Support My Blog

Thursday, April 2, 2015

NELSON - JAGUNG CAWAN



JAGUNG CAWAN NELSON merupakan satu jenama produk jagung manis yang popular di Malaysia (Cup Corn). Ia mudah idbeli daripada banyak lokasi strategik terutama dikawasan RnR dan Pasaraya di seluruh Malaysia. Penulis juga merupakan seorang pelanggan jagung jenama ini ketika berkesempatan membelinya. Produk ini menjadi pilihan ramai tidak mengira kaum, umurm], jantina dan juga dari pelbagai latarbelakang. Penulis juga sempat meninjau beberapa petani di sekitar Perak, Johor dan Selangor yang mendakwa mempunyai 'contract farming ' dengan syarikat ini dalam membekalkan jagung manis. Penulis membuat beberapa rujukkan mengenai laporan akhbar mengenai jenama jangung manis ini yang telah berjay. Diantara francaisor yang benar-benar menepati label `Buatan Malaysia sepenuhnya' ialah Nelson's Franchise (M) Sdn. Bhd. yang dulunya syarikat ini dikenali sebagai KTT Product Corporation Sdn. Bhd. atau lebih dikenali dengan jenama Nelson's yang menjual jagung manis dalam cawan. Ini kerana sehingga kini, syarikat yang beribu pejabat di Shah Alam itu memiliki lebih 122 cawangan di seluruh negara. Ia terdiri daripada 20 cawangan francaisi tempatan dan 3 francaisi di luar negara iaitu Brunei (2), Arab Saudi (50), Kuwait (40), Indonesia (15) dan selebihnya dimiliki sepenuhnya oleh KTT Product Corporation Sdn. Bhd. sendiri. Paling istimewa, Nelson's juga memiliki dua buah kilang pemprosesan jagung di Perak dan Kota Kinabalu yang juga mengeksport jagung manis ke semua kedai francaisnya di luar negara. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai produk jagung manis seperti dilaporkan dalam Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Nelson Kwok Teng Toong berkata, aspek unik yang dimiliki syarikatnya ialah faktor penanam jagung manis yang menjadi pembekalnya. Benih jagung manis ini adalah jenis istimewa. Bukan sebarang jagung yang boleh dijadikan makanan yang menepati ciri jagung manis. Dalam erti kata lain, kami juga mendokong kemajuan para petani sebagai pembeli tetap untuk memenuhi keperluan bekalan rangkaian perniagaan kami. Kwok memulakan perniagaannya lebih 17 tahun lalu sebelum mengorak langkah untuk melebarkan lagi rangkaian kedainya di Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks Jaya pada tahun 1985. Kwok membuka kedai francais pertamanya pada akhir 1995 di Pulau Pinang. Pada 1997, Nelson's menerima Anugerah Francaisor Harapan 1997 oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA). Syarikat seterusnya meraih dua anugerah utama pada 1999 iaitu Francaisor Terbaik 1998 dan Francais Tempatan Terbaik. Dua francaisinya iaitu masing-masing dari Alor Star menerima Anugerah Francaisi Terbaik 2000 dan Sarawak pada tahun berikutnya. Pada 10 April lalu, Nelson's memperkenalkan inovasi syarikatnya iaitu konsep gerai siap pasang di Plaza Uncang Emas UE3 di Cheras. Ini adalah konsep francais terbaru kami yang hanya memerlukan ruang minimum seluas 64 kaki persegi sahaja. Menurutnya lagi, gerai berukuran lapan kaki kali 8 kaki itu boleh diperoleh menerusi pakej francais RM50,000 yang merangkumi yuran francais selama lima tahun, penyediaan peralatan dan juga latihan.

