Support My Blog

Sunday, October 11, 2015

POKOK SEMAMBU - BANYAK GUNANYA



POKOK NEEM atau Pokok Semambu (Azadirachta indica) adalah tumbuhan iaitu pokok hijau berdaun lebat dengan mempunyai banyak cabang dan daun yang merimbun. Pokok ini mengeluarkan batang berdahan yang mempunyai helaian-helaian daun dimana setiap daun matang berwarna hijau gelap yang sama. Pokok ini akan mengeluarkan bunga putih kecil di hujung ranting apabila cukup matang (Sila lihat foto diatas). Apa yang seronok melihat pokok ini adalah dimana ia mengeluarkan buah berukuran 1.2 -1.8 cm panjang berwarna hijau atau kuning dan setiap satunya berbiji. Pokok ini boleh membesar sehingga 10v- 10.5 meter tinggi dengan lilitan batang pokok berukuran lebih kurang 2 - 3 meters apabila cukup membesar. Batangnya keras dan apabila diuji didapati seakan bertonik dengan rasa pahit dimana ia amat memberi kesan memberangsangkan. Kulit akar mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kulit batang. Bijinya mempunyai bahan minyak dimana ia ada banyak kegunaan dikenali sebagai Minyak Neem. Minyak ini dianggap bernilai kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk sebagai bahan penting dalam kawalan serangga perosak tanaman. Antara elemen yang pahit yang diasingkan dari minyaknya dinamakan sebagai ‘Nimbin’, ‘Nimbinin’ dan ‘Ninbidin’ iaiitu bahan aktif yang penting didalamnya. Elemen aktif utama yang diasingkan iaitu bahan ‘Nimbidin’ mengandungi bahan iaitu Sulfur. Bahagian bunganya menghasilkan bahan iaitu Glukosid, Nimbosterin dan minyak kegunaan yang berbau sangat menusuk hidung. Sementara itu bahan Nimbosterol nimbecetin dan Asid fatty juga terkandung dalam bahagian bunga pokok Semambu. Bunganya yang juga mengandungi bahan yang pahit dan minyak pahit perengsa. Buah neem juga mengandungi bahan yang pahit iaitu bahan utama menghasilkan nimbin, nimbinin, nimbidin dan minyak kegunaan. Pokok neem mudah ditanam dan tidak ada masaalah serangan serangga perosak. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok neem atau pokok Semambu dan beberapa perkara mengenai kegunaan dan khasiatnya untuk bacaan anda.

Banyak kajian dan penyelidikan dilakukan pada tumbuhan ini sejak dulu. Banyak penulisan megenai kegunaan dan khasiat daripada pokok Semambu atau pokok neem atau pokok Margosa. Pokok ini juga dianggap sebagai pembersih udara dan mencegah dari penyakit demam Malaria dan kolera. Kaedah minum air rebusan daun segarnya adalah merupakan tonik sayuran pahit dan alternatif penting bagi mengubati demam malaria yang kronik disebabkan tindak balasnya keatas organ hati. Memang mereka yang berani dan tahan pahit sahaja mampu mengambilnya. Ini kerana rasa pahit akan menjadi ubat seperti peribahasa 'Yang Pahit Itu UBAT'. Ianya hendaklah diambil dengan kadar 15 - 60 grams ketika membuat persediaan untuk minuman. Dakwaan seterusnya adalah dimana daun neems boleh digunakan atau disapu dibahagian luaran. Ia didakwa sangat berkesan kepada penyakit kulit terutamanya bisul, ulser kronik, letusan cacar (smallpox), kudis sifilis, bengkak kelenjar dan juga merawat kejadian luka. Ianya boleh digunakan secara menuam, secara rebusan atau sapuan terus kepada bahagian yang bermasaalah. Jika anda menggunakan 3 grams kulit kayu pokok semambu iaitu diambil bahagian dalam dengan dicampur 6 grams gula kelapa atau kabung setiap pagi sangat berkesan untuk mengubati penyakit buasir. Sementara itu untuk mengatasi buasir berdarah sebaiknya diambil 3 - 4 biji buah Semambu boleh dicampur dengan air suam dan diminum untuk rawatan.

Bahan daun daripada tumbuhan ini sesuai dijadikan Salap (oinment) yang disediakan dari daun sangat berguna untuk mengubati ulser dan luka. Salap ini disediakan dengan menggoreng 50 grams daun Semambu dan bersama dengan 50 grams minyak sapi dan melenyek campuran tersebut dengan baik sehingga salap diperolehi dengan sekata atau sebati. Pes yang disediakan dari kulit kayu nya dengan menggosoknya didalam air juga boleh digunakan untuk menggubati luka pada anggota badan.  Air dari pokok neem mampu merawat penyakit kusta apabila ia diambil dengan kadar 60 gram setiap hari. Sekaligus badan pesakit di urut dengan air dari pokok ini. Cara ini diteruskan untuk selama 40 hari berterusan tanpa henti. Jika air dari pokok ini tidak boleh didapati memadai dengan mengambil sebanyak 12 gram daunnya dan 3 decigram lada hitam ditumbuk bersama dengan air dan dimakan mengikut kesesuaian. Amalan untuk membasuh rambut dengan air rebusan daun Semambu akan dapat menghalang rambut dari gugur atau hilang. Ianya bukan sahaja dapat mengelakkan rambut dari gugur malah ianya membantu penumbuhan rambut baru. Penggunaan minyak Semambu atau neem ini juga dapat menghapuskan akan masaalah serangga dan kutu dikepala.

