KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, September 19, 2017

VITAMIN - APA DIA?

VITAMIN (Vitamins) merupakan satu nama yang telah lama dikomersilkan dalam banyak promosi iaitu sebagai sejenis makanan kesihatan dipasaran. Dalam istilah saintifik maka penulis blog mendapati Vitamin dimaksudkan sebagai sejenis BAHAN ORGANIK yang sangat diperlukan oleh badan kita dengan jumlah kecil. Ia didapati berperanan dalam sistem pertumbuhan normal, membantu mengawal tahap kesihatan dan juga ada yang kata membantu dalam mencegah kepada penyakit tertentu. Semasa belajar di Universiti dulu memang ada pensyarah yang menyebutkan yang vitamin biasanya disebut sebagai jenis zat mikro (Micronutrients). Bahan ini juga membantu aktiviti dalam proses membentuk bahan pprotin, karbohiderat dan juga lemak didalam badan kita. Ada juga sesetengah vitamin yang akan membantu tubuh manusia didalam menghasilkan sel-sel darah serta bahan hormon untuk berfungsi dalam badan kita. Kajian sains juga telah mendapati yang tubuh badan manusia memang tidak mampu menghasilkan bahan ini dengan sendiri. Makanan yang lazim diambil daripada buah-buahan, ikan, sayur-sayuran, susu, daging malahan banyak dakwaan dimana cahaya matahari mampu membekalkan vitamin. Kini telah banyak suplement (makanan tambahan) dipasaran seperti kapsul, pil, cecair dan sebagainya yang dijual dipasaran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh manusia. Beberapa produk yang mengandungi vitamin kini berjaya dikomersilkan dengan tujuan untuk diambil pengguna dengan tujuan kesihatan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa itu vitamin sekadar untuk dikongsi dengan pembaca sekelian yang mengikuti blog ini.

Ramai mungkin agak keliru yang vitamin itu sebagai dikatakan UBAT atau dalam bahasa Inggeris disebut 'medicine'. Kalau kita ambil atau makan vitamin dengan banyak pun akan menyebabkan mudharat kepada tubuh badan kita. Mengambil bahan vitamin yang banyak juga tidak akan mengenyangkan kerana ia bukan makanan ruji seperti makan nasi dengan pelbagai lauk.  Penulis blog dapati dimana anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda dimana makanan yang kaya dengan bahan nutrien didalam makanan tersebut diambil setiap hari. Pemilihan bahan makanan dan masa serta kuantiti makanan yang diambil oleh setiap individu adalah berbeza-beza. Dari tinjauan penulis kekedai ubatan mendapati diantara banyak jenis vitamin yang ada dipasaran adalah jenis VITAMIN C, VITAMIN A, VITAMIN E, VITAMIN  dan VITAMIN K. Apa pun ramai kurang sedar bahawa makanan harian yang anda makan memang mengandungi pelbagai jenis vitamin. Jika ada melakukan pemeriksaan ujian kesihatan dan permakanan maka pastinya dapat tahu akan nilai permakanan.  Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu dan buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi. Selalu dibincangkan dimana nilai makan makanan tertentu bagi tujuan mengekalkan kesihatan telah diketahui lama sebelum vitamin dikenal pasti. Orang-orang Mesir purba dilaporkan tahu bahawa memberi pesakit makan hati akan membantu merawat rabun malam. Perkara ini sebenarnya diketahui akibat kekurangan vitamin A.


Beberapa jenis dan fungsi vitamin ada dibincangkan  oleh saintis permakanan. Ada vitamin yang akan larut dalam lemak. Sebagai contoh dimana vitamin A didakwa mampu menggalakkan untuk pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta juga akan mengelakkan rabun. Vitamin D pula akan meningkatkan paras sitrat (garam asid citrik) dalam darah dan seterusnya menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus serta akan menjaga kesihatan tulang dan gigi. Vitamin E pula sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot serta melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mampu mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah. Sebagai antioksidant lazimnya vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan lagi proses penuaan. Vitamin K pula bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini dapat membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan. Sementara itu didakwa dimana bagi jenis vitamin yang larut dalam air pula ada banyak jenis. Vitamin C mampu dalam membantu untuk mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi. Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.


Dalam pada itu terfikir bagaimana akan terjadi jika tidak mengambil vitamin kerana biasanya semua orang digalakkan mengambil vitamin. Bagi mereka yang tidak mahu makan jenis makanan seperti sayur, ikan dan daging mungkin mendapatkan vitamin dari sumber lain. Vitamin baik untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya seseorang mengamalkan cara pemakanan sebegini maka lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Bagi mendapatkan nutrien yang hilang semua orang perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit. Masaalah rabun disebabkan kurang vitamin A) dan masaalan Anemia (penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) adalah disebabkan oleh kes kekurangan vitamin B12 atau zat besi. Kementerian Kesihatan sering ingatkan agar mengelakkan mengambil makanan segera. Golongan kanak-kanak atau orang yang sudah dewasa masih makan makanan seperti makanan ringan yang kurang menyihatkan. Ada juga yang gemar dengan restoran makanan segera. Makanan segera itu tidak elok kepada kesihatan badan jika diambil terlalu kerap. Antara kesan sekiranya mengambil makanan segera terlalu kerap adalah masaalah Kegemukkan (Obesiti). Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Makanan ini juga memang lazat tetapi skesan yang kurang baik. Siatem ketahanan badan menjadi lemah akibat terdapat banyak bahan kimia dimasukkan dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja dilaporkan dimana ada pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia. Terdapat kes penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak dan juga kandungan karbohidrat yang tinggi. 


Pengambilan makanan segera juga kurang baik kepada pesakit diabetes. Ini kerana diabetes merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis adalah sejenis penyakit dikaitkan dengan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas juga merupakan sumber utama kepada diabetes kerana bahan kandungan gulanya memang tinggi. Selain itu masaalah serangan kanser berkait dengan kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan segera. Makanan segera yang kurang elok untuk kesihatan. Sebagai contoh mi segera merupakan makanan segera yang tidak elok diamalkan sebagai makanan harian. Ini kerana perencah mi segera itu mempunyai perisa ynag berlebihan dan kandungan garam yang tinggi. Lain makanan segera seperti Kentang goreng dimana ia mengandungi terlalu banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan. Makanan Segera seperti Burger Daging pula ada kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak. Sementara itu makanan ringan atau Jajan lazimnya mempunyai garam dan pewarna yang tinggi. Jenis Air bikarbonat ada kandungan gula yang sangat tinggi.


Antara makanan yang mengandungi zat vitamin yang tinggi seperti lobak, kobis, tomato, buah limau, epal dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin. Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang ia membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya. Sebagai contoh sayuran tomato memang kaya dengan vitamin A, C dan serat juga zat besi (Sila lihat foto disebelah). Buah Avokado pula amat kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C sementara Buah Pisang memang kaya dengan vitamin A dan C, potasium dan zat besi. Buah Nanas kaya dengan vitamin A, B dan C. Makanan seperti telur, susu, hati mampu menyediakan vitamin A sementara jenis kekacang dan daging adalah sumber kepada vitamin B1. Selain itu dilaporkan keju, putih telur, dan yogurt juga menyediakan vitamin B2. Ubi kentang, sardin dan ikan tuna juga sumber untuk vitamin D manakala sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum memang kaya dengan vitamin E. Akhirnya sayur kobis daun salad adalah penyumbang kepada vitamin K.  Mungkin ubat atau vitamin yang sering diambil tidak sesuai dengan ketahanan badan seseorang kerana ia mungkin juga itu bukan vitamin. Disyorkan agar pengguna mengikuti peraturan dan panduan ini supaya apa yang anda makan seperti vitamin, tidak akan memudaratkan kesihatan anda. Pastikan vitamin yang diambil telah pun mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar. Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.b. Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terpapar pada botol. Semuga tulisan ini meberi info berguna kepada pembaca blog anim agro kali ini, Wasallam!!!.

