Support My Blog

Thursday, December 29, 2016

BURUNG WALIT - KENALI DIA (Part 1)

BURUNG WALIT (Aerodemus fuciphagas atau Aerodemus maxcimus atau Collocalia vestita) merupakan sejenis burung yang kini sangat popular di ternak di Malaysia. Sebelum penulis menjelaskan bagaimana cara beternak burung 'Walit' atau 'Walet' adalah baik kita mengenal dulu ciri-ciri, jenis-jenis dan sifat-sifat yang dimiliki burung walet. Walet juga merupakan sejenis burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka terbang tanpa henti dengan meluncur terus diudara pada siang hari. Burung ini berwarna gelap atau kehitaman bagaimana pun akab kembali kesarang pada malam hari dan berada disarangnya (Sila lihat foto diatas). Keupayaan burung ini dengan cara terbangnya cepat dengan dua sayapnya dan badannya yang ringan dan saiz ukuran tubuhnya sedang. Sayapnya berbentuk sabit yang sempit dan runcing dan mampu membawa burung walit terbang jauh tanpa henti melayang-layang diudara mencari makanan. Sayap walit ini merupakan sejenis organ yang sangat kuat. Kaki burung ini adalah sangat kecil sehingga burung jenis ini tidak pernah hinggap di pohon atau diatas pokok atau pun kabel eletrik. Ia mempunyai sejenis paruh yang sangat kecil. Bagaimana pun burung walit mempunyai kebiasaan tinggal secara semula jadi didalam gua atau rumah dibina asalkan ianya cukup lembab dengan cahaya remang-remang sampai gelap. Rumah burung walit komersil kini dibina dilokasi sesuai dimana ada banyak sumber makanan dan selamat dari ancaman musuhnya. Paling muran untuk membina rumah burung walit pun ratusan ribu ringgit. Hebatnya burung walit adalah kerana ia akan menggunakan langit-langit dalam mulunya untuk ia menempelkan sarang sebagai tempat berehat dan berkembang biak. Sarang burung walit inilah yang dikutip dan dijadikan produk makanan untuk kesihatan yang berkhasiat. Harga sarang burung walit yang siap dibersihkan bernilai ribuan ringgit sekilogram dipasaran antarabangsa. Sarang burung walit dari Malaysia dan Indonesia merupakan jenis kualiti premium terbaik didunia. Rencana subuh Isnin sempena Cuti Krismas ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai info asas burung walit untuk dijadikan bahan bacaan.


Apakah dia jenis-jenis burung walit yang perlu kita kenal?. Terdapat beberapa jenis burung walit yang dikenal di negara kita Malaysia dan Indonesia yang dapat menghasilkan sarang. Namun didakwa tidak semua sarang yang dihasilkan boleh digunakan dan memiliki khasiat. Perkara ini disebabkan beberapa faktur yang menyebabkan ia kurang sesuai dimakan. Di Malaysia dan di Indonesia dilaporkan ujud enam jenis gurung walit. Beberapa jenis tersebut dapat dibezakan dengan ciri berdasarkan ukuran tubuh badan, suara, warna bulu, tingkah laku dalam membuat sarang dan bahan asas digunakan dalam membuat sarang. Dalam pada itu penulis juga dapati pada orang awam mereka melihat burung ini yang terbang melayang menamakannya sebagai 'Burung Layang-Layang'. Sebenarnya ia adalah berbeza antara keduanya. Burung walet (Collocalia vestita) merupakan burung dengan sayap meruncing, berekor panjang, berwarna hitam dimana di bahagian bawah badannya berwarna coklat. Burung walit hidup di pantai serta kawasan bandar dimana ia menghuni gua atau ruang besar seperti bubungan kosong secara semulajadi. Burung Walit tidak dapat hinggap sebab memiliki kaki yang sangat pendek sehingga sangat jarang berdiri diatas tanah tetapi boleh hinggap pada dinding tembok atau atap. Mampu terbang ditempat gelap dengan bantuan gelombang bunyi atau dinamakan Ecolocation. Ia bersarang secara berkelompok dengan sarang yang dibuat dari air liur. Sarang ini banyak diperdagangkan orang untuk dibuat sup atau bahan ubatan atau makanan kesihatan yang mmahal harganya. 


