Support My Blog

Friday, April 17, 2015

MESIN PEMPROSESAN MAKANAN (Part 3)


MESIN PEMPROSES MAKANAN yang direkacipta oleh penyelidik dan fabrikator tempatan kini telah diperkenalkan kepada usahawan Industri Asas Tani. Beberapa ciptaan dan fabrikasi membolehkan mesin ini mempercepatkan proses membuat produk dengan lebih cekap dan berkualiti. Industri Asas Tani di Malaysia melibatkan seramai lebih 1,500 orang ushawan yang berdaftar dengan MOA dimana usahawan ini kebanyakannya dibawah Industri Kekil dan Sederhana (IKS). Pada masa ini ppengeluaran produk IAT menghasilkan nilai beratus juta ringgit setiap tahun. Kebanyakan produk proses dahulu dilakukan secara manual atau tradisional. Teknologi automasi dan mekanisasi pemprosesan makanan telah dimulakan secara berperingkat menggunakan ciptaan baru atau modifikasi mesin lain yang diimport dari luar negara. Antara beberapa mesin dan peralatan yang telah ada dijual dipasaran seperti Alat Pengasing Biji Durian, Alat Pencetak Kuih Deram, Alat Pengelim Kuih Karipap, Alat Pembentuk Roti Jala, Alat Pengelim Kuih Karipap, Mesin Memanggang Sate, Mesin Penyucuk Sate, Mesin Mini Murtabak, Mesin Pencetak  Kuih Ros dan Mesin Pembuat Rempeyek. Seterusnya adalah mesin seperti Mesin Pemproses Minima Buah Nenas, Mesin Pengekatrak Jus Buah-buahan, Mesin Mengasing Biji Rambutan, Alat Pembuka Buah Durian Mudahalih dan  Alat Pembuka Buah Manggis.Termasuk dalam senarai adalah Mesin Pembentuk Kelapa Muda. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa mesin dan peralatan untuk pemprosesan agro makanan bagi rujukan ini.  

11)  MESIN PROSES MINIMA BUAH NENAS
Mesin Pemproses Minima Buah Nenas merupakan sejenis mesin yang mampu untuk memproses buah nenas segar untuk pasaran domestik dan juga eksport. Mesin ini mampu untuk memotong pangkal dan jambul buah nenas dan seterusnya akan membuang bahagian empulur dan mengupas kulit biji nenas (Sila lihat foto diatas). Buah Segar diletakkan diatas bekas dan dibuang bahagian yang tidak dikehendakki sehingga ia boleh menghiris mengikut ukuran dikehendakki. Mesin ini beroperasi secara berterusan dengan seorang pekerja berkapasiti pada kadar 300 biji sejam. Istimewa mesin ini kerana ia boleh memotong buah mengikut bentuk yang dikehendaki, seragam dan cepat. Mesin ini juga amat mudah dikendalikan dan dibersihkan.



12)  MESIN PENGEKSTRAK JUS BUAH-BUAHAN
Buah-buahan boleh dimakan segar atau diproses menjadi pelbagai produk termasuk untuk dijadikan jus. Walau pun industri mengekstrak buah-buahan tropika di Malaysia kurang menonjol, tetapi terdapat beberapa produk jus tempatan yang diekatrak menjadi jus seperti Jambu Batu Merah Jambu (Pink Guava), Jus Nenas, Jus Mangga dan beberapa lagi. Kini terdapat sejenis mesin untuk mengekstrak jus buah-buahan seperti untu limau kasturi, limau madu dan dokong yang kecil untuk digunakan (Sila lihat foto disebelah). Mesin ini dicipta oleh penyelidik tempatan dengan kapasiti 1,500 kg buah dalam sehari. 