MAKANAN ANDA... PERLU DIJAGA...
AMBIL BERKHASIAT..IKUT ZATNYA....
CUBA ELAKKAN...MAKANAN SEGERA...
PILIJ YANG SEGAR... SIHAT SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 102A, Hotel Wawasan,
Simpang Rengam, Kluang,
Johor, Malaysia.
(29 Zulhijjah 1438H)

Monday, September 18, 2017

PARANG DI KEBUN NANAS

PARANG merupakan sejenis alatan yang penting untuk digunakan didalam kebun nanas. Terdapat pelbagai jenis parang yang digunakan oleh pekebun nanas didalam mereka mengurusakan aktiviti perkebunan mereka. Alatan lain yang sering digunakan dikebun nanas adalah Pam Penyembur, Cangkul, Tajak, Bakul Tuaian Hasil, Pisau, Baldi dan juga beberapa lagi. Parang yang diperbuat daripada logam besi mempunyai pelbagai bentuk, saiz, bahan logam digunakan, sarung dan fungsi yang berlainan. Foto diatas adalah jenis parang milik Wak Roslan di Kg Jenjarum, Banting, Selangor yang mana ia bengkok dihujungnya yang mempunyai hulu pemegang kukuh untuk mencantas, memotong buah, memetik hasil dan sebagainya. Parang ini seberat 350 - 400 gram perlu diasah dengan batu asah untuk mempastikan ianya tetap tajam untuk mudah digunakan dalam kebun. Parang jenis ini amat sesuai untuk membelah buah nanas dan membuang anak-anak pokok yang tidak dikehendakki dalam kebun nanas. Ia mempunyai sarung parang yang unik bertujuan untuk simpanan dan keselamatan pengguna. Adalah menjadi satu kemestian setiap pekebun nanas ini mempunyai parang yang tajam untuk pelbagai aktiviti. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai parang yang sering digunakan didalan kebun nanas sebagai satu jenis alat yang penting.


Antara jenis parang dikebun nanas yang digunakan adalah parang panjang atau parang pendek atau diantara keduanya. Parang Panjang biasanya mempunyai ukuran panjang 1 meter dengan hulunya bengkok dibuat daripada besi keluli yang tahan dan tajam (Sila anda lihat foto disebelah). Parang panjang ada dijual dikedai pertanian atau kedai tukang besi yang mempunyai pelbagai rekabentuk tetapi yang paling biasa seperti foto disebelah. Harga parang panjang sekitar RM 50 - RM80 satu bilah bergantung kepada jenama, kualiti keluli dan juga ketajamannya. Parang panjang ini lazimnya aa hulu dibuat daripada getah atau plastik dengan membengkok agar ia kuat dipegang semasa menggunakannya dalam gengaman. Penanam nanas amat suka gunakan parang panjang jenis ini terutama dikawasan kebun nanas yang banyak duri. Ia sesuai untuk memotong daun nanas selepas buahnya diambil (Pancah) atau sesuai digunakan untuk memetik buah nanas yang matang juga. Tujuan daun nanas dibuang selepas buahnya diambil adalah untuk membolehkan ia mengeluarkan sulur tanah pada pokok induk bagi dijadikan benih tanaman. Paramh Panjang amat perlu ditajamkan dengan menggunakan 'batu asah' terutama dibahagian atasnya. Memang mudah menggunakan parang panjang dikebun nanas tetapi perlu berhati-hati ketika menggunakan kerana boleh mencederakan jika tidak dikawal baik.


Jenis Parang Pendek adalah parang yang perlu dibawa kekebun nanas dan disisipkan didalam sarungnya yang selalu diikat pada pinggang. Terdapat banyak jenis rekabentuk parang pendek daripada bentuk biasa yang tradisional sehingga kepada bentuk yang unik dan canggih (Sila lihat foto disebelah). Parang ini lazimnya mempunyai ukuran panjang kurang 0.5 meter dengan mempunyai pemegang pada hulu daripada kayu teras atau plastik padu. Parang Pendek lebih selamat digunakan dikebun nanas kerana ia selalunya disimpan didalam sarung parang ketika membawanya. Ia sesuai digunakan untuk memetik buah, memotong sulu anak dan juga membelah buah nanas dikebun. Ada jenis parang pendek yang harganya melebihi RM200 sebilah tetapi lazimnya jenis yang biasa dijual sekitar kurang RM100 saja. Bagi sesetengah pekebun nanas mereka lebih suka jenis parang yang tidak panjang dan tidak pendek yang penulis blog gelarnya sebagai 'Parang Seteng' bermaksud 'Parang Setengah Panjang'. Parang Seteng ini lebih sesuai digunakan dikebun nanas untuk kesemua kerja didalam kebun seperti pada foto paling atas sekali. 


Kedua-dua jenis parang untuk kegunaan kebun nanas perlu diasah (Sharpening) bagi menjamin ketajamannya. Jika parang tersebut tumpul maka ia menjejaskan aktiviti menebas, memotong atau membelah yang ingin dilakukan. Kesan parang yang tumpul menyebabkan daun tidak putus atau perlu melakukannya berkali-kali yang mana ia adalah memenatkan. Parang yang tajam juga sesuai untuk tujuan membuang kulit buah nanas dan memotong buah nanas dikebun untuk membuat ujirasa atau kerja lain berkaitan. Ada juga penanam nanas yang pernah penulis jumpa menggunakan alat seperti parang panjang tetapi sebenarnya adalah sebilah 'pedang'. Dakwa petani ini alat seperti pedang ini lebih baik dan efektif digunakan dalam kebun nanas terutama untuk memotong daun nanas selepas menuai hasilnya. Parang dalam kebun nanas merupakan satu alat yang pertanian yang penting didalam amalan teknologi penanaman nanas. Semuga rencana ini mempu memberikan info berguna kepada pambaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

DIKENALI PARANG... BANYAK JENISNYA...
DARI BESI KELILI...PARANG DIBUATNNYA...
MEMBANTU PEKEBUN...AMAT BERGUNA...
PERLU DIASAH... AGAR TAJAM SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 530, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Selangor, Malaysia.
(26 Zulhijjah 1438H)

