KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, February 28, 2017

DURIAN BELANDA - INOVASI PENDEBUNGAAN BERBANTU

INOVASI PENDEBUNGAAN BERBANTU TANAMAN DURIAN BELANDA merupakan satu kejayaan terkini yang amat dibanggakan oleh Jabatan Pertanian didalam usaha menghasilkan buah durian belanda lebih berkualiti. Ini kerana tanaman pokok Durian Belanda (Annona muricata) dari keluarga Anonaceae merupakan tanaman yang mempunyai peratus kejayaan pendebungaan bunga yang rendah dan menyebabkan penghasilan buah juga rendah bagi setiap pokok matang yang ditanam. Kejadian ini disebabkan oleh masa matang bunga betina dan bunga jantan yang berada didalam bunga durian belanda adalah berlainan masa. Lazimnya daripada penelitian penulis blog dimana bunga betina (stigma) akan matang dan bersedia menerima pollen pada waktu petang (sekitar jam 5.00 petang) tetapi bunga jantan atau pollen hanya akan matang pada waktu malam (sekitar jam 8.00 malam). Ini menjadikan peratus berlakunya proses pendebungaan bagi tanaman durian belanda amat rendah jika dibiarkan berlaku secara semulajadi. Lazimnya agen pendebungaan yang terdapat pada malam hari seperti serangga amat berkurangan berbanding dengan pada waktu siang hari. Hanya tiupan angin kencang pada waktu malam yang menggoyangkan pokok dan bunga membantu proses pendebungaan malam hari ini. Oleh itu kini telah diketahui dimana petani digalakkan untuk menjalankan aktiviti atau proses pendebunggaan durian belanda dengan dua kaedah iaitu PENDEBUNGAAN BERBANTU atau TEKNOLOGI MENGEGARKAN POKOK durian belanda pada waktu malam. Saya ada menulis beberapa rencana berkaitan tanaman durian belanda dalam siri sebelum artikel ini untuk paparkan tenologi pengurusan dan amalan agronomi tanaman durian belanda. bagaimana pun artikel pada subuh yang henig ini jam 4.00 pagi saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai inovasi pendebungaan berbantu tanaman durian belanda untuk dijadikan bahan rujukkan seperti laporan sebuah akhbar tempatan.

Dalam akhbar tersebut yang bertajuk 'Inovasi pendebungaan berbantu durian belanda' oleh Datuk Ahmad Zakaria iaitu Ketua Pengarah Pertanian Malaysia telah saya rujuk dan hurakan lanjut. Penulis blog banyak membuat khidmat nasihat teknikal kepada ramai pegawai, usahawan dan juga petani individu mengenai teknologi pendebungaan berbantu durian belanda (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana aktiviti penanaman durian belanda sangat popular dimasa ini disebabkan harga buah segarnya yang baik dipasaran selain daripada khasiatnya yang mampu membantu menjaga kesihatan kepada pengguna. Pada saya Durian belanda atau 'sour soup fruit' yang nama botanikalnya Annona muricata dari famili Annonaceae merupakan buah jenis komposit dan berduri lembut. Rasanya yang masam manis sesuai dimakan segar atau diproses menjadi jus. Durian belanda banyak diperkatakan masa kini kerana daun dan buahnya boleh mengatasi masalah penyakit kanser. Oleh yang demikian, permintaan terhadap buah segar di pasaran tempatan meningkat dan mengalami kenaikan harga antara RM16 hingga RM20 sekilogram (kg). Namun begitu pengeluaran buah durian belanda masih rendah dan bentuk buah juga tidak seragam iaitu kebiasaannya berbentuk ovat, kornet atau jantung.

Bagi mengatasi masalah ini satu temuan terkini adalah kaedah cara pendebungaan berbantu ysng boleh diamalkan dengan memindahkan debunga ke stigma (Sila rujuk foto disebelah kiri)Cara ini didapati akan meningkatkan kejadian buah kepada 30 hingga 40 peratus dan pembentukan buah juga akan lebih besar serta seragam yang berbentuk jantung. Bagi tujuan tersebut jabatan Pertanian memperkenalkan alat inovasi iaitu 'Muricata Shaker' yang dihasilkan bagi tujuan untuk memudahkan aktiviti pendebungaan berbantu. Inovasi ini membolehkan pemindahan debunga kepada stigma dengan kaedah goyangan atau gegaran. Kaedah ini yang disyorkan ini merupakan teknologi paling mudah dan sangat berkesan. Cangkuk berbentuk 'Y' dengan dwi fungsi yang dicipta ini mampu untuk memudahkan gerakan menolak atau menarik dahan untuk menghasilkan kesan goyangan pada bunga. Apabila goyangan dibuat, debunga yang tersedia akan dipindahkan kepada stigma. Aktiviti ini yang dialkukan pada waktu akan dapat menghasilkan pendebungaan yang sempurna kepada keseluruhan stigma dimana ianya akan menghasilkan bentuk buah yang seragam seperti jantung dengan berat purata 2kg hingga 3kg sebiji. Alat mampu milik ini boleh dibeli atau dibuat sendiri oleh semua. Berdasarkan kajian dan pemerhatian, aktiviti ini disyorkan supaya ianya dilakukan pada pukul 8 hingga 10 malam kerana pada tempoh itu, bunga jantan dan bunga betina adalah matang serta serasi.

Alat 'Muricata Shaker' adalah inovasi yang dihasilkan untuk membantu pengusaha dalam kerja-kerja pendebungaan bunga durian belanda terutamanya kepada pokok yang besar dan tinggi. Alat ini adalah hasil usaha sekumpulan pegawai dari Bahagian Hortikultur Ayer Hitam, Johor. Inovasi ini dapat dihasilkan dengan kos yang rendah dan mampu milik. Ia mudah diselenggara dan digunakan oleh pengusaha. Hasil pengeluaran buah yang lebih berkualiti berjaya ditingkatkan sehingga 90 peratus. Bagi keterangan lanjut mengenai inovasi ini, sila hubungi Bahagian Hortikultur, Kompleks Pertanian Ayer Hitam, 86100 Ayer Hitam, Johor di talian 07-758 2036. Pada penulis blog yang telah mengguna dan juga mampu membuatnya sendiri mendapati alat ini merupakan satu kejayaan terbesar didalam meningkatkan pengeluaran buah durian belanda di negara kita. Kaedah lain sebelum ini adalah dengan menjalankan aktiviti pendebungaan berbantu menggunakan teknik manual dimana setiap bunga yang mampu didebungakan menggunakan berus dan debunga jantan. Daripada pemerhatian penulis bolh mendapati jika pokok durian belanda matang tidak dibuat pendebungaan berbantu cuma mampu menghasilkan 6% pengeluaran buah. Sebaliknya dengan teknologi pendebungaan berbantu guna manusia secara manual mampu mencapai sekitar 46% buah dan kaedah pendebungaan menggunakan alat Muricata Shaker mampu mencapai sehingga 96% kejayaan dalam pembentukkan buah durian belanda. Semuga tulisan dalam blog anim agro kali ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.
MENANAM POKOK... DURIAN BELANDA...
POKOK BERBUNGA... SUKAR DEBUNGA...
MURICATA SHAKER...ALAT SUDAH DICIPTA...
MENINGKATKAN KUALITI... BUAH BERHARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 117, Hotel M-Desing,
Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
(24 JamadilAwal 1438H)