Walaupun produk utama Nelson's yang paling popular ialah jagung dalam cawan, ia telah mempelbagaikan pilihan makanan seperti ais krim jagung potong, ice blended smoothie, corny fish stick dan sebagainya. Projek seterusnya yang dimulakan oleh kumpulan syarikat-syarikat Nelson's ialah Nelson's Net Cafe dengan lima kedai di Lembah Klang. Konsepnya ialah sama seperti siber kafe tetapi kami menambah ruang jualan produk makanan Nelson's yang boleh dinikmati oleh pelanggan sambil melayari Internet. Tahun ini, kami meletakkan sasaran untuk membuka 20 lagi kedai Nelson's Net Cafe di seluruh negara. Bakal-bakal francaisi tidak perlu bimbang kerana perniagaan jagung dalam cawan Nelson's telah terbukti berjaya sebagai sebuah jenama bukan saja di dalam negara tetapi juga sehingga ke Asia Barat. Dalam konteks mencari bakal francaisi, kami kini menggunakan pendekatan lebih teliti dan paling penting ialah jika mereka berfikir hendak menjalankan perniagaan sekadar untuk mengisi masa lapang atau secara sambilan, kita tidak dapat layan. Kebanyakan kedai atau gerai Nelson's terletak di pusat-pusat membeli-belah. Maka francaisi mesti bijak menyusun strategi perniagaan dan mengurus terutama pada waktu-waktu pelanggan kurang berkunjung ke pusat membeli-belah itu. Nelson's memberi latihan perniagaan dan juga bimbingan sewajarnya kepada bakal-bakal francaisi yang memerlukan pinjaman modal daripada institusi kewangan. Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Pengurus Francais Nelson's, Yusri Ahmad di 7, Jalan Penyelenggara U1/77, Taman Perindustrian Batu Tiga, 40150, Shah Alam, Selangor atau menelefon 03-55128228 atau emel: franchise@ nelsons. com.my atau melayari laman web www.nelsons.com.my.



LAPORAN AKHBAR
Pelopor jual jagung dalam cawan


PADA suatu petang, ketika Nelson sedang menguruskan kedai permainan kanak-kanak miliknya di Asia Jaya, Petaling Jaya, Selangor, dia didatangi seorang lelaki. Lelaki itu membawa sebuah bakul penuh berisi jagung. Perkenalan spontan itu memberi ruang kepada lelaki itu meluahkan kesukarannya memasarkan jagung yang ditanamnya. Tanpa berfikir panjang, Nelson terus membeli beberapa tongkol jagung daripada lelaki itu lalu membawa pulang ke rumah. Malam itu, Nelson sekeluarga menikmati jagung kukus yang dibelinya pada siang tadi. Kelembutan dan kemanisan jagung itu memikat hati Nelson. Dia bertemu semula penjual jagung itu dan bersetuju melantik lelaki tersebut sebagai pembekal utama jagung. Peristiwa itu berlaku pada awal tahun 1980-an. Nelson kemudiannya membuka gerai kecil di hadapan kedai permainannya untuk menjual jagung. Tidak memakan masa yang panjang, jagung Nelson mempunyai pengikut setia, malah hasil jualan makanan itu lebih laris berbanding perniagaan permainan kanak-kanak. Tiga tahun kemudian, Nelson mengubah keutamaan bisnesnya daripada kedai permainan kepada gerai jagung. Sambutan menggalakkan jagung tersebut mendorong Nelson, 57, atau Datuk Nelson Kwok Teng Toong membawa bisnes kecilnya ke dalam sebuah pasar raya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Tahun 1985 menjadi permulaan kepada pengenalan jenama Nelson Corn (jagung manis) di Jaya Supermarket. Hari pertama operasi sahaja, sudah ramai orang beratur. Waktu itu saya dan isteri yang berniaga. Jagung dikukus mengikut pesanan pelanggan dan saya masih ingat bekalan jagung tidak cukup untuk menampung permintaan orang ramai. Ketika itu jagung masih dijual mengikut tongkol. Satu tongkol berharga RM1.20 dan ia boleh terjual sebanyak 1,000 tongkol sehari. Hujung minggu jagung mesti habis dijual," kenang Nelson ketika ditemui Kosmo!.

Ladang sendiri
Lapan tahun beroperasi di Jaya Supermarket, Nelson yakin sudah tiba masa untuk mengembangkan perniagaannya ke negeri lain. Dilema tercetus apabila masalah ketahanan jagung mengekang kelancaran pembukaan cawangan baharu. Tanpa ladang sendiri, Nelson bergantung sepenuhnya kepada pembekal yang terdiri daripada petani-petani kontrak. Jagung yang dibawa ke luar Selangor mengecut dengan pantas dan membuatkan rasa aslinya hilang. NELSON membuktikan bahawa bisnes jagung mempunyai potensi yang luar biasa (Sila anda lihat foto disebelah). Keuntungan perniagaan merosot dan hal tersebut menggugat keselesaan Nelson. Mujur anak kedua daripada empat adik-beradik itu mampu menyelamatkan perniagaan tersebut daripada tersungkur. Program penyelidikan dan pembangunan dilaksanakan bagi mencari penyelesaian terhadap isu ketahanan jagung. Solusi terbaik ditemui. Maka teknik pengasingan biji jagung daripada tongkol digunakan. Biji-biji jagung itu kemudiannya disejuk beku untuk dihantar ke cawangan Nelson di luar kawasan Lembah Klang. Sejak itu, terciptalah budaya memakan jagung di dalam cawan. Percaya atau tidak, Nelson Corn ialah perusahaan makanan ringan berasaskan jagung pertama di dunia menggunakan pendekatan sedemikian.

