Support My Blog

Thursday, January 5, 2017

RUMPUT NAPIER - CUBA TANAM

RUMPUT NAPIER (Pennisctum purpureum) atau juga dalam bahasa lain dipanggil 'Napier Grass' atau ada yang panggil sebagai Rumput Gajah merupakan sejenis rumput yang ditanam untuk makanan ternakan. Jenis tanaman rumput juga merupakan tumbuhan yang berperanan mempastikan bahawa tanah dan air dikawasan tanaman dapat tumbuhan optimakan penggunaanya disamping membantu untuk membantu mencegah hakisan tanah. Rumput yang dijaga baik mampu hidup subur menjadi bahan hijauan untuk diberikan kepada ternakan ruminan seperti lemgu, kambing dan sebagainnya. Rumput Napier atau rumput gajah adalah merupakan alternatif yang sesuai untuk ditanam. Walau pun sebelum ini penanaman rumput napier hanya diusahakan oleh penternak ruminan untuk memberikan bahan makanan ternakan mereka tetapi kini ada usaha oleh petani lain yang menanam rumput napier secara komersil untuk dijual kepada penternak. Rumput Napier menarik minat pekebun kecil kerana ada beberapa varieti rumput napier yang sesuai dikomersilkan dan diproses menjadi produk lain seperti silaj dan hay. Tanaman rumput sesuai digunakan dalam usaha memelihara kestabilan tanah daengan cara mencegah daripada hakisan teruk. Ini disebabkan rumpu jenis ini merupakan tumbuhan yang mampu tumbuh dengan cepat sehingga dalam waktu singkat ia mampu meliputi tanah dengan kadar rapat dan tebal. Selain itu tumbuhan rumput yang ditanam menjadikan bahagian atas daunnya mampu melindungi permukaan tanah dari percikan air hujan dan melambatkan pengaliran air di permukaan. Selain itu pada bahagian bawah tumbuhan atau akarnya  boleh menguatkan struktur tanah dan membantu melancarkan resapan air kedalam tanah. Secara umumnya penanaman rumput napier ini boleh dilakukan secara monoculture ataupun interculture dengan tanaman lain untuk dapatkan manfaat secara maksima. Pertumbuhannya yang relatif cepat dalam waktu yang pendek serta peranan daun-daun dan perakarannya terhadap erosi, maka pembudidayaan rumput gajah dapat menjadi pilihan yang bijaksana dan menguntungkan. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai penanaman rumput napier untuk tujuan makanan ternakan khususnya ruminan.


Rumput Gajah (Pennisctum purpureum) atau disebut juga rumput napier merupakan salah satu jenis tumbuhan hijau yang kini dijadikan makanan ternakan yang berkualiti dan disukai oleh haiwan ruminan seperti Lembu dan kambing. Rumput ini dilaporkan didapati amat sesuai untuk tumbuh dalam pelbagai tempat iaitu daripada kawasan ketinggian paras tanah 0 - 3,000 kaki dari paras laut dengan kawasan yang terbuka dibawah cahaya matahari sepenuhnya. Ia adalah tumbuhan rumput yang tidak perlukan lindungan dan memberi kesan baik terhadap pembajaan serta akan tumbuh cepat diatas tanah yang subur. Rumput yang telah cukup umur akan dipotong dan diberikan terus kepada ternakan atau diproses menjadi silaj atay hay (Sila lihat foto disebelah). Ramai dikalangan ahli penternak lembu terutamanya yang menanam rumput jenis ini secara kecil-kecilan di kawasan kandang atau berjauhan menanam rumput ini untuk dijadikan sumber makanan yang penting. Rumput napier ini tumbuh merumpun dengan sistem perakaran dari jenis akar serabut yang padat dan mampu untuk terus menghasilkan banyak anak (tillering) apabila ianya dipangkas dengan cara teratur. Morfologi rumput napier adalah ia merupakan rumput yang tumbuh merimbun dimana ia dapat mencapai tinggi lebih dari 2 meter dan ia juga akan berperanan sebagai penghalang ancaman angin (wind breaker) kepada tanaman utama dikawasan kebun. Ia juga amat cekap didalam satu cara untuk mengawal hakisan tanah dikawasan kebun yang ditanam dengan rumput napier. Walau pun kini rumput ini ditumpukan kepada penanaman untuk makanan ternakan tidak seperti rumput vertiver yang ditanam (Sila klik disini). Rumput vertiver kini banyak ditanam dikawasan tebing jalanraya dan lebuhraya.


