Support My Blog

Wednesday, January 20, 2016

JENIS-JENIS KOBIS (Part 2)

KOBIS (Brassica oleracea) merupakan sejenis sayuran yang popular ditanam dan dimakan diseluruh dunia semenjak zaman dahulu daripada keluarga Brasicaceae. Terdapat lebih daripada 400 spesis kobis diseluruh dunia dengan pengeluaran sebanyak 70.1 juta metrik tan setahun. Laporan FAO terkini menyatakan negara China merupakan pengeluar utama sayuran kobis diseluruh dunia sebanyak 32.8 juta metrik tan setahun atau 47% daripada pengeluaran kobis dunia. Ini diikuti dengan negara India (8.5 juta mt/ tahun) dan Rusia (3.3 juta mt/tahun). Selapas itu dua negara berikutnya adalah Jepun (2.3 jta mt/tahun) dan Korea Selatan (2.1 juta mt/tahun).  Nama lain bagi jenis Kobis Bulat adalah seperti Round Cabbage (Inggeris) dan juga Kol (Indonesia). Dalam banyak rujukkan bentuk Kobis adalah berbagai daripada yang berbentuk Bulat, Konical, Flat dan juga ada yang Kerinting (Curly). Mengenai warna daun pula sayuran kobis mempunyai warna Daun seperti  Hijau, Putih, Merah atau Ungu. Lazimnya varieti Utama yang popular ditanam dan dimakan terdiri daripada kumpulan WHITE HEAD VARIETY. Dari segi kegunaannya pula kobis ini boleh dimakan mentah, dimasak goreng, sup atau boleh diproses menjadi makanan jeruk (Kimchi). Kebanyakan penggunaan kobis di Malaysia adalah sama ada dimasak sebagai sayur atau dijadikan jeruk. Sayuran kobis didapati mempunyai bahan SULFUR yang mana ia boleh mengubati masaalah seperti ULSER. Malaysia ada menanam kobis terutama di 3 kawasan tanah tinggi iaitu di Cameroon Highland (Pahang), Lojing (Kelantan) dan Kundasang di Sabah. Keluasan tanaman kobis bulat sekitar 960 hektar CHE setahun dengan pengeluaran sebanyak 11,500 metrik tan setahun (Sumber: Laporan statistik tanaman Jabatan Pertanian 2014). Jika dicampur dengan jenis kobis lain yang ditanam jumlah keluasan semua adalah sekitar purata 1,400 hektar CHE setahun termasuk tanaman Kobis Cina. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis kobis yang perlu diketahui oleh orang kita sekadar menambah ilmu pengetahuan anda. Artikel ini terbahagi kepada 3 iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3.


Sayuran kobis memang antara jenis sayuran yang paling banyak dimakan oleh manusia. Kajian menunjukkan perkapita pengambilan kobis didunia adalah sebanyak 105 kg seorang setahun. Kadar ini adalah kadar pengambilan untuk semua jenis kobis. bagaimana pun penduduk China dikatakan memakan kobis dengan kuantiti yang banyak didunia iaitu sebanyak 300 kg seorang setahun!. Info yang penulis dapati daripada Laporan AgroMakanan Kementerian Pertanian 2014 mendapati purata rakyat Malaysia makan kobis cuma sekitar 3.3 kg seorang setahun sahaja. Dalam laporan dari jurnal dilaporkan orang lelaki Cina dikatakan mempunyai umur yang amat panjang kerana banyak makan kobis dan kurang diserang masaalah penyakit prostat. Dianntara khasiat kesihatan dari makanan sayuran kobis termasuk membantu merawat sembelit, ulser perut, sakit kepala, reumatisme, artritis, gout, masalah mata, sakit jantung dan penuaan (awet muda). Dalam penulisan lain dinyatakan kobis mampu menurunkan berat badan oleh sebab bagi setiap secawan kobis cuma mengandungi 15 kalori sahaja. Kobis memang kaya dengan bahan serat yang membantu untuk mengekalkan air dalam badan dan ia baik untuk menangani sembelit dan masalah berkaitan. Selain itu kobis memang kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin iaitu vitamin A, C, E dan vitamin B yang diperlukan oleh badan manusia. Cara makan kobis ini ada pelbagai cara dan sebaiknya adalah jika dimakan mentah sebagai salad.


(4) KOBIS NAPA / KOBIS CINA
Jenis kobis yang keempat adalah Kobis Napa atau lebih dikenali dengan nama Kobis Cina. Ia juga kadang-kadang dipanggil sebagai Kobis Celery dalam bahasa Inggeris. Kobis ini adalah mudah dikenali dengan berbentuk Panjang dan dibahagian daunnya adalah Kerinting (Sila lihat foto diatas). Lazimnya kobis ini mempunyai warna daun HIJAU MUDA atau Hijau tua bergantung kepada varieti. Bahagian batangnya pula mempunyai warna PUTIH atau KRIM. Kobis ini lazimnya agak Ringan dan teksturnya tidak padat. Ia amat sesuai dimasak dengan cara menggoreng atau dimasak sebagai resepi Sup. Kobis ini amat jarang dimakan sebagai salad kerana rasanya 'plane' sahaja dan sangat berair. Oleh itu memang ia jarang dijadikan salad. Bagaimana pun kehebatan kobis jenis ini adalah dibuat jeruk atau paling istimewa diproses untuk dijadikan KIMCHI. Kimchi adalah makanan yang sangat popular di negara Korea dengan rasa masam pedas yang kini telah menjadi makanan global popular. Ramai rakyat Malaysia yang kini membeli atau membuat kimchi sebagai makanan digemari akibat Korea-Pop. Lazimnya harga ladang kobis ini agak murah dan ia memang agak tahan disimpan dalam peti ais. 

(5) KOBIS BOK CHOY
Kobis Bok Choy agak berlainan dengan semua jenis kobis yang saya tulis sebelum ini. Kobis ini juga digelar sebagai ‘Baby Bok Choy’ dimana ia lebih kepada menyerupai macam ‘SAWI’. Jika diteliti ia mempunyai tangkai daun dari perdu hingga ke tengah sama seperti sawi dan unik (Sila lihat foto diatas). Lazimnya warna Batang adalah Hijau Pucat dan juga warna Daun adalah Hijau. Kelebihan kobis jenis ini adalah kerana ia mempunyai rasa agak manis dan selalunya ia akan dimasak Goreng Bertangkai. Hampir kesemua bahagian kobis ini akan dimasak dan paling popular dicelur dalam air panas dan dicurahkan dengan kuah khas. Kobis ini memang menjadi menu penting dihidangkan di hotel-hotel dan juga beberapa restoran. Harganya sederhana dan amat disukai oleh ramai orang.  Sila baca artikel dalam Part 1 dan juga Part 3. Wasallam!.
JENIS KOBIS... ADA 7 SEMUANYA...
KOBIS BULAT ... PALING UTAMA...
KOBIS BULAT...JUGA KOBIS CINA...
BANYAK DIMAKAN...DIMANA-MANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(14 Muharam 1347H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...