13)  MESIN MENGASING BIJI RAMBUTAN
Buah Rambutan (Nephellium lappaceum) merupakan buah tropika yang ditanam untuk dimakan segar dan kini ia boleh diproses. Terdapat seluas 23,450 hektar CHE tanaman rambutan di Malaysia dengan pengeluaran melebihi 80,000 mt setahun. Buah Rambutan kini tidak banyak yang diproses sebagaimana apa yang dilakukan di Thailand iaitu mereka merupakan pengeksport terbesar rambutan dalam tin di dunia. Kini telah ada mesin untuk mengasing Biji Rambutan dimana ia boleh dimasukkan isi rambutan dalam tin. Mesin ini akan mememudahkan proses mengasing biji dari isinya dan kulit dari buah rambutan. Mesin ini berkapasiti sehingga sebanyak 700 biji buah rambutan sejam.


14)  MESIN PEMBUKA DURIAN MUDAHALIH
Alat Pembuka Buah Durian telah banyak dicipta oleh banyak pihak. Saya pernah melihat banyak alat pembuka durian semasa Pesta Buah-buahan di Thailand pada tahun 2012 daripada yang simpel sehingga yang komplikated dan moden. Bagaimana pun beberapa alat yang mudahalih dan muran sering menjadi pilihan petani dan penjual durian. Kini telah diperkenalkan satu Alat Pembuka Durian Mudah alih pada aras meja dengan penggunaan tenaga kurang dan menghasilkan kualiti produk yang tinggi (Sila lihat foto disebelah). Alat ini dengan kapasiti sebanyak 200-300 biji durian sejam dicipta oleh penyelidik tempatan. Ia menggunakan konsep sudut lengan mampatan yang bersaiz kecil dan sesuai untuk kegunaan diatas meja. Ia boleh digunakan dengan posisi mendatar atau pun menegak iaitu mengikut kesesuaian pengguna.



15)  ALAT PEMBUKA BUAH MANGGIS
Buah Manggis (Garcinia mangostana) merupakan buah yang semakin popular masa kini. Manggis adalah jenis buah dimakan segar sama seperti buah Mesta. Lazimnya kulit manggis akan dipusing atau ditekan dengan tangan untuk membukanya yang menyebabkan kulit pecah dan ada kekotoran pada tangan. Jika terkena baju maka ia akan merubah warna baju yang susah untuk dibersihkan. Kini telah dicipta alat untuk membuka atau mengupas buah manggis (Sila lihat foto disebelah). Alat ini simpel dan mudah digunakan yang membuka manggis dengan bersih dan kemas. Ia mempunyai kapasiti sekitar antara 500-600 biji sejam dengan seorang operator sahaja.


16) ALAT PEMBENTUK KELAPA MUDA
Kelapa Muda kini dijadikan produk untuk air minuman yang segar dan berkhasiat. Buah Kelapa (Cocos nucifera) juga merupakan buah yang dipetik muda untuk airnya dan dipetik tua untuk produk lain seperti santan, kerisek dan produk proses lain. Buah kelapa muda yang bulat berwarna hijau perlu dibuang kulitnya dan dibentuk untuk dijual dengan harga premium. Kini terdapat beberapa mesin membentuk buah kelapa muda dipasaran yang boleh dibeli. MARDI bagaimana pun mempaparkan sejenis alat seumpamanya dengan kapasiti 2 biji seminit berbanding dengan cara tradisional mengambil masai 1 biji seminit. Kini bentuk produk akhir kelapa adalah Bentuk Hexagonal dan kontur yang seragam bserbanding buatan dengan tangan yang tidak seragam bergantung kepada kemahiran   pekerja. Mesin ini mudah dikendalikan (Sila lihat foto disebelah) dan ia selamat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog ini. Wasallam!.

PERLU ADA....MESIN DICIPTA...
MAMBANTU...USAHAWAN KITA...
MAHU BELI ...DIJUAL DIMANA...
TEKNOLOGI INI...KITA BANGGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1016, Riverside Majestic Hotel,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(19 JmadilAkhir 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...