Support My Blog

Monday, November 28, 2016

IKAN TAHAI - APA HEBATNYA!

IKAN TAHAI (Sardinella albella) merupakan sejenis ikan kecil yang terdapat dikawasan utara Borneo seperti di kawasan Kawas, Limbang dan Brunei DS. Ikan Tahai kurang dikenali dikalangan orang Semenanjung Malaysia kecuali mereka yang telah melawat Lawas dan menikmati keenakan makanan ikan tahai disana. Penulis yang pernah bertgas di Sarawak dan berkunjung ke Lawas bagaimana pun bertuah kerana berkesempatan untuk melawat kawasan kampung tradisional yang memproses ikan tahai salai (Smoked tahai fish). Keistimewaan ikan tahai dikawasan pesisir pantai ini membolehkan para nelayan menangkap ikan ini dan diproses menjadi makanan yang bukan sahaja dinikmati oleh penduduk tempatan malahan kini industri asas tani mereka mmbolehkan pproduk ikan tahai salai dinikmati oleh orang lebih jauh lagi. Menurut beberapa laporan akhbar tempatan, produk kampung ikan tahai keluaran daerah Limbang dan Lawas sudah diiktiraf dan didaftar sebagai Harta Intelek Sarawak di bawah Petunjuk Geografi (GI) merupakan salah satu komponen Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Ini telah pun dimaklumkan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika beliau melawat Limbang dan Lawas. Kedua-dua kawasanini adalah antara kawasan yang amat popular dengan keluaran ikan tahai (Sila lihat foto diatas). Menurut beliau dengan adanya satu pengiktirafan maka ia akan boleh membantu nelayan mendapat pasaran lebih luas. Mereka kini bakal membawa produk kampung kepada pasaran bandar dan luar bandar dan lebih jauh lagi.  Sebagai fakta, ikan tahai boleh dibuat sambal, keropok, serunding, atau dimasak sup yang dikenali sebagai ‘sup dadah tahai’. Sementara itu kini dilaporkan yang kerajaan Brunei menyatakan persetujuan menjadikan kawasan Limbang dan Lawas sebagai pusat pengeluaran ternakan termasuk kerbau, kambing dan ayam. Kini dengan adanya pusat pengeluaran ternakan di kawasan kita kelak maka ia bakal boleh memberi peluang kepada masyarakat kita untuk menjadi pengeksport daging halal ke Brunei. Dengan usaha sama dengan Brunei ini maka satu peluang terbaik dalam memaju ekonomi domestik melalui kesedaran penduduk tempatan untuk berniaga. Selain itu satu jawatankuasa sudah ditubuhkan untuk mencari mekanisma bagaimana meningkatkan sektor dan aktiviti ekonomi dalam pelbagai bidang yang dibincang termasuk penternakan, industri halal, perikanan, pelancongan dan sektor yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Artikel malam Ahad ini sambil bersantai dalam "Anim Agro Technology" saya menulis menganai ikan tahai sekadar untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Ikan Tahai merupakan sejenis spesis Ikan Aur-aur atau Ikan Tamban yang amat popular di Lawas iaitu satu kawasan paling utara di Sarawak. Ikan ini ditangkap menggunakan jaring atau pukat dimana ikan yang bersaiz agak sederhana ini sering dijual segar dengan harga agak murah (Sila lihat foto disebelah). Ikan tahai segar enak dimakan dengan menggoreng, menggulai atau apa juga kaedah masakkan. Bagaimana pun dikawasan seperti di Lawas dan Limbang permintaan untuk ikan tahai segar adalah terhad dengan bilangan penduduknya berbanding dengan hasil tangkapan. Oleh itu nelayan tradisional disini akan memproses ikan tahai hasil tangkapan untuk dijadikan ikan tahai kering atau pun ikan tahai salai. Kalau di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia ikan jenis ini banyak diproses untuk membuat keropok sama ada dijadikan keropok lekor atau keropok kering. Berbalik kepada ikan tahai di Lawas dimana ianya akan dimasak air ikan tahai atau lebih dikenali sebagai 'dadah' di kalangan penduduk tempatan. Penduduk di Lawas juga percaya dimana ia boleh menyembuh pelbagai jenis penyakit biasa termasuk untuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, meredakan sakit demam panas dan melegakan sakit badan. Pemelitian penulis mendapati dimana harga Ikan Tahai adalah mengikut musim. Apabila tiba musim Tahai lazimnya ia di jual dengan harga diantara RM7.00 - RM8.00 sekilogram. Akan tetapi apabila bukan musim ia dijual hingga mencecah RM28.00 sekilogram. 