Ada dakwaan pengamal perubatan dimana Pokok Neem juga berguna pada penyakit mata. Apabila dilakukan penitiskan jus daun neem kepada mata setiap malam didapati ia sangat beri kesan untuk mengubati penyakit buta waktu malam. Daun neem hendaklah ditumbuk sehinggal halus dan dicampurkan dengan air. Jus tersebut dikeluarkan dengan memerah nya melalui kain yang bersih and dititiskan kedalam mata dengan menggunakan rod penitis mata.  Jus Neem boleh dikeluarkan dengan menggosok beberapa helai daunnya dengan sedikit air dan diperah dengan kain yang bersih sangat berguna untuk mengubati sakit pada mata akibat konjunktivitis. Ianya disuamkan dan dititiskan beberapa titis kedalam telinga bertentangan dengan mata yang sakit untuk melegakan kesakitan. Mata akan menjadi baik setelah diulangi beberapa kali. Kegunaan lain daripada pokok neem didakwa untuk membersih gigi selalu dengan kayu ranting neem dapat mengelakkan dari penyakit gusi. Ia mengukuhkan gigi yang longgar, melegakan sakit gigi, menghilangkan bau busuk dan melindungi mulut dari pelbagai jangkitan. Begitulah hebatnya kegunaan pokok neem atau pokok semambu yang kurang diketahui umum. Ia ada lagi info....yang saya akan sambung.

Tanaman Semambu adalah didakwa sangat berguna semasa bersalin. Penggunaan jus daun neem/margosa kepada wanita yang hendak bersalin sebelum kelahiran dapat mengwujudkan kontraksi normal pada rahim dan dapat menggelakkan kemungkinan keradangan. Ia juga membantu membetulkan pergerakkan perut dan mengawal demam dan dengan itu membantu bersalin secara normal. Menggunakan air suam rebusan daun neem untuk membasuh faraj dapat membantu menyembuhkan luka akibat dari bersalin dan menggelakkan jangkitan dalam lorong faraj. Pokok neem atau Semambu juga adalah pemusnah serangga yang kuat untuk membunuh nematod tanah dan parasit tumbuh-tumbuhan yang lain. Seterusnya kegunaan pokok nem adalah dimana aktiviti fomentasi wap hasil dari rebusan daun Margosa dapat memberikan kelegaan bagi kes-kes sakit telinga. Beberapa helaian daun neem hendaklah direbus dekatkan teliga kepada wap yang keluar dari rebusan tersebut. Jus daun neem ini perlu dicampur dengan sama banyak kuantiti madu lebah amat berkesan untuk mengubati bisul didalam telinga. Jus tersebut disuamkan dahulu dan kemudian dititiskan beberapa titisan kedalam telinga. Diulangi beberapa hari akan melegakan sakit akibat bisul tersebut. Bagi kes dimana serangga memasukki telinga, jus daun neem dengan sedikit garam biasa disuamkan dan dititiskan kedalam telinga dapat membunuh serangga tersebut. Dua titisan suam kuku minyak neem kedalam telinga dua kali sehari boleh memulihkan pekak. Apa juga pun dakwaan diatas sebaiknya anda sentiasa merujuk kepada doktor perubatan moden sebagai langkah berjaga-jaga dengan kesihatan kita. Wasallam!..
POKOK NEEM...SEMAMBU SAMA...
SELALU DIPANGGIL.. MARGOSA...
BANYAK KKHASIAT,,,UNTUK DIGUNA...
BACA ARTIKEL... BARU TAHU DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bilik 113, Hotel Ridel Boutique,
Wakaf Che Yeh, Kota Bharu,
Kelantan, 
MALAYSIA.
(4 Zulkaedah 1436H)
Posting pada 11 Oktober 2015.


HARI INI ADALAH HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN PENULIS BLOG 'ANIM AGRO TECHNOLOGY'. SEMUGA DIBERIKAN KESIHATAN, KECERGASAN MINDA DAN KELAPANGAN MASA UNTUK TERUS MENULIS DALAM BLOG SEBAGAI USAHA DAN SUMBANGAN PENULIS KEPADA SEMUA. AMIN...

ULANG TAHUN KELAHIRAN KE 56!.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...