Support My Blog

Sunday, March 15, 2015

ANALISA BLOG ANIM AGRO - MAC 2015




Blog 'Anim Agro Technology' terkini telah menyediakan sebanyak 3,200 artikel semenjak ia mula ditulis dar tahun 5 Julai 2009. Sebanyak 1,882 artikel telah pun di posting dan bakinya masih menunggu untuk dibaca. Hari ini blog ini menerima member ke 1,000 sebagai followers iaitu Liliy Sahiful Bahari dan penulis membuat artikel khas mengenai prestasi blog ini. Terkini kedudukan ranking blog ini adalah yang ke 4,945 di Malaysia bermakna lagi kecil nombor tersebut ianya adalah banyak dibaca. Kedudukan blog ini pada ranking dunia pula adalah pada kedudukkan 824,429. Sehingga hari ini sebanyak 4.8 juta artikel telah dikunjungi atau dibaca dengan anggaran purata pengunjung diantara 5,000 - 8,000 setiap hari. Pada hari bekerja purata pengunjung seramai 8,000 sehari sementara pada Sabtu, Ahad dan Cuti Am sekitar 5,000 sahaja.



Seramai 4.05 juta (80.3%) yang melayari blog ini adalah daripada MAlAYSIA diikuti dengan pengunjung daripda Indonesia, USA, India, Singapore, Brunei, Natherlands. Germany, Spain dan ke 10 adalah daripada Argentina.  Kebanyakan negara ini adalah maju dalam sektor pertanian kecuali Singapura yang merupakan negara trading. Artikel 'Racun Rumpai' mendapat kunjungan paling banyak setakat ini iaitu 16,548 orang dengan 10 komen yang diposting pada 4 September 2010. Rumput Miang Mexico walau hanya diposting hanya 4 bulan mendudukki tempat kedua dengan 11,973 pembaca kerana ia juga mendapat liputan meluas dimedia utama Malaysia. Dibawah ditunjukkan jadual 10 artikel utama yang menjadi rujukkan pembaca.


Followers ke 1,000 pada blog ini telah mendaftar pada 15 Mac 2015 dan blog ini juga menerila beribu-ribu komen. Blog berkaitan teknologi pertanian ini akan membuat posting setiap hari satu artikel dan dapat dikekalkan sehingga kini. Selain daripada ia mempunyai 'link' dengan facebook bagi artikel terpilih, ia juga boleh di layari dengan search engine seperti google, yahoo, bing dan sebagainya. Kini telah ramai yang baca menggunakan 'smartphone' sahaja. Semuga blog ini akan terus memberikan info berguna kepada mereka yang terlibat dalam sektor pertanian. Wasallam.

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(15 Mac 2015) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...