Support My Blog

Saturday, October 31, 2015

AUR DENGAN TEBING

AUR atau BULUH atau Bamboo adalah tumbuhan daripada keluarga Poaceae yang diketagorikan sebagai tumbuhan rumpai (weeds plants) yang merupakan sejenis tumbuhan ang paling cepat tumbuh (fastest growing plants) didunia. Tumbuhan aur atau rumpun buloh di Malaysia memang tidak asing kerana ia selalu tumbuh secara semulajadi terutama dikawasan kampong yang mempunyai kawasan sungai dan tanah agak lembab. Orang dulu-dulu amat rapat dengan tumbuhan serbaguna ini yang menjadi sebahagian daripada tumbuhan yang digunakan dalam pelbagai fungsi untuk kehidupan harian. Maka ia telah dijadikan satu peribahasa Malayu yang popular iaitu "Bagai Aur dengan tebing"  yang memberikan makna 'Hubungan yang rapat antara satu dengan lain dan saling bantu membantu' dalam masyarakat kita. Perkara ini dijadikan satu norma atau adat yang perlu diamalkan oleh masarakat kita di Malaysia sama ada dikampong, dibandar, dipejabat atau dimana sahaja komuniti berada. Pemilihan pokok aur mendapat tempat dikalangan ahli-ahli bahasa kita bilamana mereka melihat pokok aur yang berada ditebing sungai berfungsi sebagai tumbuhan yang mampu untuk menghalang hakisan tanah dari tebing sungai. Ini disebabkan pokok aur yang tumbuh mempunyai sistem pengakaran yang kukuh disekitar rumpunnya. Rumpun aur ini kukuh sehingga aliran air sungai yang deras tidak mampu menghakiskan larian tanah tebing yang ada rumpun buluh. Kawasan sungai bertebing yang tiada pohon buluh lazimnya akan terhakis apa lagi kalau ia berada dikawasan selekoh sungai. Oleh itu keujudan rumpun buluh ditebing sungai juga membolehkan kelestarian (sustainablility) dalam suatu ekosistem sungai semulajadi dimana ia juga memberikan banyak kebaikan kepada hidupan lain. Artikel petang Ahad ini sambil penulis menonton TV1 iaitu Perlumbaan Grand Prix Petronas Motocup Racing Pusingan ke 10 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu peribahasa 'Seperti aur dengan tebing' dan kaitannya dalam bidang pertanian serta ekosistem tempatan untuk rujukkan.


Terdapat banak jenis buloh atau pokok aur yang tumbuh didunia ini dengan sekitar 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Industri buloh ini amat popular terutama di negara jiran Indonesia dimana kebanyakan pusat perlancongan mereka akan dihiasi dengan produk berasaskan buloh. Di Filipina terdapat satu Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Buluh yang menjalankan kajian tumbuhan ini. Rebung Buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok untuk dijadikan makanan sayuran berkhasiat. Rebung Buluh keluar dipermukaan tanah untuk ia terus membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan diperdu pokok buloh. Persoalannya adakah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Ia adalah satu perkara subjektif yang perlu dibuat kajian dalam negara. Bagaimana buloh atau aur yang tumbuh ditebing sungai ini boleh dapat dimanafaatkan dalam masyarakat?. Dalam saya membuat tinjauan peribadi, ada juga mendapati belum beberapa buah kertaskerja khusus untuk aktiviti menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Peribahasa seperti aur dengan tebing bagaimana pun sering dijadikan panduan kepada pakar landskap dalam mencantikkan kawasan taman bunga dan pesidir sungai atau tebing sungai agar ia cantik, menahan hakisan dan juga dapat dituai hasilnya untuk tujuan diproses menjadi hasil kraftangan.


Terdapat beberapa jenis buluh tumbuh di Malaysia dimana antara aur yang paling banyak terdapat dikawasan tebing sungai. Anda boleh baca artikel tulisan saya mengenai buluh (Sila klik disini), (Sila Klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Ada jenis buluh yang digunakan dimana ia juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan juga jenis Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Buloh Betong adalah ang paling terkenal dikalangan masyarakat kerana ia telah dijadikan tajuk filem melayu yang popular ieitu "Anak Buloh Betong" yang telah ditayangkan berkali-kali di TV tempatan. Pokok Buloh Betong dikatakan antara jenis buloh yang mempunyai batang besar dan sering tumbuh ditebing sungai. Ia mampu menghasilkan REBUNG yang besar dan pada penulis buluh ini antara jenis buloh yang menghasilkan rebung paling enak dan manis. Anda boleh menbaca lebih daro 10 artikel saya tulis mengenai buluh dalam blog ini untuk dijadikan rujukkan. Sila baca sebahagian artikel tersebut dengan (Sila Klik disini), (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan (Sila klik Disini). Penulis juga ada kini menanam serumpun Buloh Rebung Madu atau sebenarnya Buloh Padu didepan rumah di Putrajaya untuk diambil rebungnya. Memang ada keluaran rebung buluh yang ditanam ini tetapi ia juga mengikut cuaca. 


'Seperti Aur Dengan Tebing' adalah satu daripada peribahasa yang diajar kepada murid sekolah sehingga kini. Ia memberi makna perlunya muafakat dan saling bantu membantu dikalangan semua orang sepertimana akar rumpun buloh membantu tebing sungai agar tidak runtuh akibat hakisan air (Sila lihat foto disebelah). Kebenarannya memang ujud dimana tebing sungai yang ada pokok buloh tidak akan terhakis walau pun berlaku banjir besar dan laluan air deras. Rumpun buloh ini juga memang memberikan naungan kepada tanah dan permukaan air dalam sungai dimana ianya meberikan rasa nyaman kepada organisma lain seperti cacing dalam tanah, serangga halus dipangkal pokok, ikan dalam sungai dan sebagainya. Akar buloh pada tebing sungai juga kukuh dengan gumpalan ang kuat dan tidak boleh dihakiskan dengan mudah oleh aliran air. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
SEPERTI AUR... DENGAN TEBING...
TEPI SUNGAI... KAWASAN GENTING...
BANYAK JENIS...IA BUKAN ASING...
ARTIKEL DITULIS...HOBI SEIRING...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilaah Persekutuan,
Malaysia
(5 Muharam 1437)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...