Support My Blog

Friday, June 3, 2016

KULTIVAR STRAWBERRI (Part 1)


STRAWBERRI (Fragaria x ananassa) merupakan sejenis tumbuhan beriklim sejuk daripada keluarga Asteraceae yang semakin popular ditanam di Malaysia terutama di kawasan tanah tinggi Cameroon Highlands, Pahang. Tanaman ini dijadikan tarikan pelancong tempatan dimana cuaca sejuk yang ujud dikawasan ini adalah faktur asas kehadiran pelancong. Pada masa ini ia diusahakan oleh petani dan pemilik beberapa pusat pelancongan selain daripada hasil bunga-bungaan, teh, produk IAT dan sayur-sayuran. Tidak ramai dikalangan rakyat Malaysia yang tahu dan kenal akan ujudnya banyak varieti strawberri kerana tanaman ini bukan tanaman popular di Malaysia. Ia hanya dikomersilkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila teknologi fertigasi dan Rumah Struktur Pelindung Hujan (SPH) diperkenalkan. Teknologi 'Vertical Agriculture' ini membolehkan tanaman strawberri dan tanaman beriklim sederhana lain sesuai ditanam di negara kita yang banyak hujan lebat serta sinaran matahari yang terik. Hujan yang lebat selalunya akan menjadi punca atau menyebabkan tanaman import beriklim temperate ini mudah rosak. SPH mampu melindungi kejadian ini disamping formulasi baja fertigasi dan media fertigasi yang sesuai untuk tanaman strawberri. Lebih daripada 30 hektar CHE tanaman strawberi dilaporkan ditanam di Cameroon Highland saban tahun dimana keluasan ini terus meningkat. Tanaman strawberri ini mampu bertahan lama sehingga 5 tahun jangkahayatnya tetapi biasanya selepas 3 tahun ia akan ditanam baru. Penulis yang membuat tinjauan rambang terhadap beberapa penanam strawberi di kawasan Cameroon Highland mendapati antara varieti yang kini popular ditanam adalah Varieti Festival. Ini kerana varieti ini dikatakan sesuai ditanam dengan cuaca dan mudah sistem amalan agronominya serta disukai oleh ramai pelancong. Bagaimana pun penulis pernah mendapat laporan dimana buah strawberi yang telah dikeringkan kebanyakannya adalah diimport daripada luar negara terutama dari China yang kurang pasti sama ada ia membahayakan kesihatan atau tidak. Apa pun penulis sudah lama tidak makan buah strawberi kering yang diiport atas nasihat rakan-rakan. Artikel petang Sabtu ini sambil menikmati kedinginan malam dari Hotel Rosa Pasadena, Brinchang saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 10 varieti strawberi dalam Part 1 dan Part 2 yang popular di USA dan beberapa negara lain untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


(1) STRAWBERRI 'FESTIVAL'
Kultivar Festival merupakan jenis strawberi yang popular di USA terutama di Florida lebih 10 tahun dahulu setelah diperkenalkan. Ia mempunyai ciri pokak yang tahan lasak serta mudah untuk kerja pengutipan hasil. Ia mempunyai akar yang pokok agak panjang menyebabkan kurang kerosakkan semasa menuai hasil dijalankan. Lazimnya kurang buah yang rosak ketika memetik hasil. Kualiti buah sangat disukai pembeli kerana warnanya yang merah terang, berbentuk kon, mudah dimasukkan dalam bekas plastik jualan dan tahan lama. Pokoknya mudah membesar dengan stolon atau 'runner' yang mudah dibiakkan dalan nurseri melalui kaedah biasa. Kultivar ini dinamakan 'Festival' kerana apabila musim menuai pada bulan Febuari atau March selalu diadakan pesta tuaian strawberri di Hillsborough, Florida. Bertuah orang Malaysia yang mendapati kultivar ini adalah yang paling sesuai ditanam di Cameroon Highlands berbanding dengan kultivar yang lain. Benih asas kultivar ini dilaporkan pernah diimport daripada USA, Holland, Australia dan China.  

