Support My Blog

Saturday, December 10, 2016

MENGUJI MADU ASLI

MADU LEBAH (Honey Bee) sama seperti MADU KELULUT merupakan salah satu produk daripada penternakan Lebah Madu dan Kelulut. Selain daripada penghasilan tersebut, aktiviti penternakan lebah madu mampu menghasilkan Propolis, Lilin, Royal Jelly, Pollen dan sebagainya. Industri penternakan lebah madu dan kelulut di Malaysia masih ditahap rendah dimana pengeluaran madu tempatan masih rendah dan kebergantungan kepad madu import masih tinggi. Daripada jurnal yang dikeluarkan oleh Universiti Malays dan laporan rasmi oleh Jabatan Pertanian Malaysia mempaparkan terdapat lebih daripada 60% madu lebah dipasaran tempatan adalah terdiri daripada madu lebah tiruan (Sumber: Mohd Anim, Status Industri Perlebahan di Malaysia, Seminar Lebah Kebangsaan 2015). Orang ramai masih percaya kepada beberapa petua yang dipercayai boleh membuktikan bahawa madu lebah tersebut adalah tulin atau madu lebah asli. Beberapa petua popular seperti bagaimana madu lebah bertindakbalas dengan air sehingga membentuk seperti hexagonal dan sebagainya dipercayai sebagai bukti ia madu lebah asli. Bagaimana pun penulis percaya oraang awam tahu bahan pemanis yang terhasil dalam bentuk cecair iaitu madu lebah banyak dijual dan sangat mudah didapati di mana-mana sahaja. Disebabkan khasiat madu lebah yang sangat tinggi dan juga menjadi antara makanan sunah yang terbaik maka ia kini menjadi pilihan masyarakat sebagai makanan tambahan untuk kesihatanNamun begitu masih ramai yang tidak menyedari bahawa kebanyakan madu yang dijual dalam pasaran adalah madu tiruan yang boleh membahayakan kesihatan dan agak sukar untuk dibezakan dengan madu asli. Artikel malam Sabtu ini sambil menonton TV3 mengenai perlawanan bolasepak Piala AFC 2016 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kaedah menguji madu lebah atau madu kelulut sebagai satu bahan untuk dirujuk berdasarkan kajian.

Mungkin ketulinan madu menjadi harapan pengguna apabila membeli madu lebah dengan harga yang mahal. Bagaimana pun jika pembeli kurang pasti dengan kualiti madu ini akan rasa kecewa apabila dibuat ujian makmal bahawa madu tersebut adalah madu tiruan. Penulis ada menulis rencana bagaimana membuat madu tiruan sebelum ini untuk dijadikan rujukkan (Sila klik disini). Lazimnya daripada beberapa laporan menyatakan madu tiruan mengandungi gula yang berlebihan dan kandungan Hidroksimetilfurfural (HMF) yang tinggi. Kesan daripada pengambilan gula dan HMF berlebihan ini membolehkan ia mendatangkan impak kepada kesihatan manusia sejagat dengan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser. Tetapu bukan itu sahaja dimana dengan adanya madu tiruan dalam pasaran yang tidak terkawal disebabkan tiada aktiviti penguatkuasaan dan tindakan kerana tiada akta khusus yang melindungi madu asli menyebabkan ia masih berlaku. Setakat ini belum ada akta yang secara jelas menghalang pembuatan madu tiruan menyebabkan perkara ini juga boleh merosakkan industri tersebut. Melihatkan kesan negatif akibat penjualan madu tiruan yang berleluasa selain untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan penternak lebah dan pengguna mengenai bahaya madu tiruanmaka beberapa agensi keranaan dan swasta tampil memberikan khidmat menentusahkan kualiti madu. MARDI sebagai contoh mempunyai kepaakaran dan perkhidmatan menjalankan kajian mengesan ketulenan madu selain daripada beberapa universiti seperti UIA, UMP, UMK, UKM, UM dan beberapa syarikat swasta. Bagaimana pun kebanyakan makmal ini akan mengenakan bayaran untuk ujian madu lebah. Sejauh manakah pengguna yang hanya membeli sebotol madu lebah mahu menghantar sampel untuk dibuat ujian ketulinan madu?. Mungkin tidak berbaloi kecuali dengan tujuan membuat ujian khusus.

