Support My Blog

Friday, September 16, 2016

BUAH POPULAR DI MALAYSIA (Part 4)

Industri Buah-buahan di Malaysia satu sektor tanaman bagi menghasilkan buah-buahan yang di majukan untuk bekalan domestik dan eksport. Terdapat seluas lebih dari 270,000 hektar tanaman buah-buahan yang diusahakan pada tahun 2015 dengan anggaran kuantiti pengeluaran sebanyak 1.742 juta metrik tan. Tanaman buah Durian (Durio zibethinus) merupakan paling luas diusahakan iaitu 100,615 hektar diikuti Pisang (Musa spp) merupakan jenis buah yang kedua luas diusahakan di Malaysia dengan keluasan 28,640 hektar dan pengeluaran sebanyak 283,220 mterik tan. Rekod dari Jabatan Pertanian juga menunjukkan tanaman Rambutan (Nephelium lappaceum) tempat ketiga dengan ditanam seluas 24,470 hektar dengan pengeluaran sebanyak 79,540 metrik tan pada tahun 2015. Tempat keempat ialah Buah Nenas (Ananas comosus) dengan keluasan 16,210 hektar dan pengeluaran sebanyak 400,070 metrik tan. Malaysia semenjak dulu merupakan pengeluar utama Buah Betik untuk pasaran eksport ke Hong Kong dan China serta Buah Nenas yang telah ditinkan (canned pineapple) tetapi kini trend pasaran antarabangsa telah mula berubah. Laluan Pasaran (Market access) beberapa jenis buah-buahan kebeberapa negara terpilih seperti Jepun, China, Australis, USA dan sebagainya telah diperolehi seperti buah durian, nangka, nenas, rambutan dan sebagainya.  Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 23 jenis buah-buahan tropika yang popuar di Malaysia. Keadaan iklim yang sesuai dengan tanah subur memboleh Malaysia boleh membangunkan industri buah-buahan terpilih dengan skala komersil. Antara yang kini telah dapat direalisasikan seperti penanaman nenas di Rompin, Pahang dan program kluster durian di Raub dengan varieti Musang King (D187). Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan kepada Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2015, aktiviti pemerhatian, kajian dan pengalaman penulis sendiri didalam sektor pertanian selama 33 tahun.

19. RAMBUTAN
Rambutan (Nephelium lappaceum) merupakan antara jenis pokok buah tempatan yang memang luas ditanam di Malaysia sama ada secara 'monocrop' atau tanaman campuran. Keluasan direkodkan pada tahun 2015 ialah 25,460 hektar dengan kapasiti pengeluaran buah rambutan sebanyak 82,740 metrik tan (Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2015). Antara kawasan penanaman utama buah rambutan di Malaysia ialah di Daerah Selama Perak (846 ha), Daerah Kuala Krai Kelantan (654 ha) dan Daerah Dungun Terengganu (473 ha). Banyak varieti atau klon-klon rambutan di Malaysia tetapi yang popular ialah Varieti R134 (Rambutan Singapore), R 156 (Gading Muar), R 179 (Deli Cheng), R 191 (Anak Sekolah ) dan Varieti R 193 (Deli Baling). Tanaman rambutan adalah untuk kegunaan dan pasaran segar tempatan dan kini telah ada usaha untuk mengeksport ke USA melalui beberapa rawatan yang diluluskan pihak USDA. Consignment pertama pengeksportan buah rambutan dilakukan pada Ogos 2016 dari kawasan kluster rambutan iaitu Daerah Baling di Kedah. Rambutan juga boleh di proses untuk dibuat jem dan di tinkan. Pada masa ini varieti Rambutan Anak Sekolah (R191) dan Deli Baling (R193) telah dikomersilkan untuk diekspot keluar negara melalui tinjauan 'market access' yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian dan FAMA. Rambutan kini pada penulis merupakan tanaman buah-buahan yang semakin pupus dikawasan kampong kerana harga ladang yang ditawarkan adalah rendah. Anda boleh baca artikel saya berkaitan rambutan dengan pautan dibawah. 