Monday, February 27, 2017

JAGUNG MANIS - JANA PENDAPATAN

JAGUNG MANIS (Zea mays) merupakan sejenis tanaman singkat masa yang amat popular ditanam di Malaysia setiap tahun dimana ia mampu menjana pendapatan lumayan. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari kawasan asal di sungai Balsas Lembah berada di Mexico Selatan sebagai tanaman makanan utama waktu itu/ Kajian mendapati terdapat sehingga 12% bahan genetik di dapati dari Zea mays ssp. mexicana melalui introgression. Pada masa ini penanaman jagung manis kebanyakannya adalah dari jenis kacukan atau hibrid yang diimport dari luar negara. Keluasan penanaman jagung di Malaysia sekitar 6,300 - 6,800 hektar CHE setiap tahun dimana hampir 90% adalah daripada varieti Jagung Manis Hibrid. Kawasan pengeluaran utama jagung manis di Malaysia adalah di Johor, Selangor, Perak dan Pahang. Di Johor sahaja mampu menghasilkan lebih 35% daripada bekalan jagung manis untuk pasaran tempatan dan eksport. Eksport utama jagung manis segar adalah ke Singapura. Jagung manis juga kini dijadikanan makanan snek yang popular menjadi produk 'cup corn' yang dijual di pusat membeli belah dan gerai di lebuhraya. Syarikat seperti Nelson diantara yang syarikat yang mempelopori produk berasaskan jagung manis cup corn terkenal di Malaysia. Sila baca artikel berkaitan (Sila klik disini). Persoalannya adalah menanam jagung manis ini menguntungkan?. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kosting tanaman jagung untuk dijadikan panduan semua.

Penanaman jagung manis perlukan sistem amalan agronomi yang sesuai untuk mendapatkah hasil optima. Penyediaan Tanah bagi tanaman jagung manis boleh ditanam dibanyak jenis tanah di negara ini. Tanah yang tidak terlalu masam (pH 5.5-6.5) dan juga mempunyai saliran yang baik adalah sesuai untuk tanaman ini. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 25 cm. Tabur dengan kapur sekiranya pH tanah didapati rendah. Biasanya sebanyak 2.5 tan metrik kapur bagi setiap hektar kawasan adalah memadai. Kapur hendaklah digaul ke dalam tanah. Sekiranya penanaman dijalankan berterusan adalah disyorkan supaya kapur ditabur setahun sekali pada kadar 1 tan metrik sehektar setahun. Bagi tanah-tanah yang mudah terendam air batas perlulah dibuat. Keperluan Biji Benih sebanyak 10 kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan. Seperti menanam jagung manis lain, petani-petani disyorkan supaya mendapat bekalan biji benih jagung Supersweet Kuning daripada pembekal-pembekal yang sah seperti Jabatan Pertanian. Petani-petani juga dinasihatkan supaya mendapatkan benih-benih baru setiap kali menanam. Menanam dilakukan dengan merendam biji benih dalam air biasa selama 1 jam untuk memudahkan percambahan. Biji benih kemudian digaul dengan racun kulat seperti thiram dan terus di tanam ke ladang. Gunakan tali yang telah ditanda dengan jarak tanaman yang disyorkan untuk memudahkan kerja menanam. Buat lubang untuk biji benih dengan menggunakan tugal. Masuk 1 atau 2 biji benih dan tambus. Pengairan dikebun dengan sistem renjis boleh digunakan. Sekiranya kawasan bergantung kepada air hujan sebaiknya menanam rancangkan supaya masa penanaman adalah bertepatan dengan musim hujan setempat. Aktiviti pembajaan dengan menggunakan baja sebatian 15:15:15 sebanyak 400 kg digunakan sebagai baja asas. Jenis baja tambahan sebanyak 130 kg urea ditabur 30-35 hari selepas menanam. Kawalan Rumpai tanaman jagung pada peringkat awal pertumbuhan adalah sangat penting. Racun pracambah seperti Atrazine digunakan sebaik sahaja baja asas dibubuh. Rumpai yang tumbuh, kemudiannnya boleh dikawal secara manual. Hasil dapat dipungut 68-72 hari selepas ditanam. Hasil yang boleh dipasarkan ialah sebanyak 26,000 hingga 40,000 tongkol sehektar (bergantung pada kesuburan tanah dan pengurusan tanaman).

Dalam satu laporan akhbar tempatan dilaporkan penanaman jagung manis mampu menjana pendapatan lumayan. Ini dijalankan oleh beberapa petani di Negeri Kedah sebagaimana laporan akhbar tersebut. Memetik kenyataan Pegawai Pertanian Alor Setar Mohd Sharif yang menerangkan kepada ahli KATKB mengenai tanaman jagung manis sambil diperhatikan Johari (tiga dari kiri). Permintaan tinggi terhadap jagung manis kini telah mendorong penduduk Kampung Pering, Kodiang, Kedah mengusahakan tanaman itu secara serius. Melalui Koperasi Asas Tani Kedah Berhad (KATKB), projek pertanian jagung manis membabitkan keluasan 47.3 hektar itu menjadi punca pendapatan penduduk berkenaan selain tanaman padi dan getah. Pengerusinya, Johari Yahaya, 68, berkata dimana koperasi yang ditubuhkan sejak tahun 2002 kini telah pun memberi peluang kepada ahlinya menambah pendapatan. Ia kemudian berkata setakat ini terdapat 40 peserta projek tanaman jagung manis yang diusahakan sekitar kawasan itu dengan hasil pengeluaran bagi 0.4 hektar adalah sebanyak lima tan. Kampung Pering terkenal sebagai desa utama pengeluar jagung manis yang juga sebuah desa seimbang dan mampan dari segi pembangunan serta mempunyai semangat perpaduan tinggi dalam kalangan masyarakatnya.

Kelompok mereka memberi tumpuan meningkatkan hasil projek tanaman jagung manis yang menjadi punca pendapatan utama ramai penduduk dikampong ini. Sebenarnya selain dari tanaman padi beberapa langkah proaktif dilakukan supaya peningkatan luas tanaman jagung dapat dijalankan secara meluas bukan saja tertumpu pada kawasan kampung semata-mata, tapi merentasi kawasan luar. Projek kelompok ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekali gus menambah punca pendapatan masing-masing. Tanaman Jagung manis yang dihasilkan di ladang terbabit dibahagikan kepada gred A bagi berat melebihi 320 gram setongkol, Gred B (280 gram hingga 320 gram) dan Gred C (kurang 280 gram). Penentuan gred jagung manis ini diterimpakai oleh pembeli dan pemborong pasar malam yang sering datang untuk mendapatkan bekalan. Tanaman ini mengeluarkan hasil selama tiga musim dalam setahun dengan setiap musim memerlukan 65 hingga 70 hari untuk dipetik. Sebenarnya dalam penelitisan penulis blog mendapati dimana jagung memerlukan cuaca panas namun jika terlalu panas ia boleh mendatangkan kesan kepada mutu tanaman. Walaupun proses penanaman jagung manis tidak rumit tetapi kemahiran asas dalam pengurusan tanaman perlu betul. Jabatan Pertanian sering memberikan khidmat nasehat kepada kumpulan ini setiap masa dalam aspek teknikal dan pengurusan tanaman jagung manis.


