Support My Blog

Wednesday, March 1, 2017

ANYAM KETUPAT

KETUPAT adalah perkataan yang unik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia yang mempunyai makna yang sama. Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun palas dan direbus dalam periuk yang terkenal di beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain. Bagaimana pun mungkin juga tidak ramai dikalangan generasi baru yang pandai untuk menganyam kelongsong ketupat sebaliknya mereka hanya membelinya dipasar sahaja. Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu iaitu dalam Hikayat Indraputra dimana tarikh ditulis dicatat sebagai tahun 1700 lagi tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut. Ia merupakan satu bentuk makanan yang sering dihidangkan pada hari-hari kebesaran umat Islam seperti semasa Hari Raya Pusasa dan Hari Raya Korban sebagai juadah hidangan istimewa. Ketupat sering dimakan bersama dengan pelbagai jenis lauk lain seperti Kuah Lodeh, Sambal Kuah Kacang, Rendang Daging, Rendang Ayam, Sate Ayam, Sate Daging, Serunding, Ayam Goreng dan pelbagai lagi. Hidangan ketupat ini berbeza-beza cara makan mengikit negeri dan zon-zon tertentu. Orang di Selatan Semenanjung memang suka dengan makan ketupat bersama lodeh tetapi di sebelah Utara dan Pantai Timur mereka lebih suka akan Ketupat Pulut diikat dengan Daun Palas. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai daun palas dlam blog ini (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan (Sila klik disini). Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat kelongsong atau bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa. Artikel petang Sabtu ini saya menulis lagi didalam "Anim Agro Technology" mengenai ketupat dan cara menganyam untuk bacaan dan rujukan anda.

Ketupat Palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya sama ada ianya direbus atau digoreng dengan minyak (Sila lihat foto disebelah). Biasanya sarung ketupat palas menggunakan daun palas yang dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu mengikut kehendak pembuatnya. Ketupat Palas kini telah dikomersilkan dan mudah didapati digerai-gerai, pasar malam, pasar tani, pasar basah malahan dikantin-kantin pejabat dan kantin sekolah. Cara membuatnya yang mudah dan rasa enak ketupat palas menyebabkan ia adalah salah satu kuih tradisional yang dianggap popular dikalangan urang Malaysia terutama Ketupat Palas Goreng. Ia boleh dimakan terus atau paling enak dimakan bersama serinding daging atau serunding ayam. Serunding Kering memang ada dijual dimana-mana sahaja memang sesuai dimakan dengan hidangan ini. Makanan pulut yang mengenyangkan dan lalu memberi banyak tenaga ini selalu dibawa oleh mereka yang kerja berat seperti nelayan, buruh binaan, pesawah dan sebagainya kerana ia benyak berikan tenaga. Secara umumnya Daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut manakala daun kelapa muda (di Johor ia disebut 'Janor') untuk ketupat nasi.

Melihat kepada kreativiti pembuat ketupat, terdapat berbagai bentuk anyaman yang sesuai untuk dijadikan ketupat nasi. Antara beberapa jenis ketupat adalah seperti Ketupat Sate (Paling simpel membuatnya), Ketupat Jantung (Paling susah untuk membuatnya), Ketupat Bawang, Ketupat Sintok dan beberapa lagi. Penulis Blog dulu memang agak mahir membuat kelongsong ketupat jantung daripada daun kelapa dan daun palas tetapi kini agak kurang mahir setelah sekian lama tidak praktis.Ketupat tiga segi lazimnya daripada daun palas yang dibentuk menjadi ketupat tiga segi yang disikan dengan beras pulut. Ketupat moden yang diperbuat daripada daun kelapa biasanya empat segi. Apa pun ada juga yang membuat ketupat berbentuk batang selinder yang diisikan dengan beras pulut sepertui membuat kuih lopis. Dua helai daun kelapa yang besar di dantumkan dan disikan dengan beras pulut kemudian diikat kuat dengan tali plastik dan direbus sehingga masak. Daripada penelitian penulis blog anim agro technology mendapati semenjak tahun 1990 inovasi ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan dipasaran. Ketupat dalam plastik ini menggunakan jenis plastik yang tahan panas d an mempunyai beberapa lubang halus untuk membenarkan iar masuk dalam beras sehingga masak. Lazimnya ketupat dalam plastik ini boleh dikukus dalam periuk biasa mahupun menggunakan jenis periuk elektrik. Ketupat jenis ini juga dinamakan Ketupat Segera atau Nasi Himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu tetapi kini ia diterima ramai dan isu itu tidak jadi masalah. Terdapat juga dakwaan bahawa ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan barah. Antara berapa jenama ketupat segera dipasaran seperti Ketupat Adabi, Ketupat Nona, Ketupat Faiza dan banyak jenama lagi. Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini makanan ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran seperti Gerai Sate Samuri di Kajang.
Proses menganyam ketupat adalah senang kepada mereka yang mahir melakukannya tetapi sukar kepada orang yang tidak ada kemahiran. Penulis blog yang mahir membuat beberapa jenis ketupat mampu membuat sekitar 50 biji kelongsong dalam masa satu jam. Jenis ketupat yang penulis mahir buat adalah Ketupat Bawang, etupat Sate dan Ketupat Sintok. Daun kelapa yang lembut di ceraikan kepada dua dan dianyam mengikut susunan seperti rajah diatas. Apabila kelongsong rangka siap maka baru disusun sama ada ia hendak dijadikan ketupat sate, ketupat bawang atau ketupat sintok melalui susunan terakhir. Kerja yang agak lama diambil adalah untuk 'mengetatkan' sarung kelongsong sehingga kukuh. Apabila kelongsong ketupat sudat kukuh maka daun lebihan dibahagian bawah ketupat akan dipotong atau dilipat untuk dimasukkan dicelah susunannya. Ia mesti diikat kuat agar kelongsong tidak pecah dan ketupat kukuh semasa direbus. Beras akan dimasukkan melalui bahagian atas ketupat suku daripada ruang kelongsong untuk dapat kualiti ketupat yang baik (tidak keras dan tidak lembut). Ketupat perlu direbus lama lebih dari 2 jam untuk dapatkan kualiti baik dan simpanan lebih lama. Semuga artikel ini meberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.
MENGANYAM KETUPAT ... ADA CARANYA...
DAUN KELAPA...DAUN PALAS DIGUNA...
BUAT KELONGSONG... SABAR SAHAJA...
MENULIS BLOG... PENGALAMAN SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 212, M-Suite Hotel, 
Seri Kembangan, Serdang,
Selangor, Malaysia.
(8 JamadilAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...