Sunday, September 17, 2017

TANAMAN POKOK TIN - SATU TINJUAN

TANAMAN POKOK TIN (Ficus carica) merupakan satu jenis tanaman yang semakin minat ramai terutama orang disekitar kota disekeliling rumah ataupun di rumah condominium. Kini penanaman Pokok Tin tidaklah sesukar mana sekiranya kita sudah biasa menanam pokok di dalam pasu. Cuma perlu tahu asas sifat pokok tin terlebih dahulu dan media yang kita akan gunakan untuk menanam pokok. Pokok tin ialah sejenis pokok yang berbatang lembut, pertumbuhan agak cepat dan mempunyai akar rerambut yang banyak. Akar jenis inilah yang akan mengambil nutrien dihantar kedaun dan buah untuk pertumbuhan daun dan pembesaran pokok. Dalam amalan agronomi bagi pertumbuhan yang baik, maka pokok tin memerlukan tanah yang ringan (light soils) dan mesti ia mempunyai saliran yang baik atau air tidaklah bertakung. Medium tanah amat penting bagi pokok tin. Medium tanah yang baik ialah medium tidak terlampau lembab dan air tidak bertakung bila di siram(porous). Pokok tin mudah mati jika banyak air atau di selalu di siram terutamanya peringkat baru tanam. Jika pokok layu di sebabkan oleh kekurangan air sebaiknya ia hanya perlu di siram pokok tersebut bagi memulihkannya dengan segera. Jika pokok layu di sebabkan banyak air ia sukar untuk di pulihkan kembali. Kepada yang berminat menanam penulis blog syorkan agar mendapatkan anakbenih pokok tin dari pembekal yang dipercayai samada benih dari benih jenis keratan atau tut. Pengusaha yang baru dalam penanaman buah tin sebaiknya dipastikan varieti buah tin tersebut adalah diketahui mudah ditanam dan ia juga sesuai ditanam dan cepat dan mampu menghasilkan buah. Antara varieti yang sesuai ialah buah tin varieti BTM6. Sebaiknya dipastikan semasa proses pemindahan anak benih ke pasu atau polibag tanah pada benih tidak terburai agar akarnya tidak rosak. Selepas pemindahan di buat sebaiknya ia siram air sebanyak mungkin dan lihat jika aliran air keluar dengan lancar ia menunjukkan medium tanah adalah dalam keadaan baik (porous). Jika air lambat keluar maka ia berkemungkinan medium tanah terlebih padat. Jika sebaiknya ia perlu mengubahsuai media tersebut semula. Anak benih perlu diletakkan di kawasan yang redup tetapi mendapat cahaya matahari tidak terlampau panas dan elak daripada terkena air hujan yang berterusan. Pada peringkat ini anak benih masih lemah atau tidak stabil. Penjagaan pokok tin perlu dilakukan mengikut pakej yang ada. Artikel pada Ahad malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  mengenai tanaman pokok tin sebagai satu tinjauan untuk bacaan anda. Penulis merujuk kpada 3 testimoni dalam akhbar tempatan untuk tinjauan ini.



Lazimnya selepas beberapa minggu peringkat penyesuaian anak benih kepada cuaca yang panas secara berperingkat maka keadaan pokok sudah stabil. Semasa peringkat ini selalunya keadaan pokok tin telah mengeluarkan tunas dan daun (Sila lihat foto disebelah). Proses pembajaan boleh dilakukan pada peringkat ini dengan memberikan baja yang sesuai. Kekerapan proses pembajaan amat di galakkan untuk mempercepatkan proses pembesaran pokok. Pastikan baja tersebut sesuai untuk tanaman sma ada baja NPK yang dibeli dari kedai atau yaja foliar yang disembur kepada bahagian daun. Bagaimana pun jenis baja yang disyorkan adalah seperti baja organik dan Baja cecair jenis Set A dan Set B boleh digunakan mengikut formula yang diberikan. Lazimnya pokok tin akan tumbuh subur jika dijaga dengan baik. Ia akan mengeluarkan bunga sebaik sahaja pokok matang secara berperingkat. Bunga ini akan menjadi putik buah dan sebaiknya dibungkus dengan sarung kain kasa. 

Jenis karung pembungkus berjaring yang digunakan boleh dibeli dari kedai yang menjual bahan majlis perkahwinan atau kedai runcit biasa. Sila baca tulisan mengenai cara-cara membungkus buah tin tulisan saya disini (Sila klik disini).
Terdapat berbagai bahan atau material bagi diisi dengan telur ayam rebus atau telur pindang untuk diagihkan kepada tetamu dalam majlis perkahwinan dan beberapa majlis-majlis keramaian lain. Antaranya seperti material kotak kertas, kaca, seramik, kain, gelas dan juga karung kain kasa. Lazimnya material ini dijual dalam unit 50 unit satu set dengan kebanyakannya adalah buatan dari Negara China. Harga yang murah dan ketahanannya membolehkan karung mini ini sangat baik untuk digunakan beberapa kali. Karung yang dibuat dari kain kasa ini dibuat dengan banyak corak yang menarik tetapi warna gelap adalah menjadi pilihan kerana ia mampu mengelakkan lalat buah nampak putik buah figs. Karung mini ini berjaring dengan udara boleh berlegar dan memberikan kondisi terbaik untuk buah figs membesar dan menerima cahaya. Jika menggunakan plastik atau kertas ia menghalang peredaran udara dan cahaya yang menjejaskan warna buah figs yang dihasilkan. Cara pasang karung mini ini amat mudah dengan membuka ikatan lubang karung dan masukkan putik buah figs kemudian ia perlu diikat semula dengan kemas. Penulis mencuba memasang karung mini ini dalam beberapa saat sahaja sudah siap bagi setiap biji (Sila lihat foto disebelah). Buah yang masak boleh dilihat dengan jelas dari luar dan boleh dipetik. Karung mini ini boleh diguna semula selepas buah figs ini dipetik.

Dalam satu testimoni akhbar berjudul asal "Guru tanam pokok tin hasilkan pendapatan tambahan" menlaporkan bertapa usah ini memberikan kebaikan. Laporan menyatakan tananam pokok tin yang diusahakan oleh Azmi Mohd. Sofian di rumahnya di Bandar Baru Beris Jaya, Sik, Kedah. Tanah yang luas saujana mata memandang tentu sahaja tidak akan dapat mendatangkan manfaat sekiranya tidak digunakan dengan baik, sebaliknya halaman rumah yang terhad pula boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul. Oleh itu sebagai sudut rek­reasi dan santai, persekitaran rumah juga boleh dimanfaatkan bagi penanaman hasil pertanian seperti sayur dan buah-buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan. Demikian usaha dilakukan oleh seorang guru, Azmi Mohd. Sofian, 30, yang menggunakan sepenuh kawasan halaman rumahnya bagi tanaman pertanian bagi menghasilkan pendapatan tambahan. Lebih menarik Azmi mengusahakan tanaman pokok tin atau nama saintifiknya, Ficus carica kerana melihat potensinya. Guru tersebut memperoleh maklumat berkaitan tanaman tersebut melalui internet sebelum mengenalpasti pengumpul pokok itu di Kuala Lumpur. Kini anak-anak pokok tanaman itu dan beberapa ilmu asas penjagaannya kebiasaannya hanya diperoleh dari negara-negara Asia Barat dan Asia Timur.

Guru tersebut mengambil masa kira-kira enam bulan untuk betul-betul dapat memahirkan diri tentang sifat anak pokok tin yang dibeli tahun lalu dalam lingkungan harga RM180 hingga RM200 daripada pengumpulnya. Harga termahal pernah dibeli adalah RM2,000 (jenis Luv) dimana beliau banyak belajar dari internet yang agak susah juga kerana pokok tin adalah pokok yang ‘manja’. ada peringkat permulaan, Azmi menghabiskan sebanyak RM30,000 untuk mendapatkan baka anak-anak pokok tin yang terbaik dan popular, di samping bertukar-tukar pokok dengan rakan-rakan untuk mendapatkan benih yang baharu. Menganggapnya sebagai tanaman kesihatan, Azmi menyatakan bahawa terdapat empat campuran medium khas untuk memastikan pertumbuhan pokok tin iaitu tanah, pasir, sekam padi dan baja kompos buatannya sendiri. Kini anak-anak pokok juga memerlukan kelembapan yang cukup (disiram dua kali sehari iaitu pada pukul 7 pagi dan 5 petang sekiranya cuaca panas), cahaya dan kandungan serta teknik pembajaan yang betul. Azmi yang merupakan seorng guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau, Belantik dekat sini, tidak menafikan bahawa dia terpaksa melayan pelbagai ‘karenah’ pokok tin yang kini ditanam di sekitar kawasan rumahnya. Beliau tidak putus asa malah terus belajar dan hasilkan anak-anak pokok tin daripada baka-baka berlainan jenis. Kini terdapat kira-kira 215 jenis anak pokok tin yang saya tanam yang berbeza pada rasa dan saiz buah serta daunnya. Antaranya jenis Luv, Ponte Tresa, Rimada Series yang mempunyai enam jenis dan lain-lain lagi yang harga untuk sepokok anaknya antara RM400 hingga RM2,000. Kini beliau dikurniakan dua cahaya mata menyatakan bahawa terdapat dua jenis pasaran anak pokok tin di Malaysia iaitu komersial dan untuk baka. Berasaskan fakta kesihatan yang dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi, pokok tin kini mulai ditanam di rumah-rumah sebagai amalan pada pemakanan secara berterusan. Selain khasiat buahnya (harga pasaran tempatan, RM80 hingga RM200 sekilogram mengikut jenis), daun pokok tin selepas dijemur, dapat diminum sebagai ‘teh’ dengan hanya merendamkan ia di dalam air panas (sebagai pengubat penyakit diabetes), dan harum baunya.


