klon durian D99 dengan perlu melihat sekali pencirian pada pokoknya selain daripada melihat pencirian pada buah sahaja (paling tepat lihat buah tersebut). Dibahagian bawah buah (orang jawa kata 'bontot buah') akan terdapat bulatan berwarna coklat perang berukuran 1-1.5 cm garispusat dengan titik kehitaman ditengahnya dan akan jelas persempadanan pangsa ulas durian. Tanda garisan sempadan pangsa pada klon D99 boleh dikatakan seimbang yang lazimnya ada 4-5 garisan atau sempadan pangsa. Garisan ini memudahkan kerja-kerja membelah durian untuk klon D99. Klon ini juga tidak mempunyai masaalah untuk dibelah pencirian ini. Membelah menggunakan parang atau alat pengopek durian bagi klon ini adalah SEDERHANA senang. Kajian juga menunjukkan tebal kulit D99 purata setebal 1.0 cm iaitu sederhana. 


Tangkai durian D99 adalah sederhana iaitu dengan purata panjang 4.7 cm. Tangkai buah adalah berwarna coklat berbentuk bulat selinder dan mempunyai ukuran garispusat berikuran 1.7 cm (Sila lihat foto sebelah). Jika diperhatikan ciri khusus ialah dimana susunan duri pada pangkal tangkai buah merupakan duri halus pendek yang bergabung. Terdapat tanda melekuk yang sangat ketaral pada bahagian bahu seperti yang membolehka ia dijadikan satu ciri bagi varieti ini. Di kawasan kebun durian tradisional varieti ini agak kurang ditanam kerana ia diambil daripada negara Thailand dan kalau ada ia ditanam secara bercampur dengan varieti lain dikawasan dusun durian. Sebenarnya penanaman durian dengan klon bercampu amat digalakkan kerana ia akam memberikan kadar pendebungaan lebih cekap dan hasil lebih baik. Durian D99 yang mempunyai isi yang berwarna kuning dengan sederhana tebal rasa amat manis tetapi kualiti ira isinya adalah halus dan lembik. Kepada peminat durian yang ingin makan durian Kop Kecil atau D99 boleh berkunjung kekebun durian yang memiliki jenis ini. Wasallam!.

DURIAN ... KOP KECIL NAMANYA...
D99... ITU SENARAI DAFTARNYA...
ASAL THAILAND... POPULAR JUGA... 
RASA MANIS... LEMBIK ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana, 
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Malaysia.
(11 JamadilAwal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...