Support My Blog

Saturday, December 5, 2015

BUAH TROPIKA UTAMA

BUAH-BUAHAN TROPIKA  kini merupakan industri yang terus berkembang dengan jumlah pengeluaran seluruh dunia dianggarkan sebanyak 65 juta metrik tan pada tahun 2012 daripada hanya sekitar 63 juta metrik tan pada tahun 2010. Jumlah ini dilaporkan terus meningkat pengeluarannya pada tahun 2014 dengan sebanyak 72 juta metrik tan (Sumber: FAO Statistic, 2014). Laporan statistik oleh FAO menunjukkan pengeluaran buah-buahan tropika terus meningkat setiap tahun daripada beberapa negara pengeluar utama di Asia dan Amerika Selatan. Negara-negara membangun dilaporkan telah menyumbangkan sebanyak 98% daripada jumlah pengeluaran buah-buahan tropika dunia dan negara maju hanya menyumbangkan sebanyak 2% daripada jumlah diatas. Penulis juga mendapati dari sumber rasmi dimana sebanyak 56% daripada buah-buahan tropika kini dihasilkan oleh negara-negara di Asia Pasifik terutama dikawasan Asia Tenggara. Kawasan Amerika Latin pula menyumbangkan sebanyak 30% dan kawasan Afrika cuma menyumbangkan 11% sahaja. Kawasan Eropah, USA dan Carribean hanya menyumbang sebanyak 1% sahaja tetapi negera mereka merupakan pengeluar utama buah-buahan temperate yang sesuai dengan iklim dan cuaca. Laporan FAO juga menyatakan kebanyakan buah temperate untuk pasaran eksport adalah dihasilkan di China, USA dan Eropah seperti Buah Epal, Buah Limau, Buah Anggur dan Buah Pear. Malaysia mengimport hampir RM750 juta buah-buahan jenis temperate setahun. Dari segi eksport buah-buahan tempatan pula dianggarkan sebanyak RM80 juta dihasilkan bergantung kepada musim dan pasaran dunia. Negara-negara membangun menghasilkan 90% daripada buah-buahan tropika untuk pasaran domestik dan eksport. Antara buah tropika yang utama untuk ditanam, dieksport dan dimajukan adalah PISANG (Musa spp), MANGGA (Mangifera indica), NENAS (Ananas comossus), BETIK (Carica papaya) dan AVOCADO (Persia americana). Artikel malam Jumaat ini sambil menonton TV1 rancangan agama saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi dan pembangunan buah-buahan tropika untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Pasaran buah-buahan tropika terus berkembang dimana kini ia dijadikan satu industri yang bernilai tinggi. selain daripada buah-buahan tropika untuk dimakan segar ianya kini terus berkembang untuk menghasilkan produk proses berasaskan buah-buahan tropika. selain daripada 5 buah utama diatas, beberapa buah tropika yang dimajukan mengikut turutan adalah LIMAU (Citrus spp), DURIAN (Durio zibethinus), RAMBUTAN (Nephellium lappaceum), NANGKA (Artocarpus heterophyllus). Kajian ekonomik mengenai buah tropika yang dimajukan kini dimasukkan buah seperti LAICHI (Litchi chinensis) dan BUAH MARKISA (Passiflora endulis) dan JAMBU BATU (Psidium guava). Kesemua buah-buahan tropika ini ada yang telah mencapai tahap eksport kerana kualiti dan kuantiti yang terus bertambah baik. Laporan FAO juga melaporkan dimana kadar pertumbuhan tahunan buah tropika adalah 1.4% setahun untuk buah maggga, 1.7% untuk buah nenas, 2% untuk buah avocado dan 5.6% untuk buah Betik. Bagaimana pun penulis dapati laporan FAO juga menunjukkan buah tropika yang peling banyak ditanam dan dihasilkan adalah MANGGA diikuti oleh Buah BETIK dan Buah AVOCADO. Walau pun di Malaysia buah Avocado ini kurang popular ditanam dan dimakan, ia merupakan buah yang popular yang popular di Amerika Latin dan beberapa negara di Asia. Laporan juga menyatakan permintaan pasaran eksport buah-buahan tropika akan terus meningkat terutama untuk kawasan USA, Komuniti Eropah dan Jepun. 


Pada penulis sebenarnya terdapat berpuloh jenis buah-buahan tropika yang mana sebahagian dikategorikan sebagai Buah Bermusim dan selebihnya adalah buah-buahan tidak bermusim. Ini belum termasuk buah nadir dan kurang popular lain yang jumlahnya melebihi 20 jenis. Buah-buahan ini dikatakan berkhasiat dan enak dari segi rasa. Terdapat lebih dari 400 spesis buah tropika yang tumbuh atau sesuai di tanam di Asia Tenggara. Kira-kira 90% (360 jenis) daripadanya adalah daripada pokok berkayu (Durian, Rambutan, Avocado) dan bakinya adalah jenis pokok berbatang lembut atau herbaceous (Pisang, Betik dan Nenas). Sebanyak 90% juga adalah berasal daripada kawasan Asia Tenggara atau sesuai ditanam secara komersil. Banyak spesis buah-buahan tropika yang masih belum dibangunkan (Indegenous species) dan boleh diketengahkan. Kini permintaan untuk buah tropika semakin besar dengan jumlah penduduk dunia yang semakin meningkat, taraf kehidupan lebih baik, promosi berterusan dan perlancongan pertanian. Malaysia merupakan antara negara yang menanam buah-buahan tropika untuk pasaran domestik dan eksport. Antara jenis buah yang popular seperti Durian, Mangga, Belimbing, Jambu Batu, Pisang, Nenas, Tembikai, Betik dan beberapa lagi. semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.


MAKAN BUAH...ITU BUAH TROPIKA...
LUAS DITANAM... DI ASIA TENGGARA...
ADA DITANAM... LUAS DIMALAYSIA...
PASARAN DOMESTIK...ESKPORT JUGA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Simpang Bukit Beruang, 
Bandar Melaka, Melaka
Malaysia
(12 RabiulAwal 1433H)
Posting
Iqbal International Airport, Lahore,
Pakistan jam 1.50 pagi pada 6/12/2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...