Buat masa kini dan menerusi strategi pemasaran di Facebook atas nama ‘Azmi Green Fingers’, selain di Semenanjung, tempahan anak-anak pokok adalah meliputi dari Sabah dan Sarawak dengan penghantaran khas. Kini melalui penjual­an anak pokok, beliau telah memperoleh pendapatan sehingga RM5,000 mengikut musim dan bergantung kepada hasil tuaian benih anak pokok. Penanaman dan penjagaan pokok tin ini turut dibantu oleh ibunya, Hasidah Isa berumur 58 dan bapa­nya En Mohd. Sofian Isa. Bagi perancangan masa depan, Azmi ingin membuka sebuah ladang pokok tin di Kampung Paya Terendam dengan kaedah penanaman Rumah Hijau untuk memberi tumpuan kepada penghasilan buahnya. Buah tin boleh dihasilkan sepanjang tahun jika dijaga de­ngan elok kerana cuaca dan iklim di negara ini sesuai untuknya berbanding di negera asalnya yang mengikut musim. Kini tambahnya lagi, pada masa kini, pengeluaran buahnya memang terhad, dan tidak menumpukan kepada pemasaran buah tin, sebaliknya banyak bersedekah terutamanya kepada pelanggan yang datang membeli anak benih dan akan merasai buahnya. Kepada mereka yang ingin unutk mencuba tanam pokok tin Cikgu Azmi akan membe­kalkan medium diperlukan bagi memastikan anak pokok yang dijual pada harga RM100 ke atas dapat ‘hidup’. Apa yang susah cuma pada pering­kat awal, apabila batang pokok jadi berkayu, ia (pokok) dapat hidup berpuluh tahun lamanya.


Dlam laporan akhbar lain penanaman pokok tin oleh En Fahmi telah dijalankan secara komersial. Laporan ini menytakan siapa sangka bermula sebagai hobi menanam cili di belakang rumah mendorong lelaki ini beralih arah ke tanaman pokok tin. Ini kerana kelebihan buah tin yang tercatat dalam al-Quran menarik minat Fahmie Abu Bakar, 37, menanamnya secara komersial di ladangnya di Sungai Ramal, Kajang (Sila lihat foto disebelah). Kini selepas lebih tiga tahun diaana beliau mengusahakan tanaman itu maka dia kini mempunyai lebih 2,500 pokok tin membabitkan 50 jenis. Beliau yang sebelum ini bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terpaksa melepaskan jawatan kerana minat cukup mendalam terhadap bidang pertanian, selain tidak cukup masa bersama keluarga. Bertitik tolak dari situ, beliau membuka sebuah kedai menjual peralatan pertanian dengan menubuhkan syarikat Formeniaga pada tahun 2009 dengan berniaga secara dalam talian. Selepas beberapa tahun membuka kedai itu, dia terfikir apakah tanaman yang boleh diusahakan bagi mengembangkan perniagaannya. Buat permulaan modal untuk membuka kedai pertanian sebanyak RM10,000. Sepanjang berniaga peralatan dan produk pertanian, saya kumpul duit untuk menanam pokok tin. Kini beliau telah nampak potensi pokok tin sangat cerah kerana ia makanan sunah. Saya banyak mendapatkan maklumat mengenai pokok tin di Internet termasuk media sosial seperti Facebook.

Beliau dilaporkan  sanggup ‘terbang’ ke beberapa negara seperti Jepun, China, India dan Thailand untuk mengutip ilmu sebanyak mungkin bagi diadaptasikan apabila balik ke Malaysia ketika ditemui di kedainya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Beliau yang juga pengurus Formeniaga berkata selepas beberapa tahun membuat kajian mengenai pokok tin, akhirnya dia nekad mengusahakan tanaman itu dengan mengimport anak benih dari Indonesia, Turki, Amerika Syarikat dan Thailand. Buat masa ini, lebih 50 jenis pokok tin sudah ditanam, antaranya Matsui Dauphine, Brown Turkey (BT), Brown Turkey Modified 6 (BTM 6), Taiwan Golden Fig (TGF), Rimada, Turka dan Ponte Teresa. Pokok tin boleh dibiak menerusi keratan batang, kaedah tut berakar dan juga dengan menggunakan kaedah in vitro atau tisu kultur. Paling mudah untuk menggandakan (Biakkan) pokok ini atau nama saintifiknya Ficus carica ialah menerusi keratan batang. Kini dalam tempoh tiga hingga enam bulan ia akan menghasilkan buah. Pokok tin memerlukan cahaya matahari cukup dan keadaan kering untuk tumbuh subur dimana kini mempunyai 15 pekerja. Tanaman ini tidak sesuai diletak di bawah naungan tanaman lain. Akar pokok tin tidak tahan jika terendam air terlalu lama hingga boleh menyebabkan pokoknya mati. Tetapi ia memerlukan air yang cukup. Pokok tin juga perlu sentiasa dibekalkan baja secukupnya. Walaupun pokok ini ada 2,000 jenis tetpi tidak semua sesuai ditanam di negara ini. Benih pokok tin dijual antara RM80.00 hingga RM12,000.00 mengikut saiz dan jenis pokok. Ia kini mempunyai pelbagai khasiat termasuk untuk penyakit diabetes selain daunnya saya gunakan untuk diproses menjadi teh. Beliu juga turut menghasilkan produk lain berasaskan buah tin, antaranya buah segar, jem, acar dan ais krim. Syarikat Formeniaga turut menganjurkan kursus asas memanam pokok tin, kursus fertigasi dan pengurusan ladang kepada mereka yang berminat menceburi bidang pertanian.


Testimoni akhbar lain yang bertajuk "Jom Tanam Pokok Tin Di Kondominium dan Pangsapuri" juga menarik dikupas dalam blog ini. Laporan dimulakan dimana sejak akhir-akhir ini konsep pertanian bandar telah mula mendapat perhatian dari penduduk tempatan dengan tujuan mendapat sumber makanan segar, meningkatkan keselesaan persekitaran dan menambah pendapatan kepada penduduk bandar. Adalah tidak diragui bahawa konsep pertanian bandar juga boleh diamalkan bagi peminat pokok tin. Pokok tin boleh diusahakan dengan jayanya walaupun didalam pasu dengan pengurusan tanaman yang bersesuaian. Ada juga laporan yang mengatakan penaman dalam bekas (containerised planting) adalah lebih baik bagi pokok tin kerana ianya cepat berbuah dan mudah untuk dikendalikan Pengurusan air, baja dan musuh perosak dan juga rumpai adalah lebih mudah berbanding dengan tanaman dilapangan. Seperti yang dijangka, buahnya adalah tidak sebesar dan banyak berbanding penanaman dilapangan. Kini cara penanaman pokok tin dalam bekas (sama ada dalam pasu, culvert dan lain-lain) telah memberri kepuasan yang tidak terhingga kepada peminat pokok tin dibandar, terutama yang tinggal dirumah sesebuah, berkembar dan juga rumah teres. Persoalan seterusnya ialah adakah ianya juga sesuai untuk ditanam oleh penghuni-penghuni pangsapuri, kondominium atau rumah pangsa. 