Artikel:  Rambutan (Klik disini)
Artikel:  Rambutan Gading Muar (Klik disini)
Artikel:  Klon Rambutan di Malaysia (Klik disini)
Artikel:  Rambutan - Kenapa di Tanam?(Klik disini)
Artikel:  Rambutan Sistem Tanaman (Klik disini)
Artikel:  Rambutan Anak Sekolah (Klik disini)
Artikel:  Rambutan Deli Baling (Klik disini)
Artikel:  Rambutan Deli Cheng (Klik disini)




20.  SALAK
Salak (Salacca glabrecens) merupakan tanaman yang tidak berapa popular dikalangan petani di Malaysia kerana tanaman ini berduri dan agak lambat berhasil. Penelitian yang saya buat dari Buku Laporan Statistik Tanaman Jabatan Pertanian menunjukkan terdapat seluas 1,190 hektar direkodkan tahun 2015 dengan potensi hasil adalah sebanyak 4,550 metrik tan. Salak banyak di tanam di Daerah Kuala Krai Kelantan (329 ha), Daerah Dungun Terengganu (256 ha) dan Daerah Tumpat Kelantan (233 ha). Tanaman Salak mempunyai beberapa varieti tetapi yang telah pun didaftarkan dengan Jabatan Pertanian adalah Varieti SJ15, SJ 17, SJ 34, SJ 36, SJ 39, SJ 40 dan yang terkini petani adalah varieti Salak Pondoh (Asal Indonesia). Penulis telah melawat satu kebun tanaman Salak Sabah yang berjaya menghasilkan kualiti buah gred A dengan pengamalan teknologi sesuai dan dijual pada harga ladang RM6.00 sekilogram di Maran, Pahang. Salak Sabah ini yang lazimnya bersaiz kecil dan kelat kini manis dan besar dengan teknik pembajaan fish meal solution dan sebagainya. Di pasaran terdapat salak impot dari negara seberang yang agak popular iaitu Salak Medan dan Salak Bali. Buah salak kebanyakannya untuk pasaran segar tetapi ada yang dijerukan dan dijual dalam bekas khas.


Artikel:  Varieti Salak di Malaysia (Sila klik disini)
Artikel:  Klon Salak (Sila klik disini)
Artikel:  Salak Sabah di Pahang - Potensi (Sila klik disini)


21.  TEMBIKAI 
Tembikai (Citrullus lunatus) adalah tanaman popular ditanam untuk pasaran ekspot dan domestik. Kini terdapat seluas 11,750 hektar ditanam 2015 dengan anggaran hasil sebanyak 239,050 metrik tan dan merupakan komoditi eksport utama buah-buahan Malaysia (Laporan Agromakanan MOA Tahun 2015). Antara kawasan utama tanaman tembikai ialah di Daerah Rompin Pahang (2,543 ha), Daerah Kluang Johor (1,119 ha) dan Daerah Mersing Johor (828 ha). Antara varieti tembikai yang popular berasaskan kepada Benih Hibrid seperti New Dragon, Emperor, Flower Dragon, Hitam Manis (S108), Black Gold iaitu dari jenis berbiji. Varieti popular tembikai tanpa biji pula seperti Fengshan No 1, Ming Hwa, Gold Rush 1663, Felicity Orchid Sweet, Sin Foon, Quality, seedless No 1 dan Seedless Superstar. Kesemua benih yang digunakan dari jenis hibrid tembikai 100% yang diimpot dari luar negara kerana Malaysia masih jaun dan belum mampu menghasilkan benih tembikai hibrid sendiri. Tembikai ditanam secara komersil dikawasan baru untuk mempastikan ianya kurang risiko daripada serangan perosak dan penyakit. Tanaman buah tembikai adalah untuk pasaran segar dan ekspot. Buah tembikai mengandungi banyak vitamin C dan dimakan atau dihidangkan sebagai buah 'pencuci mulut' yang terpolular di Malaysia dan banyak negara lain terutama di hotel-hotel dan premis-premis penting.

Artikel:  Watermelon (Klik disini)
Artikel:  Penyakit Tembikai (Klik disini)
Artikel:  Tembikai Part 1 (Klik disini)
Artikel:  Tembikai Part 2 (Klik disini)
Artikel:  Tembikai Part 3 (Klik disini)
Artikel:  Tembikai Part 4 (Klik disini)
Article: Tembikai  (Klik disini)

Artikel ini bersambung dengan Part 1, Part 2, Part 3, Part 5, Part 6, Part 7 dan Part 8. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog Anim Agro Technology. Wasallam!!...

BUAH RAMBUTAN...BUANG KULITNYA...
ANAK SEKOLAH... MANIS RASANYA...
BUAH SALAK...BERDURI POKOKNYA...
SALAK PONDOH...SENANG JAGANYA...
TANAM TEMBIKAI...BAIK PASARANNYA...
CANTUM DURIAN... POKOK DEWASA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Ward 303, Hosptial Pantai, Air Keroh
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(28 JamadilAwal 1434H)
Kemalangan Jalanraya pada 14/9/2016 di Tangkak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...