Support My Blog

Thursday, March 9, 2017

PISANG LAYU - ANCAM PETANI UGANDA

TANAMAN PISANG
(Musa spp) merupakan satu aktiviti penting di beberapa negara tropika kerana kesesuaiannya dan juga keperluannya untuk dijadikan makanan. Rekod dari FAO nyatakan jumlah pengeluaran pisang dunia didominasi oleh Negara India sebanyak 29.4 juta metrik tan atau 18% daripada pengeluaran pisang dunia dengan jumlah semua sekitar 140 juta metrik tan pada tahun 2012 (Sila rujuk jadual dibawah). Pengeluar pisang yang kedua tertinggi di dunia adalah Negera China dengan sejumlah 10.9 juta metrik tan (9%) pengeluaran dunia dan yang ketiga adalah Uganda (7%). Bagaimana pun dari segi eksport buah pisang didapati dimana Negara Equador adalah pengeksport pisang terbesar dunia dengan 5.2 juta tan atau 29% daripada eksport pisang dunia. Ini diikuti dengan negara seperti CostaRica, Colombia, Philipines dan yang ke 5 adalah Guatemata dengan jumlah eksport pisang dunia pada 2012 sebanyak 17.9 juta metrik tan. Kajian oleh penulis mendapati di Malaysia bila 
membuat rujukkan dengan Jabatan Pertanian dimana pada tahun 2016 terdapat seluas 30,301 hektar tanaman pisang di Malaysia dengan anggaran jumlah pengeluaran sebanyak 321,810 metrik tan atau 0.32 juta metrik tan sahaja. Penanaman pisang di Malaysia terus meningkat daripada hanya seluas 28,911 pada tahun 2014 dan seluas 30,711 pada tahun 2015 apabila masaalah serangan penyakit MOKO semakin berkurangan (Rujukan: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2016 mukasurat 19). Pisang yang ada dihasilkan di negara kita adalah untuk pasaran domestik dimana ada sebahagian dieksport kenegara jiran seperti Singapura dan Brunei. Pokok dan Buah Pisang merupakan antara perkara yang sering juga dilaporkan didalam akhbar tempatan kerana ia memang sangat rapat dengan kita. Penulis subuh ini dapat petik dan kupas beberapa laporan akhbar tempatan yang membuat laporan tentang pisang. Artikel subuh Jumaat ini didalam blog dalam "Anim Agro Technology" mempaparkan kepentingan tanaman pisang dan masaalah serangan penyekit layu pisang di Uganda yang ditulis dalam akhbar tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Negera Uganda merupakan negara yang ke 3 mengeluarkan buah pisang dunia sejak lama dulu. Bagaimana pun kebanyakkan pisang dinegara Ugannda adalah untuk makanan domestik. Beberapa jenis tanaman pisang diusahakan oleh pihak swasta dan petani kecil. Ada dilaporkan dimana terdapat masaalah pisang layu yang kini mengancam petani di Uganda. Sebenarnya pisang hijau mudah ditemui di Uganda kerana merupakan ia tanaman utama negara itu. Daripada laporan akhbar, bagi seorang petani yang memiliki ladang tanaman pisang seluas 0.2 hektar, Charles Semakula boleh menjadikan sumber pisang makanan itu lebih versatil selain santapan ahli keluarganya. Pisang ini yang masak berwarna hijau atau 'matooke' akan diselitkan dalam setiap jenis sajian yang disediakan oleh Semakula, 38, untuk isteri dan empat anaknya. Sementara itu jenis pisang warna kuning pula akan dibuat puding. Makanan 'Matooke' ialah sejenis sajian tradisi utama bagi masyarakat di Uganda dimana ramai penduduk mengakui bahawa hidangan pasti tidak lengkap tanpa pisang masak (Sila anda lihat makanan matooke foto paling bawah). Biasanya penduduk di Uganda diluar bandar jika tidak makan matooke selama seminggu badannya rasa seperti agak tidak sihat. Makanan ini amat mudah untuk ditemui kerana ia juga adalah sebahagian daripada negara ini mengikut kata Encik Semakula yang tinggal dan berkebun di kawasan sejauh 16 kilometer di luar bandar Kampala. Namun dakwanya sejak beberapa tahun lalu tanaman tersebut diserang bakteria pembunuh yang dikenali sebagai penyakit pisang layu. Mungkin penyakit layu ini sama dengan apa yang berlaku di Malaysia dan beberapa negara jiran berkaitan dengan penyakit layu pisang.