Pokok tin sesuai ditanam dimana ia kini telah mengusahakan tanaman lebih dua tahun di kondominium di Pulau Pinang. Daripada laporan akhbar tersebut boleh dirumuskan pokok tin boleh diusahakan dengan jayanya dan berupaya mengeluarkan buah yang setanding dari segi hasil dan kualiti dengan buah yang dihasilkan dilapangan. Walau bagaimanapun beliau memberi pendapat ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian jika ingin menanam pokok tin di rumah-rumah pangsa atau kondominiu. Perkara tersebut adalah seperti pertama lokasi semestinya mempunyai sumber cahaya matahari. Balkoni dimana tanaman pokok tin akan ditempatkan menerima cahaya matahari yang mencukupi. Mengikut pengalaman penanam didapati pokok tin memerlukan lebih kurang 6-8 jam matahari sehari untuk pertumbuhan yang baik. Ini bermakna peminat pokok tin dikondominium seperti ini hendaklah terlebih dahulu menilai pergerakan matahari dan memastikan balkoni berkenaan menerima matahari yang mencukupi. Melalui laporan beberapa penanam ialah cahaya matahari pagi adalah lebih baik berbanding dengan matahari petang. Lima hingga tujuh jam matahari pagi adalah sudah memadai untuk pertumbuhan pokok tin.


Bagi tujuan ini sebaiknya penduduk dan mereka yang ingin mennm pokok tin ini dicondominium memilih varieti yang jenis "dwarf" dimana pertumbuhan adalah perlahan dan terhad. Varieti ini biasanya mempunyai internode (ruas daun) yang pendek. Pokok-pokok pada biasanya tidak tinggi (Sila lihat fotoo disebelah). Sebaiknya menggunakan jenis media dan bekas yang ringan. Ini bagi memudahkan pengendalian anak benih agar memperoleh cahaya matahari yang optimum. Sebaiknya sentiasa untuk mengamalkan sistem pengairan dan pembajaan yang sistematik. Yang terbaik ialah guna teknik fertigasi kerana sumber air dan baja boleh diberi pada masa yang diperlukan dengan tepat. Penulis blog merujuk lamanweb dimana diantara jenis figs terbaik adalah varieti yang dipanggil sebagai "Brown Turkey" yang mana ia mempunyai kulit coklat kemerahan, isi warna merah dan rasa yang manis. Kebanyakan buah figs ditanam dikawasan Mediterranean seperti Turki, Iran dan Mesir dan juga beberapa negara seperti Sepanyol, Portugal serta Greece. Kini tanaman buah figs telah berkembang meluas ke USA, Argentina, Australia dan telah pun ditanam secara komersil penanamannya untuk pengeluaran buah segar. Apa yang saya baca daripada buku "Temperate and Sub-tropical Fruit Production" terbitan CABI International (2011) menyatakan, buah figs merupakan jenis buah yang dikaitkan dengan keagamaan sama ada agama Islam dan agama lain seperti Kristian, Budda, Hindu dan sebagainya. Semakan penulis blog juga mendapati anggaran pengeluaran buah figs seluruh dunia sekitar700,000 mt pada tahun 2010 (Laporan FAO Statistics). Negara utama yang menghasilkan buah figs didunia masa ini adalah Turki (sebanyak 255,000 mt/tahun) diikuti dengan negara Mesir (185,000 mt/tahun), Algeria (99,000 mt/tahun), Iran (76,500 mt/tahun) dan Morocco (74,000 mt/tahun). Tanaman ini di Malaysia merupakan tanaman yang baru diminati dan terus berkembang dengan cepat. Teknologi membungkus putik buah figs dengan karung jaring iaitu jenis pembungkus telur merupakan satu kaedah yang sangat praktikal, mudah dilakukan, murah dan yang paling utama adalah mampu melindungi buah daripada serangan serangga Lalat Buah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
MENANAM BUAH TIN...SUDAH POPULAR....
MENJANA PENDAPATAN...SIAPA SUKA...
BANYAK VARIETI.. DIIMPORT SEMUANYA...
MEREKA BERMINAT...TERUS MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 9926, Hotel Marriot,
Putrajaya, WO,
Malaysia.
(1 Muharram 1439H)

Saturday, September 16, 2017

MAJLIS RAMAH MESRA KELOMPOK NANAS 2017

MAJLIS RAMAH MESRA YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dengan Kelompok Pengusaha Nanas Negeri Johor telah diadakan di Kelompok Nanas Parit Ghani, Kluang, Johor pada 14 September 2017. Majlis yang ceria ini dianjurkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) ini turut dihadiri oleh YB Exco Pertanian Negeri Johor, YB Pengerusi LPNM, Ketua Pengarah LPNM, ADUN Machap, Wakil DO Kluang, Ketua-ketua Jabatan dan lebih daripada 500 penanam nanas dari seluruh Negeri Johor. Ini merupakan salah satu daripada program 'feel good factor' dibawah MoA yang dianjurkan oleh LPNM dalam usaha untuk membangunkan industri nanas negara terutama untuk pengeluaran nanas untuk pasaran domestik dan eksport. Kini industri nanas negara ditumpukan kepada nanas premium iaitu varieti MD2 yang mempunyai kualiti terbaik dan diterima ramai. Pada masa ini terdapat sebanyak 19 buah kelompok nanas di seluruh negeri Johor dengan keahlian kelompok seramai 700 orang. Mereka mengushakan seluas 2,204 hektar (5,000 ekar) tanaman nanas dari pelbagai varieti seperti Nanas Moris, Nanas Josapine, Nanas N36, Nanas Gandul, Nanas Maspine, Nanas Sarawak dan terkini adalah nanas MD2. Kelompok Nanas Parit Ghani, Kluang ini merupakan sebuah kelompok yang paling aktif di Negeri Johor dengan mempunyai 48 orang ahli dan kawasan tanaman nanas seluas 86 hektar dengan kebanyakannya adalah menanam nanas Josapine. Kelompok ini berjaya mendapat pengiktirafan dengan mendudukki tempat kedua dalam Pertandingan Kumpulan Tani Komersil Jaya Peringkat Kebangsaan Negeri Johor 2016, Konsep Berkelompok yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengumpulkan penanam nanas yang berselerak dalam satu sistem pengurusan yang lebih tersusun. Pengurusan Kelompok ini mampu mengatasi isu lambakkan buah yang mungkin berlaku dengan mengatur jadual penanaman dan pengeluaran buah. Ia juga bertujuan untuk memudahkan usaha penyaluran dan pembelian input serta penerimaan teknologi daripada pelbagai pihak. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu program yang amat berjaya dilaksanakan bersama kelompok nanas oleh YB Menteri.

Program yang dimulakan mulai jam 7.30 pagi melalui ketibaan rombongan YB Menteri oleh barisan mootorsikal oleh pemuda kampong berarak sejauh 2 km ketempat minum pagi. Hidangan minum pagi adah Ubi Rebus dengan Sambal Hijau, Nasi Lemak Bungkus dan pastinya hidangan buah nanas serta minuman panas dan jus nanas. Kemudian YBM melaksanakan aktiviti menuai buah nanas Josapine menggunakan parang dan bakul kutipan hasil (Sila lihat foto disebelah). Sebanyak 14 biji buah berjaya di tuai oleh YB Menteri sebelum memuatnaik buah tersebut didalam trak kecil 'Cikitank'. Turut sama memetik nanas adalah YB Exco Pertanian dan pemilik kebun Wak Sariman. Nanas Josapine yang berumur 120 hari sudah sesuai untuk dituai bagi pasaran domestik. Bakul Tuaian hasil yang mana diperbuat daripada rotan kukuh ini mempunyai dua tali pengendong yang kukuh mampu membawa seberat 15 kg buah. Bagi memetik buah nanas ia perlu memotong tangkai buah nanas dengan parang panjang dan mencampakkannya kedalam bakul sebelum dikumpulkan dalam cikitank dan kemudian dibawa kepusat pengumpulan hasil untuk dibuat grading.