JAGUNG manis yang dikumpulkan akan digredkan sebelum dihantar kepada pemborong atau dihantar ke kilang untuk diproses. Paling penting dalam aktiviti penanaman jagung manis adalah mengenai kawalan serangga bagi mengeluarkan hasil terbaik. Kawasan ladang juga perlu bersih kerana rumput yang panjang dan semak menyebabkan pokok kurang subur serta hasil berkurangan. Kini setongkol jagung bagi gred A dijual dengan 70 sen, gred B dijual dengan 40 sen dan gred C pula dijual dengan 25 sen. Ketua Kelompok Jagung Manis Kampung Pering iaitu Ku Senang Ku Ahmad berumur 51 tahun juga berkata selain projek tanaman jagung manis, KATKB turut membina sebuah kilang memproses kordial jagung di Kodiang sebagai alternatif perniagaan. Pasaran diperluaskan ke seluruh negara melalui media sosial dan pasar raya bagi mengembangkan perniagaan KATKB. Mereka kini mempunyai lebih 20 pekerja sepenuh masa dan separuh masa untuk mengendalikan kilang berkenaan. Alhamdulilah, kordial jagung ini mendapat permintaan menggalakkan kerana keenakan rasanya. Mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tanaman dan kordial jagung boleh menghubungi melalui Facebook KATKB. Semuga artikel ini memberi info relevan kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
JAGUNG MANIS... TANAMAN UTAMA...
MUDAH DIPASARKAN... ADA HARGA...
KATKB BERUSAHA... BERSAMA-SAMA...
MENJADI CONTOH... DUIT DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Pering, Kodiang,
Kedah, Malaysia.
(12 JamadilAwal 1438H)

Sunday, February 26, 2017

TUT POKOK - KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

Pembiakan tanaman buah-buahan melalui kaedah TUT atau 'Marcotting' atau di Indonesia dipanggil 'Mencangkok' kini merupakan aktiviti pembiakan tanaman yang kini lazim dilakukan. Pada penulis blog mendapati aktiviti 'Mengetut' atau Mencangkok ini juga sebagai salah satu proses dalam pembiakan secara vegetatif yang bertujuan untuk petani atau usahwan nurseri memperbanyakkan bahan tanaman. Apa yang lebih penting adalah benih tanaman hasil mengetut ini juga akan memiliki sifat yang sama dengan pokok induknya dari aspek ketulinan dan marfologinya. Pokok yang ditanam hasil tut selalunya lebih cepat menghasilkan buah. Aktiviti mengetut adalah kaedah pembiakan tanaman yang paling mudah dan senang dilakukan dengan syarat mereka ada pengalaman dan kemahiran petani dan usahawan nurseri. Bahan tanaman dari tut memang sangat banyak sekali manfaatnya kepada petani. Ini kerana lazimnya hanya pokok terpilih yang berkualiti, sihat, cepat berbuah, berkualiti, mudah dipasarkan serta tahan serangan penyakit akan terus dibiakkan. Petani perrlu faham bahawa dengan cara mengetut sama saja mereka membuat sendiri atau membeli dari nurseri yang disahjan melalui Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) Jabatan Pertanian sahaja yang akan boleh menghasilkan hasil terbaik. Ini disebabkan biasanya pokok yang akan ditut adalah pokok yang tentunya sudah berbuah dimana tanaman tersebut adalah tanaman terbaik. Biasanya sebelum kita mengetut maka pemilihan pokok induk adalah asas yang menentukan nanti keberhasilan dalam tanaman yang ditut. Jika pokok yang di tut adalah dari varieti terkini dan berkualiti maka hasilkan anak benih yang berkualiti selanjutnya ia akhirnya akan menyerupai pokok indukannya. Jika pokok induk tidak baik maka ia hasilkan anakbenih yang kurang baik seperti induknya. Proses mengetut perlukan kemahiran dan ilmu pengetahuan serta bahan untuk petani melakukannya seperti pokok induk, pisau, GP7, bahan pengakaran, plastik pembalut dan hormoh penggalak akar serta tali pengikat. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kebaikan atau kelebihan teknologi mengetut tanaman serta beberapa kelemahan sekadar berkongsi maklumat dengan pembaca blog ini.


Penulis blog ini dapati tidak semua jenis tanaman dapat dibiskksn mrlslui proses Mengetut. Jenis tanaman yang biasa sesuai untuk di tut hanyalah tanaman berjenis dicotyledon serta tanaman jenis biji terbuka. Tanaman yang biasanya sering di jalankan pembiakan secara tut lazimnya adalah tanaman jenis buah-buahan (Fruit Tree). Kini ada banyak jenis tanaman buah-buahan yang dapat kita buat tut seperti pokok Limau (Citrus spp), Pokok Johon Jambu Air (Syngium spp), Pokok Jambu Batu (Psidium guava), Pokok Durian (Durio zibethinus), Pokok Rambutan (Nephallium lappaceum), Pokok Mangga (Mangifera indica) dan beberapa lagi. Kebanyakan pokok buah ini dijadikan anakbenih tut yang menyerupai pokok induk atau dalam kata lain hasil benih tersebut adalah 'True To Type'. Banyak benih tut yang dijual dipasar malam, pasar tani, nurseri swasta dan pejabat kerajaan dengan harga yang tidak terlalu makal. Ini kerana proses untuk mengetut tidak perlukan kos tinggi berbanding dengan kaedah penyediaan benih yang lain. Ramai petani mungkin masih kurang faham akan apakah sebenarnya  kelebihan dan kelemahan benih yang dihasilkan melalui teknologi mengetut atau marcotting atau mencangkok ini kecuali mereka yang berjaya dengan melakukannya sendiri untuk kegunaan sendiri atau untuk jualan. Sebenarnya apapakah kelebihan dari tanaman hasil benuh tut ini? Selain itu apakah ada kelemahan dari tanaman hasil dari benih pokok tut? Kalau kita bicangksn dengan lanjut dalam penulisan ini mungkin pembaca akan mendapat kefahaman yang lebih baik.


Teknologi Pembiakan Tanaman dengan Mengetut ini terutamanya buah-buahan merupakan satu kaedah yang banyak kebaikannya. Pertama sekali adalah dimana tanaman ini lazimnya akan lebih CEPAT BERBUAH. Ini disebabkan oleh beberapa alasan teknikal yang menyokong dakwaan ini. lazimnya pokok dari benih tut diambil daripada pokok induk yang telah disahkan cepat berbuah, buah berkualiti dan subur. Tanaman hasil tut ini lazimnya memiliki keunggulan iaitu cepat berbuah bila dibanding dengan tanaman yang berasal dari biji. Tanaman daripada biji melalui proses vegetatif yang lama untuk pokok tersebut matang selepas percambahan biji benih. Sebagai contoh pokok rambutan atau durian yang ditanam menggunakan benih tut akan berbuah llebih cepat dengan pokok rambutan atau durian yang ditanam daripada bijinya. Kedua kelebihan beni ini adalah dimana ia mampu mengingkatkan HASIL TINGGI. Ini kerana pokok tersebut berasal daripada pokok induk yang dikenalpasti mempunyai hasil tinggi serta disahkan cepat berbuah dengan buah yang berkualiti. Jika dibandingkan dengan pokok yang ditanam dari biji benih memang disahkan ia lebih cepat berhasil. Kelebihan ketiga adalah pokok ini akan menghasilkan tanaman dan buah yang memilikin sifat SAMA DENGAN POKOK INDUK. Ini merupakan kelebihan yang signifikan kenapa pokok yang berkualiti ini ditutkan untuk mendapatkan anakbenihnya. Ini kerana kelebihan mengetut ini pokok juga akan memiliki fungsi iaitu sifat tanaman akan menyerupai sifat indukannya. Jadi jika anda ingin memiliki tanaman yang sama dengan tanaman induknya dengan hasil buahnya juga sama serta rasa buahnya juga sama maka dengan menanam benih dari tut adalah salah satu alternatif terbaik. Kelebihan benih tanaman dari pokok Tut ke empat adalah dari segi Pokok TIDAK TERLALU TINGGI. Ini berdasarkan dimana tanaman hasil benih tut biasanya akan rendah dibanding tanaman yang bukan hasil tut seperti pokok dari biji. Meskipun selalu pokoknya masih sangat rendah tanaman hasil benih tut ini juga boleh berbuah lebat. Jadi perkara ini didakwa akan membuat tanaman semakin indah dan menarik. Pokok ini juga mempunyai sistem akar tunjang yang tidak sama dengan pokok yang ditanam daripada biji. Pokok dari biji mempunyai akar tunjang yang dalam dimana ini juga faktor ianya lambat berbuah atau matang. 