 (2) STRAWBERRI 'SWEET CHARLIE'

Kultivar ini dinamakan sebagai ‘Sweet Charlie’ kerana dikatakan antara jenis yang manis. Kini jenis ini semakin kurang ditanam dibeberapa negara disebabkan jangkahayat jenis ini adalah pendek dan cepat mati. Ia hanya mengeluarkan buah semasa musim panas yang ditanam untuk waktu tertentu sahaja apabila varieti lain kurang bersedia untuk ditanam. Walau pun dilaporkan hasilnya tinggi tetapi jenis ini buahnya tahan dari serangan Penyakit Antraknose. Kultivar ini telah di perkenalkan lama dahulu sekitar tahun 1967 tetapi telah dibiakbaka semula pada tahun 1991 di University of Florida’s Gulf Coast Research and Education Center. Ciri buahnya sederhana kecil dengan warna merah sederhana (Sila lihat foto disebelah). Kultivar ini tidak ditanam di Malaysia.

(3) STRAWBERRI 'CARMINE'
Kultivar strawberri ‘Carmine’ merupakan kultivar yang bersaiz sederhana dengan warna merah terang dan kecil sedikit saiznya berbanding beberapa kultivar lain (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya pokok jenis ini agak kecil membolehkan ia ditanam padat dengan kepadatan sehingga 33,000 pokok sehektar. Ia mempunyai tangkai buah (pedicel) yang panjang dan kuat membolehkan buahnya mudh dilihat berjuntai kebawah. Jenis ini tahan daripada serangan reput buah dan reput akar. Bagaimana pun buahnya amat mudah rosak apabila kena hujan atau turun salji. Kultivar ini masih belum pernah ditanam secara komersil atau penyelidikkan di Malaysia.


(4) STRAWBERRI 'RUBYGEM'
Kultivar ini dipercayai dibuat pembikan oleh saintis bernama Dr. Mark Herrington dari USa dan saintis daripada Queensland, Australia. Nama kultivar 'Rubygem' dari kehebatan warna merah kultivar ini disama dengan kemerahan batu ruby yang berharga. Jenis ini buahnya mengandungi bahan gula dan asid yang seimbang dimana ini membolehkan ia amat disukai ramai pengguna. Ia tahan kepada hujan sederhana yang turun dari rosak tidak seperti kebanyakan jenis lain. Rasanya yang enak dan warna menarik menyebabkan ia salah satu kultivar diminati ramai. Ia masih belum ditanam dinegara kita.  


(5) STRAWBERRI 'WINTER DAWN'
Kultivar strawberi ‘Winter Dawn’ didapati mengeluarkan hasil pada bulan November sehingga February di Florida, USA sebagai pilihan ramai petani. Ia lazimnya mula ditanam dalam bulan September atau Oktober iaitu semasa sejuk. Ia diberikan nama 'Einter Dawn' kerana sesuai dengan cuasa sejuk. Walau pun pokoknya kecil, kultivar ini mampu memberikan saiz buah yang besar. Tumbuhan ini juga tahan dari serangan Botrytis dan menghasilkan banyak stolon atau 'runners' diperingkat semaian lagi. Ia mudah ditanam dalam musim sejuk berbanding dengan varieti lain. Ia tidak ditanam di Malaysia. Sila anda baca sama Artikel Part 2 untuk membaca 5 kultivar strawberri seterusnya. Wasllam!....
KULTIVAR STRAWBERI...BANYAKNYA..
JENIS 'FESTIVAL'.. ADA DI MALAYSIA...
PENANAM TANYA... INFO DISEDIA...
BAHAN RUJUKKAN... DARI SAYA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room D10, Hotel Rosa Pasadena,
Brinchang, Cameroon Highlands,
Pahang, Malaysia.
(10 JamadilAkhir 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...