Buah nanas segar yang dipetik ini dari kebun ini dikumpulkan dalam pusat pengumpulan untuk penggredan (Sila lihat foto disebelah). Di Pusat ini buah nanas ini akan ditimbang, diasingkan dan kemudian dinaikan kedalam lori yang bersedia untuk ia dibawa seterusnya ke Johor Bahru, Melaka dan Lembah Kelang. Pada masa ini harga ladang nanas Josapine dijual pada harga ladang RM1.80 sekilogram berbanding dengan nanas MD2 yang lazimnya dijual pada harga RM2.50 sekilogram pada harga ladang. Nanas jenis Josapine ini sesuai untuk makan segar dan juga dijadikan bahan proses lain berasaskan nanas. YB Pengerusi LPNM dalam memberi ucapannya menyatakan bahawa industri nanas negara telah melalui transformasi daripada nanas kaleng (nanas untuk ditinkan) dahulu kepada nanas untuk makan segar. Oleh itu kini banyak program dan promosi seperti makan daging makan nanas, makan sate makan nanas, makan steak makan nanas kerana khasiat permakanan nanas membantu dalam proses pencernaan didalam perut. Kandungan bahan Bromelain dalam nanas kini didakwa mampu mengatasi masaalah serangan kanser. Anda boleh membaca mengenai apakab dia kehebatan bromelain dalam penuolisan saya sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Laporan RTM yang membuat liputan dikelompok ini menyatakan dimana penghasilan nanas daripada kelompok ini mencecah RM2.5 juta pada tahun 2016.

Kawasan tanaman nanas di kelompok ini adalah dari jenis tanah gambut. Kadar kepadatan tanaman sekitar 17,000 pokok seekar dengan menggunakan benih sulur tanah yang sihat. Antara jenis pengangkutan utama di kelompok ini adalah Jentera 'Cikitank' iaitu sejenis gerabak yang menggunakan enjin vespa dengan 4 tayar dibelakangnya sesuai untuk kawasan tanag gambut mampu membawa sehingga 2 tan buah nanas. YB Menteri mendapati jentera ini amat praktikal digunakan dalam ladang nanas ditanah gambut dalam (Sila lihat foto disebelah). Dalam ucapan perasmian, YBM menyatakan pujian terhadap kelompok disini yang terdiri daripada orang Jawa yang tidak membenarkan seeinci pun tanahnya kosong malahan dipenohi dengan tanaman nanas. Kalau semangat seperti ini ada pada petani diseluruh negara maka lebih daripada 152,000 hektar tanah terbiar akan dapat dimajukan. Menurut YBM lagi kini kerajaan Malaysia sudah membuat penembusan pasaran nanas segar ke China dengan kapasiti pengeksportan nanas MD2 sebanyak 12,000 metrik tan sebulan. KAtanya sasaran keluasan penanaman nanas MD2 adalah seluas 5,500 hektar pada tahun 2020 iaitu kadar pertumbuhan sebanyak 22%. Pada masa ini keluasan tanaman nanas MD2 diseluruh negara baru mencapai 1,600 hektar sahaja. Selaras dengan pembukaan pasaran baru ini ke negara China maka nilai eksport nanas negara akan dijangka meningkat daripada sebantak RM151 juta pada tahun 2016 kepada RM320 juta menjelang tahun 2020.

Dalam Majlis ini YB Menteri telah berjaya melancarkan Skim Tanaman Nanas MD2 bagi pekebun kecil nanas. Skim baru ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pekebun kecil nanas yang lama menanam nanas pelbagai varieti kepada nanas premium MD2 untuk kawasan seluas 1.2 hektar kebawah bagi meraih pendapatan lebih tinggi. Ketua Pengarah LPNM (Sila lihat foto disebelah) menjelaskan dimana skim ini adalah bagi melancarkan permintaan nanas MD2 bagi pasaran luar negara masa kini. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 5 juta untuk penanaman nanas MD2 pada tahun 2017/2018 yang dijangka akan memberikan manafaat kepada 250 orang penanam nanas sedia ada dengan sasaran keluasan sekitar 300 hektar (bersamaa 750 ekar) terutama dari kawasan tanaman nanas di Johor. Pada masa ini Negeri Johor merupakan pengeluar utama nanas nenaga dengan 68% daripada penanaman dan pengeluaran dari negeri ini. Setiap pemohon yang berjaya akan menerima bantuan benin nanas MD2 (Benih nanas MD2 pada masa ini adalah termahal berbanding dengan nanas varieti lain) yang menjadi bahan input terpenting untuk memulakan penanaman nanas premium ini. Pengenalan skim penanaman nanas MD2 kepada pekebun kecil ini dijangka mempercepatkan lagi pengeluaran nanas MD2 dimana mereka yang mempunyai sijil MyGAP sedia ada akan diberikan keutamaan untuk bantuan skim ini. Lawatan YB Menteri ke Kelompok Nanas Parit Ghani memberikan keceriaan kepada industri nanas negara seperti dilaporan oleh beberapa akhabr tempatan (Sila lihat foto dibawah). Semug tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Kepada mereka penanam nanas sedia ada yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut sila berhubung dengan Pejabat LPNM Negeri berhampiran anda diseluruh negara. Wasallam!!!.








LAWATAN YBM MENTERI... SUDAH BERJAYA...
NANAS MD2 PEKEBUN KECIL..SKIM DAH ADA...
KELOMPOK PARIT GHANI... AMAT CERIANYA....
MAJUKAN NANAS...SUMBANG KDNK NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kempmpok Nanas Parit Gjani,
Kluang, Johor,
Malaysia.
(28 Zulhijjah 1438H)

Friday, September 15, 2017

PAKAIAN PEKEBUN NANAS

PAKAIAN PEKEBUN NANAS adalah perkara yang paling jarang diperkatakan di kalangan pekebun kecil dan pekerja ladang nanas di Malaysia. Bagaimana pun penulis blog semasa memasukki kebun nanas terutama nanas yang banyak duri seperti Nanas Moris (AC1) atau Nanas Moris Gajah (AC7) sering tercucuk duri yang tajam dan selalu agak menyakitkan malahan menyebabkan luka dan gatal-gatal. Biasanya duri yang tajam pada daun nanas akan melukakan pekebun dan mereka terpaksa memakai pakaian khas yang sesuai untuk mengelakkan duri nanas. Bagi mereka yang biasa dengan nanas tidak berduri seperti Nanas MD2 tetapi kemudian masuk kekebun nanas moris akan menghadapi masaalah duri yang banyak. Masaalah ini menjadi lebih serius apabila mereka mengamalkan tanaman nanas padat. Satu ekat tanah gambut biasanya ditanam sekitar 17,000 - 20,000 pokok dan bagi tanaman padat ia mencecah 35,000 pokok. Apabila menuai hasil bagi kebun tanaman padat agak sukar kerana pokoknya yang rapat dan banyak duri. Apabila diperhatikan lazimnya pekebun akan memakai SELUAR JEANS yang tebal bagi elakkan duri daun nanas tertusuk (Sila lihat foto seluar Derani diatas). Encik Derani selalunya akan pakai seluar jeans yang tebal dimana duri tidak boleh untuk menembusinya jika seluar masih baru dan tebal. Bagaimana pun jika seluar jeans tersebut sudah nipis maka ia akan tebus kedalam durinya. Kadang kala mereka akan pakai seluar beberapa lapis bagi tujuan elakkan duri pada daun. Menurut Derani walau pun sudah lebih 15 tahun beliau aktif menanam nanas, masaalah duri nanas masih lagi menghantui beliau apa lagi kepada anak-anak muda dan pemain baru dalam penuaian buah nanas. Merujuk kepada Cikgu Mohamad, 48 tahun selain daripada memakai pakaian tebal beliau juga ada memakai baju tebal, sarung tangan dan topi pandan untuk kekebun nanas. Rencana pada subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pakaian pekebun nanas dan beberapa petua boleh digunakan untuk atasi isu ini.