Bagaimana pun disamping ada manfaat atau keuntungan dari benih tut tanaman ini tetapi penulis juga dapati ada beberapa masaalah atau kelemahannya. Berikut ini merupakan beberapa kelemahan dari tanaman hasil aktiviti mengetut pokok buah-buahan khususnya. Pertama adalah dimana pokok ini lazimnya MUDAH TUMBANG atau roboh bila ada angin kencang. ini berkait dimana pokok ini lazimnya tidak mempunyai akar tunjang yang kukuh menyokong pokok bbuah-buahan yang ditanam. Pokok tut lazimnya banyak akar serabut yang berfingsi sebagai penyerap hutrien kepada pokok. Pokok yang tidak mempunyai akar tunjang dalam bermakna ia mudah rebah terutama pada jenis tanah seperti tanah gambut, tanah bris dan kurang sokongan untuk ianya tumbuh. Tanaman ini juga TIDAK TAHAN CUACA KERING atau tidak tahan pada musim kemarau. Ini kerana akar serabutnya tidak pergi jauh kedalam dan aktiviti menyiram pokok terutama diperingkat awal penanaman adalah krtitkal. Pokok yang ditanam dari biji menyebabkan petani tidak perlu buah penyiraman rutin agar tanaman tidak mati. Ada juga dakwaan dimana pokok induk daripada Kaedah Tut akan CEPAT ROSAK. Dakwaan ini berasas kerana pokok induk akan selalu dipotong dahannya untuk dijadikan bahan tanaman setelah ditutkan dan berjaya. Bagaimana pin teknik pembajaan, pengairan dan amalan agronomi yang betul mampu mengelakkan kes ini. Akhir sekali kelemahan cara tut adalah dimana jumlah anak benih yang dapat dihasilkan lazimnya adalah TERBATAS JUMLAHNYA. Ini disebabkan aktiviti mengetut pada tanaman induk tidak boleh melebihi bilangan dahan yang ada pada pokok. Bilangan jumlah dahan ditut hanya beberapa batang saja pada satu pokok induk. Bagi tujuan penghasilan secara besar-besaran agak sukar kalau bilangan pokok induk terhad. Bagaimana pun pihak pengeluar benih tut perlukan jumlah pokok yang banyak dan bersaiz ekonomik. Semuga artikel dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!!...
AKTIVITI TUT POKOK... KAEDAH BIASA...
MUDAH DIBUAT... PELBAGAI BUAH ADA...
KEMAHIRAN MENGETUT... MUDAH SAJA...
BENIH BERKUALITI... HASILNYA BERHARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 117, M- Design Hotel,
Seri Kembangan, Serdang,
Selangor, Malaysia.
(21 JamadilAwal 1438H)

Saturday, February 25, 2017

FERTIGASI GANTUNG - HASIL LUMAYAN

FERTIGASI GANTUNG merupakan sateknologi fertigasi yang semakin popular dikalangan penanam sayur terutama dikawasan yang mudah ditenggelami air. Fertigasi gantung adalah salah satu cabang sistem fertigasi yang ada dinegara kita selain daripada Fertigasi Terbuka (Open Fertigation), Fertigasi Tertutup dalam Struktur Pelindung Hujan- bawah SPH atau (Sheltered Fertigation), Fertigasi NFT, Fertigasi Bantal, Fertigasi Vertical, sistem Hidriponik, Aquaponik dan sebagainya. Fertigasi gantung kin menjadi pilihan ramai kerana walau pun kos permulaan untuk sistem ini agak tinggi tetapi tinjauan penulis blog mendapati ia mampu menjana pulangan lumayan. Kalau pada pringkat awal sistem fertigasi gantung  hanya ditumpukan kepada jenis sayuran yang menjalar (creepers) seperti Timun (Cucumis sativus), Peria (Momodica charantia), Petola (Luffa acutangula) dan beberapa lagi tetaapi kini tekah disesuaikan untuk sayuran jenis buah pula. Antara sayuan jenis buah yang semakin sering ditanam petani komersil disekitar Kuantan, Pahang penulis dapati ianya adalah Terung Panjang (Solanum melongena), Terung Mini, Terung Bulat (Eggplants), Cili (Capsicum annum) dan beberapa lagi. Tanaman terung panjang yang ditanam di TKPM Inderapura, Kuantan telah berjaya menghasilkan hasil yang tinggi, berkualiti dan mudah untuk diselenggara (Sila lihat foto diatas). Kini tanaman cili besar juga menjadi pilihan petani untuk ditanam dengan cara Fertigasi Terbuka dan Fertigasi Gantung. Tanaman Cili adalah diantara komoditi yang mampu memberikan pulangan baik jika dijaga dengan baik dan pokok sihat serta produktif. Saya ada menulis banyaak artikel mengenai fertigasi untuk dibuat rujukkan anda semua (Sila klik disini), (Sila klik Disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini) serta beberapa lagi. Bagaimana pun asas kejayaan dalam sistem tanaman fertigasi gantung ini adalah ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk mereka mengendalikan. Selain daripada kaedah pembinaan struktur kukuh untuk menggantung polibeg dan tanaman yang berat, kemahiran untuk membancuh larutan baja set A dan Set B serta jawalan musuh dan perosak, penentuan jadual penanaman juga amat penting. Bagaimana pun artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai testimoni yang menyatakan sistem Fertigasi Gantung memberikan hasil lumayan kepada petani.


Antara faktur yang perlu diketahui oleh mereka yang hendak mulakan projek tanaman secara Fertigasi Gantung adalah Modal, Kos Tenaga, Aktiviti Agronomi dan beberapa lagi. Sebagai contoh kos tenaga kerja dan juga penggunaan racun dapat dikurangkan dimana ini sekali gus mengurangkan kos pengeluaran. Pada saya penanaman sayur secara sistem fertigasi adalah teknik yang tidak asing lagi bagi individu yang menceburkan diri dalam bidang pertanian. Kini kaedah itu bukan sahaja memberikan pulangan yang lumayan kepada petani tetapi banyak memperoleh faedah seperti dari segi tenaga kerja, kecekapan penggunaan baja dan air, mengatasi masalah tanah yang tidak subur, hasil yang lebih tinggi dan berkualiti berbanding kaedah konvensional. Pada awal 2012, Jabatan Pertanian Negeri Pahang telah mengambil satu langkah untuk penambahbaikan dengan menggalakkan penanaman melalui teknik fertigasi gantung. Teknik itu sebenarnya telah diperkenalkan pada awal 2011 oleh seorang peserta program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Pulau Manis di Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Ramli Idrus. Beliau mendapat ilham untuk menggunakan kaedah itu bagi tujuan untuk mengurangkan kos pengeluaran yang semakin meningkat setiap tahun. Sehingga kini oun penulis yang sering meinjau kawasan tanaman tersebut dapati beliau telah mengusahakan sayur-sayuran seperti timun, terung dan kacang panjang seluas 19 hektar di kawasan TKPM Pulau Manis, TKPM Fertigasi Inderapura dan Bukit Goh, Pahang. Didapati teknik itu mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pertanian Pahang kerana mendatangkan banyak kesan positif dari sudut ekonomi, tenaga kerja dan kawalan penyakit.