MARDI dalam usaha menjalankankajian itu adalah merupakan salah satu dari platform untuk memulihkan kembali industri madu selain membuka peluang untuk menghasilkan teknologi yang dapat mengesan ketulenan dan kualiti madu di negara ini. Madu Lebah yang dihasilkan daripada perut lebah adalah berasal dari sumber nektar atau air sap tumbuhan yang menjadi makanan lebah tersebut dan disimpan di dalam sarang sehingga ia matang. Disebabkan proses penghasilan madu asli agak lambat selain memerlukan teknik lain yang khusus dan modal yang besar, maka kemungkinan masih ramai pengusaha madu mengambil jalan mudah dalam usaha meningkatkan bekalan mereka dengan cara mereka mencampurkan madu asli bersama sirap sukrosa dan beberapa campuran lain. Kini penulis dalam membuat tinjauan mendapati terdapat pelbagai kaedah tradisional telah digunakan untuk membezakan madu asli dan madu tiruan misalnya dengan menggunakan semut, telur dan sudu besi. Walau bagaimanapun ditegaskan bahawa kesemua kaedah tradisional itu bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu. Sehingga kini hanya ujian makmal sahaja yang boleh memberikan ketepatan sehingga 99 peratus apabila ketulenan sesuatu jenis madu diukur dengan kehadiran enzim dalam madu tersebut.

Pada masa ini teknik yang dibangunkan di MARDI ini adalah dengan kaedah mencampurkan madu herba terpilih dan dibiarkan dalam tempoh masa tertentu. Selanjutnya dianalisis menggunakan alat HPLC MS (high performance liquid chromatography mass spectrometry). Kajian ini akan menunjukkan jika madu tersebut tulen, ia boleh memecahkan bahan berkhasiat tertentu dalam herba terpilih dengan membentuk struktur yang lebih kecil kerana madu tulen mengandungi enzim. Kehadiran bahan antioksidan seperti bahan fenolik dalam madu juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur ketulenan madu. Bahan ini hadir dalam bunga dan buah yang menjadi makanan utama lebah. Jika ada madu ditambah dengan sumber gula lain, biasanya bahan fenolik ini akan diikat dengan gula yang ditambah dan ia akan berkurang atau tidak dapat dikesan lagi apabila diuji menggunakan HPLC MS MS tersebut. MARDI juga sedang dalam usaha untuk membangunkan kaedah biasa yang lebih mudah dan murah untuk menentukan keaslian madu. Kini secara tidak langsung, kaedah yang dibangunkan ini adalah diharapkan dapat membantu pengusaha madu dan juga pengguna untuk membezakan madu asli dan juga tiruan. Oleh itu sebagai langkah awal apa yang boleh diambil untuk mengatasi masalah penghasilan madu tiruan yang tidak terkawal dicadangkan diujudkan sebuah jabatan khas perlu diwujudkan untuk menangani isu ini. Jabatan tersebut perlu berperanan untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat akan bahaya pengambilan madu tiruan, selain daripada ia bertanggungjawab mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menghasilkan madu tiruan. Pihak berwajib juga perlu mewujudkan pensijilan khas atau hologram yang hanya dapat diperoleh daripada jabatan tertentu seperti MARDI sebelum meluluskan sesuatu jenama madu itu boleh dipasarkan. Dalam pada itu beliau berkata biasanya madu tulen berbau sedikit wangi dan kelat disebabkan kehadiran flavanoid dan asid fenolik. Biasanya madu asli tidak dikerumuni semut jika masih segar selepas dituai. Walau bagaimanaoun semut boleh datang jika bau wangi hilang tetapi cara ini belum dapat dibuktikan secara saintifik sebaliknya perlu diuji di makmal. Beberapa persepsi orang ramai yang ada adalah silap untuk memberikan kefahaman orang ramai mengenai ketulenan madu. Pada penulis madu asli yang tulen perlu dibuat ujian makmal untuk mengetahui ketulinannya. Madu asli dikatakan mempunyai warna, rasa dan bau tertentu atau ada yang mendakwa madu yang asli tidak dihurungi semut dan madu asli tidak beku dalam peti sejuk. Adakah anda masih menggunakan teknik ini untuk menyatakan ia madu asli tulen. Wasallam!!!.
MADU LEBAH... PRODUK BERGUNA...
UJIAN MAKMAL... PERLU DILAKSANA...
KETAHUI YANG TULEN...BAGAIMANA...
HLPC MS... ALAT YANG DICIPTA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pejabat Ketua Pengarah MARDI,
MARDI, Serdang,
Selangor, Malaysia.
(12 Safar 1438H).
Lawatan YB Exco Kerajaan Negeri Pahang ke MARDI.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...