Nanas yang ditanam akan matang dalam masa antara 12 - 18 bulan bergantung kepada varietinya. Lazimnya nanas moris akan matang dalam masa 12-13 bulan, jenis nanas MD2 dalam masa 24-15 bulan dan nanas jenis Sarawak atau Nanas Pound pula matang sekitar 18-20 bulan. Bagaimana pun penghasilan buah nanas boleh dikira daripada pokok nanas diberikan rawatan hormon pembungaan. Terdapat 4 jenis hormon untuk menggalakan pembungaan nanas yang digunakan dinegara kita iaitu Pil NAA, Cecair NAA (Planafix), Ethephon (Ethrel) dan Kalsium Karbid. Penggunaan bahan penggalak hormon yang paling selalu dan sering digunakan adalah jenis Ethephon. Ini kerana ethepon mudah dibeli, cara semburan dengan sekata, mudah disimpan dan juga memberikan kesan responsif yang efektif. Buah nanas yang telah matang perlu dipetik mengikut keperluan pasaran dan juga diaturkan mengikut jadual menghormon pokok. Pekebun nanas aktif biasanya akan menggunakan 'parang nanas' iaitu parang yang separuh panjang dari parang panjang biasa dimana ia memudahkan memotong tangkai nanas dan buah nanas kemudian dimasukkan kedalam bakul dibelakangnya (Sila lihat foto disebelah). Buah dalam bakul ini akan dikumpulkan dkawasan memungut buah dan kemudian di 'grading' sebelum dijual. Menggredkan buah nanas mengikut saiz, jenis dan kehendak pasaran dimana  di Samarahan lazimnya dijual mengikut biji bukannya timbangan berat.


Prnggunaan seluar jean didakwa  oleh ramai pekebun nanas adalah cara paling praktikal untuk masuk kedalam kebun nanas. Ini kerana lazimnya seluar jean yang baru atau masih elok mampu menahan tusukkan curi pada daun nanas ketika aktiviti membaja tanaman, membuang rumpai dan akhirnya memetik buah nanas. Harga sehelai seluar jean yang baik sekitar RM50.00 sehelai dengan pekebun akan membeli jenis jeans yang paling tebal (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun selain dari seluar jean ada pekebun yang pakai beberapa lapis seluar jenis 'slacks' yang tebal diperbuat daripada jenis kain Khaki. Selain seluar baju untuk pekebun nanas mestilah dari jenis berlengan panjang, tebal sedikit dan ada yang memakai beberapa lapis. Mereka juga memakai kasut getah 'Phua Chu Kang' atau kasut dengan setokin tebal. Pakaian kebun nanas yang juga penting adalah sarung tangan tebal (jenis kain) untuk mengelakkan daripada terluka akibat duri nanas dan mata nanas serta jambul nanas yang tajam. Keperluan untuk menutup bahagian kepala juga penting bagi pekebun nanas dimana mereka akan memakai topi. Topi yang sesuai adalah dari jenis topi daun mengkuang atau topi kain yang besar dan lebar bagi elakkan sinaran panas matahari.


Bagaimana pun ramai penanam nanas moris dikawasan tanah gambut yang bertanya sama ada jenis seluar dan baju yang dibuat daripada kain getah atau plastik tiruan yang sesuai. Penulis pernah melihat pakaian ini semasa di Korea dan China dimana petani mereka yang menanam padi memakai seluar jenis getah. Seluar ini hanya perlu untuk disarungkan kebahagian kaki dan rasanya amat sesuai untuk pekebun nanas juga. Dalam mencari maklumat mengenai pakaian ini ada foto mengenai pakaian dibuat daripada getah yang mungkin sesuai untuk memungut hasilan buah nanas (Sila lihat foto disebelah). Pakaian tersebut mungkin kurang sesuai untuk dipakai oleh pekebun nanas kerana ia mungkin panas memakainya dan sesuai untuk kawasan negara 4 iklim dimusim dingin. Apa pun penulis blog minta beberapa penanam nanas un tu cipta inovasi menyediakan pakaian nanas yang ideal untyk kegunaan mereka. Satu cara adalah dengan berbincang dengan tukang jahit untuk membuat satu lapisan pelindung seluar untuk diikat mengelilingi bahagian kaki dan tangan. Ia boleh ditempah dan diikatkan sahaja pada kaki untuk elakkan tusukkan duri. Harganya bergantung kepada jenis kain getah digunakan atau kain khaki tebal yang sesuai.


Penulis blog kini mendapat satu PETUA bagaimana untuk merawat tusukkan duri nanas semasa berada dikebun nanas. Kata Derani, beliau dan rakan-rakannya akan menyapukan 'body lotion' sahaja pada tempat luka dan gatal-gatal akibat duri nanas. Sapu rata bahagian kaki dan tangan yang luka akibat duri nanas dan rasa sakit dan gatal akan hilang beberapa minit kemudian. Bagaimana pun memang digalakkan untuk gunakan jenis lotion baru yang berjenama sahaja (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana body lotion yang lama atau tidak berjenama kurang efektif. Lazimnya setelah sehari semua luka dan gatal tersebut akan sembuh dan hilang. Tahap allergik seseorang juga akan membezakan dari individu kerana ada yang menyapu body lotion tetapi kurang berkesan. Penggunaan bedak talcum berubat juga bpleh diguna dan diamalkan oleh pekebun nanas dan pekerja ladang nanas. Kalau ada mereka yang kali pertama luka kena duri nanas dan menyebabkan infeksi sebaiknya berjumpa doktor klinik bagi rawatan lanjut. Diharap satu hari nanti akan dicipta pakaian untuk digunakan dikebun nanas jenis berduri ini. Semuga tulisan kali ini dapat memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!..



DURI NANAS... AMAT TAJAMNYA...
MENYUCUK KAKI... TANGAN JUGA...
BAJU NIPIS... MENJADI LUKA-LUKA...
BAJU KHAS NANAS... KENA GUNA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1232, Hotel Hilton,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(8Zukhijjah 1438H)
Lawatan pemantauan kebun nanas di Sarawak
daripada 26 - 28 Ogos 2017.