Teknik fertigasi gantung merupakan satu cara penanaman menggunakan polibeg (beg plastik) yang diikat dengan tali dan digantung pada sistem para (berasaskan kayu, dawai dan tali sebagai penyokong). Sistem para perlu dipasang dengan kukuh untuk menampung polibeg yang diisi dengan media cocopeat (serbuk halus sabut kelapa) atau peatmoss (gambut) serta paip untuk pengairan dan pembajaan. Penulis blog mendapati dimana lazimnya hasil tanaman dengan cara fertigasi ganting seperti timun akan dapat dikutip awal seminggu berbanding biasa tetapi jangkahayatnya juga kurang jika dibanding dengan menanam timun secara konvensional. Kajian awal penulis menunjukkan dimana tanaman yang sesuai untuk teknik itu adalah jenis sayuran berbuah seperti timun, terung, cili, peria, kacang panjang dan petola. Kini beberapa responden yang ditemuduga penulis menyakan dimana teknik ini adalah lebuh menguntungkan. Projek yang diusahakan melalui teknik itu didapati lebih menguntungkan dan berdaya maju. Berbanding kaedah fertigasi biasa yang ditanam di atas tanah atau dalam polibeg. Bagaimana pun apa yang penting adalah kemahiran petani dan pekerja kebun satu faham akan teknologi moden ini. Ini termasuk menentukan campuran baja set A dan Set B dengan betul serta kadar saliran air baja kepada setiap tanaman didalam polibeg. Penggunaan alat EC Meter menentukan air baja digunakan serta untuk menyesuaikan kadar aplikasi baja. Ini kerana pemberian dan kekerapan serta kepekatan air baja berbeza mengikut umur tanaman, jenis tanaman, cuaca (panas atau hujan) serta beberapa faktur lain. Apa yang perlu dilakukan oleh petani atau pekerjanya adalah pemantauan kepada setiap pokok didalam polibeg penanaman.


Pada penulis semua petani yang hendak mulakan sistem tanaman fertigasi gantung tahu dan faham akan apakah sebenarnya sistem ini. Berdasarkan pemerhatian penulis, diantara kelebihan menggunakan fertigasi gantung ialah dimana sistem ini dapat mengurangkan kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, kawalan serangga perosak dan penyakit serta kerja memungut hasil. Ia juga menjadikan kerja merumpai menjadi lebih mudah kerana rumpai kurang tumbuh dan tidak menganggu tanaman. Sistem ini boleh menggunakan mesin dengan mudah dimana akhirnya ia memberikan prestasi tanaman lebih subur dan kurang penyakit. Lazimnya kadar penggunaan racun dapat dikurangkan terutama untuk pembelian racun rumpai (weedicide). Aktiviti semburan racun serangga dan kulat dapat dilakukan dengan cekap dan efisien menggunakan jentera penyembur yang sesuai terus kepada tanaman. Lazimnya hasil tanaman dapat dipungut dengan mudah dan cepat kerana kedudukan polibeg yang lebih tinggi bagaimana pun ada kekeliruan dimana ada petani yang mendakwa dimana jangka hayat tanaman lebih lama tetepi ramai juga yang dakwa jangkahayat tanaman lebih singkat. Apa pun ia sebenarnya bergantung kepada jenis tanaman, jenis campuran baja dan kadar serangan penyakit serta perosak. Bagaimana pun secara keseluruhannya, kos tenaga kerja dan racun kimia dapat dikurangkan sehingga 50 peratus berbanding penanaman secara fertigasi biasa. Hasil timun dapat dikutip awal seminggu berbanding biasa dan jangka hayat ekonomi tanaman dapat dipanjangkan tujuh hingga 10 hari berbanding penanaman secara konvensional. Sistem ini dapat memberi pulangan maksimum kepada petani iaitu jangka hayat tanaman lebih panjang (kerana kurang serangan penyakit bawaan tanah dan keseluruhan pokok mendapat cahaya matahari) seterusnya menjanjikan peningkatan hasil sehingga 30 peratus. Teknik itu sangat sesuai diaplikasikan di kawasan tanah yang bermasalah seperti keadaan geografi tanah yang rendah dan mudah dinaiki air serta tanah yang kurang subur seperti tanah bris dan lain-lain. Petani yang mengusahakan tanaman di kawasan yang kerap berlaku banjir sangat digalakkan untuk mencuba teknik itu kerana ianya tidak menjejaskan keadaan fizikal mahupun kualiti hasil dan dapat menjamin jumlah pengeluaran hasil yang berterusan. Penggunaan mekanisasi ladang yang sesuai, kos pengeluaran akan dapat dikurangkan dengan berkesan dan seterusnya meningkatkan pendapatan petani. Semguga tulisan hari ini memberikan maklumat yang boleh dirujuk anda semua. Wasallam!!!...
TANAMAN FERTIGASI.... PELBAGAI NAMA....
FERTIGASI GANTUNG... ANTARA JENISNYA...
POKOK MENJALAR... BERBUAH PUN DIGUNA...
MENULIS ARTIKEL.... JELAS MEMBACANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 409, Hotel Federal,
Kangar, Perlis, Malaysia.
(10 JamadilAwal 1438H)

Friday, February 24, 2017

SIPUT KEMUDI - KENALI DIA

SIPUT KEMUDI (Atrina fragilis) atau pun di kenali dengan nama 'Siput Peha Ayam' atau dalam bahasa Inggeris ia adalah sebagai 'Pen Shells' merupakan sejenis siput kerang-kerangan yang berbentuk segitiga lonjong dan saiznya boleh mencapai satu kaki panjang. Penulis blog sebelum ke Pulau Pinang memang tidak pernah kenal akan siput tetapi amat teruja melihat siput ini yang dikutip dikawasan pesisir laut berhampiran pantai Merdeka. Melihat bentuk siput ini memang sesuai diberi nama sebagai Siput Kemudi kerana cengkerangnya memang berbentuk kemudi sampan atau bentuk tigasegi atau memanjang seperti kemudi kapal iaitu berbentuk tiga segi yang menebal dibahagian hujungnya (Sila lihat foto diatas). Siput ini juga dikatakan sebagai Siput Sudu disesetengah kawasan lain. Ia dicari oleh peminat siput dnan kerang-kerangan kalau ada musim siput ini keluar. Ia lazimnya tinggal didasar permukaan pasir dengan melekat melalui organ dinamakan 'Byssus'. Antara spesis yang dikelaskan dalam keluarga siput ini seperti Atrina fragilis dan juga Pinna nobilis. Dinegara kita ia banyak dikawasan pantai berpasir dengan sedikit lumpur dikawasan pantai barat Semenanjung Malaysia. Beberapa species siput ini menjadi sumber makanan kepada manusia sebagai makanan eksotik dan enak. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis satu rencana mengenai Siput Kemudi sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua.


Siput Kemudi ini sebenarnya mempunyai nilai ekonomi yang signifikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran pantai diseluruh dunia. Dikawasan laut sekitar Meditrenean jenis siput ini diternak bagi menghasilkan Mutiara (Pearl) yang berkualiti. Bagi siput kemudi dikawasan Polynesia isinya yang lembut dimakan setelah dimasak. Siput sudu mempunyai isi yang lembut berwarna putih oren bergantung kepada persekitaran laut dimana ia dijumpai (Sila lihat foto disebelah). Berbanding dengan jenis kerang-kerangan dan krustacea lain ia mempunyai sifat sama mencari makan dalam air iaitu dengan cara menuras plankton. Siput Kemudi di negara kita agak besar saiznya dan mempunyai isi daging yang amat memuaskan berbanding dengan isi dalam kerang, Lala, Siput Sedut dan sebagainya. 


Mencari siput kemudi dipersisir pantai memerlukan kemahiran, keberanian dan pengalaman. Ini kerana siput kemudi berada dibawah dasar air atas pasir. Seseorang perlu ada sampan dan diikat pada kayu agar tidak hanyut. Pemburu siput kemudi pada air surut dan cetek memadai dengan kaedah meraba menggunakan kaki sendiri untuk menentukan ada siput kemudi dibawahnya dan diambil dengan tangan. Jika air pasang atau kawasan agak dalam maka mereka akan menggunakan kayu panjang dan pacak atas dasar pantai dan meraba gunakan kaki juga. Kemudian dengan memegang kayu yang dipacak ia akan menyelam dan ambil siput kemudi menggunakan tangan dan kemudian dikumpulkan dalam bakul yang diikat pada sampan (Sila lihat foto disebelah). Kalau kawasan tangkapan ada banyak siput kemudi ini maka ianya adalah lumayan sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual kepada orang lain. Bergantung kepada musim harga jualan runcit siput kemudi ini diantara RM5.00 - RM10.00 sekilogram. Penulis baru dua kali membeli dan makan siput kemudi ini.


