Support My Blog

Saturday, July 23, 2016

ULAT GONGGOK - KENALI DIA


Mengenali ULAT GONGGOK (Narceus spp) yang juga ianya merupakan sejenis serangga dari Kelas Diplopoda iaitu kategori Serangga Anthropods yang ujud di negara kita dan juga dibeberapa negara mungkin penting. Nama Gonggok atau juga dikenali sebagai ulat geluntur, sepah bulan atau mentibang merupakan sejenis serangga artropod dengan badan yang berbentuk silinder yang panjang. Badan ulat gonggok mempunyai jenis rangka luar (exoskeleton) dan terbahagi kepada antara 20 - 100 segmen yang sebenarnya bersambung-sambung. Setiap segmen mempunyai dua pasang kaki (kecuali segmen pertama selepas kepala yang tiada kaki langsung dan beberapa segmen selepasnya yang mempunyai hanya sepasang kaki). Terdapat kira-kira 12,000 jenis spesis ulat gonggok dalam kira-kira 140 keluarga. Dalam bahasa Inggeris ulat gonggok dipanggil sebagai 'Centerpede' atau 'Milipede' bergantung kepada spesis. Terdapat sebanyak 160 spesis ulat gonggok diseluruh dunia yang telah direkodkan dan mempunyai pencirian lengkap dengan pelbagai warna, saiz, habitat dan juga marfologi yang berbeza. Penulis memang semenjak kecil lagi sering terjumpa ulat gonggok di kawasan kebun atau sekitar laman dirumah. Apa yang seronok melihat dimana apabila disentuh maka dengan segera ulat gonggok akan cepat bergulung menjadi satu bulatan untuk beberapa lama. Kemudian ianya akan membuka semula dan bergerak kembali dengan pantas. Di kawasan Kuatrers Putrajaya semenjak tahun April 2010 - Ogos 2011 terutama di Presint 11tempat saya tinggal dan juga Taman Rekreasi Bukit Saujana memang terdapat banyak ulat gonggok di merata tempat merayap pada siang hari. Kadang-kadang sedang baring di ruang tamu pun akan terkejut kerana ulat gonggok lalu dan merayap dikeliling badan kita!. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ulat gonggok untuk bacaan semua yang terjumpa dengan artikel ini bagi menambahkan ilmu pengetahuan.

Ciri marfologi ulat gonggok adalah berbeza-beza mengikut habitat semulajadinya. Pada penelitian penulis, di kawasan kebun dan rumah saya lazimnya ulat gonggok berwarna coklat dengan ukuran panjang sekitar 4 -10 cm dan ianya berbeza mengikut umur dan habitat. Uniknya adalah ulat ini mempunyai banyak pasang kaki yang ujud pada setiap segmen dan digunakan untuk bergerak dengan pantas kehadapan dan membelok kekiri dan kekanan dengan cepat. Kaki ulat gongok yang banyak ini bergerak dengan cara yang amat unik dimana ia seakan bergelombang apabila melakukan pergerakan. Dibahagian kepala ulat gonggok terrdapat sepasang sesungut dihadapannya (Sila lihat foto disebelah). Dibahagian kepala juga ada sepasang mata jenis mudah dibahagian kepala dengan sesungut yang berwarna coklat kehitaman. Kajian saintis mendapati dimana organ untuk merasa (sensory organ) ulat gonggok pula yang dipanggil sebagai 'Tomosvary Organ'. Organ ini akan berfungsi untuk mengesan tahap kelembapan dan haba disekelilingnya. Kalau diteliti lagi anda akan dapati dibahagian badannya ia mempunyai banyak segmen dimana setiap segmen mempunyai sepasang kaki yang pendek. Kulit ulat gonggok adalah licin, berkilat dan tidak mudah basah serta agak keras macam plastik. Ulat gonggok amat unik dalam sistem pertahanan diri dimana apabila diancam maka ia akan bergulung sendiri dimana ianya juga merupakan satu ciri unik ulat ini. 

