Support My Blog

Sunday, March 1, 2015

LOBAK PUTIH - MUDAH TANAM

LOBAK PUTIH (Raphanus sativus) merupakan sejenis tanaman umbisi yang mudah ditanam daripada keluarga Cruciferae. Tanaman ini merupakan salah satu sayuran jenis umbisi yang kaya dengan zat makanan. Dipercayai berasal dari Eropah, ia boleh ditanam di tanah tinggi atau tanah rendah dinegara kita. Pokok lobak putih hampir menyerupai pokok sawi bunga tetapi batangnya lebih pendek dan tepi daunnya berombak-ombak. Pokok ini ditanam untuk mendapatkan isi akar tunjangnya iaitu lobak warna putih. Bunga berwarna putih keunguan. Ubinya berkeadaan bulat panjang dan berukuran lebih 20 cm. Laporan daripada Jabatan Pertanian seluas antara 150 - 200 hektar lobak putih ditanam terutama dikawasan tanah tinggi seperti di kawasan Cameroon Highlands untuk pasaran domestik dan juga sebahagian dieksport. Dalam banyak rujukkan penulis dapati lobak putih bermanfaat bagi kesihatan bahagian gigi, gusi, saraf, rambut dan kuku. Khasiatnya juga berkait dengan kesan merangsang nafsu makan serta boleh meringankan masaalah gugup dan darah gemuruh. Lobak putih juga baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan serta yang ketara adalah mampu mengatasi masalah pencernaan. Oleh itu sesiapa mengambil lobak putih akan dapat meredakan masaalah sembelit. Dalam kes lain ia merawat masaalah selsema dan membantu mengurangkan kelebihan berat badan atau obesiti dan melarutkan batu hempedu. Ada dakwaan bahawa khasiat lobak putin membantu dalam kes tuberkulosis. Lobak juga mempunyai kesan diuretik ringan, meningkatkan pengeluaran urin oleh buah pinggang (elok untuk pesakit batu karang) dan sering dikatakan baik untuk pesakit diabetes. Artikel subuh ini dalam kedinginan di hotel di Cameroon Highland, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman lobak putih yang mudah dilakukan asalkan ada kemahuan.

Di negara kita terdapat beberapa varieti lobak putih yang sesuai ditanam. Terdapat dua jenis yang biasa ditanam, iaitu Jenis Cina dan Jenis Ming Ho. Jenis Cina ditanam di tanah tinggi manakala jenis Ming Ho adalah jenis hibrid untuk tanah pamah, berumur pendek, umbisi besar, tempoh kutip hasil 45 hari selepas ditanam, panjang umbisi 25 cm dan kulit dan isinya halus. Dari segi kesesuaian iklim dan  kesesuaian tanah didapati Lobak putih tumbuh sumber di kawasan beriklim lembap dan sederhana sejuk pada altitud tinggi. Ia telah dapat menyesuaikan diri untuk hidup di kawasan panas. Ia memerlukan hujan yang banyak dan cuaca yang panas. Lobak putih boleh ditanam dalam pelbagai jenis tanah, daripada gambut hingga ke liat peroi ringan. Tanah gembur yang kaya dengan organan, mempunyai saliran yang baik dan pH 5.5-6.5 adalah paling sesuai. Aktiviti penyediaan tanah untuk tanaman lobak putih adalah penting dimana kawasan yang telah dibersihkan dibajak dan digembur sedalam 20-25 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar dan ubi. Kemudian batas berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan. Baja organan sebanyak 6 kg/batas (4 tan/hektar) digaulkan dengan tanah di atas batas sebelum menanam. Lazimnya bagi menanam lobak putih dibiakkan dengan biji benih yang ditanama terus ke atas batas. Sebelum menanam, biji benih direndam dalam air selama 4-5 jam dan dirawat dengan racun kulat seperti Thiram. Sebanyak 1.5 kg biji benih diperlukan untuk seluas satu hektar. Biji benih ditabur ke atas batas dalam alur yang dibuat melintangi batas dan ditumbuskan dengan tanah. Jarak antara alur adalah 25 cm. Apabila biji benih bercambah 3 minggu selepas menanam, penjarangan dibuat mengikut jarak tanaman yang disyorkan iaitu 25 cm x 10 cm.

