Support My Blog

Tuesday, December 29, 2015

KUIH BINGKA

KUIH BINGKA merupakan sejenis kuih tradisional yang popular dikalangan masyarakat melayu di kampong dan disediakan untuk dimakan ahli keluarga atau untuk majlis kenduri. Terdapat banyak jenis kuih Bingka atau di Pantai Timur dipanggil juga sebagai Kuih Bengkang bergantung kepada bahan yang digunakan dan produk akhir. Penulis dapati terdapat lebih daripada 8 jenis kuih bingka boleh dikenalpasti diantaranya adalah Kuih Bingka Tepung Beras, Kuih Bingka Ubi Kayu (Kegemaran penulis), Kuih Bingka Tepung, Kuih Bingka Roti, Kuih Bingka Pandan, Kuih Bingka Jagung, Kuih Bingka Ubi Kayu Kukus dan agak polpuar masa kini adalah Kuih Bingka Labu. Kuih ini yang enak dihidangkan untuk krluarga bersama dengan kopi panas atau teh tarik mudah disediakan dan merupakan jenis makanan sihat. Kuih ini yang dipanggil Kuih Bengkang juga merupakan sejenis kategori kuih unik dalam masyarakat Melayu. Terdapat beberapa sebutan lain atau jenis kuih ini dari segi kaedah sajiannya iaitu sama ada ia jenis Bengkang berkuah, Bengkang Gandum, Bengkang Ubi atau pun ianya Bengkang Kelapa. Apa juga bahan digunakan dan cara sajian, kuih bingka atau bengkang ini telah pun ada yang dikomersilkan. Penulis pernah menyediakan 500 keping kuih bingka gandum yang berwarna hijau untuk majlis kenduri beberapa tahun lepas sebagai satu 'buah tangan' untuk dibawa pulang tetamu jemputan. Kuih bingka juga kini ada dijual dipasar-pasar, pasar malam, pasar tani malahan di kompleks membelibelah serta pasaraya terkenal. Harga yang berpatutan dan rasa enak serta mengenyangkan ini membolehkan kuih bingka ada sejenis kuih tradisional yang boleh dibawa ketengah dan dikomersilkan. Artikel subuh Selasa ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kuih bingka sebagai sejenis makanan tradisional yang perlu dibanggakan di negara kita.


Pada penulis Kuih Bingka Ubi atau di kawasan negeri pantai timur ia dikenali sebagai bengkang ubi kayu merupakan sejenis kuih bingka paling diminati (Sila lihat foto disebelah). Kuih ini selalunya diperbuat dari bahan asas Ubi Kayu (Manihot esculenta). Kuih tradisi ini memang dibuat dengan menggunakan bahan tempatan sepenuhnya dan mudah diperolehi serta murah. Kuih bingka ubi ini menggunakan ubi kayu segar yang telah disagat dicampur dengan sagu ubi kayu. Uniknya kuih ini tidak memerlukan bahan asing seperti bahan tepung gandum walau pun sedikit ketika membuatnya. Bahan-bahan yang perlu disediakan untuk membuat binka ubi secara umumnya adalah seperti 1 kg ubi kayu (ubi kayu perlu disagat), 650 ml santan kelapa, 100 gram manisan, 1 cawan gula pasir, 2 helai daun pandan,  0.5 sudu kecil garam dan juga 1 sudu besar minyak sapi. Cara penyediaan dimulakan dengan memasukkan semua santan, gula pasir, gula melaka, daun pandan, minyak sapi dan garam ke dalam periuk acuan dan kacau. Kacau sehingga gula telah larut dan tidak perlu pun kita menunggu sampai bancuhan mendidih. Kemudian ianya boleh ditutup api dapur dan ketepikan dulu bancuhan santan ini. Parutan ubi kayu di masukkan ke dalam kain kasa dan perah dimana ia di tadah air perahan dari ubi kayu. Buat sedikit demi sedikit sehingga semuanya habis. Parutan ubi kayu yang sudah diperah dimasukkan ke dalam bekas lain. Biar air perahan selama 20-30 minit supaya sagunya mendak. Perlahan-lahan buangkan air di pemukaan dan ambil sagu tu dan digaul bersama parutan ubi. Panas kan oven pada suhu 180'C dan sapukan loyang dengan minyak masak kemudian alas loyang dengan aluminium foil , biarkan aluminium lebih di kiri dan kanan tebing loyang supaya senang nak tarik keluar bingka yang dah masak . Sapu sedikit minyak masak pada pemukaan alumium foil ini. Tapis bancuhan santan tadi dan tuang ke dalam bekas berisi parutan ubi kayu . Gaul sampai rata dan tuang adunan ke dalam loyang . Bakar selama 1 jam 30 minit sehingga pemukaan bingka garing. Sejukkan bingka ubi kayu dan mekudian baru boleh dipotong serta di hidangkan. Sedap dimakan dengan hidangan untuk minum petang atau sarapan pagi.