Kaedah pengurusan yang sesuai untuk rumput ini adalah dengan sentiasa membuat pemotongan batang secara berkala (Sila rujuk foto disebelah). Rumput ini dipotong pada bahagian batang untuk dijadikan bahan makanan ternakan setelah ia diracik halus sebelum diberikan haiwan ternakan. Bagi tujuan untuk dijadikan anakbenih ia dipilih daripada bahagian batang yang matang dipotong 20 -25 cm untuk ditanam. Bahan benih sebaiknya mempunyai diantara 2 - 3 ruas atau paling sedikit 2 matatunas. Benih yang baik sebaiknya disediakan mencukupi dan masih segar untuk ditanam. Sebelum penanaman sebaiknya tanah disediakan terlebih dahulu dengan membajak tanah atau tanah mesti digemburkan, sediakan sistem saliran dan sebaiknya ada sistem pengairan. Jika tiada sistem pengairan memadai untuk menanam pada musim ada hujan untuk tujuan mempercepatkan proses pertumbuhan. pemberian baja organik diatas tanah membantu pertumbuhan awal rumput napier. Sediakan lubang-lubang tanaman dengan jarak tanaman adalah  60 cm x 100 cm dinaba kadar kepadatan sekitar 17,000 bahan keratan sehektar. Pembajan rumput napier perlu dijalankan dimana jenis baja NPK diberikan. Unsur P dan K diberikan 2 kali dalam setahun iaitu pada waktu penyediaan tanah dan 6 bulan kemudian iaitu dengan kadar 200 kg/ha dan 200 kg/ha sehektar. Unsur baja Nitrijan (N) diberikan pada kadar 200 kg sehektar setahun dalam beberapa aplikasi atau setiap kali setelah 2-4 kali aktiviti pemotongan rumput napier. Kadar baja organik sebanyak 400 kg sehektar setahun yang diberikan semasa dan setiap kali pemotongan dijalankan disyorkan.


Menuai atau memotong rumput napier perlu dilakukan mengikut umur, kesuburan tanaman dan saiz tumbuhan. Lazimnya pemotongan rumput napier ini pertama dilakukan setelah tanaman berumur 60 hari dan kaedah pemotongan selanjutnya dilakukan selang 40 hari pada musim hujan dan selang 60 hari pada musim kemarau. Cara memotong dengan menggunakan alatan konvensional seperti parang, sabit atau dengan menggunakan jentera yang sesuai. Ia sebaiknya dipotong dengan meninggalkan ± 10 cm dari permukaan tanah. Pemotongan batang rumput yang terlalu pendek menyebabkan semakin jadi lambatnya pertumbuhan kemdian dan pertumbuhan seterusnnya. Sebaliknya jika batang yang ditinggalkan terlalu panjang maka tunas batang saja yang akan berkembang sedangkan jumlah bilangan anak yang bakal keluar akan berkurang. Proses penting berikutnya adalah meremajakan rumput napier dimana ia perlu dijalankan apabila tanaman ini telah berumur 3 - 4 tahun dan selalunya pada umur ini tanaman sudah tidak responsif lagi dengan aktiviti pengurusan apabila terlalu kerap dipotong. 


Sebaiknya setelah pemotongan terakhir dijalankan maka tanah diantara barisan dicangkul dan dilakukan pembajaan. Petani boleh membuat lubang tanaman baru untuk benih baru. Ianya adalah bertujuan tujuan mempastikan rumput napier akan dijaga kesinambungan stok tuaian bahan untuk ternakan tidak akan terputus. Setelah tanaman baru tumbuh maka rumput napier lama dibongkar hingga ke akar-akarnya untu memberi ruang kepada rumput napier yang baru itu ditanam (Sila lihat foto disebelah)Rencana ini tidak lengkap jika tidak terus membincangkan akan kandungan nutrisi dan permakanan dalam rumput napier yang amat sesuai diberikan sebagai makanan ternakan. Jika rumput napier ini dikeringkan ia dilaporkan mengandungi zat protein kasar sebanyak 10.19%, Bahan Serat Kasar (34.15%), Bahan Lemak (1.64%), Bahan Abu atau Ashes (11.73%) dan selebihnya BETN sebanyak 42.29%. Kini galakkan untuk meningkatkan industri ternakan khususnya untuk bagi pengeluaran daging segar dan susu segar tempatan sedang diberi perhatian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Beberapa program seperti penanaman jagung bijirin, Lembah Tenusu Pahang dan penanaman rumput napier digalakkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua pembaca blog Anim Agro Technology. Wasallam!!...
NAPIER... RUMPUT GAJAH SAMA...
MUDAH DITANAM... DIMANA-MANA....
BENIH KERATAN... AKAN DIBAJA...
DIPOTONG SELALU...HASIL ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 111, Hotel Timotel,
Jalan Mersing-Endau,
Mersing, Johor,
Malaysia.
(28 Safar 1438H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...