Dalam pemerhatian penulis mendapati ulat gonggok yang terdapat dikampong saya iaitu di Muar, Johor (kawasan tanah gambut) adalah merupakan haiwan sangat cekap untuk mengorek lubang dalam tanah gambut. Ia juga selalunya bergerak atau berada dibawah rimbunan daun getah kering serta kayu-kayu yang sedang dalam proses pereputan. Ulat gonggok merupakan sejenis hidupan jenis HERBIVOR yang mana makanan yang diambil adalah bahan tumbuhan yang sedang reput dan juga tanah disekeliling habitatnya. Terdapat juga spesis ulat ini yang dilaporkan jenis pemangsa (carnivore) dengan cara memakan serangga kecil lain, cacing dan sebagainya. Lazimya makanan akan terus dimasukkan melalui mulut dan dihadamkan dalam perut ulat gonggok yang mengeluarkan cecair untuk proses penghadaman. Dalam sistem ekologi terutama dikawasan hutan atau dikawasan kebun, peranan ulat gonggok adalah sangat penting dalam membantu dalam proses mereputkan sisa tumbuhan dan kesannya akan menjadikan banyak humus dan organan terbentuk untuk menyuburkan tanah pertanian. Ulat gonggol juga akan membuang najisnya dan ini menambah kesuburan tanah. Keupayaan ulat gonggok untuk menggali tanah dan membuat lubang untuk bertelur juga menjadikan kawasan keliling tanah akan menjadi lebih subur. Penulius dapati juga dimana kebanyakan ulat gonggok adalah tidak merbahaya kepada manusia kerana ianya tidak menyengat, tidak beracun dan tidak menggigit. Bagaimana pun daripada bacaan mendapati, ada juga spesis yang beracun terutama yang terdapat dalam hutan belantara sebagai satu sistem pertahanan. Sifat unit ulat gonggok adalah ianya akan BERGULONG dengan cepat dimana kakinya akan dilindungi ditengah dan bahagian belakangnya dijadikan pelindung dengan bulatan yang kuat (Sila lihat foto disebelah). Ini menunjukkan ulat gonggok merupakan sejenis serangga unik yang sangat SAYANGKAN KAKINYA berbanding serangga lain. Memang betul dari kajian saya jika salah satu kakinya patah atau cedera maka perjalanan ulat gonggok akan terencat dan tidak laju lagi. Ini kerana gerakan kaki ulat gonggok sangat unik seakan ada gelombang dibawahnya. Walau pun kita golek-golekkan ulat gonggok ini dan campakan atau jatuhkan beberapa kali tetapi ianya tidak akan cedera.

Pembiakan ulat gonggok berlaku dimana ulat gonggok jantan dan betina berkopulasi dimana dan ovari genital betina yang terdapat pada segmen ketiga akan menerima sperma dari ulat jantan disimpan (Sila lihat foto sebelah). Setelah proses tersebut seterusnya ulat gonggok betina akan bertelur diatas tanah dengan bilangan telur sebanyak 10 - 300 biji telur setiap kali berlaku. Telur ini lazimnya akan menetas dalam masa 1-2 minggu dimana anak ulat gonggok kecil ini mempunyai 3 segmen dan 6 pasang kaki untuk bergerak. Semasa proses pembesaran segmen-segmen badan ulat gonggok akan bertambah mengikut masa dan habitat disekeliling serta keadaan cuaca. Kajian oleh saintis menunjukkan umur ulat gonggok agak lama iaitu antara 1 tahun sehingga 10 tahun mengikut spesis. Jenis yang ada di negara kita mungkin hidup untuk beberapa bulan atau 1 tahun sahaja. Mungkin belum banyak kajian mengenai spesis ulat gonggok dijalankan di negara kita dari segi kegunaannya sebagai jenis serangga yang berguna untuk perubatan dan kesihatan. Apa yang orang ramai mungkin faham adalah peranannya sebagai agen pereputan (decomposition agent) bagi bahan organan dan humus yang sangat penting dalam sektor pertanian dan perimbangan sistem persekitaran dalam ekosistem kita. Di kawasan alam sekitar yang belum tercemar akan kita dapat lihat keujudan hidupan ini merayap dengan aktif. Jika ianya sudah tiada lagi dikawasan tersebut bermakna ekosistem dikawasan tersebut sudah berubah. Terdapat banyak spesis ulat gonggok yang perlu dikaji dinegara kita untuk dibuat kajian dan kemungkinan untuk diternak bagi tujuan tertentu. Semuga artikel ini memberikan pengetahuan kepada pembaca semua. Wassalam.
ULAT GONGGOK....BANYAK KAKI...
BERGERAK LAJU...TANPA HENTI...
DISENTUH..BERGULUNG SENDIRI...
DAUN & TANAH...MAKANAN ASASI...

By,
M Anem
Senior Agronomisr,
Kg Padang, Jalan Sg Lembing,
Kuantan, Pahang,
 Malaysia.
(10 Safar 1433 H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...