Kuih Bingka Gandum atau Bengkang gandum kadang kala juga dipanggil kuih bakar dimana ia merupakan sejenis kuih tradisional di Malaysia yang paling komersil dikalangan kuih bingka. Terdapat beberapa jenis kuih bingka atau bengkang ini dan yang paling biasa adalah kuih bingka gandum (Sila lihat foto disebelah). Bingka ini merupakan jenis kuih yang diperbuat daripada tepung gandum dan ia biasanya dibuat dengan perasa pandan. Ia mudah disediakan dan paling banyak dijual dipasar malam atau gerai-gerai tertentu. Bingka ini mempunyai warna kehijauan dibahagian tengah dan kulitnya adalah berwarna coklat. Ia mempunyai rasa manis yang sederhana dan lemak. Resepi membuat bingka ini adalah mudah dan perlukan kos membuatnya yang murah. Bahan-bahan untuk membuat bingka ini adalah seperti bahan 3 biji telor ayam, 1 cawan gula pasir, 0.5 sudu teh garam, daun pandan 5 helai, 1 sudu teh jintan manis (Dikisar bersama 2 cawan air), 2 cawan santan dan 3 cawan tepung gandum (yang telah diayak dahulu). Cara membuat bingka ini dengan mencampurkan kesemua bahan A dan dipukul selama 1 minit. Kemudian dimasukkan bahan lain dan dikacau hingga rata. Masukkan tepung gandum kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit (pastikan anda mesti kacau adunan tadi supaya tepung tidak berketul). Sebaiknya jika adunan tadi masih terdapat ketulan tepung maka apa yang perlu dibuat ialah gunakan blender sahaja. Sediakan loyang pembakar yang telah disapu dengan bahan planta disekeliling loyang tersebut agar tidak melekit. Kemudian adunan tadi perlu dituangkan kedalam loyang dan dibakar didalam oven selama 1 jam (120 - 130 darjah C). Jika anda mahukan bingka jagung atau durian maka perlu menukarkan bahan asas sahaja. Sebagai contoh untuk bingka jagung ialaah 1/2 sudu teh esen rose, jagung, 2 cawan air. Jika ingin membuat bingka durian hanya campurkan 2 sudu besar air daun pandan dan isi durian serta 2 cawan air.


Kepada meraka yang minat untuk cuba membuat Kuih bengkang berkuah boleh belajar kerana ia merupakan sejenis kuih tradisional di Malaysia. Bengkang yang berkuah merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dicampur dengan telur dan dimaasak dalam bekas tembaga (Sila lihat foto sebelah)Bengkang biasanya dibuat tawar dan dimakan bersama kuah. Terdapat dua jenis kuah bengkang, iaitu kuah mentah yang diperbuat daripada santan dan kuah manis. Kuih bengkang berkuah digelar sedemikian bagi membezakan bengkang berkuah dengan bengkang jenis lain. Kuih bengkang berkuah lebih popular di pantai timur Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di harian secara meluas dan tidak perlu ditempah lebih awal. Kini Bingka Labu adalah yang paling disukai ramai (Sila lihat foto dibawah). Bingka labu mudah disediakan dengan cara yang sama dengan bingka lain diatas. Binga ini disediakan sama ada untuk dimakan dikalangan ahli keluarga tetapi ia juga selalu ada dijual dikantin, pasar malam, pasar tani malahan sesetengah hotel terkemuka. Kepada anda yang membaca artikel ini tentu teringin untuk makan kuih bingka. Wasallam!
MEMANG ENAK .. ITU KUIH BINGKA...
MUDAH DIBUAT...DENGAN GEMBIRA...
BINGA UBI KAYU... AMAT MENYELERA...
IA BERKHASIAT... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem, 
Senior Agronomist,
Room 2213, Hotel New York,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(13 Muharam 1437H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...