Support My Blog

Sunday, January 1, 2017

BERAS PERANG - APA HEBATNYA

BERAS PERANG (Brown Rice) merupakan sejenis beras yang dihasilkan dimana ia tidak dikisar atau separuh dikisar dimana kini dianggap sebagai sejenis biji-bijian semula jadi lengkap untuk dimakan. Beras ini kurang popular dikalangan rakyat Malaysia kerana mereka kebanyakannya hanya makan beras putih sahaja. Penulis semasa berkursus di Islamabad, Pakistan pada Disember 2015 selama seminggu boleh dikatakan setiap hari dihidangkan dengan masakan nasi beras perang. Ia dimakan bersama ayam atau daging kambing yang enak sekali di Hotel Serena, Faisalabad dan di Agriculture Uniiversity of Faisalabad. Pada penulis blog dikatakan ia mempunyai perisa sedikit lain daripada nasi putih biasa dimana seakan berkacang dan nasinya lebih kenyal. Dari segi kajian makmal didakwa beras perang ini adalah lebih berkhasiat daripada beras putih tetapi ia bagaimanapun dikatakan ia akan menjadi tengik lebih cepat. Mana-mana jenis beras termasuk bberas bijian panjang (Jenis Basmathi) atau beras bijian pendek atau beras pulut jika diproses dapat dimakan sebagai nasi perang. Beras Perang dikawasan pernah dahulu dikaitkan dengan zaman kemiskinan dan kekurangan makanan waktu perang. Ia juga dirujuk sebagai beras yang jarang-jarang dimakan kecuali oleh mereka yang sakit atau pun yang lebih tua dan sebagai rawatan untuk sembelit. Penulis pun pernah semasa kecil-kecil dahulu makan beras perang ini sekitar awal dan pertengahan tahun 1960'an. Beras Perang yang direndahkan secara tradisional ini kini adalah lebih mahal daripada beras putih dan mendapat permintaan baik dikalangan mereka yang memerlukannya. Ini disebebkan kerana bekalan yang agak bekurangan dan kesukaran penyimpanan dan juga proses pengangkutan. Artikel malam Ahad ini saya berkarya dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apakan dia beras perang dan khasiat beras tersebut untuk bahan bacaan dan rujukkan.

Memang mudah untuk melihat perbandingan dengan beras putih dengan melihat warnanya sahaja (Sila anda lihat foto disatas). Bagaimana pun sebenarnya beras perang dan juga beras putih mempunyai jumlah kandungan kalori, protin dan karbohidrat yang tidak jauh berbeza. Perbezaan utama yang boleh dibincangkan di antara dua bentuk beras bergantung semasa dalam memproses dan kandungan zat. Analisa makmal menunjukkan nilai pemakanan setiap 100 gram beras perang mengandungi sekitar 1,548 kJ (370 kcal) tenaga, Karbohidrat (77.24 g), Gula (0.85 g), Serabut diet (3.5 g), Lemak (2.92 g), Protein (7.94 g), Air (10.37 g), Bitamin B1 (Tiamina- 0.401 mg atau 35%), Vitamin B2 (Riboflavin - 0.093 mg atau 8%), Vitamiin B3 (Niasin - 5.091 mg atau 34%), Asid Pantotenik (Vitamin B5 -1.493 mg atau 30%), Vitamin B6- 0.509 mg atau 39%), Asid Folate (vit. B9 - 20 μg atau 5%). bahan mineral dalam beras perang ini adalah terdiri daripada Kalsium 23 mg (2%), Besi 1.47 mg (11%), Magnesium 143 mg (40%), Manganese 3.743 mg (178%), Fosforus 333 mg (48%), Kalium 223 mg (5%), Natrium 7 mg (0%) dan juga zat Zink 2.02 mg (21%). Jika dilihat pada lapis terluar biji benih beras (kulit padi) dibuang akan dilihat beras perang dihasilkan. Sebenarnya untuk menghasilkan beras putihsemua lapisan tersebut di bawah lapis kulit padi (sekam dan germ) dialihkan dan ia akan meninggalkan kebanyakannya endosperm yang berkanji.

