Support My Blog

Tuesday, December 6, 2016

MINYAK KELAPA DARA DAN KECANTIKAN

MINYAK KELAPA DARA atau VCO (Virirgin coconut oil) adalah satu produk yang dihasilkan daripada Teknologi Bio (Biotechnology) daripada santan kelapa (Cocos nucifera) melalui proses pemanasan dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Ia berbeza dengan proses penghasilan minyak masak (coking oil) yang biasa. Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil -VCO)diperakui mempunyai khasiat tersendiri iaitu kandungan Asid Laurik yang dibuktikan sangat baik untuk kesihatan. Walau pun minyak ini telah lama dijadikan satu industri di seluruh dunia terutama di Indonesia, Filipina dan beberapa negara pengeluar kelapa lain tetapi kempen penggunaan minyak VCO ini di Malaysia hanya popular sekitar 5 tahun lepas sahaja. Ramai usahawan minyak kelapa dara di Malaysia yang menghasilkan minyak ini untuk pasaran domestik dan antarabangsa dengan teknologi yang didapati dari jabatan atau agensi kerajaan, rakan perniagaan dan sebagainya. Minyak kelapa dara adalah minyak yang dihasilkan daripada santan dari pokok kelapa tua yang terdapat di kebun. Kualiti minyak kelapa dara dari pokok dan buah kelapa muda dipercayai kurang ummph!. Minyak ini mengandungi Asid Laurik iaitu sejenis asid lemak berantai sederhana yang bersifat antivirus, anti bakteria dan juga anti protozoa serta baik untuk kesihatan pada tubuhbadan manusia. Meminum minyak kelapa dara seraca berjadual didakwa dapat menambah daya ketahanan (immune syatem) badan seseorang bagi melawan serangan penyakit. Kajian oleh saintis Dr Bruce Fife ND menunjukkan kandungan 50% Asid lauric dalam VCO membantu menambahkan daya tahan ini dari serangan virus AID, HIV, Herpes, cytomegalovirus, influenza, pelbagai bakteria patogenik (termasuk Bakteria Helicobakter pylori dan Bakteria Monocytogenes. Minyak ini juga bertindak sebagai makanan kesihatan (Functional food) berdasarkan penuelidikan saintifik yang telah dijalankan. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya membentangkan mengenai minyak kelapa dara dan potensi untuk dijadikan bahan untuk kecantikan dan komestik bagi rujukan anda semua.

Sesungguhnya minyak kelapa dara memang telah mendapat tempat istimewa dalam dunia kecantikan. Popularitinya semakin meningkat dari hari ke hari kerana keberkesanannya. Ramai orang yang telah mencuba dan amat yakin dengan minyak kelapa dara. Sebelum ini ramai yang percaya dan kongsikan kegunaan Minyak Kelapa untuk kesihatan oral dengan kaedah 'oil pulling'. Memang terbukti ianya satu kaedah yang berkesan. Kini bagi mereka yang suka akan produk natural dalam merawat tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki digalakkan untuk menggunakan minyak kelapa dara yang asli. Terdapat banyak jenama dipasaran mengenai produk kelapa dara yang boleh didapati (Sila lihat foto disebelah). Minyak Kelapa Dara adalah mentah dimana ia 100% Organik yang telah pun di ekstrak sejuk (tanpa penggunaan haba), halal dan sihat. Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan khasiat ini cukup lembut pada kulit yang sensitif, halus, ringan, cepat untuk ia menyerap dan tidak meninggalkan kesan melekit dengan kaedah atau cara penggunaan yang betul. Pada pebulis blog Anim Agro Technology yang pernah terlibat terus dalam proses pembuatan VCO ini mendapati ia mudah disediakan jika mempunyai ilmi, kemudahan dan kemahiran. Bau VCO biasanya juga sangat harum seperti candy tetapi akan hilang bila ia telah di serap ke dalam kulit. Bagaimana pun sebagai peringatan adalah dinasihatkan agar anda menguji minyak ini di sebahagian kecil kulit selama 24 jam untuk mempastikan kesesuaiannya. Jika minyak ini tidak memberi kesan negatif maka ianya boleh digunakan berterusan tetapi jika ada kesan lain sebaiknya dapatkan nasihat pakar.