Penularan bakteria tersebut selalunya akan meninggalkan kesan yang teruk sehingga menyebabkan pekebun kecil pisang terpaksa mengabaikan kesemua tanaman mereka (Sila anda lihat foto disebelah)Ia juga turut mencetuskan masalah global sehingga menyebabkan berlakunya pengubahsuaian genetik makanan (GMO) versi Uganda. Kini diseluruh dunia sedang memperdebatkan isu berkaitan pembangunan dan juga penggunaan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) baharu makanan yang telah pun dimanipulasikan untuk tujuan khusus menggabungkan ciri-ciri perolehan sumber bukan secara semula jadi. Ramai para penyokong kerajaan mendakwa bahawa jurutera membuat penawaran berkaitan pelbagai jenis taman pada masa akan datang untuk menangani isu penyakit, perosak dan kemarau. Bagaimanapun ada pihak pembangkang mendakwa kesan jangka masa panjang dan risiko kesihatan masih belum diketahui. Mereka turut memberi amaran bahawa kajian makanan oleh perbadanan global di belakang GMO melewati batasan pengaruh pihak kerajaan dan pekebun. Isu-isu begini telah dibincang di Uganda sebagai negara ke 3 pengeluar buah pisang dunia demi kelestarian sektor tanaman makanan yang penting dinegara Uganda.


Buah pisang merupakan satu sumber pendapatan kebanyakan penjaja yang tinggal di Kampala Uganda (Sila lihat foto disebelah). Ekoran keadaan tanaman pisang yang terancam iatu maka Encik Semakula antara pejuang yang menuntut Parlimen Uganda untuk terus meluluskan perbalahan penggunaan rang undang-undang tanaman GMO dengan harapan ia akan membentuk ketahanan daripada penyakit pisang. Sokongan dari kerajaan serta para penyokong GMO selalu akan bertegang leher bagi mempertahankan tanaman itu selamat dan penting untuk kesihatan warga Uganda. Mereka sangat berminat untuk terlibat sama dalam menyelesaikan masalah ini seperti kenyataan oleh Pengarah kajian atau Saintis di Makmal Kajian Penanaman Kebangsaan, Professor Wilberforce Tushemereirwe. Di Uganda mereka telah menjalankan ujian ketahanan penyakit pisang GMO sejak 2007. Kemudian pada tahun 2010 pihak saintis pihak kerajaan melebarkan rangkaian ujian termasuk sumber makanan beras, kentang manis, ubi kayu dan jagung. Namun bagi Encik Semakula, semua usaha itu adalah untuk pemuliharaan pisang dan kepercayaan diberi sepenuhnya kepada pihak kerajaan. Kini ada vaksin dan ubat-ubatan telah dihantar ke nagara ini. Mereka kini tidak peduli daripada mana ia datang dan cara atau bagaimana mereka memprosesnya. Pihak kerajaan beri kepada petani menggunakannya sepsrti keyakinan penuh kepada pihak kerajaan.


Sementara itu bagi Encik Edie Mukiibi yang berumur 28 juga ada menanam 12 jenis pisang di ladangnya di Mukano, Uganda. Dakwanya ia adalah konspirasi neokolonialisme untuk menjadikan dunia lebih bergantung kepada pihak kerajaan dan pertubuhan yang kaya sumber makanan serta biji benih. Kini dipihak pembangkang GMO membantah apabila mendakwa tindakan tersebut mengancam kestabilan penanaman di Afrika. Ianya sekali gus menghalang hak petani untuk mereka memilih tanaman dan biji benih mereka sendiri. Nutrisi sebenar ialah apabila anda mempunyai kepelbagaian jenis tanaman dalam kebun, bukan hanya mempunyai satu jenis tanaman di mana-mana. Encik Mukiibi adalah juga merupakan Timbalan Presiden Organisasi Global Makanan Perlahan Antarabangsa cawangan Uganda. Dia menolak rang undang-undang GMO dan menyokong pemilihan makanan yang baik, bersih serta adil. GMO tidak boleh dipercayai daripada sudut pandangan sains, tidak cekap dari segi ekonomi dan tidak mapan alam. Padanya tidak banyak yang diketahui tentang mereka dari perspektif kesihatan. Mereka mempunyai kesan sosial yang teruk, mengancam budaya makanan tradisional dan kehidupan petani berskala kecil iaitu menurut satu kenyataan dalam laman web diItali. Walaupun suara pembangkang lebih kuat, Tushemereirwe menjangka rang undang-undang akan dipersetujui didalam Parlimen Uganda dan GMO mendapat sokongan daripada Presiden Yoweri Museveni. Kali terakhir beliau bercakap secara peribadi dengan Museveni ada beliau memberitahu kami perlu meneruskan kehidupan dengan sains dan juga undang-undang digubal mengikut keperluan. Semuga artikel dalam akhbar yang ditulis semula dalam blog anim agro technology memberi sedikit informasi kepada pembaca semua.  Wasallam!!!..
TANAMAN PISANG... DINEGARA UGANDA...
KE 3 TERLUAS DITANAM... SELURUH DUNIA...
PENYAKIT LAYU... ITU MASAALAH UTAMA...
GUNAKAN GMO... SERING DIDEBAT SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Pisang Rastali Mr Lim,
Kg Sungai Lekok, Jerantut,
Pahang, Malaysia.
(18 JamadilAwal 1438H).
Kemaskini pada 22 JamadilAwal 1444H (5 years later).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...