Pulau Pinang menjadi cawangan pertama selepas Jaya Supermarket. Ia diikuti dengan pembukaan Nelson Corn di Kompleks PKNS, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. Menerusi program francais, Nelson kemudiannya telah menyenaraikan Nelson Corn sebagai sebuah perusahaan francais di Malaysia. Hari ini, selepas 28 tahun bergelumang dengan jagung, jenama Nelson Corn telah berkembang di 16 buah negara dengan jumlah kedai melebihi 800 buah dan dijangka akan terus bertambah. "Nelson Corn juga berjaya dibawa masuk ke Mesir dan Vietnam. Saya tidak menyangka perniagaan ini mampu berkembang dengan jayanya selepas memperkenalkan jenama ini di Indonesia pada tahun 1998. "Penerimaan positif membuatkan saya lebih berani untuk meluaskan empayar Nelson Corn. Arab Saudi menjadi destinasi luar negara kedua dan sekarang ia telah memiliki lebih 400 cawangan di sana," kongsi Nelson yang juga membuka cawangan di Tanah Suci Mekah.

Baka jagung
Seiring perkembangan perniagaannya, Nelson turut membuat keputusan untuk memiliki ladang jagung sendiri. Empat tahun lalu, ladang jagung berkeluasan 97 hektar di Chemor, Perak dijadikan pusat penanaman dan pemprosesan utama Nelson Corn. Jagung gred N28 hasil penyelidikan khusus digunakan bagi memastikan setiap produk keluaran Nelson Corn terjamin kualitinya. Malah bekalan jagung daripada kira-kira 161 hektar ladang petani kontrak turut disyaratkan menggunakan baka jagung yang sama. Dalam tempoh tiga dekad mengabdikan diri dalam bisnes jagung, Nelson berjaya mengangkat produk Malaysia ke mata dunia. Kawalan piawaian tersebut membolehkan setiap jagung yang dieksport ke cawangan luar negara tidak mempunyai perbezaan dari segi kualiti dan rasa. Kalau anda ke luar negara dan mencuba jagung Nelson di negara tersebut, anda pasti merasai keenakan yang sama. Semua cawangan di luar negara menggunakan jagung yang dibekalkan dari Malaysia. Ia membolehkan pelanggan membezakan kualiti jagung Nelson berbanding jenama lain. Saya mahu mengekalkan keseragaman ini sampai bila-bila," jelas Nelson. Menyedari masalah golongan petani di Malaysia yang berdepan kesukaran memasarkan hasil tanaman mereka, Nelson mewujudkan program bantuan dengan nama Balik Kampung Tanam Jagung. Mungkin ia kedengaran lucu kerana frasa itu sering merujuk kepada jenaka sinis terhadap individu yang gagal dalam sesuatu pekerjaan. Nelson cuba membuktikan kebenaran di sebalik kenyataan itu dan mahu petani sedar bahawa menceburi bidang pertanian dan perladangan mampu menjana pendapatan yang menguntungkan. Di bawah program tersebut, Nelson menggalakkan petani-petani untuk menanam jagung N28 dan akan membeli semula hasil tanaman mereka untuk diproses menjadi produk-produk Nelson Corn.

Pemandu van
Menyelak layar hidup Nelson, menemukan rentetan kisah yang menarik. Sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan, Nelson yang menamatkan pengajian setakat tingkatan enam pernah berkhidmat sebagai pemandu van. Selama empat tahun, dia membawa dan menghantar bekalan air kacang soya dari kilang pembekal ke pasar raya dan kedai-kedai runcit. Selepas itu, Nelson beralih profesion menjadi kerani sebelum memutuskan untuk membuka kedai permainan kanak-kanak. Meskipun bapanya seorang pemborong ikan masin dan ikan bilis, tidak pernah sekali dia dipanggil bagi menguruskan perniagaan keluarga tersebut. Bapa Nelson mahu anak-anaknya belajar berdikari dan merasai pengalaman bekerja dari bawah sebelum bercadang menguruskan perniagaan sendiri. Demikian laporan bagaimana jagung manis telah dikomersilkan oleh usahawan yang berjaya memertabatkan sektor pertanian. Wasallam!.

JAGUNG MANIS... NELSON JENAMA...
ADA DIJUAL... PREMIS DIMANA SAJA...
RASA ENAK... HARGA SEDERHANA...
ADA UNTUNG... SYARIKAT BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Jagung,
Kg Solok, Tangkak,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...