Beras perang mengikut teorinya memang tidak boleh disimpan lama tanpa kaedah pembungkusan cara penyimpanan yang betul. Dalam keadaan biasa beras perang hanya boleh disimpan dalam simpanan untuk 6 bulan sahaja. Bagaimana pun kini dengan kaedah penyimpanan dan pembungkusan betul ia lebih bertahan lama (Sila lihat foto disebelah). Kaedah simpanan secara 'hermetic' dan membekukannya dapat memanjangkan kesegaran dan jangka kualitinya. Apa pun kaedah membekukan atau menyimpan dalam suhu rendah akan memberikan ketahanan yang agak lama. Kini beras perang lebih banyak dikaitkan dengan 'Organic Rice' yang dipersijilkan MyOrganic atau diimport dari luar negara. Beras Perang berlabel organic ini selalunya dijual dengan harga premium lebih tinggi untuk makanan kesihatan. Antara beberapa jenama beras perang dalam pasaran tempatan seperti NUTRIBrown, UNCLE BENS, GREENMAX, Nature's Farm, EcoBrown dan banyak lagi. Kebanyakan beras perang dibungkus dalam bungkusan 500 gram dan 1 kilogram. Ia diletakkan dalam rak makanan kesihatan di pasaraya dan juga menjadi pilihan orang yang tertentu sahaja. Kini agak sukar untuk mendapatkan bekalan beras perang dikedai runcit biasa.

Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Mungkin jika lebih ramai rakyat Malaysia menggantikan beras perang daripada beras biasa dijangka ia mampu memberi manfaat kepada tahap kesihatan. Beras dan nasi sebenarnya adalah makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium. Kita makan nasi 3 kali sehari iaitu semasa sarapan pagi (nasi lemak, nasi dagang, nasi minyak), Makan Tengahari dan juga Makan Malam. Bagaimana pun tidak ramai kini rakyat Malaysia makan beras perang dan mengetahui akan kehebatan khasiat berat ini. Ada dakwaan dengan makan beras perang akan mengurangkan risiko kanser kolon. Kes ini dikaitkan dengan dakwaan dimana beras perang ada mengandungi kadar Selenium yang tinggi. Ia juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus dikaitkan dengan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Kandungan serat yang tinggi dalam bers perang mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat. Kedua khasiatnya adalah dimana ia didakwa mampu mencegah sakit jantung. Ia berlaku apabila pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet diambil secara regular. Ia didakwa dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia beras perang mengandungi kandungan serat yang mencukupi. Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang diketahui meningkatkan tekanan darah.

Khasiat kehebatan beras perang ke 3 adalah dimana ia menjadi perlindungan daripada kanser payudara. Bahan seperti Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara. Ia juga jenis beras yang dimakan akan boleh menggurangkan kolesterol. Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah. Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini. Makan beras ini akan mengekalkan berat badan seimbang kerana jika anda mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan anda kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Perkara ini termasuklah mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis. Seterusnya ke 5 beras perang akan membantu penghadaman iaitu melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit. Lebih hebat dimana ia didakwa akan mencegah kejadian kes batu karang. Ada juga kajian yang dilakukan para saintis di American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di kalangan kaum wanita. Ia juga mengawal kadar gula dalam darah. Jika pengambilan beras perang akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan berbanding pengambilan nasi putih biasa. Ini bermakna pengeluaran gula dalam darah akan lebih terkawal ditambah dengan faktor kandungan glicemic index (GI) yang lebih rendah dalam beras perang. Ia mampu membantu menstabilkan paras gula serta mengurangkan risiko perkembangan diabetes jenis 2. Beras perang sebenarnya kini telah dijadikan makanan bayi yang sempurna. Ia menjadi alternatif yang bagus kepada pemakanan bayi yang sedang dalam tahap membesar berbanding bijirin yang diperbuat daripada beras biasa.Khasiat ke 10 beras perang adalah dimana ia didakwa membantu menghasilkan tulang yang sihat. Beras perang menjadi sumber yang baik untuk magnesium yang menjadi kunci kepada tulang yang sihat. Unsur Magnesium membantu mengurangkan berlakunya osteoporosis di masa akan datang. Satu cawan beras perang mengandungi 21 peratus keperluan harian magnesium buat anda. Semuga tulisan ini memberi ingo berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BERAS PERANG... JARANG DIMAKAN...
MAKANAN SIHAT... HARGA BERPATUTAN...
PENULIS MAKAN... SEMASA DI PAKISTAN...
MAKANAN NUTRISI...JAMIN KESIHATAN...

SELAMAT TAHUN BARU 2017!!!

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Padang, Jalan Sg Lembing,
Kuantan, Pahang.
(2 RabiulAkhir 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...