Antara menus masakan siput kemudi ini yang popular adalah Masakan Siput Kemudi Goreng Kunyit (Sila lihat foto paling bawah). Bahan untuk memasak resepi ini pastinya adalah 10 ekor Siput Kemudi yang perlu dibasuh dan dipotong saiznya ikut kesesuaian. Isi siput kemudi ini perlu dikeluarkan dan pdibasuh bersih dengan air mengalir sebelum ianya ditoskan. Bahan lain adalah 2 biji cili merah atau cilu hijau hidup yang dipotong nipis serta sebiji bawang besar yang dipotong bulat-bulat. Bahan lain adalah 3 ulas bawang putih dihiris nipis serta pastinya sedikit halia juga dipotong nipis. Sebaiknya ada aun bawang atau daun sup, 1 sudu kecil serbuk jintan putih, 1 sudu kecil sebuk jintan manis,  sedikit serbuk kunyit, minyak, garam dan serbuk perasa. Cara memasak dengan memanaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili hidup dikacau sampai layu. Kemudian masukkan isi suput kemudi dan dikacau sehingga masak. Masukkan serbuk jintan putih dan jintan manis, garam serta serbuk perasa sehinga cukup masak dan matikan api. Angkat dan masukkan daun bawang kedalam mangkuk untuk sedia dihidangkan dan dimakan bersama nasi putih. Siput kemudi juga sesuai dimasak sambal, masak cili api dan sebagainya mengikut kegemaran masing-masing. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
SIPUT KEMUDI.... NAMA DIBERI...
BERKULIT KERAS...IA TIGASEGI...
TEPI PANTAI LAUT... IA DICARI...
DIMASAK SAMBAL...PELBAGAI LAGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1608, Hotel Royal,
3, Jalan Larut, Georgetown,
Pulau Pinang, Malaysia.
(21 Jamadilawal 1438H)

Thursday, February 23, 2017

DURIAN BELANDA - HEBAT KHASIATNYA



BUAH DURIAN BELANDA (Anona muricata Linn) kini merupakan  sejenis buah-buahan tropika yang semakin popular kerana kehebatan khasiatnya. Ramai dikalangan petani kmersil, usahawan malahan syarikat berskala besar mula  menanam durian belanda di malaysia apabila mengetaui akan harga pasaran dan permintaan yang amat tinggi masa kini. Penulis sendiri yang telah menulis lebih daripada 25 artikel mengenai tanaman durian belanda telah sedikit sebanyak mengenali akan teknologi dan amalan agronomi tanaman durian belanda ini. Kalau dahulu teknologi pendebunggan kurang dikaji tetapi terkini telah ada inovasi menggunakan alatan 'Muricata Shaker' yang dicipta oleh Jabatan Pertanian Johor dan memenangi Anugerah Khas  Perdana inovasi pada MAHA 2016 daripada Perdana Menteri Malaysia. Buah durian belanda adalah kerabat buahnya ini berasal dari Amerika (sekitar Peru, Mexico dan Argentina). Di Indonesia nama buah daun belanda adalah dengan panggilan 'Sirsak'. Buah ini sesuai dimakan segar, diproses menjadi jus minulan atau kordian dan sebagainya. Kini daun sirsak telah dituai dan diproses untuk dijadikan 'TEH DAUN DURIAN BELANDA'. Teh dengan persijilan MY Organic ini diberi jaminan bebas racun dan didakwa amat baik diambil bagi mendapatkan kandungan bahan anti kansernya. Rencana pada subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis lagi akan kehebatan buah durian belanda untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan.

Dalam beberapa penulisan saintifik, dilaporkan buah durian belanda yang mendapat permintaan tinggi dikalangan pengguna adalah buah yang baik untuk kesihatan. Ini disebabkan ia didakwa mengandungi nutrisi dan khasiatnya untuk kesihatan terutama untuk mengawal kejadian barah (kanser). Buah durian belanda terdiri dari 67.5% bahagian isi atau daging buah, 20% kulit buah, 8.5% biji buah dan 4 % lagi adalah bahagian inti buah (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada kandungan utama adalah air dan bahan utama yang terbanyak adalah karbohidrat. Salah satu jenis karbohidrat pada buah ini adalah gula Glukos dan Fruktosa dengan kadar 81.9% - 93.6% dari keseluruhan jumlah kandungan gula. Seterusnya Vitamin merupakan komponen yang paling dominan pada buah durian belanda adalah vitamin C iaitu sekitar 20 mg per 100 gram daging isi buah. Kajian saintis mendapati keperluan Vitamin C seorang setiap hari sekitar 60 mg seorang akan dapat dipenuhi hanya jika mengambil sebanyak 300 gram daging isi buah durian belanda. Selain itu kandungan bahan mineral yang cukup dominan adalah Posforan (P) dan Kalsium (Ca). Kajian dimaknal menunjukkan kandungan P sekitar 27 gram dan kandungan Ca sebanyak 14 setiap 100 gram isi buah. Kalau sekilogram dijual sekitar RM18.00 - RM20.00 dipasaran runcit bermakna amat banyak bahan mineral, karbohiderat dan keperluan vitamin dapat dipenohi oleh mereka yang mengambilnya setiap hari.

Kedua bahan unsur mineral tersebut penting untuk pembentukan rangka tulang dimana iasangat berguna untuk membentuk tulang yang kuat serta menghindari masaalah kes Osteoporosis. Keunggulan buah durian belanda memang terletak pada kadar Sodium (natrium) yang rendah iaitu sekitar 14 mg per 100 g tetapi ia amat tinggi bahan Potasium (P) dan Kalium iaitu sebanyak 278 mg per 100 gram isi buah. Perbandingan kalium dan natrium yang tinggi ini memang sangat menguntungkan dalam usaha pencegahan penyakit tekanan darah tinggi (hypertension). Selain komponen zat permakanan didakwa buah durian belanda juga sangat kaya akan komponen lain seperti SERAT (Fiber). Kandungan serat dalam durian belanda (dietary fiber) mencapai 3.3 g bagi setiap 100 gram iai daging buah. Kini telah banyak testimoni mengenai bahagian daun durian belanda yang didakwa amat baik mencegah kanser dengan menjadikannya kepada ;Teh daun durian belanda'.  Bagaimana pun semua pokok durian belanda yang ingin diproses untuk dijadikan teh semestinya mendapat persijilan MyOrganic dahulu. Ini bagi mengelakkan petani menggunakan bahan kimia dimana untuk dijadikan daun teh memang tidak dibolehkan. Teh daun durian belanda yang segar dipetik, dikeringkan, dikisar dan seterusnya dibungkus mengikut kaedah GMP. Ramai yang membeli daun teh ini kerana ia dilaporkan memberikan aroma yang amat enak dan menyegarkan apabila diminum.


Antara manfaat Buah Durian belanda atau Sirsak bagi tujuan kesihatan termasuk mencegah kanser, melancarkan buang air kecil (kencing), menjaga kesihatan tulang, menambah tenaga, merawat sakit kepala (migrain) dan mencegah Anemia. Pertama didakwa dimana buah durian belanda mampu mencegah masalah dan Mencegah Barah (Cancer). Ini kerana terdapat bahan dinamakan sebagai Annonaceous acetogenins iaitu bahan fitokimia yang terdapat dalam daun, biji dan batang pokok dan bahan ini berperanan dalam menangani serangan kanser dan virus. Penyelidikan yang dijalankan mendapati dimana bahan Annonaceous acetogenins pada isi durian belanda mampu membunuh sel-sel ganas kanser pada 12 jenis kanser. Antara jenis kanser yang berkesan dirawat seperti kanser kanker payudara, kanser usus besar, kanser prostat, kanser paru-paru dan beberapa jenis kanser lagi. buah durian belanda berkhasiat untuk melancarkan buang air kecil (kencing). Dengan mengambil jus buah durian belanda dilaporkan dapat dijadikan sebagai ubat semasa pesakit mengalami 'rasa sakit' ketika buang air kecil. Selain itu juga dapat megatasi 'Haematuria' iaitu kes dimana bercampurnya sel darah putih dalam urin dan juga merawat penyakit hati ringan. Ke 3 kehebatan khasiat durian belanda adalah dimana ia didakwa menjaga Kesihatan Tulang. zDidapati kandungan Posforus dan Kalsium dan beberapa bahan mineral lain seperti tembaga dapat membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang sehingga tulang badan pemakannya akan kuat dan mencukupi keperluan bahan nutrisinya.