Penanaman lobak putih diatas batas dilakukan dengan jarak tanaman yang disyorkan iaitu 15 cm antara pokok dan 20 cm antara baris. Pastikan menggunakan benih yang sihat dan kadar percambahan yang tinggi. Tanaman lobak putih perlukan air yang mencukupi dan sebaiknya ia perlu disiram sebanyak 1-2 kali sehari sekiranya tiada hujan. Cara membekalkan air sama ada cara manual atau sistem pengairan renjis. Kawasan rumpai bagi tanaman jenis umbisi adalah penting dimana jika tidak dikawal maka tanaman ini akan terjejas pertumbuhannya. Lazimnya pada peringkat awal penanaman maka petani akan menggunakan racun Alachlor atau Atrazine pada kadar 4 liter/hektar. Kemudian kawalan rumpai dilakukan secara manual sebanyak 2 kali sepanjang umur pokok. Racun paraquat boleh digunakan di keliling batas dan parit sahaja kerana ia menjejaskan pokok lobak putih jika terkena. Penggunaan racun ini perlu dikawal dan kalau boleh ia dielakkan kerana lonak putih adalah tanaman umbisi yang mampu menyerap racun dalam tanah. Penanaman lobak putih dalam pasu disekeliling rumah kini menjadi satu hobi ramai orang terutama warga kota. Ia mudah ditanam dan dijaga kerana jumlah sedikit senang dipantau.

Dalam kawasan rumah anda boleh menanam lobak putih dalam pasu dengan mudah (Sila lihat foto disebelah). Pastikan untuk menggunakan pasu besar dengan media yang sesuai untuk ditanam lobakk putih. Letakkan pasu dikawasan yang dapat cahaya metahari sepenohnya bagi oertumbuhan yang baik. Walau pun tanaman ini mudah ditanam, terdapat beberapa jenis serangga dan penyakit yang harus diketahui dan kaedah mengawalnya. Pertama adalah beberapa jenis serangga seperti ulat. Kawalan Serangga  perlu dibuat awal-awal lagi dan penyemburan racun harus dihentikan 2 minggu sebelum memungut hasil. Diantara musuh dan penyakit yang biasa menyerang ialah seperti Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon) yang memakan daun lobak dan kawalan dengan menyembur racun Deltamethrin (Decis) atau Dimethoate (Rogor 40). Kumbang Kutu (Phyllotreta sinuata) pula menyerang bahagian pkok yang boleh dikawal dengan menyembur dengan Diazinon (Rasudin) atau Deltamethrin (Decis). Serangga lain yang mungkin menyeran lobak putih seperti Ulat Pucuk (Hellula undalis) yang juga makan daun lobak putih dan dikawal dengan semburan racun Profenofos (Selecron 500 EC). Lobak putih kadang-kadang diserang 2 jenia penyakit iaitu Penyakit Reput Berair (disebabkan oleh kulat Erwinia carotovora) yang menyebabkn pangkal umbisi busuk dan dikawal dengan mengamalkan tanaman giliran. Sebaiknya pokok diserang mesti dicabut dan musnahkan pokok yang berpenyakit. Penyakit kedua adalah Penyakit dinamakan Antraknos (Colletotrichum capsici) dimana cara kawalan adalah dengan memusnahkan pokok berpenyakit. Gunakan biji benih yang sihat. Amalkan tanaman giliran, kawalan rumpai dan saliran yang baik. Sembur racun Copper oxychloride. Semuga artikel ini membantu anda menanam lobak putih dirumah atau dikebun. Wasallam!.

LOBAK PUTIH... UMBISI JENISNYA...
MUDAH DITANAM... DIMANA-MANA...
BIJI BENIH BAIK.. SEMAI SAHAJA...
LOBAK DITUAI... SELAMAT MERASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 120, Hotel Brinchang,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(26 RabiulAkhir 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...