Thursday, September 14, 2017

TANAMAN CILI - ADA ANCAMAN PEROSAK

TANAMAN CILI (Capsicum annum) adalah sejenis tanaman sayuran yang menguntungkan jika ditanam dengan baik dan tidak diserang perosak. Bagaimana pun tanaman cili diantara jenis tanaman sensitif dimana ia banyak kemungkinan akan menghadapi serangan perosak dan penyakit dinegara kita. Petani yang mempunyai kemahiran didalam menguruskan tanaman cili lazimnya memang mengetahui dan mengenali jenis penyakit atau perosak tanaman cili dan kaedah terbaik yang sesuai untuk tujuan mengawalnya. Penanaman cili di Malaysia adalah sekitar 3,700 - 4,000 hektar setahun dengan anggaran jumlah pengeluaran cili sehingga 34,500 tan metrik yang mempunyai nilai pasaran sebanyak RM 160 juta setahun (Sumber: Laporan Tahunan Jabatan Pertanian). Selain daripada ditanam untuk tujuan kegunaan sebagai cili segar bagi keperluan domestik, cili merah juga ada diekspot kenegara jiran terutamanya Singapura dan Brunei. Cili juga merupakan bahan utama dalam masakan seharian. Antara varieti cili yang popular ditanam di negara kita adalah Cili Besar varieti Kulai, Cili Solok, Cili Benggala dan beberapa jenis lagi termasuk penggunaan cili kering. Cili kering kebanyannya adalah diimport daripada luar negara untuk kegunaan banyak jenis masakkan. Hampir semua lauk-pauk dan makanan pedas yang dihidangkan setiap hari semestinya mempunyai cili dalam menu ramuannya. Sama ada masak lauk kari, masak lemak, sambal tumis, mee goreng dan sebagainya maka semuanya mempunyai ramuan cili di dalamnya. Penggunaan cili segar bagaimana pun masih bersaing dengan cili kering yang kebanyakannya adalah diimport. Cili kering paling banyak digunakan sebagai cili bor dimana ianya boleh didapati dinmana-mana pusat jualan atau dibuat sendiri. Penulis blog bagaimanapun tidak ramai yang mengetahui masaalah yang dihadapi oleh petani yang menghadapi pelbagai masalah terutama makhluk perosak dan penyakit. Saya menulis lagi didalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa ancaman didalam penanaman cili yang dihadapi oleh petani berdasarkan pemerhatian, lawatan penulis dikebun petani serta membuat rujukkan dari beberapa buku.


Penulis pernah merujuk kepada MARDI iaitu rakan semasa karib belajar di UPM dahulu Dr. Md Roff Mohd. Noor yang juga ada menyatakan bahawa tanaman cili di negara ini memang amat terdedah dengan adanya serangan serangga ada perosak dan juga penyakit tanaman. Katanya kini terdapat tiga jenis cili yang biasa ditanam di negara ini seperti cili merah dan cili hijau, cili sayur (cili benggala atau capsicum) dan cili padi.  Penulis juga mendapati walau bagaimanapun hanya cili merah dan cili benggala yang ditanam secara komersial manakala cili padi pula secara kecil-kecilan (Sila anda lihat foto disebelah). Tanaman cili terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti kulat, bakteria dan virus serta pelbagai jenis serangga perosak. Penulis yang juga sering melihat di kebun sayuran tanaman cili komersil mendapati bahawa serangan oleh virus (TMV) merupakan perosak yang penting dalam tanaman cili. Penyakit virus cili mula dikesan pada 1947 oleh saintis British bernama Burnett tetapi malangnya tiada teknik pengawalan yang canggih ketika itu. Tanda serangan virus adalah seperti daun cili menjadi kerinting, bunga yang rosak dan tiada buah yang akan dihasilkan. Tidak ada racun kimia yang sesuai digunakan untuk membunuh virus atau bakteria perosak ini. anda boleh membaca beberapa kaedah amalan agronomi bagi tujuan kawalan asas dan mengelakkan serangan ini daripada berlaku.


Daripada pembacaan dan pengalaman penulis, penyakit yang selalunya menyerang pokok cili biasanya boleh dikawal dengan beberapa peringkat kawalan. Dalam kajian penulis mendapati peringkat Semaian adalah asas dadalam mengawal penyakit kerana penyakit cili boleh bermula di rumah semaian (Sila baca artikel saya berkaitan - Sila klik disini).  Apa yang saya syorkan adalah dengan menyemai dalam kelambu atau 'controlled structure' dimana semaian cili diletakkan dalam jaring serangga bersaiz 24 mesh. Apa yang sesuai biasanya anak benih diletakkan dalam rumah semaian selama 30 hingga 35 hari atau mempunyai enam atau tujuh helai daun. Pastikan kita memilih benih dari varieti terpilih yang tahan kepada serangan penyakit dan juga mempunyai ciri buah yang dikehendakki. Amalan biasa petani uuntuk menyemai benih cili dikawasan terbuka akan menyebabkan serangan virus berlaku dari peringkat awal lagi yang boleh menyebabkan serangan penyakit kerinting pada cili. Penyakit kerinting daun yang disebabkan oleh virus ini adalah ancaman yang merbahaya kepada tanaman cili dan perlu dielakkan serangannya.

Peringkat serangan perosak di ladang berlaku disebabkan oleh banyak faktur. Biasanya cili akan ditanam di atas batas dengan satu lapisan plastik bersinar (Silvershine plastic) yang akan bertindak mengawal rumpai. Perlu dinyatakan kaedah bagi mengawal rumpai adalah penting kerana rumpai adalah menjadi perumah virus dan vektor penyakit. Plastik ini juga mampu mengekalkan kelembapan tanah untuk akar, menghalang baja dilarikan air, menghalang vektor singgah di pokok, meningkatkan kadar fotosintesis pokok dan ini dapat mengurangkan kos (Sila baca artikel berkaitan plastik ini (Sila Klik Disini) dan juga Sila klik Disini). Kawalan penyakit tanaman cili adalah sangat penting pada bulan pertama sehingga ke bulan ke tiga semasa pokok cili mula berbunga dan kemudian berbuah. Lazimnya ia juga kritikal selepas bulan kedua dimana saya sering akan menyarankan petani untuk menyembur racun untuk mengawal vektor. Ada yang mengatakan meracun boleh mengurangkan serangan penyakit cili tetapi pastikan menggunakan racun kimia yang betul untuk elakkan sisabaki (MRL) yang tidak selamat.


Apa yang disyorkan biasanya terdapat dua jenis racun yang digunakan adalah bahan dari organoklorin (tidak digunakan lagi), organofosfat, carbamate, pyrethroid (racun yang disintesis daripada pokok) dan nicotionid (racun Kelas IV). Syor amalan yang seterusnya adalah sebelum mula menanam, dimana petani yang menanam cili perlu memastikan varieti cili yang rintang kerana pokok cili terdapat tiga ciri utama iaitu bentuk Terbuka atau bentuk 'V', bentuk Kompak dan bentuk Sujud. Biasanya Kutu Daun (Sila baca artikel - Sila klik disini) sukakan pokok cili berbentuk kompak dan sujud dan sebenarnya tiada pokok cili yang rintang kepada penyakit. Bagi mengawal penyakit dan perosak, petani perlu untuk melakukan semburan terus kepada pokok yang biasanya akan membunuh semua serangga termasuk musuh-musuh semulajadi. Kini dengan racun nicotionid, petani hanya menyiram racun di pangkal pokok dan pemerhatian oleh Jabatan Pertanian di Melaka mendapati kaedah berkenaan berkesan mengawal virus (Sila lihat foto disebelah). Selain itu selingan tanaman cili dan tanaman lain seperti jagung dapat menghalang aphid sebagai vektor. Masalahnya kitaran hidup aphid di negara ini tidak sama dengan negara empat musim kerana di tropika aphid beranak manakala di kawasan temperate, ia bertelur. Kini kajian bioteknologi sedang dijalankan bagi mendapatkan varieti cili yang rintang terhadap penyakit dan perosak terutama CMV. Begitulah coretan saya mengenai beberapa ancaman dalam aktiviti penanaman cili yang menyebabkan harga cili kadang-kadang mencecah RM 20.00 sekilogram akibat kekurangan bekalan dipasaran kerana serangan penyakit dan bencana alam seperti banjir. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
POKOK CILI... BANYAK ANCAMAN...
PERINGKAT SEMAI... KENA PASTIKAN...
BENIH DIPILIH...VARIETI YANG TAHAN...
PELBAGAI TEKNIK... CARA KAWALAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 402, D Valley Hotel,

Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1438H)
Published from Hotel Wawasan,
Simpang Rengam, Kluang Johor
pada 14 September 2017.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...