Berdasarkan laporan dan tinjuan penulis mengenai ikan tahai, masyarakat Melayu-Brunei di Kg Awat-Awat telah mengamalkan masakan 'dadah' ini untuk makanan setiap kali selepas bersalin dan ia benar-benar berkesan. Ikan tahai yang dimasak sambal atau dibuat acar merupakan hidangan tradisi tempatan yang amat popular (Sila lihat foto disebelah). Makanan ini selalunya akan dimakan dengan nasi panas dan memang enak ketika perut sedang lapar. Dikalangan penduduk tempatan mereka akan memanggil nama resepi ini sebagai sambal ‘dadah’. Lazimnya sambal ikan tahai ini diperbuat daripada ikan tahai yang ditumbuk dan bahan lain digunakan adalah lada, asam jawa, garam, gula dan cili boh. Selain untuk makan nasi atau nasi lemak, sambal itu juga sedap dimakan dengan roti, lemang atau ketupat dan juga kalupis. Sekarang makanan 'Dadah' ini juga dipanggil sebagai 'Sambal dadah' dimana ia popular bukan saja di Daerah Lawas malah juga di daerah berhampiran iaitu Limbang, malah turut diminati rakyat negara jiran siapa lagi kalau bukan Brunei Darussalam. Ini kerana dari segi lokaiti perkampungan Awat-Awat terletak hanya kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot dari Muara Brunei dan 45 minit jaraknya dengan bot dari Labuan, jika menaiki bot 60 kuasa kuda. 

Membuat ikan tahai kering atau ikan tahai salai memerlukan kemahiran dan teknik yang betul. Ikan tahai juga dikeringkan dengan menjemurnya diatas papan para dibawah sinaran cahaya matahari secara semulajadi. Ikan tahai segar akan dibersihkan dan dibuang segala isi perutnya sebelum dijemur sekitar 7-10 hari sehingga benar-benar kering untuk didimpan atau dijual kepada peraih. Ikan tamban atau ikan tahai kering akan disusun pada rak kayu khas yang dibuat dimana susunan para ini telah sedia untuk disalai. Kawasan menyalai ikan tahai ini diperbuat daripada dapur mudah yang diletakkan para-para untuk diletakkan kayu yang ada ikan salai. Bahan bakar yang digunakan untuk menyalai adalah kayu hutan bakau yang panas dan tahan lama. Ikan tahai ini disalai untuk beberapa hari dan beberapa minggu bergantung kepada saiz ikan dan juga keadaan cuaca persekitaran. Ikan tahai salai yang siap akan dibungkus untuk dipasarkan. Ikan tahai salai ini tahan lama apabila mencapai kualiti dikehendakki. 

Sambai Ikan Tahai merupakan antara makanan yang enak dan sesuai dimakan oleh semua orang. Membuat sambal ini mudah bagi mereka yang pandai memasak. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah seperti 0.5 kilogram Ikan Tahai Salai (atau sama dengan Ikan Aur-aur atau jenis Ikan Tamban), 1 cawan cili kering (yang perlu ianya ditumbuk halus), 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 2 biji bawang besar dan juga sedikit gula serta garam. Jangan lupa akan menggunakan sedikit asam jawa, sedikit garam, gula dan ajinomoto sebagai menambak kenakkan sambal ikan tahai. Paling asas diperlukan membuat sambal ini adalah bahan minyak untuk menggoreng dan kuali. Apa yang penulis pernah membuatnya, pertama sekali adalah membuang atau menguoas kulit Ikan Tahai dan tumbuk dengan lesung batu sehingga menjadi separuh halus. Kemudian perlu menumiskan bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga garing. Seterusnya adalah untuk memasukkan cili yang dikisar dan biar sampai terbit minyak. Kemudian perlu masukkan air asam jawa, gula, garam dan gaul rata. Akhir sekali masukkan ikan yang ditumbuk tadi dan masak hingga sambalnya melekit dan kemudian ia sedia untuk dihidangkan. Sambal ini selain daripada enak dimakan dengan nasi putih juga sesuai dimakan dengan ketupat, kelupis, lemang dan roti. Ia juga sedap untuk dimakan dengan nasi lemak sama ada waktu pagi atau malam mengikut selera. Semuga artikel mengenai ikan tahai ini memberi info berguna kepada pembaca blog Anim Agro Technologu kali ini. Wasallam!!!..
Aktiviti menyalai ikan tahai.
IKAN TAHAI... IKAN TAMBAN SAMA...
BERSAIZ KECIL... DIKERING JUGA...
DIBUAT SAMBAL... ENAK RASANYA...
MEMBACA ARTIKEL... TERHIBUR JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pantai Sg Ular, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(3 RabiulAwal 1438H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...