Persoalan asas adalah bagaimana anda boleh menjadi diri anda lebih cantik dengan menggunakan minyak Kelapa Dara?. Mungkin anda semua ada pengetahuan khusus daripada nasihat dan pengalaman sendiri mengenai perkara ini. Bagaimana pun penulis blog Anim Agro Technology kali ini akan berkongsi info sekadar menambah ilmu semua. Pertama adalah minyak kelapa dara didakwa sesuai digunakan sebagai bahan 'Cleansing Oil' atau Minyak Pembersih Muka. Syarat pertama untuk mendapat kulit yang sihat ialah dengan membersihkannya dengan cara yang betul. Minyak Kelapa Dara sangat sesuai untuk membersihkan wajah dengan kaedah 'double cleansing'. Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik yang anti bakteria, anti fungal dan anti viral`. Ia membersihkan kulit secara mendalam. Mekap juga mudah ditanggalkan walaupun dari jenis kalis air. Antara tip penggunaannya adalah dengan meratakan Minyak Kelapa Dara ke seluruh wajah dan urut secara perlahan lahan untuk menanggalkan kotoran berminyak. Kemudian perlu dibilas dengan air suam. Kegunaan VCO kedua adalah untuk menjadikan ia sebagai bahan Body Scrub atau LulurLulurkan seluruh badan anda dengan campuran Minyak Kelapa Dara dan Garam Laut. Kemudian digosokkan perlahan-lahan untuk menanggalkan kulit mati. Minyak ini juga berupaya untuk memudarkan parut dan merawat luka-luka ringan. Sebagai tipps sebaiknya anda melakukan lulur dua minggu sekali sebelum mandi dengan air suam untuk kulit lebih cerah dan lembut. Amalan ini bagaimana pun perlu dilakukan dengan disiplin yang betul bukannya sesekali sahaja mengikut kelapangan masa.

Minyak kelapa dara juga sesuai dijadikan bahan Losyen Tangan Dan Badan. Ini kerana jika anda mempunyai kulit yang kering dan sering mengelupas dan merekah, Minyak Kelapa Dara boleh membantu. Anda tidak perlu penggunaan VCO yang banyak memadai dengan sebanyak satu sudu sudah cukup untuk seluruh badan. Minyak ini membantu menguatkan tisu dan struktur kulit menjadikannya lebih sihat dan lembap. Sebagai satu tips sebaiknya disapukan diseluruh badan selepas mandi untuk melindungi lapisan kulit dari terhidrasi. Letakkan sebekas kecil minyak di sinki dapur dalam botol bermuncung kecil. Anda disyorkan untuk menggunakan setitik sebagai losyen tangan sebaik habis mencuci pinggan. Minyak VCO ini juga sangat sesua digunakan sebagai bahan untuk Merawat Rambut Yang Subur, Sihat Dan Mudah Diurus. Ini kerana selain membantu menyuburkan rambut didakwa minyak kelapa boleh juga merawat kelimumur dan juga mampu melambatkan kejadian rambut beruban. Ia juga membantu menghidratkan rambut yang lama dan rosak. Cara amalan adalah dengan menggoskkan minyak kelapa dibahagian kulit kepala yang kering dan berkelimumur dan tutupkan dengan shower cap. Kemudian rambut tersebut dicuci seperti biasa selepas sejam. Titiskan minyak di tapak tangan, gosok dan ramaskan di hujung rambut untuk mengekalkan kesuburan dan mengelakkan rambut berbelah.