Makan buah durian belanda akan mampu Menambah Tenaga (Energy). Ini kerana mereka yang keletihan selepas bekerja kat dinasihatkan untuk mengambil buah durian belanda dan memakannya. Selain daripada bau dan aromanya yang segar, buah ini yang mengandungi bahan Thiamin yang berguna untuk meningkatkan energi. Apabila ia diserap makan pamakannya akan mempunyai 'mood' yang lebih baik untuk meneruskan aktiviti hariannya. Apa yang hebat mengenai khasiat durian belanda adalah dimana didakwa berkempuan untuk Merawat Migrain. Buah ini mengandung bahan Riboflavin atau Vitamin B2 yang dikenal sangat berkesan untuk meredakan sakit kepala seperti migrain. selain itu buah durian belanda mampu Mencegah Anemia berdasarkan kepasa kandungan zat besi (Fe) dalam buah ini yang dipercaya efektif meredakan gejala anemia yang boleh menyerang tanpa mengira waktu. Mengambil buah belanda sebagai makanan rutin membolehkan seseorang itu akan selalu sihat asalkan ia berkemampuan membelinya atau mempunyai kebun sendiri. Selain itu penulis blog gembira untuk berkongsi maklumat mengenai Khasiat Biji Buah Durian belanda. Setiap buah mempunyai banyak biji berwarna hitam dengan saiz agak besar. Jika disemai biji ini akan tumbuh dan boleh dijadikan benih tanaman. Biji ini didakwa mengandung zat emesis yang dapat digunakan untuk mengurangkam kes-kes seperti mual dan muntah. Begitulan kupasan rencana dalam anim agro technology kali ini untuk rujukkan pembaca semua. Wasallam!!!...
DURIAN HIJAU... DURIAN BELANDA....
BERKHASIAT... KANSER ANTARANYA...
HARGA MAHAL... MUDAH TANAMNYA...
BACA ARTIKEL... MULA SUKA AKAN DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Mesra, Bandar Raub,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(30 RabiulAkhir 1438H)

Wednesday, February 22, 2017

CENDOL MAKANAN ISTIMEWA

CENDOL merupakan hidangan istimewa yang dikategorikan sebagai minuman dengan mempunyai isi cendol yang sangat unik. Ramai orang Malaysia yang suka makan atau minum cendol tradisional atau pun cendol yang telah diubahsuai mengikut kehebatan penjual cendol. Apa yang penulis blog buat penelitian, lazimnya ramuan asas cendol tradisional terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan gula melaka. Selain daripada yang tradisional daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam dan jagung bergantung kepada selera penjamunya. Pada masa ini banyak nama-nama yang pelik mengenai cendol di Malaysia seperti 'Mr Cendol', 'Cendol Bakar', 'Cendol Pulut Istimewa', 'Cendol 7 Keturunan','Cendol Pak Akob', 'Cendol Melaka', ' Cendol Penang', 'Cendol Wahab' dan banyak lagi. Pada asasnya jenama cendol ini direka oleh pengusaha bergantung kepada keistimewaan cendol tersebut dan lokaliti dimana ia dijual. Keseronokan makan cendol adalah apabila ia dihidangkan ketika sangat kita haus dan pada waktu tengahari atau punn lewat petang. Cendol tradisional atau yang asli lazimnya dihidangkan dalam mangkuk kecil (mangkuk plastik atau mangkuk zink) dengan diberikan sudu kecil untuk mengambil isi cendol jeli hijau (Sila lihat foto diatas sekali). Bagaimana kini pun bekas cawan plastik atau bungkusan plastik ada juga digunakan untuk cendol yang ingin dibungkus untuk dibawa pulang. Kalau dahulu cendol hanya dijual oleh gerai-gerai tepi jalan atau dalam premis yang ringkas sahaja tetapi kini telah banyak premis atau restoren yang menjual cendol bersama dengan hidangan resepi makanan lain, Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan tradisional yang dipanggil 'cendol' yang dilaporkan oleh akhbar tempatan iaitu CENDOL WAHAB yang popular.

Dalam artikel yang saya posting sebelum ini memang ada tajuk cendol (Sila klik disini). Bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada kesan mendapan kapur sirih. Air perlu dimasak sehingga menggelagak dan dikacau hingga cair tapi pekat. Setelah itu campuran adunan tadi dimasukkan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan turun. Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dimana ia keluar seperti mee yang buat memanjang dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan di bawah bekas berlubang tersebut. Jeli ini boleh diwarnakan dengan hijau (warna pandan) tetapi ia boleh juga diwarnakan mengikut warna kesukaan masing-masing. Jenis Cendol tradisional lazimnya berwarna hijau walau pun kini ada juga yang cuba mewarnakan dengan warna merah dan kuning. Cara penyediaan tradisi jeli cendol ini biasanya diwarnakan dengan air daun pandan. Keenakkan cendol apabila ia dihidangkan bersama ais, air gula melaka dan santan kelapa. Air gula melaka atau gula kabong akan menambah lagi akan keenakkan cendol berbanding dengan jika menggunakan air gula Melaka sahaja. Bagaimana pun penulis dapati ada produk cendol yang ditambahkan pula dengan pulut, isi durian, agar-agar, jelly dan susu isian manis. Penulis blog juga dapati cendol enak juga dimakan dengan buah-buahan. Saya suka makan cendol yang ada kacang merah dengan gula melaka dan santan pekat serta dimasukkan beberapa biji ketulan ais didalamnya.

Senuah akhbar tempatan yang penulis petik dan tulis semula bertajuk 'Macam masak dodol' memulakan tulisannya dengan ayat 'BERJALAN di dalam atmosfera panas terik dengan bahang matahari yang menyengat kulit, secara automatik tekak akan terasa kering'. Saat itu mungkin ramai terlintas di kepala, tiada minuman penghilang dahaga yang dapat menandingi keenakan semangkuk cendol. Terfikir penulis alangkah segarnya jika sagatan ais yang diperisakan dengan santan berkrim dan manisan gula melaka larut membasahi tekak. Cendol ini biasa dihidangkan di dalam mangkuk iaitu antara campuran wajib pencuci mulut ini ialah doh seakan-akan mi yang berwarna hijau dipanggil cendol, santan kelapa dan gula melaka. Lazimnya untuk menambah kesegaran hidangan, ketulan besar ais yang telah dimesin halus dicampurkan sama. Cendol boleh dimakan begitu sahaja malahan cendol juga enak dinikmati bersama kacang merah, pulut, tapai, jagung, gula durian, buah enau, gula kundur dan pelbagai jenis jeli sebagai variasi. Menurut pengamatan penulis blog yang juga peminat cendol, antara lokasi terbaik untuk kita dapat menikmati cendol di Lembah Klang ialah SS15 di Subang Jaya, Seksyen 17 dan Jalan Gasing di Petaling Jaya, Seksyen 16 di Shah Alam, Jalan Kolam Ayer di Ampang dan Jalan Bangsar.