Berikut ini adalah jenis-jenis walet yang perlu dikenali:

1. Walet Besar
Jenis walit ini berwarna hitam dengan warna bulu bahagian bawah coklat gelap. Bahagian bulu ekor pula agak bercelah. Suaranya keras dan nyaring. Ia merupakan jenis burung walit yang berukuran paling besar dibandingkan dengan jenis walet lainnya. Panjang badannya sekitar 16 cm iaitu dikelaskan sebagai BESAR. Oleh kerana ia mempunyai saiz badannya yang lebih besar maka burung jenis ini mampu untuk terbang lebih tinggi dan lebih cepat. Semasa ia terbang lazimnya ia menyambar serangga-serangga kecil yang mana ia menjadi makanannya. Walit besar lebih suka bersarang pada lubang-lubang batu (gua kecil) atau pada celah-celah batu dekat air terjun. Sarangnya selalunya memang tidak dapat dimakan. Sarangnya ini berbentuk seperti mangkok dimanna ia dibuat dari campuran akar-akar tumbuhan, lumut dan jenis serat. Jika dibandingkan dengan walit jenis lain, sarang burung walit besar dikelaskan sebagai sarang yang kotor dan berserabut. Jika ia bertelur biasanya hanya sebiji sahaja dengan warna telurnya putih, berbentuk agak lonjong. Ia selalunya bersarang dan bertelur pada bulan November dan Disember setiap tahun.

2. Walit Putih

Jenis burung walit putih disebabkan ia mempunyai sarang berwarna putih. Bulu walit ini berwarna cokelat kehitam-hitaman dengan bulu bahagian bawah kelabu atau coklat. Sementara itu dibahagian ekor ia mempunyai bulu ekor sedikit bercelah. Suaranya adalah nyaring tinggi. Saiz burung walit ini dikelaskan sebagai bertubuh SEDERHANA BESAR sekitar 12 cm. Matanya adalah berwarna coklat gelap dengan paruh hitam dan juga warna kaki hitam. Ia memunyai jenis sayap yang lebih kukuh dan cara terbangnya juga lebih kuat. Bila ia mencari makan lazimnya jarang berputar-putar di tempat yang rendah tetapi dilokasi lebih tinggi. Walit putih ini lebih suka mencari makan dekat pokok-pokok tinggi yang banyak terdapat serangga kecil. Burung ini juga sering terbang ke dalam air untuk mandi dan minum dan kemudian akan terbang lagi. Ia suka bersarang yang terletak di celah-celah batu karang atau gua kapur yang susah dicapai secara semulajadi. Sarang burung tersebut seluruhnya dibuat dari air liur sehingga harganya mahal dan sering dicari pemburu sarang burung. Telurnya berwarna putih, berbentuk memanjang dimana ia bertelur sebanyak 2 biji sahaja. Burung walit putih bersarang secara bermusim bergantung pada tempat bersarang yang sesuai dipilihnya.


3. Walet Sarang Hitam

Burung walit jenis ini mempunyai warna bulu coklat kehitam-hitaman dengan bulu ekornya juga berwarna coklat kelabu. Bulu ekor bercelah sedikit dan ia mempunyai jenis kaki yang ada bulu merata. Dari segi saiz badan ia ia termasuk berukuran sebagai SEDANG. Panjang tubuhnya adalah sekitar 12 cm. Jika dilihat sepintas lalu penulis juga dapati ia sangat mirip walet putih. Matanya adalah berwarna cokelat tua dengan paruh hitam dan kaki berwarna hitam. Tidak seperti walet lain didapati jenis ini mempunyai suara yang terdengar mencicit. Walit ini juga memakan serangga-serangga kecil yang disambarnya ketika terbang. Jenis ini suka bersarang dan lebih meyukai pada gua-gua kapur. Sarangnya disebut sarang hitam sebab ia mengeluarkan air liur untuk membuat sarang bercampur dengan bulu-bulu tubuhnya yang berwarna hitam. Bila ianya sudah bertelur lazimnya hanya sebiji sahaja satu sarang. Warna telurnya putih yang berbentuk memanjang. Musim yang selalu ia mengawan adalah sama dengan walit putih. Seperti juga jenis walit putih selalunya jenis burung walit sarang hitam juga lsesuai untuk dikomersilkan berbanding dengan jenis burung walit lainnya. Sila baca sambungan artikel ini dalam Part 2 selepas ini. Wasallam!!!...
BURUNG WALIT... KENALKAH ANDA...
BERSARANG...AIR LIUR ASALNYA...
BEBERAPA JENIS... 6 SEMUANYA...
BACA ARTIKEL... INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 231, Hotel Seri Bera,
Bera, Pahang,
Malaysia.
(25 RabiulAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...