Minyak kelapa dara juga sesuai digunakan sebagai Pelembap Wajah atau sebagai 'Moisturiser'. Minyak ini juga sesuai untuk semua jenis kulit. Selain dari bebas bahan kimia dan alkohol, Minyak Kelapa Dara juga mempunyai Vitamin A, D, E dan K yang bermanfaat untuk kulit. Sebaiknya gunakan sedikit minyak VCO dimana ia sudah memadai. Hanya satu atau dua titik akan membuatkan wajah anda lembap, bermaya dan bersinar. Jika terasa melekit selepas sapuan bermakna anda sudah terlebih pakai. Selanjutnya ke 6 kegunaan minyak VCO adalah sebagai bahan untuk Merawat JerawatRawatan untuk jerawat ini mungkin ramai yang sangsi. Alasan paling biasa didengar ialah kulit berjerawat kerana sebum yang aktif mengeluarkan minyak. Maka tidak perlulah menambah lagi minyak. Kini didapati ramai yang tidak tahu bahawa keadaan kering pada kulitlah yang menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar sebum. Minyak Kelapa Dara mampu untuk mengimbangi minyak pada kulit. Ia menghalang kelenjar sebum menjadi terlalu agresif menghasilkan minyak. Ia sebenarnya adalah agen anti bakteria. Ia sebenarnya dapat memulihkan jerawat. Vitamin E yang terkandung membantu merawat kesan jerawat yang ditinggalkan.

Bagi mendapatkan Bentuk Badan Ideal didapati minyak kelapa dara ini adalah paling ideal kerana ia tiada kolestrol. Ia mengandungi asid emak yang dinamakan triglycerides MCT yang dapat membantu meningkatkan metabolisma badan. Minyak ini amat sesuai untuk menurunkan berat badan. Ini bermakna pengambilan minyak ini dalam diet seharian mempercepatkan pembakaran kalori di samping membantu untuk meningkatkan stamina. Ia juga mampu untuk meningkatkan sistem immuniti badan. Ke 8 didakwa bahawa minyak VCO mampu untuk Melawan Penuaan Pra Matang. Didapati faktur pencemaran, tekanan dan sinaran matahari yang berlebihan membuatkan wajah jadi kusam, pigmentasi dan berkedut. Oleh itu Minyak Kelapa Dara dibuktikan dapat membantu roses melawan pepenuaan pra matang kerana kandungan antioksidannya yang tinggi. Kajian terbaru juga menemukan keupayaan minyak kelapa untuk melawan sinar UV. Seterusnya aspek kehebatan minyak VCO didakwa mempu untuk mendapatkan Alis Mata Menawan. Ini kerana bulu kening yang lebat tersusun dan bulu mata yang panjang melentik adalah idaman wanita (Sila lihat foto disebelah). Kini ia boleh dimiliki secara proses semulajadi atau alami dengan penggunakan apa lagi kalau bukan Minyak Kelapa Dara. Sebaiknya sediakan satu botol kecil yang khas untuk tujuan ini. Titiskan minyak pada cotton bud dan oleskan pada bulu kening dan bulu mata setiap malam dan nantikan hasilnya. Anda pasti berpuashati pada keesokkan harinya jika ia memberikan kesan positif. Akhirnya kehebatan minya kelapa dara adalah ia dijadikan sebagai Highlight Dalam Solekan Untuk Menaikkan Seri Wajah. Ini kerana kontur wajah dengan solekan adalah trend yang sedang popular. Penggunaan Minyak Kelapa Dara membolehkan ia memberikan sinar dan keserian pada wajah. Caranya dengan menyentuhkan sedikit minyak pada kedua tulang pipi wajah yang telah disolek dan ratakan. Sebagai kesimpulan sebenarnya banyak lagi kegunaan Minyak Kelapa Dara. Ia berupaya meredakan psiriosis dan eczema. Selain itu dengan amalan mengambil minyak ini dalam diet seharian mampu melambatkan kalau tidak mengelakkan Alzheimer. Ia juga mampu merawat migrain dan membantu menghindari sakit jantung. Minyak VCO kini boleh dianggap sebagai 'Makanan super' dimana sebaiknya setiap isi rumah patut menyimpan sebotol Minyak Kelapa Dara dan mengamalkannya secara luaran dan dalaman. Semuga rencana Anim Agro Technology kali ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.

VCO ITU...MINYAK KELAPA DARA...
MUDAH DIBELI.. DIMANA SAHAJA...
KECANTIKAN... ITU PELBAGAI GUNA...
BACA ARTIKEL... ANDA PUN BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Dewan Jublee Perak,
Jalan Teluk Cempedak, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(4 RabiulAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...