Dalam artikel tersebut diteruskan lagi dengan nyatakan Cendol Restoran Wahab yang popular di Setapak, Kuala Lumpur. Wartawan akhbar yang juga berkesempatan berkunjung ke Restoran Wahab yang dibuka dari pukul 10 pagi hingga 1 pagi telah mampu untuk mengorek resipi kelazatan cendol di situ. Cendol yang pekat ini telah pun menyebabkan pelanggan tidak putus mengunjungi gerai Ishak yang terletak di Behrang Stesen, Tanjung Malim, Perak untuk menikmati cendol (Sila lihat foto disebelah). Mohd. Reza yang sudah tujuh tahun mengambil alih perniagaan daripada bapanya, Abdul Wahab Mohd. Ismail berkata, kepekatan gula melaka dan kesegaran santan menjadi kunci utama kesedapan cendol. Asasnya rasa cendol ditentukan oleh air gula yang pekat dan lemak manis santan yang diperoleh daripada kelapa muda. Menngulas lanjut tentang sejarah perniagaan cendolnya, Reza menjelaskan dimana ia dimulakan oleh bapanya kira-kira 25 tahun lalu. Daripada beca kepada van, kini kami memiliki lot perniagaan sendiri di sini. Kini ia telah mampu memberi peluang kepada semua orang untuk menikmati cendol, bukan sahaja pada waktu siang, tetapi juga waktu malam. Biarpun menawarkan pelbagai jenis cendol antaranya cendol pulut, jagung manis, kacang merah, tapai, cincau, bandung, sagu, barli dan aiskrim, cendol asli Wahab masih menjadi kegemaran ramai. Gerai cendol yang  terletak di sempadan Selangor dan Perak yang popular ini ada diceritakan dalam rencana ini bagaimana proses cendol dihasilkan. Satu lagi gerai cendol adalah oleh usahawan En Ishak Ahmad yang berumur  45 tahun dan berniaga di gerai makanan di Behrang Stesen, Tanjung Malim, Perak semenjak 14 tahun dahulu dengan berniaga cendol.


Mengulas lanjut komen oleh pelanggan yang menikmati cendol Wahab mennyatakan cendol disini dipengaruhi resipi Pakistan. Asalnya ia memang bermula dari bawah pokok mangga tetapi kini dia mempunyai satu lot kedai yang tidak jauh dari tapak lama. Mereka jual cendol yang dibuat sendiri di rumah dimana dahulu sebelum ada kuali dan mesin ia buat cendol untuk dimakan sendiri. Kemudian kalau ada orang tempah seperti untuk majlis keramaian mereka jarang saya ambil sebab kerjanya berat. Ini dulu mereka agak takut tidak mampu penuhi permintaan pelanggan. Kini pengusaha cendol ini menggunakan sepenuhnya resipi milik arwah ibunya. Sebenarya proses menghasilkan cendol tidak sesukar mana. Apa yang penting adalah kadar sukatan perlu betul dan tepung dimasak sehingga matang. Jika tidak maka cendol tidak akan menjadi. Kalau menjadi pun selalunya ia tidak mampu bertahan lebih daripada dua hari. Kini teknik buat cendol telah menggunakan kaedah moden dalam menghasilkan isi cendol atau dipanggil 'mi cendol'. Asasnya membuat cendol sama seperti memasak dodol. Bahan-bahan adunan yang dicampur dan digaul sebati akan dimasak sehingga menjadi doh yang pekat dan berkilat. Kalau guna cara lama ianya perlu mengacau kawah cendol selama lebih kurang sejam dengan api sederhana. Kawah tidak boleh ditinggalkan dan adunan mesti sentiasa dikacau bagi mengelakkan kerak terhasil di bahagian bawah. Biasanya mi cendol akan tahan disimpan selama empat hari.


Dalam membuat hidangan cendol, biasanya bahan air gula yang pekat sering dijadikan kayu ukur kesedapan cendol. Menggunakan tepung beras sebagai asas doh kemudian, En Ishak turus memasukkan tepung jagung ke dalam periuk serba guna. Dakwanya dia berterimakasih kepada Jabatan Pertanian Hulu Selangor yang berikan bantuan periok ini kepadanya pada tahun 2009. Tujuan bahan tepung jagung digunakan ialah untuk mengilatkannya. Kemudian proses yang selanjutanya adalah dengan mencampurkan satu jag air perahan daun pandan yang telah dibiarkan semalaman. sebaiknya jangan gunakan air pandan yang baru diperah airnya untuk membuat cendol kerana nanti baunya hilang ditelan kapur. Fungsi separuh bekas kapur masak ke dalam adunan sebagai fungsi pengentalan. Setelah semua bahan siap dimasukkan biasanya En Ishak menambah sedikit air dan mengadun tepung sehingga sebati menggunakan sarung tangan getah bagi memastikan tiada tepung yang berketul. Apabila dia sudah berpuas hati dengan kesebatian dan warna adunan, barulah Ishak memasak adunan selama sejam di dalam periuk yang sama. Bilah-bilah kipas yang ada di tengah-tengah periuk mula mengacau adunan sehingga ia mengental sedikit demi sedikit. Memandangkan periuk ini boleh ditetapkan masanya, saya tidak perlu menunggunya seperti dulu. Biasanya selepas setengah jam baru ditinjau untuk memastikan sama ada perlu ditambah air atau tidak. Sebaiknya  jangan terus masukkan air yang banyak ke dalam adunan sebaliknya masukkan sedikit demi sedikit. Ini penting bagi mengelakkan cendol menjadi cair.


Bahan GULA ENAU atau Gula Kabong dikatakan penambah sedap air gula (Sila lihat foto gula kabong disebelah). Anda boleh baca tulisan saya mengenai gula kabong dalam blog anim agro tulisan saya sebelum ini (Sila Klik Disini), (Sila Klik disini) dan beberappa lagi. Apabila penulis bolg tanya tentang ketahanan cendol yang dihasilkan En Ishak menjawab dimana ia lazimnya boleh tahan selama empat hari sahaja. Ini kerana dia memang tidak gunakan bahan pengawet. Siap sahaja dimasak sebaiknya perlu terus dimakan. Kalau disimpan di ruang sejuk dingin maka cendol boleh tahan empat hari tetapi jangan pula dimasukkan ke ruang sejuk beku sebab nanti cendol akan rasa seperti span apabila dikunyah. Selepas sejam kemudian adunan yang sudah mengental segera dialihkan ke mesin acuan cendol. Proses dilakukan dari atas dimana mesin tersebut akan menekan adunan nanti dan mengeluarkan rantaian mi cendol yang terus memasuki bekas berisi air di bawahnya. Proses ini perlu dilakukan segera, jika tidak tepung akan mengeras," kata Ishak yang sebelum ini menggunakan periuk yang ditebuk dengan paku sebagai acuan. Apabila siap mi cendol diproses ia perlu dialih pula ke periuk berisi air gula yang tersedia di sebelahnya. Air gula yang menggunakan gula pasir dan gula melaka itu turut dicampur sedikit dengan gula enau untuk menambahkan kesedapannya. Air gula yang sedap adalah rahsia keenakan cendol.Ada yang lebih suka menyediakan air gula yang pekat dan tidak terlalu manis untuk pelanggan cendol popular ini. Semasa menulis rencana dalam anim agro ini saya terliur beberapa kali untuk membeli cendol kerana memang enak diminum ketika kehausan. Cendol amat laku dijual di bazaar ramadan setiap tahun. Almaklum semua haus berpuasa. Wasallam!!!...
NAMA CENDOL.... PANDAN BAHANYA...
MI CENDOL DIBUAT... MUDAH SAHAJA...
CAMPUR SANTAN... GULA KABONG ADA...
TERLIUR JUGA...  MENULIS RENCANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Gerao Cendol Wahab, 
Behrang Station, Tanjung Malim,
Perak, Malaysia.
(18 Jamadilawal 1438H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...