Support My Blog

Friday, January 1, 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016


SELAMAT TAHUN BARU 2016!

Pemilik dan Penulis Blog "Anim Agro Technology" gembira mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca laman blog ini. Blog yang mula pada tahun 2009 ini akan berumur 7 tahun pada 2016 dengan posting dibuat satu artikel setiap hari tanpa gagal sejak 5 tahun dahulu. Jumlah artikel yang telah diposting sebanyak 2,180 dan dalam simpanan menunggu untuk posting sebanyak 1,562 artikel menjadikan jumlah penulisan sehingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak 3,712 semuanya. Dengan kehebatan ICT dan smart phone serta laman web diseluruh dunia dan di Malaysia, penulis tidak menghadapi kesukaran setakat ini untuk membuat ponting setiap hari sama ada berada didalam negara atau pun luar negara. Sebagai contoh awal Disember ini penulis berada di Faisalabad, Punjab, Pakistan dikatakan tiada masaalah buat posting setiap hari selama 8 hari disana. Artikel hujung tahun 2015 ini saya membuat analisa sendiri mengenai blog "Anim Agro Technology" sebagai satu cara menilai sumbangan penulis dalam dunia penulisan artikel teknologi pertanian yang dikira unggul juga di Malaysia.

Sehingga jam 6.00 petang 31 Disember 2015, seramai 6.74 juta pengunjung telah membuat pageview pada blog ini dengan capaian bulanan sekitar 200,000 orang. Capaian pengunjung pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti panjang seperti hari ini biasanya menurun berbanding dengan sekitar 7,000 - 8,000 orang sehari pada hari bekerja. Walau pun hampir 85% artikel ditulis dalam Bahasa Malaysia, ramai juga pengunjung luar negara yang melihatnya.



Blog ini dibaca dan dirujuk sekitar 6.75 juta orang (85.3%) daripada orang Malaysia diikuti dengan sebanyak 285,559 (4.2%) daripada Indonesia dan 228,867 (3.39%) darpada USA. Ini diikuti dengan pengunjung daripada negara India, Singapura, Brunei, Germany, Natherlands, Russia dan ke 10 adalah Kanada (Sila lihat rajah diatas). Analisa penulis mendapati pengunjung daripada luar negara seperti USA, India dan Germany banyak melihat pada buah-buahan tropika dan juga sayur-sayuran tropika. Mereka juga telah membuat rujukkan (cited) penulisan saya dalam banyak artikel, jurnal dan penerbitan lain.


Blog Animhosnan.blogspot setakat akhir Disember 2015 mendudukki tangga ke 22,493,811 dalam dunia dan tangga ranking ke 7,580 dalam Malaysia (Sila lihat rajah diatas). Ini menunjukkan ia masih didalam kategori sekitar 7,500 blog yang terpopular di Malaysia yang dikira sangat okey. Dalam kiraan kasar boleh dikatakan sekitar 2.08 pengunjung telah melawat setiap minit.

Animhosnan.blogspot.com

Animhosnan.blogspot.com is currently online, it has been registered for 15 years. It is ranked #22,493,811 in the world and ranked #7,580 inMalaysia. Google's PageRank is 2/10. Sumber:http://www.statscrop.com/www/animhosnan.blogspot.com 

Antara artikel yang terus mengekalkan juara adalah 'Cili Padi - Senang Tanamnya' yang dibuat posting pada 9/1/14 dengan jumlah kunjungan sebanyak 24,937 (Sila rujuk rajah diatas). Ini diikuti dengan tajuk 'Racun Rumpai' terbit pada 4/9/14, 'Ayam Kampong - Cara Ternak' yang terbit pada 6/6/14 dan 'Kelapa- menanam Matag dan Pandan' terbit pada 28/1/15 dan terhebat adan cepat adalah 'Rumput Miang Mexico' yang diposting pada 14/11/14. Lain-lain artikel top 10 seperti Industri Ternakan di Malaysia, Kelulut Teknologi Ternakan, Tanam Tebu Kuning, Rumpai Miang Mexico - Merbahaya dan Ikan Haruan.


Walau pun tidak ramai followers dalam blog teknikal seperti ini direkodkan sehingga hujung tahun 2015 hanya terdapat seramai 1,171 orang sahaja followers (Sila lihat foto diatas). Folowers yang terakhir joint blog ini menggunakan nama beautiful_gadis yang tentunya orang Malaysia dan saya agak berkemungkinan pelajar.
Begitulah analisis yang dapat saya kupas untuk posting 1 Januari 2016 ini dan saya jadikan rujukan untuk meneruskan kepakaran menulis dalam teknologi pertanian sebagai satu sumbangan kepada anda semua. Wasallam!.
SELAMAT TAHUN BARU 2016!......

ARTIKEL DITULIS... SETIAP HARI...
WAKTU LAPANG... MALAM DAN PAGI...
TEKNOLOGI PERTANIAN... IA PASTI...
SUMBANGAN INI.. HASIL PERIBADI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(1 Januari 2016)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...